tag:blogger.com,1999:blog-30477258.post5754711019626792303..comments2024-02-15T18:22:52.950+08:00Comments on APA ADA PADA NAMA: ISLAM BUKAN UNTUK ORANG MELAYU SAHAJATANAH MELAYUhttp://www.blogger.com/profile/04548799777955253628noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-30477258.post-12141416721202884972006-11-22T16:57:00.000+08:002006-11-22T16:57:00.000+08:00Saya setuju dengan pendapat tuan mengenai isu ini....Saya setuju dengan pendapat tuan mengenai isu ini. Tapi masalahnya ramai orang islam melayu ni seumpama katak bawah tempurung. Saya pernah di asingkan kerana saya makan mee dengan chopstik. Kata meraka itu cara orang kafir. Ceteknya pemikiran mereka sampai mereka anggap di negeri China pun ada orang islam yang budaya mereka makan menggunakan chopstik. Betapa malunya saya dengan mereka ini. Tidak mencerminkan mereka itu islam langsung. Dulu di universiti, kebanyakan rakan rumah saya terdiri dari orang Sabah dan Sarawak, rata-rata mereka beragama Kristian. Tetapi kalau diikutkan dengan akhlak mereka, lebih mulia dari orang yang janggutnya sampai ke dada dan berserban. <br />Ada satu lagi insiden yang membuat saya berfikir panjang kenapa ramai orang melayu murtad tukar ke agama lain. Bukan kerana kejahilan mereka, tetapi kerana kejahilan orang agama sendiri. Nak belajar ugama dengan ustaz, kena perli. Dah tua baru nak belajar. Tak Ikhlas. Ini terjadi kepada saya masa di universiti dahulu. Di ketawa, di malukan kerana baca Quran tergagap-gagap. Ini kah contoh orang islam? Kepada orang islam diluar sana, kita kena tunjukan yang islam itu bagus. Akhlak kita bagus, bukan dengan sindiran. Membuat begitu bukan untuk membanggakan agama itu, tetapi menunjukkan kebodohan diri sendiri dan dari kebodohan itu menunjukkan islam itu tidak bagus di mata orang bukan islam.<br /><br />wassalamAnonymousnoreply@blogger.com