Saturday, July 16, 2011

JANGAN LUPA SEJARAH ANWAR DAN MAT SABU

Mengapa Mat Sabu Gelar Anwar, Al Sheikh Al Juburi ?


Kejujuran Mat Sabu mengaku bahawa dia pernah melabel Anwar Ibrahim sebagai Al Sheikh Al Juburi patutlah dipuji. Sekurang-kurang dia ikhlas dalam membuat tuduhan, walaupun kini dia sendiri telah angkat bendera putih.


Persoalannya kenapa Mat Sabu yang ketika itu penceramah PAS paling tersohor sanggup gelar Anwar dengan label yang paling hina, Al Juburi ?

Tiada mana-mana individu yang sanggup memberi gelaran sehina itu kepada Anwar kecuali tokoh PAS tersohor itu.

Bermulanya Kisah Al Juburi

Kes ini berlaku pada tahun 1997. Ketika itu, Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO yang merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Pada 5 Ogos 1997, adik bongsu kepada Azmin Ali telah menghantar sepucuk warkah keramat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melaporkan skandal Anwar terbabit dengan bini orang – bini Azmin Ali dan meliwat seorang pemandu bernama Azizan Abu Bakar.

Bini Azmin namanya Shamsidar Taharin yang merupakan kakak ipar kepada Ummi Hafilda sendiri. Manakala Azizan Abu Bakar pula merupakan bekas pemandu peribadi isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail.

Lepas tidak tahan kena liwat dengan Anwar, ketika jadi pemandu peribadi isteri Anwar, Azizan berhenti kerja dan jadi pemandu peribadi bini Azmin, Shamsidar Taharin pula.

Rupa-rupanya keluar dari mulut singa, masuk pula ke mulut buaya. Sebab itu Azizan lapor kepada Ummi Hafilda tentang perilaku pelik Anwar yang boleh main depan, belakang !

Lepas Ummi Hafilda dan Azizan hantar surat kepada Dr Mahathir, tidak lama lepas itu laporan itu sampai ke tangan Anwar.

Barangkali Dr Mahathir serah laporan itu kepada Anwar untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu. Sudah tentu, masa itu Dr Mahathir lebih percaya kepada Timbalannya, Anwar Ibrahim berbanding dengan dua rakyat biasa, Ummi Hafilda dan Azizan.

Anwar yang punya kuasa sebagai TPM, arahkan polis dan SB pergi cari Ummi dan Azizan untuk dapatkan surat penafian tuduhan tersebut.

Pada peringkat ini, Ummi dan Azizan sudah takut.

Siapa tak takut beb, bongkar skandal TPM. Polis pula kejar. Tiada pilihan lain, PM suruh TPM jawab, TPM pula arah polis maka tiada pilihan lain, kedua individu itu temui pembangkang, Karpal Singh, peguam terkenal dari DAP.

Karpal pula, masa itu bak kata pepatah, ‘orang mengantuk disorongkan bantal’. Apa lagi ngap !. Ambil dokumen Ummi, ambil surat bersumpah Azizan ! Jaja kat Parlimen ! Jaja kat ceramah DAP !

Macam ada link pulak. Lepas dihidu DAP, Mat Sabu, wakil PAS pula terbau pekung Anwar itu.

Menurut Ummi Hafilda, Mat Sabu yang menjawat sebagai Ahli Parlimen PAS Nilam Puri, Kelantan dan geng-gengnya, datang sendiri ke pejabatnya di Danau Kota, Setapak. Bukan Ummi yang cari Mat Sabu tapi Mat Sabu yang cari Ummi.

“Tiada buaya yang lebih bahaya kalau tidak lain dan tidak bukan iaitu ‘Al Sheikh Al Anwar Al Juburi’..maaf gelaran ini bukan saya yang bagi, title ini telah ditauliahkan oleh Mat Sabu, setahun sebelum Anwar dipecat oleh ayahanda Mahathir.

“Inilah kemunafikan orang-orang PAS. Saya masih ingat setahun sebelum Anwar dipecat pada tahun 1997, bagaimana Mat Sabu telah datang ke pejabat saya bersama orang-orang PAS untuk mengorek rahsia siapa Anwar yang sebenarnya.

“Terlalu banyak cerita yang Mat Sabu dapat dari saya dan Azizan bin Abu Bakar, mangsa liwat 17 kali oleh Anwar Ibrahim.

“Bila Mat Sabu dah confirm, dah dapat cerita, Azizan siap bersumpah laknat di pejabat saya di Danau Kota, Mat Sabu balik ke Kelantan bercerita dengan orang-orang PAS dan dia pula menganyang ayahanda Mahathir di dalam Parlimen. Dia menggelar Dr Mahathir Mohamad menyimpan seorang homoseksual yang digelarnya sebagai ‘Al Sheikh Al Anwar Al Juburi’, kata Ummi Hafilda.

Keterangan Ummi itu diakui sendiri oleh Mat Sabu ketika diwawancara oleh Ahmad Lutfi Othman (ketika itu pengarang majalah TAMADUN, sekarang Ketua Pengarang Harakah) pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat TAMADUN.

Tamadun – Khabarnya Saudara pernah berjumpa dengan orang yang menulis surat terbuka itu? Adakah sebarang maklumat yang boleh dikongsi bersama dengan kami?

Mat Sabu – Ya, penulis juga bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa, tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment (Tivoli Villa) bersama dengan pasangan (Shamsidar) yang tertuduh itu.

Jadi, pendirian penulis surat itu tidak berubah. Dan dia kelihatan takut untuk bertembung dengan orang. Kalau dia bertembung dengan seseorang dikhuatiri dia akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.

Tetapi dengar khabar baru-baru ini ada percubaan untuk membunuh orang yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi katanya yang menjadi mangsa ialah isteri penulis berkenaan.

Cerita seperti ini mudah tersebar. Saudara harus menyiasatnya. Media di negara ini, berbeza dengan suratkhabar di luar.

Di luar negara mereka mendedahkan skandal, tetapi di sini mereka menutupnya. Jadi ini seperti skandal dalam filem Hindustan. Jadi kalau kita menonton filem-filem Hindustan, pegawai polis dan gengster membuat pakatan jahat. Katanya, Anwar sendiri peminat filem Hindustan, mungkin beliau lebih maklum.

Mengapa Mat Sabu Gelar Al Juburi ?

Berdasarkan senario di atas, kita kembali kepada persoalan asas, kenapa Mat Sabu tergerak hati mahu jumpa Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar ?

Mesti ada motivasi besar di sebalik itu hingga mendorong dia melangkah kakinya mencari saksi-saksi yang boleh mengesahkan tabiat buruk Anwar.

Persoalan kedua adalah kenapa Mat Sabu sanggup melabelkan kata-kata yang paling hina, Al Juburi, kepada Anwar ?

Mesti perkataan yang terbit dari mulut Mat Sabu itu hasil dari keyakinannya melihat dan mendengar sendiri pengakuan dari mulut saksi.

Ketiga, kenapa Mat Sabu pilih gelaran ‘Al Juburi’ dan bukannya gelaran-gelaran yang lain ?

Jubur maksudnya belakang atau bontot, tetapi dalam loghat Kelantan, jubur juga bermakna kemaluan perempuan di bahagian hadapan.

Maknanya Mat Sabu yang berasal dari Pulau Pinang, tetapi bertanding di Kelantan telah memahami sentimen budaya Kelantan dan luar, memilih gelaran yang paling tepat untuk menggambarkan Anwar adalah lelaki yang tidak normal, suka main depan (Shamsidar Taharin) dan suka main belakang (Azizan Abu Bakar).

Bijak..bijak..gelar Al Juburi, maksudnya Anwar suka main depan, belakang, sama rasa, sama rata !

Namun, ada satu lagi sebab yang paling utama kenapa Mat Sabu sanggup mencari Ummi dan Azizan serta memberi gelaran Al Juburi kepada Anwar. Sebab itu adalah faktor dendam.

Kenapa Mat Sabu berdendam dengan Anwar ?

Sebabnya, Anwar merupakan kepala konspirator, penangkapan Mat Sabu berkhalwat di bilik Hotel Perdana, Kota Bharu pada 31 Januari 1995.

Kes khalwat Mat Sabu itu berlaku selepas dua tahun Pas Kelantan meluluskan usul Hudud dan Qisas di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Anwar dan Kes Khalwat Mat Sabu

Anwar ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan begitu powerful mendapatkan semua maklumat secara pantas melalui risikan SB dan polis serta menguasai hampir kesemua media khususnya, TV3 untuk memprojek imej baiknya dan menyebarkan imej buruk musuh-musuh politiknya.

Maknanya risikan hubungan Mat Sabu dengan bini kawan baiknya, bernama Norma, begitu pantas sampai ke telinga Anwar.

Pada 31 Januari 1995, sekitar jam 2.40 pagi, Mat Sabu check in dan menginap di Hotel Perdana Kota Bharu di bilik no 121.

Sekitar jam 9 pagi, 31 Januari 1995, seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor yang berpakaian preman bersama seorang rakannya telah menemui Senior Receptionist hotel tersebut untuk meminta senarai penginapan tetamu.

Kehadiran polis sudah hadir lebih awal di hotel itu seolah-olah mereka telah dapat menghidu sesuatu apa yang akan bakal berlaku di hotel itu.

Mungkin telah berlaku berkali-kali di hotel itu, hingga modus operandi itu dapat dikesan oleh pihak polis.

Seperti dijangkakan selepas itu muncul seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang berpakaian serba hitam iaitu seluar, baju dan tudung, yang bernama Norma telah memasuki bilik Mat Sabu.

Katanya pada hari kejadian itu, Mat Sabu tertinggal ‘ubat’ di rumah rakan baiknya. Sebagai justifikasi membolehkan isteri rakan Mat Sabu iaitu Norma, telah pergi ke hotel tersebut untuk menyerahkan ubat tersebut.

Tetapi timbul persoalan kenapa Norma perlu masuk keseorangan ke dalam bilik Mat Sabu semata-mata untuk menyerahkan ubat tersebut?

Kenapa tidak serahkan kepada pihak hotel ataupun membuat panggilan telefon dari kaunter pertanyaan supaya Mat Sabu turun mengambil ‘ubatnya’ di lobi hotel ?

Tidak lama selepas itu pihak polis, media dan tujuh orang pegawai Jabatan Agama (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan – JAHEIK) datang dan mengetuk pintu bilik no 121. Setelah 20 minit barulah pintu bilik itu dibuka.

Ketika pintu dibuka, Mat Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau dan pasangannya, Norma tidak bertudung kepala serta cadar katil dalam hotel itu juga kelihatan tidak kemas.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan mendakwa kes itu sebagai perangkap untuk mengaibkan Mat Sabu oleh pihak tertentu yang berpengaruh dengan alasan TV3 telah berada di lokasi sejak dari awal lagi.

Apabila dibawa ke Mahkamah Syariah, kes ini digugurkan kerana masalah teknikal iaitu terdapat percanggahan nombor bilik hotel tersebut.

Inilah titik tolak dendam Mat Sabu kepada Anwar. Mat Sabu dimalukan pada tahun 1995, jadi apabila dia mendapat tahu Anwar juga mempunyai skandal pada tahun 1997, itulah faktor terbesar dia menemui saksi itu.

Anwar Perlu Bersih Diri

Pada Mat Sabu, Anwar walaupun hanya berjawatan TPM tetapi Anwar lebih ganas dari Dr Mahathir yang menjadi PM ketika itu.

Nukilan keganasan Anwar mengikut kaca mata Mat Sabu adalah seperti berikut :

Kita jangan lupa semasa hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan seperti Quek Leng Chan dan beberapa orang jutawan yang lain dalam membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3.

Bagi saya, walaupun Anwar belum mempunyai kuasa penuh, dia sudahpun menunjukkan bakat ”keganasannya” melebihi Perdana Menteri, PM…..kita sudah tahulah yang anak beranak dan suku sakatnya terlibat dalam nepotisme.

Imej umum dikuasai oleh media yang juga dikuasai oleh orang nombor dua (Anwar Ibrahim). Pernah satu ketika, kalau menonton TV3, Kadang-kadang berita PM duduk ditempat keempat. Berita TPM diutamakan, barulah diikuti berita lain, yang keempat baru berita PM.

Tetapi apabila kita menghentam dalam ceramah–ceramah barulah kita nampak berita PM sudah di tempat pertama. Ertinya media dikuasai oleh orang nombor dua. Jadi, gambaran nepotisme itu hanya dilonggokkan kepada PM.

Kalau media tempatan, memang ia di bawah kawalan Anwar tetapi bagaimana pula dengan laporan media antarabangsa yang juga nampaknya menyalahkan Mahathir dan cuba hendak menaikkan Anwar.

Satu, media antarabangsa mempunyai dua tugas. Apabila sesuatu negeri itu berlaku perubahan, mereka mahu kepimpinan itu bertukar. Bagi Barat ia telah menerima Anwar sebagai pemimpin yang sesuai untuk menghadapi senario kebangkitan Islam di sebelah sini. Barat mahukan dua corak Islam.

Pertama, Islam Amerika iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tetapi tidak sampai ke pelaksanaan hukum. Ini yang dipelopori oleh IIIT, ICMI, ABIM. Dalam hal ini Barat tidak ada masalah.

Kedua, Barat mahukan Islam bercorak ala Afghanistan dan bercorak Taleban. Kalau golongan ini muncul, Barat tidak ada masalah kerana ia adalah peluang bagi Barat untuk menggambarkan betapa buruknya Islam.

Saya lebih bimbang dan berdoa secara peribadi biarlah Mahathir mengepalai pilihan raya akan datang kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai menggunakan agama.

Minggu pertama dia menjadi PM, misalnya Anwar berkhutbah di Masjid Negara akan disiarkan di seluruh negara. Lelaki pergi ke masjid sembahyang Jumaat dan wanitanya yang berada di rumah akan melihat bagaimana selepas merdeka, inilah Perdana Menteri yang pertama membaca khutbah tanpa teks pada minggu pertamanya menjadi PM.

Sesungguhnya orang seperti Anwar begitu pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir. Kita bukanlah takut tetapi kita tahu tahap pemikiran Melayu setakat mana. Jadi secara peribadi saya berdoa agar Mahathir kekal mengepalai pilihan raya yang akan datang.

Apabila orang itu mempunyai watak seperti itu, yang selama ini nampak bersih, kita menganggapnya sebagai fitnah. Apa yang kita mahu di sini adalah Anwar mestilah membersihkan dirinya. Membersihkan diri bukannya dengan berdiam begitu sahaja atau menafikannya kepada pihak akhbar.

Anwar harus mengambil tindakan undang-undang dan membawa mereka menuduhnya ke pengadilan. Jika tidak, saya rasa ia akan timbul lagi dalam perhimpunan Agung UMNO. Kita dengar khabar ada buku akan keluar tentang skandal ini. Selagi ia tidak membersihkan tuduhan skandal seks ini akan terus berputar. Kita pun tidak mahu TPM kita teraniaya.

Anwar sendiri selepas tercetusnya peristiwa ini, lebih kurang enam bulan dia tidak bercakap soal-soal agama, hanya kebelakangan ini dia kembali berkhutbah. Jadi kita nampak berlaku perubahan ketara lima enam bulan dia mengambil cuti untuk tidak bercakap soal-soal agama dan khutbah.


Hanya sekarang dia baru hendak berkhutbah. Barangkali baginya masyarakat sudah lupa. Kita tidak menuduh Anwar tetapi yang kita pelik, mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini?

Membaca kesemua pandangan Mat Sabu tentang Anwar,


Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN.

Ramai orang masih bercakap tentang bahang reformasi di Indonesia. Bagaimana tanggapan awal saudara terhadap apa yang berlaku di Indonesia?

Sebenarnya rakyat Indonesia sedang mencari identiti. Kita yakin reformasi yang berlaku di Indonesia ini akan mengangkat Islam ke tempatnya. Bukanlah ia sampai ke tahap menegakkan negara Islam di Indonesia tetapi mereka yang bercakap tentang Islam mula mendapat tempat di hati rakyat. Komunisme memang telah ditolak, nasionalisme Jawa mula terhakis. Saya yakin reformasi ini memberi peranan yang utama terhadap gerakan Islam.

Nampaknya istilah reformasi ini dianggap “keramat”, ia bukan saja diperkatakan rakyat biasa malah diulangi Timbalan Perdana Menteri sendiri.

Banyak golongan oportunis mengambil peluang. Kita tahu bahawa Suharto mengumpulkan harta-hartanya dan juga ahli-ahli kabinetnya yang membezakan hanya jumlah. Maknanya nepotisme boleh dikatakan berlaku pada hampir semua anggota Kabinet. Begitu juga Habibie dan anak-anaknya yang turut berkongsi dengan keluarga Suharto dalam perniagaan. Tetapi untuk menyelamatkan sesuatu regim selalunya akan dipersalahkan pada seseorang.

Angin perubahan itu bertiup ke Malaysia. Khususnya golongan yang menyertai Umno selepas penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam Umno, bagi mereka kini adalah peluang untuk mereka menyahkan yang berkuasa sekarang iaitu Mahathir. Sebenarnya gejala nepotisme yang berlaku dalam pemerintah di Malaysia di antara Mahathir dan Anwar, saya meletakkan Anwar Ibrahim lebih ganas daripada Mahathir.

Anwar lebih ganas berbanding Mahathir? Ganas yang bagaimana?

Ya, ini kerana Anwar masih lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat. Bukannya dari segi amaun kerana amaun yang dikumpulkan oleh kumpulan pro Mahathir tentu lebih banyak. Kita boleh bertanya, misalnya adakah Kamaruddin Jaafar atau Kamaruddin Mohd Nor menjadi jutawan segera kerana dia pandai berniaga atau disebabkan sahabatnya menjadi Menteri Kewangan?

Begitulah juga dengan Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan ? Begitu juga dengan bekas setiausaha sulit Anwar, Nasarudin Jalil dan beberapa orang lain yang dekat dengan Anwar naik begitu mendadak. Kita jangan lupa semasa hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan seperti Quek Leng Chan dan beberapa orang jutawan yang lain dalam membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3. Ini semua gara-gara Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan demi mengukuhkan posisinya.

Bagi saya, walaupun Anwar belum mempunyai kuasa penuh, dia sudahpun menunjukkan bakat ”keganasannya” melebihi Perdana Menteri, PM…..kita sudah tahulah yang anak beranak dan suku sakatnya terlibat dalam nepotisme.

Jadi, kalau kita hendak membuat reformasi di Malaysia mestilah reformasi secara menyeluruh iaitu sistem politik, undang-undang dan akar umbinya politik wang perlu dicantas! Ini mesti dilihat kerana cara TPM naik lebih drastik. Kita ingin bertanya lebih kurang 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana sehingga perwakilan Sabah boleh berubah daripada menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan? Ini bermakna Anwar saling “mengganas” dalam soal nepotisme

Maksudnya Anwar tidak layak untuk menerajui gerakan reformasi?

Anwar langsung tidak layak bercakap soal memerangi gejala buruk nepostisme ini, begitu juga dengan penyokong-penyokongnya.

Bagaimana dengan Zahid Hamidi, Ketua Pemuda UMNO?

Zahid juga tidak layak kerana perbelanjaan wang semasa berkempen untuk menang menjadi Ketua Pemuda begitu dahsyat. Kritikannya baru-baru ini memang ditujukan kepada PM tetapi tidak disebut nama PM. Seolah-olah katanya “Mengapa beri pada orang-orang tertentu sahaja? Kalau beri kepada kami pun kami boleh bayar cukai dan mungkin bayar zakat.”

Ertinya dia mengkritik kerana orang-orangnya tidak dapat habuan, bukan kerana keadilan.

Apabila kita mengkritik nepotisme, kita sewajibnya jangan amalkan perbuatan itu dan kalau diberi kesempatan duduk di tempat tertinggi itu pun kita tidak akan buat. Itu barulah kritikan yang ikhlas.

Semalam PM sudah memberi respons apabila disebut kroni, semuanya adalah kroni, terutama apabila wartawan turut mempersoalkan perlantikan Zahid sebagai Pengerusi BSN, apakah itu juga ada kaitan dengan nepotisme.

Betul tu. Nampaknya orang nombor dua lebih mengganas daripada orang nombor satu dan dalam keadaan lain yang nombor satu juga lebih mengganas daripada orang nombor dua dalam soal nepotisme. Sama saja.

Tetapi yang kita nampak daripada imej umum Anwar tetap bersih?

Imej umum dikuasai oleh media yang juga dikuasai oleh orang nombor dua (Anwar Ibrahim). Pernah satu ketika, kalau menonton TV3, Kadang-kadang berita PM duduk ditempat keempat. Berita TPM diutamakan, barulah diikuti berita lain, yang keempat baru berita PM. Tetapi apabila kita menghentam dalam ceramah–ceramah barulah kita nampak berita PM sudah di tempat pertama. Ertinya media dikuasai oleh orang nombor dua. Jadi, gambaran nepotisme itu hanya dilonggokkan kepada PM.

Kalau media tempatan, memang ia di bawah kawalan Anwar tetapi bagaimana pula dengan laporan media antarabangsa yang juga nampaknya menyalahkan Mahathir dan cuba hendak menaikkan Anwar.

Satu, media antarabangsa mempunyai dua tugas. Apabila sesuatu negeri itu berlaku perubahan, mereka mahu kepimpinan itu bertukar. Bagi Barat ia telah menerima Anwar sebagai pemimpin yang sesuai untuk menghadapi senario kebangkitan Islam di sebelah sini. Barat mahukan dua corak Islam.

Pertama, Islam Amerika iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tetapi tidak sampai ke pelaksanaan hukum. Ini yang dipelopori oleh IIIT, ICMI, ABIM. Dalam hal ini Barat tidak ada masalah.

Kedua, Barat mahukan Islam bercorak ala Afghanistan dan bercorak Taleban. Kalau golongan ini muncul, Barat tidak ada masalah kerana ia adalah peluang bagi Barat untuk menggambarkan betapa buruknya Islam.

Cuma Barat tidak mahukan Islam bercorak ala Iran atau Sudan. Ini kerana mereka terlepas daripada cengkaman kekuasaan Barat. Untuk menghadapi 250 juta umat Islam di sebelah sini memang Anwar orang yang paling layak untuk mengekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak Barat.

Ertinya saudara tidak meletakkan apa-apa harapan kepada Anwar?

Saya tidak meletakkannya.

Mungkin kerana saudara daripada parti pembangkang dan Anwar adalah seteru politik terbesar PAS?

Oh, tidak! Saya tidak nampak begitu. Kita boleh lihat daripada rekod. Sejak dia menjadi Menteri Kewangan, bagaimana peruntukan saham diagihkan, bagaimana projek yang di bawah kawalannya diberikan, tidak nampak ia berlainan dengan orang nombor satu.

Mungkin realiti untuk merebut tampuk kepimpinan dalam UMNO memaksa Anwar berbuat demikian.

Serupalah. Sekarang “terpaksa” kerana hendak merebut kuasa dan selepas ini ”terpaksa” kerana mempertahankan kuasa. Dia hendak mempertahankan kuasa, jadi dia akan teruskan agenda yang dibuatnya sekarang.

Anwar pernah diserang hebat atas dakwaan terbabit dengan skandal seks. Bagi pandangan Saudara, adakah tuduhan itu memberi kesan buruk kepadanya?

Ya, skandal seks itu kita lihat macam boleh menjatuhkannya..tetapi kita sendiri tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu. Tetapi dengar khabar baru-baru ini ada percubaan untuk membunuh orang yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi katanya yang menjadi mangsa ialah isteri penulis berkenaan. Cerita seperti ini mudah tersebar. Saudara harus menyiasatnya. Media di negara ini, berbeza dengan suratkhabar di luar.

Di luar negara mereka mendedahkan skandal, tetapi di sini mereka menutupnya. Jadi ini seperti skandal dalam filem Hindustan. Jadi kalau kita menonton filem-filem Hindustan, pegawai polis dan gengster membuat pakatan jahat. Katanya, Anwar sendiri peminat filem Hindustan, mungkin beliau lebih maklum.

Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang ulamak yang di luar PAS, apabila ditimbulkan dakwaan skandal seks Anwar, mereka menyifatkannya tidak lebih daripada fitnah semata-mata.

Apabila orang itu mempunyai watak seperti itu, yang selama ini nampak bersih, kita menganggapnya sebagai fitnah. Apa yang kita mahu di sini adalah Anwar mestilah membersihkan dirinya. Membersihkan diri bukannya dengan berdiam begitu sahaja atau menafikannya kepada pihak akhbar.

Anwar harus mengambil tindakan undang-undang dan membawa mereka menuduhnya ke pengadilan. Jika tidak, saya rasa ia akan timbul lagi dalam perhimpunan Agung UMNO. Kita dengar khabar ada buku akan keluar tentang skandal ini. Selagi ia tidak membersihkan tuduhan skandal seks ini akan terus berputar. Kita pun tidak mahu TPM kita teraniaya.

Anwar sendiri selepas tercetusnya peristiwa ini, lebih kurang enam bulan dia tidak bercakap soal-soal agama, hanya kebelakangan ini dia kembali berkhutbah. Jadi kita nampak berlaku perubahan ketara lima enam bulan dia mengambil cuti untuk tidak bercakap soal-soal agama dan khutbah.

Hanya sekarang dia baru hendak berkhutbah. Barangkali baginya masyarakat sudah lupa. Kita tidak menuduh Anwar tetapi yang kita pelik, mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini?

Maknanya masih banyak lagi tanda soal di sekitar pertuduhan?

Ya, orang yang menulis surat itu pun berada dalam ketakutan. Ertinya mereka masih diugut, diancam oleh pihak-pihak tertentu.

Khabarnya Saudara pernah berjumpa dengan orang yang menulis surat terbuka itu? Adakah sebarang maklumat yang boleh dikongsi bersama dengan kami?

Ya, penulis juga bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa, tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan yang tertuduh itu.

Jadi, pendirian penulis surat itu tidak berubah. Dan dia kelihatan takut untuk bertembung dengan orang. Kalau dia bertembung dengan seseorang dikhuatiri dia akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.

Sekiranya berlaku peralihan kuasa iaitu Anwar menggantikan Mahathir, agaknya bagaimana nasib PAS?

Saya lebih bimbang dan berdoa secara peribadi biarlah Mahathir mengepalai pilihan raya akan datang kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai menggunakan agama.

Minggu pertama dia menjadi PM, misalnya Anwar berkhutbah di Masjid Negara akan disiarkan di seluruh negara. Lelaki pergi ke masjid sembahyang Jumaat dan wanitanya yang berada di rumah akan melihat bagaimana selepas merdeka, inilah Perdana Menteri yang pertama membaca khutbah tanpa teks pada minggu pertamanya menjadi PM.

Sesungguhnya orang seperti Anwar begitu pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir. Kita bukanlah takut tetapi kita tahu tahap pemikiran Melayu setakat mana. Jadi secara peribadi saya berdoa agar Mahathir kekal mengepalai pilihan raya yang akan datang.

Mungkin di zaman Anwar masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu akan berubah?

Saya tidak nampak ia boleh berubah. Contoh paling nyata ialah tempat yang Anwar berkuasa penuh, iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Di situlah Anwar menjadi Presiden, tempat berkumpulnya orang-orang Anwar sehingga menjadi universiti paling tercorot dalam Asia.

Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah. Di situ juga berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universiti lain.

Jadi saya tidak nampak ada lebih kebebasan di situ. Anwar lebih pandai dari sudut menguasai budaya Melayu, manakala Mahathir kurang pandai dalam soal itu.

Saudara tentu lebih mengenali Anwar semenjak sebelum menyertai UMNO? Agaknya apa keistimewaan Anwar..

Ya, pada diri Anwar ada satu perkara yang tidak berubah iaitu perhubungan awamnya, PR, cukup baik. Walaupun berdepan dengan lawan atau kawan, PR-nya cukup bagus. Dia pandai membina pengikut-pengikut yang setia kepadanya dan kepada musuhnya, dia boleh bersikap negotiate.

Semasa dia di dalam ABIM dahulu dia adalah hard working man tidak kira pagi atau malam. Balik ceramah pukul dua atau tiga malam, esoknya pukul tujuh pagi sudah berada di pejabat. Anwar cukup disiplin.

Khabarnya Anwar sentiasa menjalin hubungan secara peribadi dengan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat.

Ya. PR-nya sangat bagus.

Dari segi lain ada pihak melihat kerjasama PAS-UMNO akan berlaku apabila Anwar jadi PM.

Cakap-cakap sekarang memang begitu terutama sekali hubungan peribadi Anwar dengan pemimpin PAS termasuk pimpinan PAS sekarang amat erat. Hampir semua pimpinan PAS mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan Anwar tetapi kita tidak tahu sejauh mana soal penegasan dasarnya.

Kita nampak…kalau dengan Semangat 46, yang berlainan dasar pun boleh ada gabungan yang ini juga membimbangkan kita.

Kata orang, berbanding Mahathir Anwar dilihat jarang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperlekehkan Islam?

Anwar memang lebih bijak berbanding Mahathir. Mahathir tidak reti menerangkan Islam tetapi Anwar lebih pandai. Misalnya, apabila menerangkan hukum Hudud, Mahathir akan menolaknya secara total tetapi Anwar akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini, soal awlawiyyat atau prioriti. Jadi penolakan Anwar lebih lunak! Memang kedua-duanya nyata menolak hudud tetapi Mahathir tidak bijak menyusun hujah.

Katanya imej Anwar di peringkat antarabangsa diakui masih hebat?

Masih hebat! Sehingga apabila saya pergi ke Pakistan, pemimpin-pemimpin Jamaat Islami di peringkat atasan begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan kepada mereka yang saya menjadi Ahli Parlimen sudah lapan tahun..

pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini. Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini kepada Jemaat Islami itu, mereka terkejut.

Katanya: “We have a different view!” “Kami tidak pernah mendengar cerita-cerita seperti ini!”

Kata saya, sama ada orang beri fakta salah kepada kamu atau kamu naif dalam memahami keadaan itu. Sambung saya lagi Timbalan Perdana Menteri kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong.

Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi.

Akhirnya kata ketua Jamaat Islami, “kita ada gambaran yang lain selama ini.”

Begitu juga mereka mendapat gambaran yang salah tentang Malaysia terkenal sebagai negara Islam dan ekonomi yang hebat. Saya akui ia memang betul di luar negara tetapi mereka tidak bertanya pun orang Islam memiliki ekonomi sebanyak mana? 18 peratus ekonomi itu adalah hasil gabungan MARA, agensi kerajaan dan pemilik Bumiputera Islam. Kalau ditolak itu semua ternyata pemilik ekonomi Islam tinggal di bawah paras 18 peratus. Jadi dari segi kek ekonomi orang Islam di Malaysia kurang 18 peratus!

Saya pernah membentangkan kertas kerja di Afrika Selatan menceritakan hal murtad dan dadah di Malaysia. Semasa saya bercakap itu ada di antara mereka yang mencebik mulut. Mereka tidak percaya jika murtad berlaku di negara yang dianggap negara Islam seperti Malaysia.

Selepas beberapa lama saya bercakap itu, mereka berjumpa saya dan ucap tahniah. Mereka mengakui apa yang saya katakan itu benar. Begitulah imej Mahathir dan Anwar di negara-negara luar. Begitu hebat sekali. Sehingga saya beritahu beribu-ribu orang Islam Malaysia sudah murtad, mereka tidak percaya kerana di tempat mereka (Afrika Selatan) orang kulit hitam berlumba-lumba masuk Islam.

Di India sendiri,orang Hindu ramai masuk Islam dan adalah pelik jika ada orang Islam masuk agama Hindu. Begitulah anggapan awal mereka. Sehingga mereka bertanya apa sebenarnya yang Anwar telah buat untuk membantu Islam?

Jadi, gambaran media asing terhadap Islam di Malaysia berjaya digembar-gemburkan. Jadi kalau Anwar menjadi PM, media berjaya meyakinkan negara Islam lain bahawa Anwar adalah pemimpin Islam yang unggul dan dia boleh muncul sebagai pemimpin terhebat di OIC selain Iran.

Dari segi ekonomi, ada pihak menyatakan cara pendekatan Anwar agak berbeza daripada Mahathir. Cara Anwar lebih merakyat sifatnya sedangkan Mahathir terlalu menumpu kepada membina jutawan segera Melayu dan melonggokkan projek untuk dua tiga kerat tokoh korporat tertentu.

Itu memang ada sedikit sebanyak. Tetapi habuan untuk rakan-rakan dan penyokong-penyokong Anwar, serupa saja! Contohnya kita terlupa Muhammad Taib itu adalah ahli Team Wawasan yang diterajui Anwar an orang-orang ini terkenal dengan masalah skandal penggadaian tanah.

Jadi, dari segi kawan-kawannya dalam penimbunan kekayaan tidak nampak penegahan daripada Anwar. Dan sekarang kes Menteri Belia dan Sukan masih lagi tidak selesai yang membabitkan RM200 juta hasil penjualan tanah di Johor. Itu semua adalah orang-orang team Anwar, yang tidak banyak beza dengan kroni Mahathir.

Begitu juga dengan gosip tentang Timbalan Menteri Besar Pahang yang dikatakan memiliki wang yang banyak. Jadi, dari situ tak banyak bezanya Cuma. Cara Anwar bercakap ternyata tertumpu kepada rakyat, tindakannya belum tentu.

Bercakap soal kroni dan nepotisme dan segala macam kebobrokan yang berlaku, malangnya bagi rakyat Malaysia kerana tidak diberi pilihan untuk mengangkat kerajaan alternatif. Daripada 22 juta rakyat, hanya 2,000 perwakilan UMNO yang menentukannya.

Kita tidak nampak senario ini boleh diubah dalam masa yang singkat sebab reformasi politik di Malaysia masih tidak berlaku walaupun telah lama diperjuangkan pembangkang sama ada PAS dan DAP kerana kita masih dalam frame work yang sama. Kita tidak nampak buat masa sekarang pembangkang boleh menang pilihanraya. Kalau berlaku reformasi pun, ia berlaku dalam sistem ortodok.

Ia mungkin tidak berlaku seperti di Indonesia disebabkan perbezaan sejarah. Indonesia merdeka menerusi revolusi, kejatuhan Soekarno pun ala revolusi dan Suharto pun ala revolusi. Tetapi politik kita sejak berzaman dipupuk politik ala British.

Jadi berlainan skop dan budaya walaupun kita berada di sempadan tetapi apa yang berlaku di England, sebahagiannya lebih mempengaruhi Malaysia berbanding Indonesia. Begitu juga ulamak-ulamak kita di sini dari segi hendak mencuba sesuatu yang baru dalam politik rasanya amat sukar. Kalau hendak dikatakan takut tidaklah kerana mereka terlalu berwaspada.

Menurut pengalaman pemimpin Jamaat Islami Pakistan, untuk mengubah sistem feudal dan land lord di negara itu, ia harus menjurus ke arah revolusi rakyat. Ini yang sedang diteroka oleh Amir Jamaat dan mereka nampak ada perubahan dalam gerakan.

Nota : Rencana ini ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman dalam buku Layakkah Anwar Ketuai Reformasi?, Penerbitan Pemuda, 1998. Sekarang beliau merupakan Ketua Pengarang Harakah.

www.anwaraidc.com

2 comments:

1Crony said...

Anwar telahpun mendapat segala balasan di dunia lagi atas segala yang dilakukan oleh beliau semasa menjadi Tim Presiden UMNO/Tim Perdana Menteri. Sikap Anwar semasa itu adalah diibaratkan sebaik-baik orang UMNO dan seburuk-buruk orang PAS. Rasanya setelah diberi peringatan oleh Allah SWT, beliau akan sedar dari kealpaan dunia dan boleh bangun menjadi seorang pemimpin yang adil dan bertanggungjawab terhadap rakyat apabila diangkat menjadi pemimpin ni wahid negara suatu hari nanti. Pada dasarnya, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora. Inikan pula termasuk di dalam kandang UMNO.... kalau nak dibandingkan dengan Mahathir, jauh lebih sedikit kedurjanaan yang telah dilakukan Anwar di bumi Malaya ini. Sejahat-jahat Anwar adalah sebaik-baik Mahathir amat sesuai digunakan sebagai ironisnya.

otaistillkick said...

jangan lupa juga sejarah Najib. Kes di PD bukan cerita dongneng. Kes Kapal Selam bukan cerita dongeng.