Thursday, March 12, 2009

TERKINI - SKANDAL SEKS PEMIMPIN UMNO

BERUTA TERKINI DARI ORANG KUAT PAS..... PEMUDA PAS AKAN BONGKARKAN SKANDAL SEKS PEMIMPIN UMNO MENJELANG PERALIHAN KUASA PAK LAH - NAJIB.. KITA TUNGGU YA....

PEMILIHAN UMNO - DANGDUT DAN KARAOKE JUGAK YANG UNTUNG

ORANG MELAYU MESTI HEBAT.. ORANG UMNO JUGA MESTI LEBIH HEBAT. MENJELANG PEMILIHAN UMNO, DANGDUT DAN KARAOKE MENJADI PILIHAN MENGHABISKAN DUIT HARAM RASUAH POLITIK.

MACAM KATA RAHIM, DUIT HARAM MESTI BELANJA HARAM JUGAK.

Tuesday, March 10, 2009

PEKERJA ASING : salah kita semua

PEKERJA ASING: salah kita semua.

Ketidakseimbangan faktor penawaran dan permintaan sektor tenaga kerja adalah penyebab utama kebimbangan kerajaan kemungkinan jumlah pekerja asing akan meningkat kepada 5 juta orang menjelang tahun 2010. Pada pendapat saya kebimbangan itu sudah berlaku sekarang cuma tiada data yang tentang berapa ramai jumlah pekerja asing di Malaysia.

Masalah ini lebih hebat dan mengejutkan lagi apabila laporan dan kajian daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang memetik bahawa 20 peratus peluang pekerjaan baru yang wujud dibolot oleh pekerja asing.

Siapakah yang bersalah?. Apakah ghairah majikan yang mengejar keuntungan semaksima yang mungkin dan ingin menjimatkan kos upah menyebabkan pekerja tempatan dipinggirkan?.

Saya berpendapat pekerja asing di negara kita dikategorikan kepada dua, iaitu yang pertama pekerja asing dengan izin(PADI) dan pekerja atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kategori PADI ini adalah pekerja asing yang mempunyai permit kerja untuk bekerja di sektor-sektor tertentu seperti perkilangan, perladangan, perkhidmatan dan pembantu rumah. Itupun sudah ada penyelewengan tentang permit kerja yang sememangnya sudah berleluasa sekarang ini.

Ada PADI yang mempunyai permit kerja di sektor pekilangan, tetapi sebenarnya bekerja di kelab malam dan rumah urut. Ada yang mempinyai permit bekerja di sektor pembinaan, tetapi sebenarnya bekerja di restoran dan wakil penjual permaidani yang bergerak ke kampung dan taman perumahan.

Ditambah malang lagi ada pekerja asing yang sudah tamat tempoh permit kerja tetapi masih tinggal di negara kita dan bekerja sendiri seperti negara ini mereka yang punya. Golongan ini mengaut keuntungan berlebihan tanpa perlu membayar Cukai Pendapatan, Caruman KWSP dan PERKESO. Mereka pada awalnya sebagai pekerja dengan permit semata-mata bertujuan sebagai batu loncatan untuk terus mencari rezeki di bumi bertuah ini dan matlamat akhir mereka ialah untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap yang pada pendapat mereka amat mudah diperolehi di Malaysia berbanding dengan di Timur Tengah atau di Eropah kerana sikap kita sendiri, rakyat Malaysia yang amat pemurah dan cepat kasihan kepada orang susah.

Mengapa kita kena mengambil pekerja asing sedangkan tenaga pekerja tempatan tidak kurang ramainya? Adakah golongan pekerja kita tetutamanya orang muda terlalu memilih pekerja?. Atau adakah kesatuan pekerja di Malaysia ini yang terlampau sibuk dengan piket untuk naik gaji sahaja sehingga lupa tanggungjawab sebenar mereka?.

Masalah PATI adalah lebih meruncing sekarang ini sehinggakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengklasifikasikan masalah PATI adalah masalah kedua negara selepas masalah dadah. Jadi tidak perlu risau jika kita hendak tunggu sehingga 2010 untuk melengkapkan data pekerja asing mencapai 5 juta orang sedangkan realiti sebenarnya sudah pun mencapai malah lebih daripada itu jika dicampurkan PADI dan PATI.

Jika faktor permintaan iaitu majikan atau lebih tepat sekali rakyat Malaysia sendiri yang sengaja mengadakan faktor permintaan buruh asing ini amat perlu untuk menjana ekonomi negara, maka mentaliti sebegini yang sudah di tanam di fikiran kita, maka setiap kali memerlukan tenaga pekerja, secara automatiknya otak memikirkan pekerja asing sebagai penyelesaian untuk mengatasi kekurangan tenaga buruh.

Kemana perginya puluhan ribu graduan setiap tahun daripada IPTA, IPTS, politeknik, institut kemahiran, pusat latihan perindustrian, institut pertanian, kolej komuniti, malah GIAT MARA ?. Adakah mereka ini bekerja di luar negara?. Apakah permintaan majikan tidak seiring dengan penawaran graduan ini yang telah mencakupi beratus jenis kursus teknikal, profesional dan separa profesional?. Apakah tiada perancangan teliti permintaan tenaga buruh negara dengan penawaran lepasan institusi yang sudah dibelanjakan berbilion ringgit oleh kerajaan?.

Antara alasan stereo-type yang diberikan ialah golongan muda memilih kerja, tidak mahu kerja berjemur di tengah panas dan meminta gaji yang tinggi. Itu alasan daripada majikan sebagai bukti kenapa mereka perlu mengimport pekerja. Alasan stereo-type pencari kerja tempatan pula ialah gaji yang rendah tidak setimpal dengan kelulusan, ditawarkan tempat kerja yang jauh daripada keluarga malah faktor kerja di swasta atau kerajaan juga penyebab terlampau memilih kerja.

Ruang yang ditinggalkan oleh pencari kerja rakyat Malaysia yang terlalu hendak dimanjakan ini telah diambil oleh pekerja asing. Mentaliti rakyat kita yang inginkan kesenangan sepanjang masa tanpa mahu menghadapi kesukaran yang sebenarnya akan mengajar mereka menilai erti kehidupan.

Jika rakyat kita tidak terlampau memilih sangat kerja dan malu untuk melakukan kerja buruh bangunan dan pekerja di ladang, maka tidak hairan nanti sebenarnya jangkaan Menteri Sumber Manusia itu akan menjadi dua kali ganda daripada jangkaan kementerian beliau jika semua pihak tidak memikirkan secara serius cara-cara untuk mengatasi mentaliti dan daya fikir kita sendiri untuk mengambil balik semua kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja asing.

Sejarah pengambilan pekerja asing di dunia ini telah membuktikan apabila laluan sudah di buka, maka mustahil untuk menutup kembali. Selain daripada itu, dengan bermulanya dasar mengizinkan orang asing bekerja, ia sebenarnya telah menggalakkan pendatang haram ke negara, polimik sosio-budaya, masalah sosial dan beban penguatkuasaan undang-undang. Inilah yang terjadi kepada negara-negara maju di dunia ini seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun, Canada dan Jerman.

Akibat sudah diberi laluan kepada rakyat asing bekerja, maka amat sukar pula untuk membendungnya semula. Statistik di negara-negara maju tersebut telah membuktikan bahawa peratusan pekerja asing yang ada permit dan pendatang haram semakin meningkat setiap tahun. Amerika Syarikat pada tahun 2005 telah membelanjakan sebanyak USD 1 bilion sebagai peruntukan Pengawal Sempadan Negara untuk mengekang kebanjiran pendatang haram dari Amerika Tengah dan Amerika Latin.

Kita semua, termasuk majikan perlulah menanamkan sikap mengutamakan keperluan tenaga kerja tempatan daripada berkiblatkan kepada tenaga kerja asing. Minda kita mestilah difokuskan bahawa masih ramai warganegara Malaysia yang dahagakan kerja untuk memperolehi pendapatan yang sedikit sebanyak akan mengubah taraf ekonomi mereka.

Mengapa kita tidak menggunakan sumber tenaga kerja dari Sabah dan Sarawak untuk berkerja di sektor pembinaan di Semenanjung yang rancak membangun?. Apakah hasil kerja buruh binaan Indonesia itu begitu bermutu sehinggakan kontraktor binaan menaruh kepercayaan kepada mereka untuk membina bangunan?. Akibatnya banyak bangunan yang runtuh dan rosak struktur binaannya gara-gara kontraktor Bumiputera lebih mengagungkan pekerja Indonesia.

Sikap kita sebagai rakyat Malaysia yang terlampau pemurah dan sering beranggapan segala dari luar negara adalah yang terbaik termasuklah sektor pekerja perlu dihakis mulai sekarang. Sikap kita yang sering mengagungkan apa sahaja dari luar negara itu lebih bermutu dari buatan tempatan, sebenarnya telah hampir kematu di dalam minda kita. Ini perlu dihakiskan sedikit demi sedikit.