Sunday, July 08, 2007

TIAN CHUA SAJA CARI PASAL!!!!!!!!!

Apek cina Tian Chua ni saja buat hal lagi.. dia ni gila publisiti murahan.. agaknya dah lama nama dia tak keluar paper, jadi sengaja creat cerita yang belum tahu lagi hujung pangkal.. lebih teruk lagi siap dengan gambar yang dia sendiri mengaku dia yang reka.. Allo apek.. sudah rindu nak tido kat Kamunting ka??Bacalah tulisan dia kat bawah ni... Betul-betul bodoh punya tuduhan..

Najib Razak again denied he was acquainted with Altantuya. Last Friday 29 June, Burmaa Oyunchimeg testified in court that she had seen a photo of Najib and Abdul Razak Baginda having dinner with her cousin Altantuya.
Najib has repeatedly denied any knowledge of Altantuya during campaign of the recent Ijok By-election. Is our deputy prime minister so forgetful that he could not recall the murdered Mongolian lady.
Najib has a lot of explanations to do. Najib can not evade answering many questions pertaining his close connection with Razak Baginda.
What is also missing from the trial is link of the accused with the purchase of French submarines.
The public has the right to know who Altantuya was working. Was she officially hired by Razak Baginda (or the Ministry of Defence?) on the submarine deal?
Anwar Ibraham held a press conference at 15:00hr on the same Friday afternoon. He called on Najib to be investigated.
The director general of Immigration must also be called to explain why the record of entry of Altantuya and her companions could be erased. Was it done by his subordinates without his knowledge? Or he was instructed by his superiors?

Thursday, July 05, 2007

AWAS WANITA BERNAMA ERRA FAZIRA






Cinta tiga segi terlerai akhirnya.... (cinta atau seks??)
AKHIRNYA semua persoalan yang bermain di benak peminat artis kesayangan ramai Erra Fazira dan Hans Isaac terjawab. Itupun setelah terjadi peristiwa di apartment yang menyaksikan drama hebat yang dipentaskan tanpa tuan direktor. Jika selama ini kedua artis ini bermain teka teki sehingga semua orang keliru dengan sandiwara yang mereka lakonkan, kini mereka sudah tidak mampu lagi mengelak kerana realitinya sudah di depan mata.
Tidak perlu lagi berselindung kenapa dan mengapa pemberian seutas jam Rolex bernilai RM10 ribu diberi sempena hari lahir Erra Fazira yang ke 33 Februari lalu. Yang mana motif sebenar pemberian gift of love ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Erra kerana menurut Erra "Kami tidak bercinta". Mana mungkin pemberian semahal itu diberi atas dasar sebuah persahabatan. Tapi peminat dan wartawan yang baik sangka hanya menerima sahaja kenyataan yang diberi walau jauh di dalam hati Kakak Tua sudah timbul bermacam kemusykilan dan kejanggalan kerana pernah diberi tip off tentang hubungan merpati dua sejoli ini sejak dua tahun yang sudah. Ketika itu, tiga 'dara' pingitan Umie Aida-Nasha Aziz-Erra Fazira tengah menjalankan ibadah umrah di tanah suci. Kakak Tua difahamkan Erra sedang 'mabuk cinta' dengan Hans pada masa itu. Wallahualam.


Cinta tiga segi... Hans, Erra dan Engku Emran
Apabila kedua mereka dipasangkan dalam filem Pesona Non Grata terbitan Nizarman Productions yang mana penggambarannya berlangsung di Bangkok, Kakak Tua sekali lagi mendapat informasi dari sumber sahih yang mereka adalah pasangan kekasih. Namun kedua-dua mereka tetap berpegang pada jawapan standard yang klise dan membosankan ..."kami Hanya Kawan baik." Justru bila keluar pengakuan dari Hans yang mereka sah putus cinta dalam dada akhbar hari ini, Kakak Tua pun tertanya-tanya "Macam mana sebuah perhubungan boleh berakhir sedangkan ianya TIDAK pernah bermula?"
Walaupun delayed action, sikap yang tunjukkan oleh Hans patut dicontohi, sikap gentlemannya yang sanggup ke depan untuk meleraikan kekusutan cinta tiga segi yang sedang hangat diperkatakan kini. Sikap terpuji ni tidak termasuk sikap cepat tangan membelasah insan seorang itu kerana emosi yang tidak terkawal. Tapi itu cerita lain.... Walaupun pada hakikatnya, pengakuan Hans nanti akan bercanggah dengan pengakuan Engku Emran (Ketua Pegawai Operasi Suria FM) dan Erra sendiri. Kalau percanggahan fakta itu tidak ketara tak apa lah juga.
Tapi bagaimana kalau percanggahan fakta itu akan mengelirukan lagi pembaca, peminat setia dan wartawan seperti bila sebenarnya Erra dan Hans putus cinta? dan bila pula terjalin hubungan cinta di antara Erra-Engku Emran? Bila kali terakhir Erra dan Hans bersama sebagai kekasih? Benarkah Engku Emran adalah pilihan emak Erra seperti yang didakwa oleh Erra? Dan Erra-Engku bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.... Banyak lagi persoalan yang timbul tanpa ada satu jawapan yang pasti. Hanya Tuhan dan tuan empunya diri saja yang tahu apa sebenarnya berlaku. Namun untuk memastikan kekeliruan ini tidak berlanjutan, molek sangat lah kalau ketiga-tiga pihak yang terlibat diberi peluang 'membela diri' dan membuat penjelasan masing-masing. Jangan nanti pihak media dijadikan kambing hitam dan dipersalahkan kerana kekeliruan fakta, 'salah lapor' dan 'buat cerita.'
Untuk skandal yang begini hebat, rasanya pihak wartawan lah yang paling berhemah sekali memandangkan perhubungan silaturrahim dan kemesraan yang terjalin sekian lama dengan Hans dan Erra. Dek kerana sikap hormat ini jugalah apa saja yang dilaporkan lebih berlapik dan mereka tidak terus 'Terjah'. Implikasi penjelasan dari sebuah hati yang dilukai ini tentu sahaja akan membawa impak negatif kepada Erra-Engku Emran. Maklumlah orang yang 'teraniya' akan selalu dapat simpati yang lebih, jadi pandai-pandailah ambil hati peminat yang sudah tawar hati pada Erra.
Kalau dalam cerita Bollywood, saat kritikal macam ni, hero yang dah direject akan menyanyi mendayu-dayu sehingga cair hati bekas kekasih. Dan berlakulah persimpangan dilemma. Sudah berbuih mulut Kakak Tua berpesan jangan sesekali menghampiri perbuatan negatif seperti bercakap bohong, hipkorit atau membuat onar pada diri sendiri atau sesiapa saja kerana kesannya akan timpal balik pada kita juga. Tapi lagi dipesan, lagi menjadi-jadi.... Pada Erra, carilah hikmah di sebalik kejadian. Janganlah terus-terusan bermain wayang. Pengakuan jujur walau sepahit mana sekalipun akan dapat diterima. Hargailah hati seorang kekasih, mahupun bekas kekasih. Jangan suka bermain perasaan orang yang sayang pada kita.
Kakak Tua ingin berpesan pada Hans supaya belajar menerima hakikat antara kebenaran dan kebathilan. Belajar kawal emosi dan maafkan keterlanjuran agar hati kita lebih tenang meneruskan sisa-sisa kehidupan. Sejarah sudah banyak kali mengajar Hans yang kilauan benda palsu tidak akan kekal justru carilah yang hakiki. Bagi Engku Emran pula, remember two wrongs never make a right. Dan bila tengah kemaruk cinta, cuba buka mata hati dan akal agar pantulan cahaya itu tidak akan sesekali menyakiti kita seperti yang pernah terjadi pada pencabar terdekat, Hans Isaac. Kakak Tua: Hendak tujukan lagu 'Airmata Kasih' nyanyian R.Azmi untuk Hans Isaac dengan ucapan lupakanlah Persona Non Grata (The Unwelcome Person)!

‘Erra ada pilihan lain’ (Siapa lebih banyak sponsor..itu pilihan aku..)
Pelakon dan produser filem, Hans Isaac mengesahkan hubungan cintanya dengan Fazira Wan Chik, 33, atau Erra sudah terputus sejak lebih dua minggu lalu berikutan bekas Ratu Cantik Malaysia itu dikatakan bakal mengakhiri zaman jandanya dengan mengahwini Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Imran Engku Zainal Abidin.
Perkara itu dijelaskan Hans sendiri ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai gosip yang tersebar luas mendakwa Pengarah Urusan Tall Order Production itu menemui Erra dan kekasih barunya di kediaman penyanyi dan pelakon jelita itu.
“Peristiwa itu berlaku dua minggu lalu. Memang sedih apabila mengenangkan perbuatan Erra tapi saya tak mahu menoleh ke belakang dan enggan memikirkannya lagi. “Saya tak nafikan ketika ini perasaan saya tak tenteram dan marah tapi saya nekad untuk melupakannya dan meneruskan hidup seperti biasa,” katanya tegas.
Pada masa sama, Hans turut berkata, Erra memberikan penjelasan dia akan mendirikan rumah tangga dengan Engku Imran dan meminta agar hubungan mereka tidak lagi diteruskan. “Waktu saya bertanyakan mengenai hal itu, Erra menjelaskan dia bakal berkahwin dengan Engku Imran tapi bukan atas kehendak dirinya, sebaliknya kerana kemahuan ibunya. “Memang sebelum ini saya serius dengan Erra tapi dengan apa yang terjadi, biarlah segalanya menjadi kenangan. Sebenarnya saya tak mahu komen langsung perkara yang sudah berlaku kerana tak mahu masyarakat menyalahkan saya pula. “Selama ini pun ada yang beranggapan saya bukan jenis orang baik-baik. Apa yang berlaku, saya serahkan segalanya kepada Tuhan. Kebenaran siapa salah dan siapa benar akan diketahui juga satu hari nanti. “Apa yang dapat saya katakan, saya tak mempunyai sebarang hubungan lagi dengan Erra melainkan urusan perniagaan. Itu pun kakitangan saya yang akan berurusan dengan Erra,” katanya.
Justeru, Hans meminta wartawan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perancangan Erra hendak berkahwin dengan Engku Imran, supaya bertanya kepada pasangan itu sendiri.
Ditanya sama ada dia akan hadir pada hari perkahwinan Erra nanti, pelakon itu berkata, dia mungkin tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain. “Dia masih kawan saya tapi saya tak akan hadir pada hari bahagianya itu. Baguslah kalau mereka bercinta dan mengambil keputusan berkahwin jikalau itu jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya.
Hubungan intim Erra dengan Hans mula menjadi bualan ramai ketika mereka berlakon bersama dalam filem Persona Non Grata terbitan Nizarman Productions pada 2005. Penggambaran filem itu dibuat di Thailand. Ketika itu rumah tangga Erra bersama Yusry KRU berkocak gara-gara Hans. Bagaimanapun, Erra menafikan keretakan rumah tangganya berpunca daripada hubungan rapatnya dengan Hans kerana mereka hanya kawan. Pun begitu, selepas Erra bercerai dengan Yusry pada 2006, sekali lagi hubungan istimewa Erra dengan Hans kembali diperkatakan apabila Hans menghadiahkan jam tangan Rolex bernilai RM10,000 sempena hari jadi Erra ke-33 pada Februari lalu.
Pun begitu, Erra tetap menafikan mereka bercinta sambil berkata, tiada salahnya dia menerima hadiah mewah daripada rakan baik. Mengulas sikap Erra yang sering menafikan dia dan dirinya sebenarnya bercinta, Hans berkata, ketika itu dia diminta seseorang untuk tidak memberikan sebarang penjelasan.
“Tetapi saya tak mahu beritahu siapa yang melarang saya memberikan sebarang kenyatan mengenai hubungan saya dengan Erra. Biar ia menjadi rahsia saya,” katanya. Selepas Persona Non Grata, mereka dipertemukan pula dalam filem Qabil Khushry Qabil Igam dan filem terbitan syarikat Hans sendiri iaitu Cuci dan Los Dan Faun arahan Afdlin Shauki. Selain aktif dalam dunia seni, Erra kini terbabit dalam perniagaan kecantikan dengan melancarkan produk kecantikannya sendiri, FerraKosmoLook (Ferra).
Sementara itu, Erra gagal dihubungi kerana menurut pembantu peribadinya, Syed Badrul Hashim, pelakon itu tidak mahu memberikan sebarang komen dan tidak mahu diganggu kerana menjalani penggambaran filem usahasama Bollywood dan Hollywood, bertajuk Hidden. Menurut Syed Badrul, Erra hanya memberitahunya bahawa berita ‘panas’ yang hangat diperkatakan sekarang tidak pernah terjadi dan dia tidak mahu melayan perkara yang dianggap remeh itu. Beliau berkata, Erra kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap penggambaran filem Hidden yang keseluruhannya dibuat dalam bahasa Inggeris.

Engku Emran: Saya akan bawa Erra jumpa keluarga (pisau cukur???)
MENGAMBIL prinsip untuk tidak menidakkan atau mengiyakan berita yang didedahkan oleh media massa tentang "hubungannya" dengan ratu airmata Erra Fazira, Ketua Pegawai Operasi Suria FM Engku Emran Engku Zainal Abidin hanya meminta semua pihak agar menghormati perasaan keluarganya.
"Jika anda tidak mahu menghormati saya juga tidak mengapa tetapi tolonglah hormati ibu-bapa dan keluarga saya. Emak dan bapa saya masih hidup. Anda juga tentu mempunyai keluarga bukan?, " ujar Engku Emran di sidang media Suria FM 'Green Every Day Concert 2007' yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
Tentang hubungannya dengan Erra, Engku Emran hanya berkata bahawa dia dan Erra berada di dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
"Kami adalah kawan dan saya menghormati dirinya," katanya lagi.
Engku Emran, 32, juga enggan memberi komen tentang kenyataan yang diberikan oleh Hans Isaac yang mengatakan bahawa menurut Erra, dia adalah pilihan ibu Erra.
"Saya sudah memberitahu ibu-bapa saya bahawa jika saya hendak berkahwin, merekalah orang pertama yang akan saya beritahu," ujar Engku Emran tidak putus-putus menerima panggilan daripada keluarga dan rakan-rakannya sejak gosip bahawa dia terlibat dengan cinta tiga segi antara Erra dan Hans Isac disiarkan di dada akhbar.
Walau bagaimanapun, Engku Emran berkata bahawa dia akan memperkenalkan Erra kepada keluarganya suatu hari nanti.
"Jangan tanya saya bila. Erra juga sedang sibuk dengan penggambaran filem," katanya.
Ditanya pandangannya tentang Erra, Engku Emran berkata bahawa Erra adalah seorang yang suka merendah diri. Tidak puas hati dengan jawapan tersebut, para wartawan bertanya pula pandangannya tentang paras rupa Erra.
"Dia pernah menang pertanding ratu cantik, bukan?" jawab Engku Emran.
Engku Emran berkata fokusnya kini hanyalah kepada konsert Suria FM yang akan turut menampilkan Erra Fazira yang akan menyanyikan lagu "Ya atau Tidak" dan medley lagu-lagu popularnya.


Emran akui intim dengan Erra Fazira (Jangan membazir duitlah..emran)

‘‘Saya tidak akan menafikan benda yang sahih,’’ kata Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32, mengenai hubungan istimewanya dengan artis Erra Fazira. Malah, beliau tidak menafikan dirinya dan bekas ratu cantik itu kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Saya sukakan sikap rendah diri Erra dan senang berkawan dengannya,” kata beliau yang ditemui pada sidang akhbar pengumuman penajaan Konsert Green Every Day Suria FM 2007 di sini hari ini.
Emran menimbulkan kontroversi apabila dikatakan menjadi punca perpisahan pelakon dan penyanyi Erra Fazira dengan pelakon Hans Isaac. Gosip mengenainya dikeluarkan melalui kolum OPPSS...IYA KE? Hiburan Utusan Malaysia dan sebuah laman web akhbar dalam talian semalam. Hans mendakwa hubungan Emran dan Erra mendapat restu ibu Erra dan pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh terdekat ini. Emran memberitahu, beliau tidak bimbang dengan dakwaan tersebut memandangkan kenyataan itu bukan daripadanya.
“Cuma, apa yang ingin saya katakan, setiap apa yang keluar dalam akhbar hari ini (kenyataan Hans), adalah bukan daripada mulut saya. “Jadi, saya tidak perlu takut dan risau untuk berdepan dengan situasi ini. Malah, saya sendiri tidak terkejut dengan berita itu,’’ jelasnya.
Sementara itu, Erra Fazira ketika dihubungi tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. Beliau yang ketika ini sibuk di lokasi filem Hidden, sebuah produksi kerjasama Hollywood dan Bollywood di sekitar ibu kota bagaimanapun memberitahu akan menjelaskan perkara tersebut apabila sudah bersedia.

Wednesday, July 04, 2007

KEHEBATAN ERRA FAZIRA


RASANYA ramai tahu kisah aktres dan penyanyi jelita janda yang sedang hangat bercinta dengan bos besar sebuah radio stesen.
Kisah aktres yang juga pernah menjalin hubungan dengan beberapa aktor sebelum ini menjadi tambah menarik minggu lepas apabila kekasihnya, seorang pelakon kacak, enter frame di apartment mewah mereka.
Diberitahu bahawa tujuan aktor itu datang ke apartment yang mereka kongsi bersama untuk mendapatkan kepastian sejauh mana hubungan kekasihnya dengan bos stesen itu. Kebetulan mereka berdua baru sahaja pergi holiday ke sebuah pulau. Pada masa yang sama, aktres tersebut menjalin hubungan dengan kekasih baru selama hampir 5 bulan.
Aktres yang pijak semut tak mati itu kononnya terpaksa improvise script on the spot untuk menjaga hati kedua-dua kekasih kerana tembelang sudah pecah. Namun lakonan hebat aktres itu tidak menjadi kali ini kerana aktor tersebut sempat memberi sebiji penumbuk ke muka pesaingnya yang ketika itu keluar dari bilik dengan boxer shortnya.
Kalau sebelum ini aktres ini cukup bijak menangkis setiap soalan peribadi termasuk pemberian jam dari kekasihnya. Namun setelah peristiwa ini, Kakak Tua teringin juga nak tahu apa lagi sandiwara yang akan dilakukannya apabila berhadapan dengan wartawan.
Sehinggakan bila ke tanah sucipun, aktres tersebut saling berhubungan tapi pandai menyorok dari pihak media.
Bila pekung dah terbuka, agaknya apa tindakan mereka bertiga yang berada dalam dilema yang dicipta sendiri itu.
Mungkin kes ini tidak sama dengan kes seorang pelakon kacak lain yang ditangkap khalwat minggu lepas namun moral of the story tetap sama. Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.
Yang hairannya, hampir semua artis kita yang silap laku tidak pernah mengambil iktibar dari apa yang terjadi dengan rakan-rakan artis lain. Nak kata degil, ini dah tahap lebih dari degil. Sudah sampai peringkat mencabar Tuhan yang satu. Masakan kita boleh terlepas seandainya kita membuat sesuatu yang buruk dan berdosa.
Dan bila jiwa dah ternoda dengan dosa, di mana letaknya maruah diri kita sebagai manusia dan ketenangan sebuah hati?
Kita tidak mahu bersubahat di dalam hal yang akan mengheret ke jalan yang sesat. Yang termampu dilakukan hanya meninggalkan pesanan di dalam kolum yang tidak seberapa ini dengan harapan kesemua yang terlibat itu akan kembali ke pangkal jalan.
Jangan diburukkan lagi imej artis yang sudah lama tercalar dan robek dengan bermacam-macam skandal seks.
Apabila kita cuba melawan kuasa yang satu, inilah yang akan berlaku. Kehebatan kita sebagai insan kerdil tidak ke mana apabila kita menjalani kehidupan yang penuh kepura-puraan.
Selalunya kisah disebalik tabir artis ini akan dihidu oleh media terlebih dahulu sebelum didedahkan. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang, kalau tak ada bangkai masakan lalat datang.
Artis kahwin artis yang menghadapi krisis rumahtangga seperti Sharifah Shahirah-Jatt, Erra-Yusry, Noraniza -Fareez dan Ajai-Nurul lebih mudah dikesan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan dengan industri hiburan.
Tambah buruk jika orang ketiga adalah di kalangan spesis mereka seperti yang terjadi kepada Ako-Jue-Jehan.