Saturday, October 28, 2006

TAHNIAH DATO' SITI NURHALIZA BT TARUDIN

Tahniah kepada Dato' Siti Nurhaliza Binti Tarudin diatas penganugerahan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang amat Mulia Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena hari keputeraan Sultan Pahang yang ke 76.

KEBAL ZAKARIA AKHIRNYA TEWAS JUGA

Kontroversi Datuk Zakaria Md Deros, ADUN Pelabuhan Klang akhirnya terjawab apabila Sultan Selangor menasihati beliau agar melepaskan jawatan sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Klang. Teguran Baginda seharusnya diambil tindakan serius oleh ahli politik dan pemimpin masyarakat di Selangor supaya melaksanakan tanggungjawab, menggunakan kuasa dengan betul dan mengikut undang-undang.

Teguran Sultan Selangor itu menggambarkan rakyat sudah prihatin dan peka terhadap pemimpin mereka sehinggakan ada yang membuat aduan terus kepada sultan. Selepas ini pemimpin masyarakat, wakil rakyat dan ahli politik di Selangor haruslah ikhlas dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Kes Zakaria adalah contoh dan pengajaran kepada wakil rakyat dan ahli majlis yang sedang berkhidmat agar menunaikan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam melaksanakan tugas. Kepentingan peribadi wajib dipinggirkan dalam menjalankan tugas.

Saya pasti banyak lagi aduan yang diterima oleh baginda dari rakyat Selangor. Mungkin masalah Zakaria ini adalah yang paling utama setakat ini sehinggakan baginda memanggil mengadap Zakaria ke istana.

Cuma yang agak menghairankan mengapakah perlu menunggu sultan memanggil Zakaria untuk "mengesahkan" salah laku yang dilakukan oleh Zakaria?. Apakah kerajaan negeri tidak ada kuasa atau "kebalkah" Zakaria sehingga arahan istana perlu dikeluarkan terlebih dahulu untuk dilaksanakan oleh pentadbiran negeri?.

Dikalangan penduduk bandar Klang, peristiwa Zakaria dipanggil sultan merupakan topik utama perbualan di mana-mana sahaja. Sehinggakan ada yang berseloroh "Sultan Selangor marah kepada 'Raja Klang'".

Imuniti dan kekebalan Zakaria di Klang bukannya menjadi rahsia sejak dari dulu lagi. Kuatnya Zakaria sehinggakan tiada siapa berani menegurnya. Rakyat sungguh hairan kerana kesalahan yang dilakukan sudah jelas tetapi masih tiada tindakan yang dilakukan oleh MPK mahupun kerajaan negeri. Jika Zakaria bukan seorang Datuk, bukan seorang ahli majlis, bukan seorang ketua bahagian dan bukan seorang ADUN, sudah pasti "istana" di Kampung Idaman sudah diambil tindakan dan mungkin sudah dirobohkan kerana tiada kelulusan pelan.

Jelas menunjukkan adanya pilih kasih dalam menguatkuasakan undang-undang. Itulah disebabkan kekebalan ahli politik, maka rakyat kini mengadu hal terus kepada sultan. Hendak mengadu kepada MPK, susah kerana "kawalan" Zakaria kuat di situ. Hendak mengadu kepada Menteri Besar Selangor, beliaupun ahli politik yang lebih kurang sama sahaja dengan Zakaria. Pilihan yang tepat, mengadu kepada Sultan Selangor.

Teguran Sultan Selangor mengenai seseorang itu perlu menginsafi dirinya dan bersyukur terhadap rahmat dan nikmat yang telah dianugerahkan sehingga mendapat gelaran Datuk dan bergelar YB, perlu direnungi demi kebaikan diri kita sendiri.

Pendedahan oleh sultan tentang Zakaria yang bersikap angkuh, kasar dan telah banyak menyakiti hati rakyat jelata dengan menggunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan kepada beliau, hasil aduan dan makluman yang diterima oleh baginda dari orang ramai, amat mengejutkan. Lebih pedas lagi baginda menegur Zakaria supaya bersikap sopan santun dan berbudi bahasa seperti seorang Melayu. Bagi rakyat biasa teguran tersebut juga ditujukan kepada semua pemimpin di negeri Selangor.

Pentadbiran kerajaan negeri perlulah memberikan kursus khas kepada semua pemimpin masyarakat termasuk wakil rakyat seperti kursus berbentuk komunikasi dan cara berurusan dengan orang ramai. Mungkin juga patut diberikan kursus berbudi bahasa dan bersopan santun seperti kempen kerajaan pusat sekarang.

Zakaria adalah contoh jelas dan nyata terdapatnya segelintir wakil rakyat yang lebih mementingkan soal peribadi dan keluarga demi mengejar kekayaan dan kemewahan dengan meggunakan kuasa yang ada. Tingkah laku yang baik juga amat dituntut oleh rakyat terutamanya pengundi setempat.

Harapan rakyat amat besar jika kerajaan selepas pada ini betul-betul menapis dan menyelidik latar belakang seseorang sebelum dilantik menjadi ahli majlis mahupun sebagai calon Barisan Nasional. Mungkin penampilan seseorang itu apabila betemu dengan pemimpin atasan adalah baik dan tertib, tetapi amat berbeza sekali apabila berdepan dengan orang ramai.

Iktibar daripada kes Zakaria ini diharap dapat diambil dengan bersungguh-sungguh oleh rakan-rakan politiknya agar rakyat tidak memberikan "undi protes" semasa pilihan raya nanti. Jika ini berlaku, ia amat malang kepada BN dan UMNO.

Rakyat percaya masih ada lagi aduan mengenai wakil rakyat dan pemimpin lain yang diterima oleh Sultan Selangor. UMNO Selangor perlu juga mengadakan post mortem terhadap prestasi terkini wakil rakyatnya. Biarlah teguran sultan itu menjadi pedoman untuk menjadi seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan mengenepikan soal peribadi dan mencari kesenangan.

Sebagai pemimpin, sewajarnya menunjukkan kepimpinan melalui teladan supaya menjadi ikutan rakyat bawahan. Tetapi apabila pemimpin mengamalkan melanggar undang-undang, bagaimana pula hendak menegur rakyat yang melanggar undang-undang?.

Akta Bangunan, Parit dan Saliran 1974 amat penting di sesuatu pihak berkuasa tempatan (PBT). MPK dan kerajaan negeri pasti menghadapi masalah selepas ini untuk melaksanakan akta berkenaan terhadap orang ramai selagi kes "istana" Zakaria tidak diselesaikan dan diambil tindakan. Rakyat mahu tahu sejauh mana akta tersebut dilaksanakan terhadap Zakaria. Amat tidak adil jika tambahan dapur yang kecil di sebuah rumah murah dikenakan tindakan maksimum kerana tidak menyerahkan pelan ubahsuai, tetapi sebuah "istana" boleh didirikan juga tanpa pelan bangunan yang diluluskan.

Zakaria advised to relinquish councillor post

Saturday October 28, 2006

Zakaria advised to relinquish councillor post

SHAH ALAM: The Sultan of Selangor has advised Port Klang assemblyman Datuk Zakaria Md Deros to relinquish his post as Klang municipal councillor.

The advice was conveyed to Zakaria following a one-hour audience with the Sultan at Istana Kayangan in Shah Alam this morning.

During the meeting Zakaria admitted his mistakes on the building of his bungalow in Kampung Idaman without approvals, on operating a satay restaurant without a licence, on the non-payment of assessments and a host of other complaints.

If Zakaria does not comply, he risks being stripped of his Datukship.

Friday, October 27, 2006

PENGESAHAN KENYATAAN DR. MAHATHIR

Adalah dimaklumkan saya telah mendapat pengesahan daripada Encik Sufi, Pegawai Khas Dr. Mahathir. Beliau mengesahkan memang benar kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Dr. Mahathir.

Sekian, untuk makluman.

BENARKAH INI KENYATAAN DR MAHATHIR???




Mahathir: Gullible Americans may give Republicans election victory

I received a lot of e mail saying that I more "back up" Pak Lah. I said that my duty to prevent my PM and UMNO president from receive attacking. I also not in the same p.o.v with Pak Lah if there are issues and I give my criticism to him too.

I also not really hate Dr Mahathir. During his time, I also support him thru involment in UMNO youth. Today Dr. M's criticism to Pak Lah is too much.

I appreciate Dr. M when I received latest news from Associated Press(AP) today. Dr. M said Bush is an ignorant person, and the most hated president in history.

After Pak Lah, now Dr. M give "stronger doses of venom" to Bush. Maybe after this Dr. M will give the "venom" to Thaksin or SBY (Susilo- Indonesia).

Those who pro to Dr. M please read this article. We also waiting comment from Bush after "ultra Malay" give "venom" to him.
HIDUP MAHATHIR!!!!!!!!!!!!!!!!


Friday October 27, 2006


Mahathir: Gullible Americans may give Republicans election victory

KUALA LUMPUR: (AP) - Former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad believes Republicans can win the Nov. 7 U.S. midterm elections because, he says, American voters are not astute and will be fooled by President George W. Bush's propaganda.

"In the first place I am not so sure that the American voters would deny Bush his control over the Senate and the House,'' Mahathir said in an interview with The Associated Press.

"This is because in the last elections, despite his obvious lies to the people, he was still elected to a second term with a much more clear majority,'' said Mahathir, a strident critic of the Bush administration and its war on Iraq.

Most political pundits in the United States are predicting that the Republican Party will lose the elections, which are being seen as a referendum on the highly unpopular Iraq war.

More than 2,800 soldiers have died in Iraq since the start of the war in March 2003.

Mahathir, 82, also dismissed Bush as an ignorant person, and the most hated president in history.

The elder statesman said he had "some brush with Bush'' when he was prime minister.

"I talked to him. I did not consider him as a person intelligent enough or aware enough of what's happening around him to become the president of the United States.''

"He has brought down the United States to a very low level. It is right that Americans should hate him,'' he said.

The Republicans have control of both chambers of the U.S. Congress but the elections could see the Democrats taking a majority in the House of Representatives by gaining 15 seats, and in the Senate by winning an additional six seats.

All 435 House seats are on the ballot, as are 33 of the 100 Senate seats.

Mahathir said Bush's second-term victory did not "show good judgment on the part of the American people,'' who he said are fed a sugarcoated view of the administration's foreign policy.

"What they get in their own media is biased statements and reports, which somehow or the other, do not depict Bush as someone who has done great harm to the U.S. and its credibility,'' said Mahathir.

But even if the Republicans lose, there is unlikely to be a change in the Iraq policy or other foreign policies, said Mahathir, because the Democrats as "equally guilty'' of supporting the invasion of Iraq.

Mahathir, who retired in October 2003, ruled Malaysia for 22 years during which he emerged as a champion of the developing world by repeatedly clashing with Western leaders including then Vice President Al Gore.

Mahathir said the Americans "are fed up'' of the Iraq war but are unlikely to show the displeasure at the ballot box because traditionally less than 50 percent of Americans vote in any election.

"They are not moving themselves to really take this - their right to vote - very seriously,'' he said.

Transcript of Pak Lah's press conference at his Raya open house in Kepala Batas, Penang


Friday October 27, 2006


Transcript of Pak Lah's press conference at his Raya open house in Kepala Batas, Penang

Transcript of the press conference held by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi at his Hari Raya open house in Dewan Milenium, Kepala Batas, Penang, on Oct 26.

Q: Will you reply in detail to the issues raised by Tun Dr Mahathir Mohamad during your recent meeting with him?

A: I have to prepare answers for many issues that have been raised. Actually, during my meeting with him, I gave him the chance to express his dissatisfaction. That was what happened.
It went on for an hour and a half. There were occasions when I felt like debating with him, when I did not agree with what he had said. But, if I had done that, it would have taken time. Tun would not have been able to tell me everything. And that would have become an issue. Tun wanted to speak to Pak Lah, so Pak Lah listened. But, my stand from the beginning was to allow him to talk. I abided by my intentions.

Tun took one-and-a-half hours. We had agreed to meet for two hours. So, that left only 30 minutes for me. Tun stopped on his own. I did not force him to stop talking. He paused for a while. I felt there was no more that he wanted to say, only then did I speak.

I will tell you what was raised. First, he said the country was a police state. That I disagreed with. Second, he spoke on Umno, saying that people were afraid of giving their views, that all had to listen to what I say, and that nobody was bold enough to fight or give their opinion. I said that's all not true. All Umno members are happy under my leadership because they feel relieved that they can talk. This democracy has been created by Umno leaders themselves. That's what I said briefly.

Then he mentioned about me restricting him from going here and there. This is not true.
On the contrary, he might not be aware that when I was Umno vice-president but was not holding a Cabinet post, people who were trying to please him restricted my movements.
Maybe at his level, he did not restrict. I also have not restricted. But at that time, I was an elected vice-president and held a party post. If we go by that, I could have gone anywhere.


Nevertheless, despite the restriction on my movements, people still respected me and maybe Dr Mahathir did not know then that such a thing was being done to me by people who wanted to make him happy.

Tun also spoke about my son and son-in-law. That there were calls here and there. But when he said my son Kamal (Kamaluddin) did not have the facilities to undertake a project that was beyond his capacity, especially the coal contract, I said he had. He said it (Scomi Group Bhd) has no ships. But, who says it has no ships? That's not right. The company has ships. 180 ships. Ships that are owned by a company that it has been taken over.
His son also had a contract. It's just that it was not revealed and the project his son got was bigger than the one Scomi got.
I did not say more than that to him. Other matters about projects that Kamal got, I did not touch on much.

There were no arguments or exchange of harsh words in the conversation. It was calm. But I was not able to talk much. It was already two hours long. I did not say anything further.

Q: Will you give a detailed explanation later on?

A: I have explained. What is there to explain further. The list is very long. But most of it were issues that I had explained before. But he still insisted on telling them to me directly. So, I could not say much. I was not interested in arguing with him.

He wanted to convey what was on his mind and I gave him an opportunity to do so. Some of the other details I had explained in the past. So, I did not want to repeat them. Tun himself had said before that if the Prime Minister did not want to give explanations, he could ask the other ministers to do so on his behalf. So, I took his advice and allowed other ministers to give the necessary explanations. But, when he said that I could not answer him, that was not nice.

Q: People were expecting an amicable solution to this issue but it seems that Tun has gone in the open to attack you. What are your comments?

A: I felt sad because people who came to my Hari Raya open house were still talking about the matter. I felt disappointed and sad. Many directly asked me about it.
I had hoped he could have waited till I had given him my explanations. I felt sad about it because he had told me all that he had wanted to say. I needed time to respond. But, he repeated (the attacks) again with stronger doses of venom. What more can I do? Allahualam, he still wants to continue.

Q: What are your views on the Sultan of Johor's statement that Dr Mahathir should behave like a pensioner and stop making noise?

A: The Sultan's comment reflects the people's opinion. Many people have said so. When people greet me, they urge me to carry on. They say I still have time. They say I should not feel disappointed. We support you, Pak Lah. We know you are new. The 9th Malaysia Plan is still new. Tun said it has been two years, but it is only seven months old. He said it has been two years. It is incorrect.

Q: What have you to say about the two Cabinet ministers who went to Tun's Hari Raya open house?

A: It is all right. It's to establish friendship, which reflects the Hari Raya spirit. It is common. So, it is not right to say that we should not go.
If you do not want to go, it is another matter altogether. But if we want to prohibit, then that's not right. If you want to go, go ahead.

Q: Your comments on the postponement of the Umno elections?

A: The decision was clear. Let there be an option. The option is for me to decide.

Q: Will there be a second meeting?

A: We will see. Everything is possible, and everything is also impossible.

Q: When do you plan to give further explanations?


A: Let us find a better way to explain.

Q: Do you see an end to these attacks?

A: I do not know. He is the one. To me, I fully understand the promises in my manifesto to the people. I also understand the 9th Malaysia Plan. There are a lot of projects have begun.
It all takes time for the results to materialise. I am confident that what (projects and programmes) have been started will be clearer to the people before the middle of 2007. The projects are good for the benefit of people from various groups.
Nowadays, there are many Class F contractors. They are given a chance to carry out small projects, according to allocation. In terms of big contracts, there are not many but they have started. (Works Minister Datuk Seri S.) Samy Vellu had expedited the technical drawings. If had not been done, tenders could not have been called quickly.

We, in the Cabinet have decided that if JKR (Public Works Department) is unable to carry out a project, we will let other contractors help out. There are many other possible methods. Interested parties should submit their proposals. We will select the best in terms of quality and pricing.

I have explained many times that the private finance initiatives (PFI) is one of the ways that the Government is using. Not all are build, lease and transfer (BLT).
For example, the monorail project in Penang. It will be better if it's a PFI project. Let the private company build it and do its planning and costing. They will see the project's feasibility and viability, whether it can be carried out or not, whether it is profitable or not. It all depends on the company that's proposing it. After that, they will know how to manage the monorail.

If they charge fares that are too high, people will not use it. Only after a few years will they be able to determine their profits.
The company that builds the monorail in Penang can finance, build and run the monorail system and can manage it forever. Why should the Government involve itself in such a big project when it can use the funds for other deserving projects? The monorail will be the private company's. It will know how to run it and determine the fares.

If we give to a concessionaire for 30 years, and the Government takes over later, the company will not be able to determine its profits within the short concession period. Under PFI, when the company makes profits, the Government can collect taxes from them.
I wish to clarify a little about the issue of Malaysia as a police state. Malaysia is not a police state. There is not a single appropriate reason to suggests this.
I do not have the intention of turning Malaysia into a police state. We are governed by a democratic government that is fair and equal. Our laws uphold our sovereignty according to the Constitution.

It's a country that brings development to the people, who wish to live in harmony.
We hold steadfast to the sovereignty of our laws. So if people abide by the law, they need not feel threatened. Our country is free to table laws in Parliament. The present Parliament meets according to schedule. This institution is recognised and democratic.

Whatever laws that are applied have been passed by Parliament. We do have the police but not a private police. Our police are ruled by a government that is chosen by the rakyat.

ZAKARIA SPOTTED AT ALOR GAJAH CHALET



This article is from The Star Online (http://thestar.com.my)
URL: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/10/26/nation/15823676&sec=nation


Thursday October 26, 2006


Zakaria spotted at Alor Gajah chalet

MALACCA: Elusive Port Klang assemblyman Datuk Zakaria Md Deros has been spotted – at a chalet in Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, in Alor Gajah, where he is celebrating a cosy Hari Raya with the family.

And he seems to be very relaxed as he was seen taking several pillows into the chalet after enjoying an afternoon siesta outside on the first day of Raya.

Several family members were seen walking by as he snoozed under a tent.

According to the folk here, the chalet was built by Zakaria several years ago but had not opened for business.

They said it was customary for the assemblyman to return here to observe the closing days of Ramadan.

It is learnt that Zakaria would usually return to Klang to celebrate Hari Raya, but this time the embattled assemblyman has opted for the peace and quiet of his chalet surroundings.

Yesterday, a reporter who tried to break through the "cordon" to speak to Zakaria failed in the attempt, with aides saying: "Abang (Zakaria) has suffered enough from the media spotlight."

And Zakaria, the Klang Umno division chief and a Klang municipal councillor, seems serious in wanting to be left alone – attempts to get through to him on his mobile phone were futile.

Zakaria may well make good use of his Raya rest before his meeting with Sultan Sharafuddin Idris Shah, who had summoned the assemblyman to Istana Mestika in Shah Alam over the controversy involving the building of a four-storey mansion in Kampung Idaman, Klang.

Zakaria was to have met the Sultan on Monday but the meeting was called off as the assemblyman was said to be ill.


Wednesday, October 25, 2006

SULTAN JOHOR SOKONG PAK LAH


This article is from The Star Online (http://thestar.com.my)
URL: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/10/24/nation/20061024191325&sec=nation

Tuesday October 24, 2006

Johor Sultan: Support Pak Lah

By NELSON BENJAMIN and MEERA VIJAYAN

JOHOR BARU: Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail has called on Johoreans to continue supporting the present Government led by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

In an impromptu speech in front of about 300 people including VIPs after performing prayers at the Sultan Abu Bakar Mosque at 9am, the Sultan said that both Abdullah and his predecessor Tun Dr Mahathir Mohamad were his friends.

However, he said that Dr Mahathir had already retired and should not interfere with the Government.

The speech, which lasted for about five minutes, is the first time a state ruler has come out in public to defend the present administration.

Those present at the prayers included Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, exco members, politicians and senior government officials.

Abdullah and Dr Mahathir were among the recipients of Johor's highest state award - the Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I).

Sources said that the Sultan had been keenly monitoring the developments between the two leaders.

Later, the Sultan hosted a Hari Raya open house at the Istana Besar grounds.

Thousands enjoyed a buffet spread while children joyfully received duit raya and goodie boxes.

HARAPAN CERAH BERTUKAR MENJADI GERHANA



(Artikel ini telah disiarkan di Buletin Utama TV3 jam 8 malam Rabu 25 Oktober 2006 sebagai tajuk utama atas nama Shaiful Bahri Saidin. Terima kasih TV3)
Sedang kita sibuk untuk pulang berhari raya pada hari Ahad yang lepas, ramai yang merasa lega dan gembira apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya bertemu empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pada kita leka membaca akhbar pada pagi Isnin, Tun memanggil satu sidang akhbar khas di kediamannya pada jam 10 pagi. Pada malamnya semua stesen tv menyiarkan 'kritikan semula' Tun terhadap Pak Lah.

Hari Selasa pula, selepas solat sunat Aidil Fitri, orang ramai bergegas mencari akhbar Utusan. Maka bermulalah suatu 'cakap-cakap orang kampung' yang majoritinya rakyat biasa tanpa kepentingan politik, mengeluarkan pendapat dan komen di atas reaksi sidang akhbar Tun itu. Kenyataan Tun yang berupa 'serangan terbaru' terhadap Pak Lah menjadi topik perbualan utama sama ada di masjid, di rumah semasa melayan tetamu dan sanak saudara, dan juga semasa bertandang menziarahi rakan dan keluarga terdekat.

Rata-rata menyuarakan rasa kesal di atas sikap ego Tun dan seperti merendahkan air muka Pak Lah dan ingin 'mengajar' Pak Lah cara bekerja sebagai Perdana Menteri. Ramai yang mengakui sudah hilang hormat terhadap Tun dan ada pula yang mula mengungkitkan cerita cara pentadbiran Tun selama 22 tahun memerintah negara. Malah ada yang berkata, Tun sepatutnya melebihkan amal ibadat dari sibuk mengganggu pentadbiran negara.

Di kalangan rakyat biasa yang bukannya aktif berpolitik dan merupakan pengundi setia setiap kali pilihan raya, banyak persoalan yang terpacul dari mulut mereka. Antaranya:-
  1. Apakah Tun ingin menjadi Perdana Menteri semula?.
  2. Apakah selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau menguruskan negara ini dengan terlampau baik dan langsung tiada masalah?
  3. Apakah motif Tun mendedahkan hasil pertemuan empat mata yang dianggap oleh rakyat terlalu peribadi untuk diketahui umum?.
  4. Apakah Tun sudah merangka strategi tertentu sehinggakan 'memalukan' Pak Lah di mata dunia?.
  5. Mengapakah Tun tidak menunggu jawapan komen dan pertanyaannya daripada Pak Lah terlebih dahulu sebelum mendedahkannya?.
  6. Mengapakah Tun masih mahu mencari populariti sedangkan beliau sudah bersara?.
  7. Apakah sentimen peribadi mengganggu fikiran Tun sehingga sentimen tersebut mendahului moral Tun sebagai negarawan?.
  8. Apakah Tun merasakan dirinya insan yang terbaik dan sempurna di negara ini?.
  9. Jika benar Tun sayangkan orang Melayu dan UMNO, mengapakah melakukan tindakan sebegini?.
  10. Apakah Tun marah sangat kepada Pak Lah kerana 'membebaskan' Datuk Seri Anwar Ibrahim?.
  11. Apakah Tun mahu dirinya dilantik menjadi menteri mentor dan berfungsi seperti Lee Kuan Yew?.

Itulah antara persoalan yang bermain di minda orang Melayu terutamanya orang UMNO dalam merayakan kegembiraan Aidil Fitri. Kebanyakannya warga emas merasa terkilan dan tidak senang dengan tindak tanduk Tun 'menyerang kembali' Pak Lah.

Orang Melayu masih sayangkan Tun sebagai mengenang jasanya selama menjadi perdana menteri. Memang benar banyak pembaharuan telah terlaksana selama pemerintahan tersebut dan amat tidak wajar dan satu persepsi yang dangkal jika beliau ingin membandingkan dengan Pak Lah yang hanya akan mencapai tiga tahun pentadbirannya pada hujung bulan ini. Jika Tun imbas kembali semasa awal tiga tahun pertama menjadi perdana menteri, apakah beliau langsung tiada masalah dan semuanya sempurna?.

Kita tidak mahu akan ada kumpulan tertentu yang sememangnya tidak menyokong Tun sejak dahulu lagi akan memaparkan kembali segala kelemahan dan keburukan Tun selama menjadi Perdana Menteri. Mungkin Hadi Awang, Shahnon Ahmad, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Subky Latif, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Hishamuddin Rais dan ramai lagi yang telah memaki hamun, mencarut, mengutuk dan menghina Tun akan kembali popular menerusi 'ceramah agama' mereka untuk memaparkan kembali kisah lama yang menjadi bahan utama ceramah.

Dahulu apa yang dikatakan oleh pembangkang ketika memburukkan Tun, orang Melayu terutamanya orang UMNO akan menafikannya dan akan mempertahankan Tun kerana yakin dan setia kepada Tun. Malah mungkin tanpa pengetahuan Tun ada ahli UMNO sanggup "bertempur" dengan pembangkang semata-mata untuk menegakkan kebenaran bahawa Tun tidak melakukan seperti yang didakwa oleh pembangkang. Ketika itu ramai yang sanggup bertegang urat dan bertikam lidah dengan PAS semata-mata mempertahankan presiden parti dan perdana menteri.

Pada kami ahli biasa parti, sesiapa sahaja yang menjadi peneraju parti perlu dihormati dan ahli mesti setia kepada ketua. Itulah kekuatan UMNO sebenarnya selama 60 tahun. Jangan menghina dan memperlekehkan presiden parti. Ahli UMNO tetap akan mempertahankannya.

Jika dahulu Tun menjadi pemimpin kami, kini giliran Pak Lah. Tidak guna menjadi ahli UMNO jika tidak menghayati cogan kata "bersatu, bersetia, berkhidmat". Kami ahli UMNO akar umbi tetap mempercayai dan setia kepada peneraju terkini. Salahkah kita mempertahankan beliau walaupun beliau "diserang" oleh bekas presiden parti?.

Apakah jatuh martabat dan darjat Tun jika berfungsi dan berperanan seperti kami ini sebagai ahli biasa?. Sudah sampai masanya Tun memberi kepercayaan kepada pengganti yang beliau pilih. Jika adapun ketidakpuasan, mengapa perlu untuk mencari publisiti dengan memaklumkan kepada semua orang?. Apakah Tun tidak mempunyai akses untuk bercakap dengan Pak Lah, atau ego sudah menguasai diri?.

Tetapi jika nama-nama seperti di atas itu kembali aktif dengan ceramah mereka, dikuatiri rakyat yang dahulunya penuh setia kepada Tun akan mempercayai dan menerima tuduhan kumpulan pembangkang tersebut kerana sikap dan sifat Tun kebelakangan ini. Akibatnya tuduhan pembangkang itu didapati "benar" dan Tun akan disindir sebagai 'penipu'.

Walaupun pada waktu ini terdapat gambaran pihak pembangkang telah mula 'berbaik' dan boleh duduk semeja dengan Tun, tetapi saya memegang kata-kata Tun pada Perhimpunan Agung UMNO pada 21 Jun 2001, bahawa "PAS parti yang suka menipu dan langsung tidak boleh dipercayai". Tidak hairan pada hari ini PAS sanggup berbaik dengan Tun kerana ingin memenuhi agenda politik mereka. Malah mereka telah mula mengorak langkah dan strategi baru ekoran dapat "duduk semeja" dengan Tun dan kembali semula mengkritik dan melemparkan tuduhan sedikit demi sedikit terhadap Tun.

Pembangkang sebenarnya gembira teramat sangat apabila hasil pertemuan Tun dengan Pak Lah tidak berjaya dan kembali "seperti biasa". Jika benar Tun sayangkan UMNO, apakah Tun rela parti UMNO tergugat dan tidak kuat, semata-mata kerana seorang ahlinya yang tidak berpuas hati kepada pucuk pimpinan sekarang. Sampai bilakah Tun akan berpuas hati?.

Mungkin jika tulisan ini disiarkan oleh akhbar dan dibaca oleh Tun, dan boleh menganggapnya tulisan picisan dan tidak ada apa-apa makna kepada Tun. Tetapi sedarilah berjuta rakyat Malaysia yang mengagumi Tun suatu masa dahulu, telah mula luntur rasa hormat dan kagum terhadap Tun termasuklah saya sendiri. Tun boleh berkata, "apabila saya berjumpa orang ramai, semua sokong saya dan tiada komplen". Memang benar tidak ada seorang pun yang berani berkata di depan Tun bahawa dia tidak suka kepada Tun kerana memikirkan rasa hormat dan jasa yang disumbangkan oleh Tun kepada negara disamping Tun seorang negarawan.

Tetapi kini semuanya sudah berubah. Saya petik kata-kata terbaru Tun pada sidang akhbar hari Ahad 22 Oktober 2006,"Ahli UMNO harus ada kebebasan untuk menyuarakan pandangan mereka. Adalah salah untuk menyekat ahli UMNO bercakap untuk menyuarakan pandangan mereka". Tidak salah jika saya juga boleh mengkritik Tun kerana saya juga ahli UMNO.

Ramai yang bersyukur dan gembira apabila diberitahu Tun akan berjumpa dengan Pak Lah sebelum Aidil Fitri. Mereka pada awalnya amat ceria kerana yakin orang Melayu akan berpadu dan tidak ada lagi cerita sengketa antara dua tokoh orang Melayu ini. Banyak kerja lain boleh dibuat jika politik orang Melayu stabil. Kumpulan yang pro pembangkang pun sudah mula rasa gelisah. Untuk maklumat Tun ramai yang berdoa sejak dahulu lagi agar kemelut Tun dan Pak Lah dapat segera diselesaikan dengan aman supaya orang Melayu dan UMNO kembali bersatu padu.

Apabila begini tindakan dan kekusutan yang disimpulkan kembali oleh Tun, ramai yang kecewa dan berdukacita sebenarnya di hari pertama Aidil Fitri. Mereka sedih di dalam kegembiraan Aidil Fitri kerana apa yang diimpikan tidak menjadi. Mereka juga kecewa cara Tun berjumpa dengan Pak Lah dirakamkan oleh Tun. Apakah pertemuan tertutup yang pada awalnya, hendak disebarkan kepada orang ramai dengan bukti rakaman?. Semacam Tun tidak percaya kepada diri sendiri dan tidak jujur untuk bertemu Pak Lah. Seolah-olah Tun tidak menghormati seorang yang bergelar Perdana Menteri.

Tuduhan terbaru yang dilemparkan kepada Pak Lah seolah-olah mengambarkan Tun masih berkuasa. Juga seperti terlampau sempurna dan baik sungguh keadaan negara ini semasa pentadbiran Tun dan digambarkan dalam jangka masa Pak Lah menjadi perdana menteri, negara dalam keadaan daif, sungguh tidak sempurna, tidak aman, bercelaru, ekonomi merosot, perniagaan lembab dan pengangguran meningkat. Apakah semua ini tidak berlaku di zaman Tun?.

Berilah peluang Pak Lah mentadbir negara dengan jayanya. Tidak adil untuk membandingkan 22 tahun pentadbiran Tun dengan Pak Lah yang baharu masuk 3 tahun pemerintahan. Ianya seperti dipertandingkan larian antara budak berusia tiga tahun dengan belia berusia 22 tahun. Sungguh tidak masuk akal.

Agak kasar jika saya katakan Tun seperti mahu mengajar Pak Lah cara bekerja. Tun seperti menyesal melantik Pak Lah sebagai penggantinya. Tun memikirkan beliau masih berkuasa. Tidak semestinya untuk sentiasa popular dan sentiasa diingati dan dihargai, mestilah dengan mengeluarkan pendapat dan mengkritik. Tun amat berbeza dengan kami semua rakyat biasa. Tun seorang negarawan dan kekalkanlah sifat dan sikap negarawan agar Tun akan sentiasa dikenang.

Saya amat takut jika selepas ini akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku kepada Tun, iaitu rakyat sudah hilang hormat, hilang kepercayaan dan lebih buruk lagi jika ada selepas ini ada insan yang menimbulkan bukti hitam sifat dan sikap Tun semasa pentadbirannya sehingga melenyapkan nama Tun dalam lipatan sejarah negara.

Kita hanya manusia biasa, yang hanya mampu merancang. Allah jua yang Maha Mengetahui.

Sunday, October 22, 2006

RITA RUDAINI VS LISDAWATI



Artis wanita melayu bergaduh..puncanya berebut jantan..artis jugak..Cayalah Rita ngan Lis ni..mengalahkan hollywood pulak kan..

DUGAAN AWIE..

sabo je lah awie..yang penting anak tu..cute budak tu..


PANDAI BETUL CINA BERNIAGA

Datuk Abu Hasan Din Al hafiz, pegawai agama istana negara, diiringi tauke high 5 melawat kilang di nilai. yang mula beroperasi setelah mendapat kebenaran Jakim.

Cina tu cina jugak lah..gambar ni digunakan sepenuhnya oleh high 5 pada display box roti nya yg terdapat di kedai-kedai untuk meyakinkan orang Islam..

Tepuk dada tanya selera..tepuk poket bayar sendiri..

Saturday, October 21, 2006

POLITIKING KUASAI PERLANTIKAN AHLI MAJLIS


Kisah Datuk Zakaria Md Deros, ADUN Pelabuhan Klang sebenarnya tiada apa yang istimewa. Jika hendak diteliti dan dikaji sejarah, bukan Zakaria seorang sahaja yang melanggar undang-undang kerajaan tempatan walaupun kedudukannya sebagai wakil rakyat dan ahli majlis. Juga bukan pertama kali dalam sejarah, wakil rakyat membina rumah berpuluh juta ringgit di kawasan yang dikelilingi oleh rumah kos murah. Dan juga bukan pertama kali terutamanya di Selangor, anak beranak duduk semeja sebagai ahli majlis.

Jika bukan perkara baru, mengapakah kisah Zakaria ini mendapat liputan meluas semua media?. Jawapan yang pasti rakyat terutama pengundi kini sudah bijak dan berani mengeluarkan pendapat dan komentar. Kenapa terjadi sebegini? Kerana rakyat mahukan pemimpin yang ikhlas berkhidmat dan menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat setempat. Rakyat kini sudah celik pentadbiran kerajaan di mana mereka mengetahui peringkat kerajaan yang termaktub di dalam perlembagaan negara dan yang paling hampir dengan rakyat ialah kerajaan tempatan.

Tanyalah mana-mana pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara, ada atau tidak wakil rakyat mahu pun ahli majlis yang "kebal" undang-undang dan peraturan?. Jawapannya 'ya' jika yang bertanya itu adalah rakyat biasa, dan jawapan 'tidak' jika yang bertanya BPR ataupun orang politik sendiri. Pegawai PBT "takut" bersuara lebih kerana umum mengetahui ahli majlis adalah pihak yang berkuasa di sesuatu PBT dan hampir keseluruhan adalah ahli politik yang agihan kerusi mengikut kuota dan kekuatan parti komponen Barisan Nasional di sesuatu kawasan.

Organisasi PBT tidak perkasa kerana PBT diseluruh negara di dalam dilema sama ada hendak mengikut arahan pusat atau kerajaan negeri. Yang pasti hampir kesemua PBT lebih cenderung dan "takut" kepada arahan kerajaan negeri kerana faktor geografi dan PBT lebih hampir kepada pertadbiran kerajaan negeri.

Sedangkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) adalah dibawah kawal selia dan perlaksanaannya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT). Yang pasti setiap tahun PBT akan mengemukakan cadangan perbelanjaan pembangunan kepada KPKT untuk dianalisa sebelum geran pembangunan dikeluarkan. Setiap bulan PBT akan menerima pekeliling dari KPKT yang belum pasti akan dilaksanakan. Itu sahajalah rasa hormat PBT terhadap KPKT. PBT lebih hormat kepada ahli majlis kerana faktor politik.

PBT lebih cenderung kepada kerajaan negeri kerana kekerapan perhubungan dan perbincangan disamping adanya kuasa khas menteri besar untuk melantik Yang Di Pertua (YDP) dan ahli majlis. Setahu saya tiada satu seksyenpun di dalam Akta Kerajaan Tempatan yang memberikan kenyataan secara bertulis bahawa perlantikan ahli majlis mestilah dikalangan wakil parti komponen BN.
Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah merit lapuk sebegini demi menjamin kredibiliti dan taraf ahli majlis itu sendiri.

Dalam keadaan sebegini, KPKT seolah-olah tiada taring dan berwibawa untuk masuk campur di dalam soal lantikan ahli majlis. Sedangkan akta adalah di bawah kawalan mereka. Suara KPKT sebenarnya tidak boleh mendahului menteri besar dan ketua menteri dalam soal lantikan ini. Kuasa politik telah mendahului segala-galanya.

Apakah kita sanggup membiarkan fenomena ini terus berlaku?. Kaedah lapuk perlantikan ahli majlis yang memberi laluan ahli politik mendudukinya berpunca daripada suatu masa dahulu apabila pembangkang menguasai pilihan raya kerajaan tempatan. Logiknya ketika itu pembangunan tidak dapat diagihkan sehingga ke akar umbi kerana PBT dikuasai oleh pembangkang.

Masa sudah berlalu dan kekuatan kerajaan kini adalah kuat dari pusat sehinggalah ke negeri. Apakah tidak boleh diubah kriteria pemilihan ahli majlis agar ianya mencakupi sistem pentadbiran yang profesional kerana pembayar cukai kini sudah ramai yang berpendidikan tinggi dan celik masalah semasa. Ahli majlis berperanan besar untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan.

Percaya atau tidak didalam akta tiada satupun petunjuk yang selari dengan ktriteria perlantikan ahli majlis masa kini. Apakah ada kuasa menteri besar atau ketua menteri "over rule" undang-undang yang sedia ada? Saya rasa jika semua pihak mengikuti definasi syarat-syarat untuk melantik ahli majlis mengikut Akta 171, tiada masalah besar yang boleh berbangkit jika kita mengikut undang-undang. Jika cara melantik ahli majlis pun tidak mengikut kehendak akta, jangan marah jika ahli majlis terbabit juga suka melanggar undang-undnag kerana mereka dilantik pun membelakangi undang-undang.

Peruntukan Seksyen 10. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) telah memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk melantik ahli majlis yang terdiri dari :
i. Antara orang-orang yang bilangan tersebut daripada mereka hendaklah pemastautin di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.

ii. (a) Orang yang pada pendapat pihak berkuasa negeri mempunyai pengalaman yang luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan; atau

(b) Orang yang telah memperolehi kejayaan terpuji dalam sesuatu profesyen, perdagangan atau perindustrian; ataupun

(c) Orang yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan kaum-kaum mereka dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.

Jelas menunjukkan perlantikan ahli majlis masa kini hanya mementingkan aspek perkara Seksyen 10 ii(c) Akta 171 sahaja. Walaupun klausa akta berkenaan bermaksud secara umum, tetapi inilah kelemahan yang dimanipulasi sepenuhnya oleh ahli politik demi survival pemimpin politik tertentu.

Akibatnya fungsi ahli majlis terpesong jauh dan mendukacitakan pembayar cukai taksiran. Daripada berfungsi sebagai pembuat dasar sesebuah PBT, ianya kini lebih kepada fenomena dan aktiviti politik sesuatu tempat. Sebabnya kerana 24 ahli majlis PBT dipenuhi oleh ahli politik yang sudah semestinya akan menggunakan PBT sebagai instrumen politik mereka. Itulah sebabnya wakil rakyat dan ahli majlis "kebal" dari undang-undang dan peraturan yang mereka luluskan sendiri di dalam mesyuarat penuh ahli majlis.

Malah ada ahli majlis yang tidak tahu peranan dan tanggungjawab yang perlu dan boleh dimainkan oleh ahli majlis. Pengetahuan ahli majlis di dalam bidang perancangan dan pembangunan PBT adalah penting memandangkan perlantikan seseorang ahli majlis itu adalah bertujuan untuk membantu PBT di dalam membuat dasar, merancang dan mengawasi pelaksanaan projek pembangunan di peringkat PBT.

Pernah terjadi suatu ketika dahulu di sebuah PBT di Selangor yang disebabkan merit politik individu itu dalam politik, iaitu seorang ketua pemuda bahagian, secara automatik dilantik sebagai ahli majlis sedangkan beliau secara ikhtisasnya seorang kerani di PBT yang sama. Apakah merit politik boleh mendahului kredibiliti dan ketinggian taraf ahli majlis?. Tidakkah ada unsur integriti di dalam menjalankan tugas?.

Walaupun ada ahli politik yang berlatar belakangkan pendidikan tinggi dan profesional, tetapi asas perlantikan mereka adalah kerana jawatan dalam parti dan sedikit sebanyak mempengaruhi suara dan pendapat mereka di mesyuarat ahli majlis.

Dalam soal anak beranak Zakaria yang duduk bersama semeja sebagai ahli majlis di PBT yang sama, tiadakah alternatif dan pengecualian di dalam urusan perlantikan ahli majlis demi menjaga imej dan nama ahli majlis supaya tidak dipandang rendah dan cemuhan rakyat?. Mungkin Zakaria ada hak untuk bercakap "dulu boleh pun..si polan empat beranak dalam satu PBT..si polan suami isteri pun ada duduk dalam PBT yang sama, dan si polan adik beradik pun ada sebagai ahli majlis di PBT yang sama".

Dulu lain, sekarang lain Datuk Zakaria. Rakyat lebih kesedaran dan prihatin terhadap apa yang berlaku diseliling mereka. Mereka mahukan ahli majlis yang bebas rasuah, golongan berpendidikan tinggi, tidak berat sebelah, tiada double standard, dihormati masyarakat dan berkhidmat untuk rakyat. Rakyat sudah sampai ke tahap maksimum bosan sebenarnya apabila ahli majlis tidak berfungsi.

Mungkin malang kepada Zakaria kerana pembinaan rumahnya telah menjadi suatu isu terkini dan terungkai pula cerita lain. Kes Zakaria ini telah menjadi sebagai penyebab dan pendorong rakyat untuk bersuara kerana secara kebetulan banyak sangat isu yang timbul berkaitan PBT. Kes Zakaria menjadi batu loncatan dan pemangkin segera rakyat bersuara akibat sudah tidak tahan duduk berdiam diri begitu lama. Rakyat juga sudah tidak tahan dengan kekebalan yang dimiliki oleh wakil rakyat dan ahli majlis.

Realiti yang tidak boleh disanggah, perlantikan ahli majlis PBT adalah kuasa mutlak Menteri Besar atau Ketua Menteri. Ketua parti komponen BN di bahagian secara automatik menjadi ahli majlis. Di pihak UMNO, sekurang-kurangnya lima orang ahlinya akan menduduki kerusi ahli majlis sesebuah PBT. Di dalam Perlembagaan UMNO sendiri telah dinyatakan pada Fasal 15.13.1 "Tanggungan, kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Bahagian ialah mencadangkan calon-calon pilihan raya, wakil-wakil parti bagi menganggotai Majlis Bandar Raya, Perbandaran, Bandaran Tempatan dan Daerah".

Jelas menunjukkan politiking menguasai perlantikan ahli majlis. Terlampau berpolitik menyebabkan tujuan dan sebab diwujudkan jawatan ahli majlis hanya tinggal tulisan dalam bentuk dokumen sahaja. Yang menjadi mangsa ialah rakyat dan pembayar cukai. Mereka berharap perkhidmatan yang diberi berkualiti dan berpiawaian tinggi. Ini kerana setiap tindak tanduk ahli majlis membantu menyelesaikan masalah rakyat akan tetap berakhir dengan agenda politik.

Jika benar perlantikan ahli majlis mengikut kuota parti komponen BN, tidak bolehkah dilantik ahli parti politik yang benar-benar berwibawa dan disegani walaupun beliau tidak berjawatan di dalam parti? Apa yang dilihat sekarang ini wakil UMNO sebagai ahli majlis PBT seperti "wajib" terdiri daripada Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri. Selebihnya mengikut budu bicara ketua bahagian yang menghantar nama ke Menteri Besar. Tidak bolehkah sistem sebegini dirombak? Kita mahukan ahli majlis yang berkualiti dan aktif berkhidmat untuk masyarakat. Walaupun seseorang itu berjawatan politik di peringkat bahagian, tetapi jika kelulusan akademik setakat lulus SRP, adakah layak menjawat jawatan ahli majlis yang begitu dihormati dan berwibawa di sesuatu PBT?

Bayangkan seorang Ketua Wanita UMNO yang hanya lulus SRP tetapi kerana merit politik duduk sebagai ahli majlis di sebuah majlis perbandaran. Kemudian beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa kelulusan pelan bangunan. Penduduk terutamanya di kawasan perbandaran kini telah dihuni oleh ramai yang berpelajaran tinggi. Tidak sumbangkah jika jawatankuasa kelulusan pelan bangunan dianggotai oleh bukan tenaga profesional?. Akibatnya nanti peranan PBT tercemar dan menjadi pertikaian.

Diketahui juga kriteria perlantikan ahli majlis juga berbeza-beza antara negeri. Ada negeri yang tidak mewajibkan ADUN dilantik sebagai ahli majlis. Ada segelintir negeri pula tidak melantik Ahli Parlimen sebagai ahli majlis. Ada negeri yang melantik ADUN dan ahli parlimen sebagai ahli majlis. Tidak seragam cara perlantikan sudah cukup untuk mengambarkan betapa "suntikan politik" cukup berpengaruh di dalam soal perlantikan ahli majlis.

Apa hebat dan istimewanya menjadi ahli majlis? Inilah persoalan popular dikalangan rakyat biasa sekarang ini ekoran kisah Zakaria menjadi topik utama akhbar tempatan. Apakah dengan hanya di beri sehelai blazer, lambang logo PBT untuk diletakkan di depan kereta, parking percuma dan elaun bulanan, itu yang menjadi rebutan ahli politik untuk menjadi ahli majlis?. Sehinggakan ada yang sanggup melobi ketua bahagian dan menteri besar semata-mata untuk jawatan berjangkamasa dua tahun. Sehingga ada yang sanggup meletak jawatan dalam parti semata-mata kerana ketua bahagian tidak melantiknya sebagai ahli majlis seperti yang berlaku di Shah Alam.

Pada BN, ahli majlis sangat penting sebagai medium politik kerana jawatan ini juga menjadi idaman parti pembangkang terutamanya DAP. Ini kerana pada tahun 50-an dan 60-an, jawatan ahli majlis PBT dipertandingkan sama seperti pilihan raya umum. Di kala itu kebanyakan bandar utama dikuasai oleh pembangkang. Semenjak Akta Kerajaan Tempatan diwartakan, pilihan raya tempatan sudah dihapuskan dan ahli majlis adalah jawatan lantikan menteri besar.

Adanya elemen "contact" dalaman untuk meraih projek-projek PBT, mengakibatkan sesiapa yang menjadi ahli majlis "sungguh bertuah". Kebanyakan ahli politik kini adalah merupakan ahli perniagaan terutamanya sebagai kontraktor. Dengan menjadi ahli majlis, dapatlah mereka "mendekatkan diri" dengan pegawai-pegawai PBT untuk meraih projek dan mendapat "tips" anggaran harga projek-projek yang bakal dilaksanakan. Alasan inilah yang paling popular mengapa ahli politik berebut-rebut hendak menjadi ahli majlis. Jika ini masih berleluasa, dimanakah tahap intergriti sesuatu PBT?. Tidakkah amalan rasuah boleh berlaku?. Dan dimanakah ketelusan PBT didalam agihan projek dan tender?.

Rakyat mahukan sesuatu perubahan dilakukan segera dalam soal lantikan ahli majlis. Ia melibatkan maruah PBT dan kepercayaan rakyat terhadap PBT. Terhakisnya kepercayaan terhadap PBT boleh menberi kesan jangka panjang seperti rakyat enggan membayar cukai taksiran. Hasil cukai taksiran di kebanyakan PBT dibelanjakan sekitar 20 peratus untuk membayar emolumen (gaji dan elaun) pekerja PBT. Bayangkan akibat rakyat sudah bosan dengan sikap ahli majlis yang tidak berfungsi, mereka boikot membayar cukai taksiran. PBT yang kecil akan menghadapi masalah dan terpaksa meminjam dana dari kerajaan negeri untuk membayar gaji. Keadaan ini pernah berlaku suatu masa dahulu dan kecekapan kerja PBT mula merosot.

Mungkin kajian terperinci boleh dilakukan untuk mengkaji semula cara perlantikan ahli majlis. Kali ini eloklah diberikan kuasa yang lebih kepada KPKT kerana mereka amat arif dan mahir soal "rumah tangga" PBT. Ahli majlis perlulah dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional seperti jurutera, peguam, arkitek, akauntan dan guru siswazah. Mungkin kriteria utama dikekalkan iaitu mestilah ahli parti politik komponen BN. Dirasakan tiada masalah kerana ramai juga tenaga profesional yang menjadi ahli parti politik komponen BN. Setidak-tidaknya kewibawaan dan darjat PBT akan lebih terpelihara dan mendapat sanjungan daripada penbayar cukai taksiran, lesen perniagaan dan penyewa harta PBT.

Friday, October 20, 2006

[smss-alumni] A'KUM DALAM BAHASA YAHUDI

LOGO YAHUDI
lina zainol <lina.zainol@gmail.com> menulis:
Kepada: smss-alumni@yahoogroups.com
Daripada: "lina zainol" <lina.zainol@gmail.com>
Tarikh: Fri, 20 Oct 2006 09:21:23 +0800
Subjek: [smss-alumni] Fwd: Fw: A'kum



Wallahua'lam....

Subject: A'kum

Assalamu'alaikum w w
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa
sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita
ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna
dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu
member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum
dalam sms ataupun email . Perkataan 'AKUM'
adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang
bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'
yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform
"A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah
dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya Wassalam.

DATUK Z ..OK BOS!!...CANTIK BOS!!..



Mak ooii!!! Besarnya rumah Datuk Z ni..Sekali tengok lebih kurang sama besarnya dengan Istana Alam Shah Klang..Steady lah Datuk..Jangan fikir orang nak kata apa..Tu semua duit Datuk kan?..Dia orang dengki tu Datuk Z..Macam ni lah orang Melayu..baru hebat..YB memang wajib ada rumah besar..baru ada kelas!!!..
MPK nak saman Datuk Z pasal buat rumah tak de plan?..Dah hilang akal ke MPK..Kan Datuk Z "Raja Klang"..mana boleh saman dia..MPK tu kan dah jadi macam kompeni dia..Siapa govenment staff yg nak lawan dengan dia, alamat kena tukar lah jawabnya..Hebatkan kuasa Datuk Z kat Klang..
Datuk Z ni kpd sesiapa yang tak tahu..nama penuh dia Zakaria @ Zainal bin Mohamed Deros..dia ni ADUN Pelabuhan Klang dan Ketua UMNO Bahagian Klang dah berpuluh tahun dah..tak pencen2 lagi..Dia jugak ahli majlis MPK yang paling lama..
Pada orang politik Selangor, Datuk Z cukup dikenali dengan kata favouritenya..OK Boss!! dan Cantik Bos!! kepada sesiapa sahaja yang dia fikir boleh memberi kepentingan dan kesenangan kepada masa depannya..Jangan terkejut apabila berjumpa denga Khir Toyo, Datuk Z ni boleh cium tangan walaupun Khir sebaya dengan anaknya.. Juga jangan terkejut bila dia terserempak dengan DO Klang atau YDP Klang, dia akan menjerit Bos!! Boss!! walaupun ditengah2 orang ramai..
Kalau di majlis2 rasmi kerajaan dan Umno, kegemaran utamanya ialah meng "enterframe" VVIP tertentu.. Pernah sedang Najib berbual dengan Khir semasa tea break di suatu majlis, tiba2 Datuk Z mencelah di antara Najib dan Khir dan dengan suara yang kuat yg boleh semua orang dengar beliau berkata "Datuk Seri(Najib), u confirmkan dengan I pukul berapa nak datang Klang sebab I dah mintak 5000 orang sambut u nanti"...Moral cerita ni Datuk Z nak semua orang tahu terutama depan Khir, dia kamceng baik dengan Najib(sebenarnya tidak)..cerita nak datang Klang tu sebab anak dia nak kahwin.. Bila Najib nak balik, Datuk Z bergegas lari anak ke kereta Najib sebab nak bagi kad jemputan anak dia kahwin...Hehe..rupa2nya baru nak bagi kad jemputan..hehe..Hebatkan Datuk Z..
Jangan risau Datuk Z..tak rugged lah cam tu..kena denda..tak de hal..boleh bayar punya..MPK boleh bagi diskaun lagi..
Hidup Datuk Z!!!!
Wa caya sama lu lah Datuk Z!!

Thursday, October 19, 2006

PERTEMUAN PAK LAH-DR.MAHATHIR : ADA YANG RESAH GELISAH

Ianya satu berita gembira kepada orang Melayu terutamanya Umno apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju untuk berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir di Langkawi sesungguhnya suatu yang amat dinantikan oleh pencinta kedamaian dan perpaduan orang Melayu.

Perdana Menteri pula memberikan reaksi yang riang dan dengan nada yang gembira. Ditambah pula perjumpaan itu akan hanya di hadiri oleh mereka berdua dan tiada pihak ketiga. Mengikut rancangan pertemuan tersebut akan berlaku sebelum Aidil Fitri yang akan datang.

Yang menghairankan masih ada golongan yang ingin menangguk di air yang keruh dan seperti tidak "rela" pertemuan itu diadakan. Masih ada kumpulan yang meragui pertemuan tersebut dan malah ada pemimpin pembangkang orang Melayu seperti sudah tahu apa hasil pertemuan tersebut sedangkan ianya belum terlaksana lagi. Nada pemimpin pembangkang tersebut seolah-olah mereka ahli Umno dengan mengatakan pertemuan itu nanti belum tentu selesai konflik dan meragui keikhlasan Dr. Mahathir. Apakah PAS kecewa perjumpaan antara dua tokoh tersebut akan mengurangkan modal dan idea membangkang mereka?

Semua sedia maklum lidah media PAS seperti akhbar dan laman web Harakah sejak kebelakangan ini begitu menonjolkan pemberitaan menyokong Dr. Mahathir. Seolah-olah Dr. Mahathir adalah pemimpin parti mereka. Kesempatan sebegini sememangnya menjadi tradisi PAS sejak dahulu lagi walaupun mereka sanggup menjilat ludah yang telah diluahkan. Semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, merekalah yang paling aktif mengutuk dan menghina negarawan tersebut.

Sungguh hairan sikap orang Melayu sebegini.Umum mengetahui di kalangan ahli Umno sendiri ada yang memihak kepada Dr. Mahathir menerusi beberapa laman web yang dikendalikan oleh pihak yang pro kepada Dr. Mahathir. Tidak salah sebenarnya untuk menyokong pendirian politik dan pendapat sesiapa pun. Tetapi wajarkah memperalatkan nama UMNO untuk mengutuk pemimpin Umno sendiri?. Tidak salah jika ingin memberikan kritikan dan pendapat yang membina untuk menegur pemimpin tertentu. Tetapi adakah wajar jika sepanjang masa mengutuk pemimpin parti sehingga lebih dahsyat dari pembangkang?.

Mengapakah golongan ini seperti tidak sukakan perpaduan dan adakah mereka gemar melihat perselisihan pendapat di antara Perdana Menteri dan negarawan ulung negara itu?. Apakah motif sebenar mereka?. Apakah mereka ini terdiri dari golongan yang sentiasa tidak bersyukur dan asyik menempelak sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin Umno?. Atau mereka ini golongan kecewa yang tidak mendapat tempat dalam Umno?

Laman web mereka ini menggunakan lambang Umno dan mereka juga mendakwa ahli Umno. Tetapi jika diperhatikan keseluruhan artikel di dalam laman web berkenaan, seolah-olah tiada satu pun perkara yang baik dilakukan oleh Pak Lah. Apakah mereka ini golongan penentang Umno yang bertopeng sebagai ahli Umno dengan penampilan imej dan perlambangan Umno di laman web mereka?.

Beberapa hari ini jelas menunjukkan golongan ini mula resah apabila Dr. Mahathir bersetuju untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Umno. Apakah keresahan mereka kerana selepas ini sudah tiada modal untuk berbicara di laman web mereka?. Serangan melalui internet ini telah mendapat sambutan daripada pengunjung dan pelayar internet. Apakah golongan seperti ini boleh dilebelkan sebagai pengkhianat parti kerana lebih gemar melihat pemimpin dan bekas pemimpin Umno bersengketa?. Jauh sekali untuk memberi pandangan ke arah perpaduan dan kekuatan dalaman parti sendiri.

Belumpun lagi pertemuan itu diadakan, golongan ini sudah mempunyai teori dan andaian mereka sendiri yang menjangkakan pertemuan itu akan menemui kegagalan. Gelagat mereka seperti mereka pula yang terlibat di dalam konflik antara Pak Lah dan Dr. Mahathir. Malah dipersendakan pula tindakan kumpulan yang menganjurkan pertemuan itu sehingga mereka melebelkan kumpulan penganjur ini sebagai pembodek politik?.

Celupar sungguh kata-kata golongan ini sehingga mengalakkan perselisihan pendapat antara dua tokoh ini biarlah jangan ada penyelesaian. Sikap golongan sebegini amat menyedihkan kita sebagai orang Melayu. Mereka meracuni fikiran orang Melayu dan menggalakkan ketidakstabilan politik Umno supaya mereka terus "bernyawa" dengan sebaran propaganda politik murahan menerusi internet. Apakah pihak tertinggi Umno tidak menyedari hal sebebegini dan tidak bolehkah dikenakan tindakan? Saya rasa tindakan boleh diambil kerana mereka menggunakan lambang, bendera dan nama Umno sebagai pengenalan utama laman web mereka.

Belum pun pertemuan empat mata dua tokoh orang Melayu itu berlangsung, sudah ada komen dan ulasan yang diberikan, pelik bukan? Malah ada laman web (http://www.beritakmu.net/) yang mengutarakan tajuk "Pertemuan Mahathir-Pak Lah: kesudahan yang boleh diramal" sebagai pembuka kata laman mereka. Mengapakah perlu dipertikaikan pertemuan yang bakal diadakan itu?. Lebih hina lagi mereka merendahkan martabat Pak Lah sebagai Presiden Umno. Apakah mereka ingin menipu orang ramai dengan "tag line" mereka "Kumpulan Menyokong Umno"?.

Mengapakah timbul keraguan sebelum pertemuan?. Siapakah mereka sebenarnya yang kini ragu dan seperti "panas buntut" apabila pertemuan tersebut menjadi kenyataan?. Sungguh hairan sikap orang Melayu sebegini yang tidak suka kepada perdamaian dan lebih gemar kepada perselisihan. Golongan oportunis dan sukakan pergolakan ini sebenarnya memperalatkan politik sebagai mata pencarian utama mereka. Mereka sudah tiada kerja lain lagi yang hendak dibuat selain dari menghina, mengutuk, mengkritik dan mencaci pemimpin mereka sendiri.

Sekadar memberikan contoh, laman web http://www.beritakmu.net/. "KMU" itu ringkasan dari nama "Kumpulan Menyokong Umno". Akan tetapi 90 peratus isi kandungan laman berkenaan adalah mengutuk Umno dan mencemuh kepimpinan Pak Lah sehingga seperti tiada satupun kebaikan yang dilakukan oleh Perdan Menteri.

Sebuah lagi laman web yang bertopengkan imej dan nama Umno ialah http://www.umno-reform.com/. Antara kolumnis tetap laman ini ialah individu yang baru-baru ini telah dipecat dari Umno. Pengendali laman web ini secara terang-terang menggunakan nama Umno pada nama webnya dan isi kandungan adalah mengutuk Umno secara total.

Wajarkah kita membiarkan dua contoh laman web itu bermaharaja lela meracuni fikiran umat Melayu. Jika benarpun untuk mendaulatkan kebebasan bersuara dan manfaatkan arus kemodenan ICT, janganlah menggunakan nama Umno sebagai platfom untuk menarik pengunjung ke laman web mereka. Jika benar mereka ikhlas untuk berbicara hal politik tanah air, mengapa tidak menggunakan imej sendiri tanpa bertopengkan Umno?

Wednesday, October 18, 2006

"Apakah Wujud Pembangkang Dalam Kerajaan"

(Selasa October 17, 2006 - Buletin Utama TV3)

"Apakah Wujud Pembangkang Dalam Kerajaan".

Bersandarkan dengan keadaan semasa - pertanyaan itu dilontarkan penonton TV3 melalui e-mel.

Yang beliau cukup tidak faham - bagaimana semua itu boleh berlaku.

Parti komponen BN sindir kerajaan yang mereka sendiri anggotai.

Sedangkan trend seumpama itu sebelum ini hanya membabitkan pembangkang dengan kerajaan.

Itu yang ingin dikongsi pengirim e-mel terbabit yang percaya amaran keras Perdana Menteri semalam, ada hikmahnya.

Ada yang mengatakan apa yang berlaku kini lebih terarah kepada sikap keterbukaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pentadbirannya.

Dan jika benar sekalipun, bagi pengirim e-mel, Shaiful Bahri Saidin - cara dan salurannya cukup tidak kena.

Seolah-olah cuba mengambil kesempatan dan memanfaatkan sepenuhnya agenda politik mereka.

Itu yang dilihat Shaiful Bahri terhadap mereka yang cuba mengamalkan sindrom sindir menyindir dan tuduh menuduh.

Sedangkan banyak saluran yang terhidang di depan mata mereka yang berkenaan terutama yang berada dalam kerajaan jika tidak berpuas hati.

Andaian pembangkang dalam kerajaan bagi pengirim e-mel tidak sihat untuk politik masakini.

Eloklah bagi beliau juga andaian itu dihapuskan.

Pilihlah untuk berbincang dan bukannya mencari kesalahan.

Keghairahan pemimpin muda Umno, MCA dan Gerakan dalam bersuara juga merisaukan.

Harus disedari corak berpolitik sebegini tidak menguntungkan BN untuk jangka panjang.

Akhir kata Shaiful Bahri menyusun kata-kata berikut sebagai renungan.

Walaupun boleh menjadi 'carik-carik bulu ayam, lama-lama bertemu jua' - hakikatnya apabila bulu ayam sudah dicarik, takut tidak sempat bertemu semula.

Ini kerana bulu ayam telah selesa apabila ditiup angin.

Akibatnya, harapan untuk bertemu semula dan berpadu hanya tinggal kenangan.

ref:.. http://www.tv3.com.my/sec-news.asp?id=9592

(Di atas adalah skrip berita yang dibacakan pada hari Selasa 17 Oktober 2006 melalui siaran Buletin Utama TV3)

DOA ORANG MELAYU AKAN MENJADI KENYATAAN

Berita terkini pada hari ini agak mengembirakan kepada seluruh umat Melayu di bumi bertuah ini. Jika benar seperti yang diberitakan oleh media, orang Melayu dan Islam sungguh bertuah jika Pak Lah dan Dr M berdamai sebelum aidil fitri ini.
Sesungguhnya inilah berita kemenangan dan perpaduan Melayu yang cukup bermakna. Kita sepatutnya menerima dengan perasaan terbuka dan jangan pula ada yang menangguk di air yang keruh dan mengambil peluang disebaliknya.
InsyaAllah Melayu semakin kuat dan disegani selepas ini.

Tuesday, October 17, 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

DARIPADA SHAIFULBAHRI SEKELUARGA

SINDIRAN KAUM GUGAT PERPADUAN BN

(Artikel ini telah disiarkan oleh Buletin Utama TV3 jam 8 malam 17 Oktober 2006 yang lalu dengan nama Shaiful Bahri Saidin. Ianya menjadi tajuk utama berita pada malam itu. Terima kasih TV3)

Sebenarnya ianya satu amaran yang cukup keras daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika sidang akhbar sebaik sahaja tiba dari mengerjakan umrah. Mungkin ada hikmah dan petunjuk yang Allah berikan kepada Pak Lah dengan melontarkan amaran yang bagi saya cukup keras.

Amaran Pak Lah bukan sahaja ditujukan kepada Presiden Gerakan yang akan bersara, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, mahupun kepada Pemuda MCA yang menimbulkan isu yang sama iaitu tidak puas hati pencapaian bumiputera dalam ekuiti ekonomi negara seperti yang dinyatakan oleh Unit Perancang Ekonomi(EPU), malah ianya meluas kepada sesiapa sahaja yang ingin menimbulkan kekacauan di negara ini.

Malah Lim juga mempertikaikan cara dan kaedah kajian yang dibuat oleh EPU yang memberi petunjuk ekuiti bumiputera ialah 18.9 peratus dalam sektor ekonomi negara. Seolah-olah Lim terlupa bahawa beliau boleh menghubungi terus EPU untuk mendapatkan penjelasan kerana beliau seorang menteri kabinet.

Nampak sangat sekarang ini sudah ada trend baru dalam arena politik negara di mana parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri yang mempertikaikan hasil kerja kerajaan yang mereka sendiri menganggotainya. Dahulu suara-suara sebegini hanya dilontarkan oleh pembangkang terutamanya DAP. Apakah mereka mengambil kesempatan dan manfaatkan sepenuhnya dalam agenda politik mereka apabila Pak Lah pada awal menjadi Perdana Menteri menggalakkan sifat keterbukaan dan boleh menegur terhadap kerajaan?.

Ditambah pula dengan sindrom sindir menyindir dan tuduh menuduh oleh sebahagian ahli parti komponen BN sudah agak keterlaluan kebelakangan ini. Amaran Pak Lah harus diterjemahkan segera oleh parti komponen BN terutamanya UMNO, Gerakan dan MCA agar gaya pengucapan sebegini dihentikan segera. Ada pemimpin parti MCA mendakwa orang UMNO yang memulakan dahulu corak serangan secara sindiran ini.

Gerakan dan MCA seharusnya menggunakan saluran yang betul dalam mengutarakan sesuatu ketidakpuasan dan masalah yang berbangkit. Hairan juga kerana Lim seorang menteri kabinet boleh menegur EPU dan membangkitkan ketidakpuasan fakta dan angka sedangkan saluran yang betul adalah di mesyuarat mingguan jemaah kabinet negara. Apakah Gerakan ingin mencari pengaruh dan populariti dari pengundi Cina supaya menyokong mereka berbanding dengan MCA dan DAP?.

Jika ingin menambat hati kaum Cina dengan penonjolan sebagai jaguh isu-isu nasional bukannya dengan mengungkitkan hubungan antara kaum dan hak keistimewaan orang Melayu. Malah sindirian yang tajam dari Lim dengan mengatakan orang Melayu masih tidak berpuas hati dalam apa yang ada, orang Cina sudah bosan dengan pengorbanan yang telah diberikan dan orang India langsung tidak dapat apa-apa, amat merbahaya sekali.

Kenyataan Lim seolah-olah Gerakan bukan dalam BN dan ada mirip cakap-cakap politik seperti tahun 1969 pula (ketika itu Gerakan sebagai pembangkang). Apakah tujuan dan tersirat disebalik kenyataan Lim yang sebegini rupa?.

Nada Pak Lah dengan kata-kata,"Kalau niat nak buat kacau, tengoklah apa nak jadi. Nak tanya, tanya dengan baik", jelas menunjukkan ketegasan Pak Lah supaya kenyataan memburukkan kerajaan dan provokasi isu kaum amat serius. Banyak saluran yang terhidang di depan mata Lim untuk diserahkan kepada kerajaan jika beliau tidak berpuas hati dengan beberapa perkara.

Terfikir juga apakah kenyataan Lim itu berbentuk serang balas kepada UMNO apabila menimbulkan soal ekonomi dan terpinggirnya orang Melayu di Pulau Pinang? Jika benar, ianya sungguh tidak profesional dan matang dalam berpolitik bagi seorang vateran politik seperti Lim.

Kepada ahli politik terutamanya parti komponen BN, janganlah mengambil kesempatan di atas sikap toleransi dan keterbukaan Pak Lah untuk meraih simpati dan sokongan politik kepada parti mereka. Banyak cara lain yang boleh dibuat untuk mendapatkan publisiti dari media.

Pemimpin UMNO pula terutama golongan muda, haruslah dapat mengawal emosi dalam membicarakan soal polarisasi kaum. Ini kerana parti lain juga berhak bersuara dan menangkis dakwaan pemimpin UMNO kerana mereka juga mempunyai saluran media yang tersendiri. Mereka juga boleh membalas dengan cara mereka tersendiri. Jika ini berlaku, pemimpin UMNO seharusnya menilai kembali kenyataan yang telah di buat sehingga menguris perasaan kaum lain. Pada mereka (Gerakan dan MCA) akan berkata "orang UMNO boleh tak kan orang Cina tidak boleh".

Kerisauan sebeginilah yang sedang menular dan sudah seperti trend baru dalam berpolitik terutamanya golongan muda. Harus disedari corak berpolitik sebegini tidak menguntungkan BN untuk suatu jangka panjang.

Golongan muda di dalam UMNO, MCA dan Gerakan haruslah selalu bertemu dan berbincang mengenai isu-isu negara. Biarlah sesuatu kenyataan kepada media itu bersepakat dan muafakat. Jangan seperti sekarang ini yang hanya bermesyuarat di peringkat Pemuda BN semata-mata untuk memberikan penjelasan terhadap apa yang telah mereka perkatakan dan menjadi sesi penerangan dan bermaaf-maafan pula. Tiada kredibiliti dalam perjuang Pemuda BN.

Amaran Pak Lah seharusnya disemat di dalam hati setiap ahli politik di negara ini terutamanya BN. Andaian "pembangkang dalam kerajaan" eloklah dihapuskan kerana banyak ruang dan saluran untuk mereka duduk semeja untuk membincang sesuatu masalah dan bukannya mencari salah.

Walaupun boleh menjadi "carik-carik bulu ayam, lama-lama bertemu jua", hakikatnya apabila bulu ayam sudah di carik, takut tidak sempat bertemu semula kerana bulu ayam telah selesa apabila ditiup angin. Akibatnya harapan untuk bertemu semula dan berpadu hanya tinggal kenangan sahaja. Fikir-fikirkanlah.

Sunday, October 15, 2006

MAHATHIR - PAK LAH BERDAMAI SEBELUM AIDIL FITRI?

Cuba tengok gambar kat atas tu??..Siapa hormat siapa??.. Ada gaya ke mereka berdua bergaduh??..Bagi orang yang baru berpolitik dan baru jugak nak masuk dalam "tong" politik, gambar di atas mungkin akan menjelaskan segala-galanya.. Kadang-kadang memang betul ada perselisihan faham antara dua pemimpin.Tetapi yang lebih sudu dari kuah ialah apit lempang, kaki bodek, kaki kipas, kaki ampu, orang yg suka ambil kesempatan, org yang tak tahu hujung pangkal dan yang paling bagus sekali ialah orang yang sejak beranak lagi kerja dia menghentam orang saja. Mereka tu lah yang lebih2, Pak Lah dgn Dr M tak de apa2 pun.
Kalau dikatakan Dr M dan Pak Lah sebenarnya tak de apa2, mereka baik, dan "bergaduh" pun macam adik beradik, masih boleh berjumpa dan bersembang sama, cuma bab2 tertentu tak boleh cerita, ramai pulak yang akan menempelak kenyataan ini. Golongan yang menempelak ini macam lah rapat sangat dgn dua orang tu. Patutnya kita bersyukur mereka berdua baik2, ini pula lebih menggalakkan permusuhan. Jenis apa orang seperti ini?.

Jawabnya golongan seperti ini adalah golongan yang tidak cintakan kebaikan, keamanan dan perdamaian. Senang cerita orang seperti ini bukan Melayu tulen dan jugak bukannya orang UMNO. Kalau orang UMNO pun jenis orang UMNO yang cari makan dengan politik dan orpotunis dalam parti.

Yang pembangkang pulak, memang kerja dia dari dulu lagi membangkang saja..tak de kerja lain..Sapa2pun lah yang jadi PM, mesti tak betul dan mesti ada cacat cela. Dulu masa Dr M jadi PM org macam nilah yang paling lantang kutuk, mencarut, memaki hamun malah kalau dalam Harakah tu memang tak de cerita baik Dr M, semuanya tak betul, sampai ada yang kutuk Dr M sampai ke hal peribadinya. Bila Pak Lah jadi PM, tiba2 Harakah dan pembangkang azali ni jadi baik dan pro Dr M pulak, macam nak kiamat rasanya, sebab semalam kau kutuk bertan-tan Dr M, tiba2 hari ni kau puji pulak dia melambung macam Dr M presiden PAS pulak..Heran bin Ajaib kan??

Itulah sifat dan sikap orang Melayu yg sejak azali lagi kerja dia membangkang saja..Kita akui memang manusia bukannya 100% perfect.. mesti ada sikit yang tak betul..Tapi melampau sangat lah sampai satu pun PM buat tak de yang betul dan baik..Mungkin pada mereka yang baik nya bila org PAS atau DAP atau Keadilan jadi PM.. Ha!! masa tu kentut PM pun wangi pada mereka..Malu dan segan kah kita menghargai dan mengakui kebaikan yang dibuat oleh orang lain?

Jika dikatakan Pak Lah dan Dr M hanya nak test market, nak tengok siapakah sebenarnya pemimpin UMNO yang setia kepada presiden dan partinya, dengan mewujudkan cerita kononnya mereka berdua berbalah, boleh percaya atau tidak?. Mereka berdua sebenarnya baik dan tak de apa2 pun masalah, cuma nak sekat populariti come back Anwar Ibrahim dalam politik. Cara mana nak sekat come back Anwar dan tidak mahu cerita Anwar kembali menjadi topik utama dan bualan politik di negara kita, the best way ialah create cerita Pak Lah dgn Dr M bergaduh. Dengan cara ini populariti dan cerita comeback Anwar tenggelam begitu sahaja...LOGIK TAK TEORI SEBEGINI??

Ada jugak cerita Khairy tu jadi topeng dan kambing hitam antara Pak Lah dan Dr M saja..Sambil jadi tempat sasaran kutukan penyokong Dr M, Khairy juga secara halus digunakan untuk mematikan karier Hisham kerana untuk jangka masa panjang, mereka tidak mahu dominasi Razak-Hussien timbul kembali dengan adanya nanti Najib-Hisham..Ini kerana Tun Razak dan Tun Hussien adalah biras dan Najib-Hisham adalah sepupu..emak Najib dan Hisham adik beradik.. Adakah politik orang Melayu seperti sudah tak ada pemimpin lain lagi yang berkaliber?..Think tank Dr M dan Pak Lah beranggapan jika Pak Lah tiada, Najib jadi PM, dan Hisham jadi TPM..sama tak dengan dulu?..Sebab itu Hisham pada tahun 2004 merelakan Khairy bertanding Naib Ketua Pemuda dan arahkan jangan ada pertandingan, kerana hendak memberi keselesaan dan respect kpd menantu Pak Lah ni..Tapi sebenarnya Hisham pun nak tompang sekali supaya Khairy support dia bila nak bertanding Naib Presiden dlm pemilihan yang akan datang. MOU Hisham-Khairy ialah, kalau kau sokong aku jadi Naib Presiden, kau jadi Ketua Pemuda.. LOGIK TAK TEORI SEBEGINI??

Tulisan ini tiada niat untuk memporak perandakan orang Melayu. Ianya hanya berniat kepada perpaduan dan keharmonian orang Melayu. Buat apa kita bergaduh sesama sendiri sedangkan bangsa lain telah mula menguatkan akar umbinya. Jika bangsa lain tidak kuat, masakan kini orang Cina dan India secara terbuka boleh mengutuk dan mempertikaikan orang Melayu. Lebih hina dan bangsatnya orang Melayu apabila orang Cina dan India telah mempelekehkan dan mempersendakan agama Islam. Mereka telah mula boleh membuat joke dan sinis tentang agama kita. Puncanya mereka tahu orang Melayu kini sudah tidak bersatu padu dan mula rapuh.

Kepada semua orang Melayu dan Islam yang masih belum murtad, sedarilah kekuatan kita terletak pada diri kita sendiri. Apa perlu kita bertelagah dan bertegang urat hanya disebabkan kita tidak menyokong idola politik kita dan mengutuk pula sesiapa yang menyokong idola politik yang bukan pilihan kita. Pelikkan orang Melayu.

Dr M dan Pak Lah bukan bodoh dan sengkek nilai dan jati diri Melayunya. Mereka berdua amat kuat kepada keMelayuan dan merekalah pejuang dan penegak kekuatan orang Melayu. Kepada sesiapa yang ingin tahu sejauh mana kuatnya Melayu Dr M, bacalah buku Malay Dilema. Siapa yang masih belum membaca, rajin2lah membaca kerana salah satu sifat buruk orang Melayu ialah malas membaca. Jika hendak mengenali hati kecil Pak Lah tentang Melayu, bacalah tulisan beliau dalam buku Revolusi Mental. Secara kebetulan kedua buku ini ditulis semasa mereka berdua masih ahli UMNO biasa lagi, tiada cahaya dan cita-citapun mereka akan menjadi PM suatu hari nanti..

Jika benar Pak Lah dan Dr M akan "berdamai" sebelum aidil fitri ini, iaitu dalam bulan yang mulia ini, syukur Alhamdulillah. "Perdamaian" mereka berdua akan membuatkan orang Cina akan kecut perut dan mereka yang anti Melayu dan perpaduan Melayu akan tidak tentu arah dibuatnya. Nantikan lah kejutan yang akan membuka minda orang Melayu bergerak di landasan yang betul. Apa guna mengutuk bangsa sendiri sedangkan kita juga orang Melayu.

Kepada orang Melayu yang sudah sudah menjadi murtad Islam, baliklah kepangkal jalan..Andalah duri dalam daging dan racun perosak orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Melayu bersatu..

http://shaifulbahri.blogspot.com