Thursday, May 31, 2007

AKSI TAK LUCAH ZANA AF5






RAMAI YANG MARAH-MARAH BILA SAYA HANTAR GAMBAR ZANA AF 5 TU... HERAN JUGAK YE.. MULA-MULA MINTAK.. LEPAS DAH HANTAR.. MARAH-MARAH PULAK.. APA?.. TAK CAYA KE.. UNTUK MEMUASKAN HATI ORANG YANG MARAH-MARAH TU.. NI GAMBAR ZANA AF5 YANG TAK LUCAH.. OK YE..

GAWAI DAY...NYIRUPPP FROM CAMELIA





GAYU GURU GERAI NYAMAI..

CATRIONA ROSS BERANSUR PULIH



PERBICARAAN FAZURA - GERALDINE TERUS HANGAT





PERBICARAAN FAZURA - GERALDINE TERUS HANGAT
Perbicaraan kes saman pelakon harapan wanita, Nur Fazura Sharifuddin, 23, yang bermula hari ini diberitahu pergaduhan antaranya dengan seorang suri rumah ada kaitan dengan anak lelaki seorang bekas menteri besar. Suri rumah itu, Geraldine Mariana Wong, 31, yang juga bekas menantu seorang menteri Kabinet memberitahu Mahkamah Majistret di sini, pada malam kejadian dia hanya berbual biasa dengan bekas teman lelakinya, Ahmad Razman Ahmad Razali, 30, dan bukannya menggoda lelaki itu. Beliau berkata, pada masa kejadian, Ahmad Razman merupakan teman lelaki kepada Fazura.


Fazura yang menang gelaran pelakon harapan itu di Festival Filem Malaysia ke-17 melalui filem Bicara Hati, didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 1.20 pagi di Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Terdahulu, sewaktu menjawab dalam pemeriksaan utama pegawai pendakwa, Cif Inspektor R. Rukumar, Geraldine memberitahu, Fazura telah menghampirinya yang ketika itu sedang berbual dengan rakannya di bar kelab tersebut dan menolaknya sebanyak tiga kali dan beliau turut membalas dengan melakukan perbuatan yang sama kepada pelakon itu. Tambahnya, selepas berlakunya tolak menolak, mereka berdua saling bertarik rambut sebelum dileraikan oleh pengunjung-pengunjung kelab dan rakan-rakan.Fazura hadir ke mahkamah hari ini dengan ditemani beberapa orang rakan termasuk pengacara, Cheryl Samad dan pengurusnya, Shah Shamsiri.

Saturday, May 26, 2007

MEI 13 - BUKU PENUH KONTROVERSI

MAY 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969
Author:
Kua Kia Soong
Publisher:
SUARAM
Year:
2007
Number of page:
136

This is the first credible account of the May 13, 1969 racial riots in Malaysia, using documents recently declassified at the Public Records Office, London, after the lapse of the 30-year secrecy rule.
These documents provide the only available confidential observations and memoranda by British and other foreign embassy operatives based on their intelligence and contacts with local officials and politicians. They include dispatches by correspondents which were then banned in Malaysia.
A social scientist, Kua Kia Soong provides a fresh political analysis of this "May 13 incident". In his view, the riots were by no means a spontaneous outburst of violence between Malays and Chinese but rather a planned coup d'etat by the ascendant state capitalist class against the Tunku-led aristocracy. He discusses the contradictions of the post-Independencec Alliance racial formula and traces the rise of this new Malay capitalist class which has ruled Malaysia since 1969.
These documents clearly show who were responsible for the violence and pose the question why the security forces allowed the violence to go on. With this publication, it is hoped that the frequently raised "spectre of May 13" by the Barisan Nasional government will be forever put to rest.
ABOUT THE AUTHOR: Dr. Kua Kia Soong is a director and founding member of human rights organisation, Suaram. He was a Member of Parliament for Petaling Jaya (1990-95), a former political detainee during Operasi Lalang (1987-89) and former lecturer at the National University of Singapore (1978-79).



KOMEN
Kenyataan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) bahawa kementerian itu tidak berniat untuk mengharamkan buku “May 13 Declassified Documents on the Racial Riots of 1969” tulisan Dr Kua Kia Soong tentulah dialu alukan. Sebelum ini, tindakan pegawai KDN merampas buku tersebut dari kedai buku dan melarang buku itu dijual, telah membangkitkan bantahan meluas pelbagai pihak khuatir buku itu akan terus diharamkan. Memang tidak masuk akal jika buku Dr Kua itu diharamkan hanya kerana ia berbeza dengan versi rasmi kerajaan. Versi rasmi itu menganggap provokasi penyokong pembangkang yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum 1969 merupakan punca utama rusuhan 13 Mei. Maklumlah Perikatan telah mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya umum terbabit. Perikatan telah hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Di samping itu, Pulau Pinang sudah jatuh ke tangan Parti Gerakan dan Kelantan pula jatuh ke tangan PAS, sedangkan di Perak dan Selangor Perikatan juga gagal memenangi kerusi majoriti.

Saturday, May 19, 2007

RAJA PUAN BESAR PERAK - TUANKU ZARA

Tuanku Zara bergelar Raja Puan Besar Perak
18-05-2007 01:36:57 PM
KUALA KANGSAR: Tuanku Zara Salim, yang diijab kabul semalam sebagai isteri Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, hari ini diisytihar sebagai Raja Puan Besar Perak pada satu istiadat di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Orang Kaya Temenggong Paduka Raja, Datuk Seri Wan Fathir Wan Hussain, sebaik selesai membaca perisytiharan kurnia gelaran itu, telah melaungkan "Daulat, Daulat, Daulat" dan diikuti oleh para hadirin dan diikuti dengan paluan nobat.
Tuanku Zara turut dianugerahkan pingat Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Dihormati (DKSA), darjah tertinggi yang khas kepada ahli-ahli keluarga diraja. Lantikan Tuanku Zara, cicit kepada Sultan Kedah ke-24 Sultan Abdul Hamid Halim Shah, sebagai Raja Puan Besar Perak, mengisi kekosongan gelaran itu sejak dua dekad lepas.
Istiadat itu, yang dihadiri 150 kerabat diraja terdekat serta dif kenamaan, bermula pada pukul 10.05 pagi dengan Wan Fathir, yang juga Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, membaca perisytiharaan kurnia gelaran yang diperkenan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah berkuatkuasa mulai hari ini.
Pengurniaan gelaran itu dibuat mengikut Bahagian Kedua Fasal 35(1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang memperuntukkan Sultan Perak mengurniakan gelaran itu kepada isteri Raja Muda Perak.
Perisytiharan Sultan Perak, yang dibacakan oleh Wan Fathir itu menyebut: "Beta (Sultan Perak) berkenan mengurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan kepada Zara Salim, isteri Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak Darul Ridzuan berkuatkuasa 18 Mei 2007. Ketahuilah dengan Gelaran ini Zara Salim akan dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.
"Dan lagi, inilah kita memerintahkan sekalian Raja-raja Bergelar, Waris-waris Negeri, kaum kerabat, Hamba-hamba Tua Orang Besar Perak, pegawai dan rakyat kita yang dikasihi yang ada di dalam negeri Perak Darul Ridzuan ini dan sekalian mereka yang lain bersangkutan dengan perkara ini, supaya mengambil tahu hal ini dan mengikut dengan taatnya."
Diiringi Tunku Soraya Sultan Abdul Halim dan Datuk Seri Noraini Jane, Tuanku Zara, yang berpakaian kebaya labuh berenda Perancis berwarna emas dengan taburan manik berwarna ungu, firuz dan merah jambu, menghadap Sultan Perak untuk menerima watikah perisytiharan gelaran.
Tunku Soraya ialah anakanda Sultan Kedah serta isteri Raja Kechil Sulung Perak, Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris, manakala Noraini Jane, adalah isteri Raja Kechil Tengah Raja, Datuk Seri Ashman Shah.
Pada istiadat itu, Sultan Perak turut menganugerahkan Tuanku Zara dengan Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Dihormati (DKSA), darjah tertinggi yang dikurniakan khas kepada ahli-ahli keluarga diraja.
Istiadat turut disaksikan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, Raja Nazrin Shah, Raja Di Hilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa, ibu bapa, Tuanku Zara, Salim Davidson dan Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabudin serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan isteri.
Gelaran Raja Puan Besar Perak yang dikhaskan untuk isteri Raja Muda Perak kosong sejak dua dekad lalu berikutan kemangkatan Raja Muda Perak pada masa itu Raja Ahmad Siffuddin Sultan Iskandar Shah pada April 1987.
Gelaran itu terakhir disandang oleh isteri Almarhum Raja Ahmad Siffuddin, Raja Nor Izan Raja Abdul Rashid selama tiga tahun dan selepas kemangkatan baginda, Raja Nor Izan menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia.

Thursday, May 17, 2007

RAJA DR. NAZRIN SELAMAT DIIJAB KABUL



Pasangan Diraja selamat diijab kabul

17-05-2007 03:12:56 PM
KUALA KANGSAR: Pasangan Diraja, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson hari ini diijab kabul pada satu istiadat pernikahan diraja di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Istiadat akad nikah disempurnakan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, kerabat diraja Perak dan keluarga Zara.
Walaupun istiadat itu diadakan secara sederhana dan ringkas di Balai Istiadat, ia dijalankan dengan penuh adat istiadat diraja.
Istiadat pernikahan itu bermula pada pukul 10.30 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Azlan Shah dan Tuanku Bainun ke Balai Istiadat.
Raja Nazrin, 50, yang kelihatan segak dan tampan dengan berbaju Melayu putih serta bersampin sedondon dengan tenang melafazkan akad nikah, dengan sekali lafaz pada pukul 11 pagi ini disaksikan kira-kira 300 tetamu.
Adinda baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah iaitu Raja Kecil Tengah Perak serta Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, suami kepada adinda baginda Raja Datuk Seri Azureen, menjadi saksi pernikahan baginda.
Bapa Zara, Salim Davidson semalam telah mewakilkan wali kepada Harussani untuk mengijabkabulkan anaknya Zara dengan Raja Nazrin, dan upacara menandatangani surat mewakilkan wali itu telah diadakan di Bilik Merah, Istana Iskandariah.
Majlis itu turut disaksikan ibu Zara, Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabudin dan abangnya Jeffri.
Zara, 34, adalah cicit kepada Sultan Kedah ke-24 Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan datuknya Syed Omar ialah Menteri Besar Kedah yang ketiga.
Sejurus selesai akad nikah, Mufti Kerajaan Negeri Perak membacakan doa kesyukuran dan diikuti dengan bacaan selawat Nabi oleh kumpulan Haqqani Maulud Ensemble.
Sultan Perak dan Raja Permaisuri kemudian berangkat meninggalkan majlis sementara Raja Nazrin pula berangkat ke bilik bersebelahan Balai Istiadat di mana Zara, sedia menanti untuk upacara menyarung cincin.
Zara, berkebaya labuh kontemporari yang diperbuat daripada French lace dihiasi dengan taburan kristal dan manik serta dipandankan dengan kain sarung chiffon sedondon berwarna putih gading, hasil rekaan pereka fesyen terkemuka Radzuan Radziwill, yang merupakan anak kelahiran Bandar Diraja ini.
Keayuan dan kelembutan Zara terpancar dengan hiasan selendang French netting sepanjang tiga meter yang ditaburi dengan kristal.
Selepas menyarung cincin, Zara pula menyarungkan cincin perak ke jari Raja Nazrin dan Zara kemudian mencium tangan suaminya dan Raja Nazrin pula mengucup dahinya.
Istiadat pernikahan pengantin Diraja dimulakan dengan Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Datuk Seri Wan Fathir Wan Hussain menghadap Sultan Perak untuk memulakan istiadat tersebut.
Ia diikuti dengan jejawat membawa masuk bingkisan Raja Muda untuk Zara sebanyak sembilan pahar berserta mas kahwin 250 gram emas tulen dalam bentuk lima kepingan emas berserta sebentuk cincin bertatahkan berlian.
Sementara rombongan pihak perempuan yang diketuai Datuk Tunku Hamdy Tunku Ahmad Tajuddin membawa 11 pahar berserta sebentuk cincin perak untuk Raja Muda sebagai kurniaan balas yang dipersembahkan kepada ketua rombongan pengantin lelaki Raja Ashman.
Kurniaan balas itu didahului dengan tepak sireh perak berkemasan emas, sireh junjung lima tingkat dengan dihiasi bunga ros berwarna krim dan bunga raja deli putih.

Tuesday, May 15, 2007

MAZIDUL DIDAKWA AMBIL DADAH

Mazidul didakwa ambil dadah
14-05-2007 05:11:06 PM
JOHOR BARU: Pengacara TV3, Mazidulakmal Sidik dan tiga yang lain hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan penyalahgunaan dadah.
Mazidulakmal, 40, Fadzli Ramli, 40, Tumijah Adras, 34, dan Umaisyah Abdul Rahim, 25, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah methamphetamine ke dalam tubuh mereka di Bilik 88, Groove City Sdn Bhd, Nombor 19, Jalan Abdullah Tahir, di sini, pada pukul 2.45 pagi, Sabtu lepas.
Mengikut Akta Dadah Berbahaya, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 seorang jika sabit kesalahan.
Majistret Rasidah Roslee membenarkan kesemua mereka diikat jamin sebanyak RM3,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept sebagai tarikh perbicaraan.
Mazidulakmal dan Fadzli diwakili peguam, A. Vimala manakala Tumijah dan Umaisyah tidak diwakili peguam.
Pendakwaan dilakukan Cif Insp David Chong Seng Yong. BERNAMA

Sunday, May 13, 2007

PENGACARA TV POSITIF DADAH??? SAPA YE???

Pengacara terkenal positif dadah ditahan
13-05-2007 08:47:10 PM
JOHOR BARU: Seorang pengacara terkenal rancangan TV ditahan di sini semalam setelah ujian air kencingnya didapati positif dadah.Pengacara itu bersama beberapa orang rakannya ditangkap dalam satu serbuan polis di sebuah kelab malam di Jalan Abdullah Tahir.Seorang rakannya yang ditemui di luar ibu pejabat polis Johor Baharu Selatan berkata pengacara itu berada di sini untuk membuat penggambaran rancangan tv 360 Darjah terbitan NTV7.Pengacara itu dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari ini.Ketua Polis Johor Datuk Hussin Ismail mengesahkan tangkapan itu. BERNAMA
CLUE:
- NTV7
-RANCANGAN 360 DARJAH
-LELAKI
-DIA PERNAH PERASAN MACAM PEGAWAI POLIS
SIAPA SAYA????

Thursday, May 10, 2007

TAHNIAH RAJA DR. NAZRIN


TERLALU BANYAK DOSA ANWAR PADA UMNO

Terlalu banyak 'dosa' Anwar pada Umno
10-05-2007 07:04:33 PM Oleh SA'ODAH ELIAS

KUALA LUMPUR: "Dosa" Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Umno terlalu besar untuk dimaafkan dan kerana itu beliau tidak akan diterima semula menyertai parti itu untuk selama-lamanya, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Katanya, walaupun ada pemimpin lain yang diterima kembali bersama parti itu setelah dipecat atau selepas keluar parti, kes Anwar berbeza.
"Dia telah buat terlalu banyak dosa dan telah menentang Umno. Latar belakangnya kita tidak boleh terima lagi," katanya kepada mStar Online hari ini.
Beliau mengulas kekeliruan yang dibangkitkan ramai ahli parti terhadap penjelasan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad ketika mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) mengulangi keputusannya untuk tidak sekali-kali menerima Anwar.
Radzi, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat MT pada 30 April, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan perlembagaan parti yang dipinda pada 2002 yang menetapkan sesiapa yang menentang Umno tidak akan diterima masuk selama-lamanya.
Penjelasan itu menimbulkan kekeliruan banyak pihak kerana pada akhir Mac, Timbalan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan keputusan MT menerima kembali Datuk Askalani Abdul Rahim, seorang ahli yang dipecat atas kesalahan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya negeri Sabah pada 1999.
Ali berkata, kedudukan Anwar tidak boleh disamakan dengan Askalani kerana bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno itu telah melakukan banyak kesalahan yang berterusan terhadap Umno untuk tempoh masa yang sangat panjang.
"Kita tahu dia (Anwar) memang minat hendak masuk semula, kerana itulah dia tidak pernah mendaftar menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat dan hanya kekal menjadi penasihatnya.
"Selain itu, ketika kempen pilihan raya kecil Ijok berlangsung akhir bulan lalu, ada pihak yang mendakwa bahawa Anwar dan Khalid (calon PKR Tan Sri Khalid Ibrahim) akan diterima masuk ke dalam Umno sekiranya menang dalam pilihan raya.
"Malah pihak ini juga memalsukan tandatangan seorang ketua bahagian Umno untuk menyebarkan surat yang membuat dakwaan yang sama. Kerana itulah maka MT pada mesyuaratnya yang lepas terpaksa sekali lagi mengulangi bahawa Anwar tidak akan diterima," katanya.
Ditanya jika ada mana-mana pihak dalam Umno yang pernah menyuarakan sokongan terhadap idea membawa Anwar masuk semula ke dalam parti, Ali berkata, sepanjang pengetahuannya tidak ada kumpulan seumpama itu walaupun beliau percaya ada ahli-ahli yang masih berharap-harap ia akan berlaku.
"Dengan keputusan tegas yang diambil MT itu, saya harap golongan ini tidak lagi akan memandang ke belakang, sebaliknya berusaha untuk mengukuhkan parti dan perjuangan orang Melayu," katanya.

Monday, May 07, 2007

SIAPA ISTERI RAJA NAZRIN?????????

Raja Nazrin berkahwin 17 Mei

KUALA KANGSAR: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah akan melangsungkan perkahwinan pada 17 Mei ini di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, di sini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Iskandariah Raja Datuk Seri Mansur Raja Razman berkata Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan untuk menyempurnakan istiadat perisytiharan lantikan Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan dan penganugerahan Darjah Kerabat kepada isteri Raja Nazrin di Istana Iskandariah pada 18 Mei.

Istiadat persandingan diraja akan dilangsungkan pada 19 Mei ini di Balairong Seri, istana itu pada sebelah malam, diikuti dengan majlis santapan diraja, kataya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pejabat Sultan Perak akan mengeluarkan kenyataan dari masa ke masa untuk keperluan media bagi mengelak liputan berbentuk sensasi.

Beliau memohon kerjasama dan persefahaman pihak media bagi melakukan liputan secara fakta berdasarkan kenyataan rasmi daripada istana dan bukannya membuat liputan berbentuk sensasi.
P/S
HA..HA JOM KITA MAIN TEKA TEKI... SIAPA ISTERI RAJA NAZRIN????