Sunday, August 26, 2007

SURIA KLCC MASIH DIJAJAH


Terkuburnya 'Kelantan Delights' di Suria KLCC
Rejal Arbee

MALAM tadi (21 Ogos 2007) adalah malam terakhir restoran Kelantan Delights, satu-satunya sahaja restoran masakan Melayu yang beroperasi di Suria KLCC yang menghidang makanan di situ.

Mulai 23hb Ogos berakhirlah riwayatnya setelah beroperasi selama 10 tahun memperkenalkan masakan Melayu, khususnya makanan Kelantan seperti nasi kerabu dan nasi dagang kepada pelancung dalam dan luar negeri di situ.

Penutupannya juga menandakan sudah tidak ada lagi restoran yang menyajikan masakan Melayu di situ. Apakah salah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu ujud kedai yang menyediakan masakan Melayu kepada orang ramai yang berkunjung ke Menara berkembar Petronas?

Ini hanya Pengurusi Eksekutif Suria KLCC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, seorang warga Australia bernama Brian Andrew yang boleh memberi jawapan.

Kalau ditanya tentulah mereka mengatakan bahawa tuan punyai Kelantan Delights, uhaidi Yean Abdullah dan isteri tidak mahu membayar sewa yang dikenakan, ia itu RM44,000 sebulan, naik dari RM30,000 sebelum ini.

Pengurusan bongkak
Juhaidi berkata masalahnya bukanlah kadar sewa yang dikenakan, tetapi sikap pengurusan yang agak bongkak seolah-olah memberikan kata dua kepadanya tanpa mahu berunding. Apakah kenaikan kadar sewa yang begitu melonjak berpatutan – naik hampir 50 peratus dalam tempoh setahun?

Pengurusan Suria KLCC juga tidak telus kerana merahsiakan kadar sewa yang dikenakan kepada premis lain yang bersebelahan. Misalnya Chakri Palace (masakan Thai), Spice of India atau Madame Kwan dan Shan Village (masakan Cina).

Apakah kadar sewa yang dikenakan kepada mereka itu sama dengan yang dikenakan kepada Kelantan Delights?

Mereka menjadikan kadar sewa yang dikenakan seperti satu rahsia negara yang amat besar sekali.

Kini premis itu yang telah dipopularkan juga oleh Kelantan Delights akan diberikan kepada suatu restaurant Korea. Dengan ini berbagai masakan negeri asing boleh dinikmati di Suria KLCC tetapi jangan harapkan mendapat masakan Melayu di situ.

Apakah gambaran yang hendak diberikan pengurusan Suria KLCC? Salahkah kalau disimpulkan bahawa mereka berpandangan bahawa masakan Melayu tidak layak disajikan kepada pengunjung Menara Kembar Petronas?

Apakah salah kalau diandaikan pengurusan Suria KLCC tidak langsung prihatin dengan keadaan tempatan? Dengan tamatnya riwayat Kelantan Delights di situ, makanan Melayu sudah tidak terdapat lagi di Menara Kembar Petronas. Apakah tidak aneh masakan bangsa-bangsa lain boleh dinikmati di situ tetapi masakan tempatan tidak ada?

Makanan Melayu tidak setaraf?
Apakah makanan Melayu tidak setaraf makanan bangsa-bangsa lain hingga tidak lagi diberi tempat di situ? Salahkah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu orang yang mengunjundi Menara Kembar Petronas menikmati masakan Melayu?

Maka tidak menghairankan pengacara TV Aziz Desa yang turut hadir dalam jamuan terakhir di situ malam tadi antara lain memberi rangkap pantun ini:
Buai laju-laju, Sampai KLCC, Apa nasib Melayu, Merempat di negeri sendiri.

Antara mereka yang hadir adalah beberapa orang rakan wartawan dan personality TV seperti Ras Adiba. 'Kelantan Delights' juga meraikan seramai 40 orang warga tua dari Rumah Seri Kenangan Ceras.

Apakah yang boleh disimpulkan dari perkembangan terakhir ini yang dihadapi pekedai-pekedai Melayu di situ? Nampaknya satu demi satu kedai Melayu terpaksa ditutup.

Maka dengan itu kini tiggal hanya 10 buah kedai yang diusahakan Melayu daripada 325 buah kedai. Apakah ini tidak menimbulkan keresahan dikalangan orang Melayu? Apakah pihak berkuasa tidak langsung prihatin dengan perkembangan ini dan sikap pengurusan Suria KLCC?

Kabarnya keadaan di Alamanda Putrajaya yang juga diuruskan Suria KLCC tidak banyak berbeza dengan apa yang sedang berlaku di Menara Kembar Petronas. Alamanda Putrajaya dan KLCC hampir sama

Tidak menghairankan kerana Ketua Pegawai Eksekutif Alamanda adalah isteri kepada Brian Andrew iaitu Lisa Words. Apakah tidak aneh isteri boleh dilantik sebagai boss anak syarikat di mana suaminya menjadi ketua?

Perkembangan ini sebenarnya memberi implikasi besar terhadap kedudukan perniagaan Melayu di kompleks beli belah yang bertaraf antarabangsa.

Orang Melayu sendiri tidak mengharapkan pembelaan dari komplek yang dikuasai bukan Melayu seperti Mega Mall atau One Utama. Tetapi kompleks membeli belah yang dikuasai sebuah Syarikat Kaitan Kerajaan (GLC) tentunya perlu ada sedikit pertimbangan untuk menggalakan peniaga Melayu.

Apa yang berlaku kepada Kelantan Delights juga menunjukan sikap kurang prihatin oleh kerajaan dan institusi yang kononnya diujudkan untuk memelihara dan membantu peniaga Melayu. Jadi dimanakah usaha mahu menggalak orang Melayu berniaga?

Melayu yang benar-benar berkebolehan bukannya yang Ali Baba dimana rakan kongsi Melayu hanyalah sebagai ‘sleeping partner’ saja.

Apa khabar Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi? Apa khabar MARA? Tidak adakah satu pun Jabatan atau Ajensi Kerajaan prihatin terhadap apa yang sedang melanda peniaga Melayu di Suria KLCC?

Tiada kesudahan
Khabarnya Ketua Setiausaha Kementeri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ada menemui Pengurusan Suria KLCC. Tetapi tidak pula diketahui apa hasilnya. Yang diketahui Kelantan Delights sudah tutup kedai di sana. Nampaknya tidak ada kesudahan.

Malah perjumpaan antara Ketua Setiausaha Kementerian dengan pengurusan Suria KLCC yang tidak membawa kepada pembelaan peniaga Melayu akan memberikan hasil yang lebih buruk kerana tidak apa pun yang berlaku. Pengurusan Suria KLCC tentunya akan bersikap lebih bongkak dan sombong seolah-olah mereka kebal dan boleh melakukan apa saja tanpa siapa pun boleh menegur. Malam tadi saya juga terpegum melihat empat pasagan orang putih yang hendak memasuki restoran. Salah seorang pekerja Kelantan Delights yang berada di pintu memberitahu bahawa restoran tidak dibuka untuk pelanggan malam itu.

Tetapi Juhaidi yang kebetulan berada berhampiran sedarkan apa yang berlaku dan terus mencelah dan memperlawa mereka masuk menikmati hidangan secara gratis.

Salah seorang daripada mereka memberi tahu bahawa mereka datang dari Rusia dan mahu menikmati Nasi Kerabu sambil menunjukkan buku pelancungan dalam bahasa Rusia dengan nama Kelantan Delights di tandakan.

Juhaidi terus gugup bahawa restorannya dimasukkan dalam buku pelancungan Rusia. Beliau memberitahu mereka bahawa Nasi Kerabu tidak disajikan malam itu tetapi telah memberikan mereka hidangan nasi dagang serta hidangan lain.

Seorang daripada pelancung Rusia itu yang perkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai Kerajaan Tempatan Moscow telah memperlawa Juhaidi membuka Kelantan Delights di ibu negara Rusia itu. Nampaknya orang asing lebih menyokong Kelantan Delights daripada Suria KLCC.

Juhaidi memberitahu saya bahawa restorannya itu sememangnya mendapat tempat dalam beberapa buku pelancungan asing selain dari dalam bahasa Inggeris juga buku pelancungan dalam bahasa Jepun dan Arab.

Untuk mengakhirkan cerita malam tadi bukanlah bermakna Kelantan Delights akan terus terkubur; hanya di Menara Kembar Petronas. Dua bulan lagi ia akan muncul semula kali ini di Sentral, tepatnya di Sooka Sentral bersebelahan pusat pengangkutan Sentral dan Hilton Kuala Lumpur.

Juhaidi memberitahu bahawa Pengurusan MRCB yang lebih prihatin kepada peniaga Melayu telah mempelawanya membuka kedainya di bangunan yang baru selesai di bina itu. Nampaknya ‘Suria KLCC’s loss is a gain for MRCB’s Sooka Sentral’.

Kita berhadap Kelantan Delights akan lebih maju dan berjaya di Sooka Sentral.

Sunday, August 12, 2007

Betul ke ELLA ni?????


saper ni yek??
Betul ke Ella ni..???.. Boleh tahan jugak ye.. hehehe..

Boleh tengok ngan klik kat bawah ni...

NEGARAKUKU


NAK TENGOK DAN DENGAR "NEGARAKUKU" BOLEH GI KAT SINI....

http://www.youtube.com/watch?v=OsyJemOf0xg&mode=related&seach=

Aku ingat budak Cina yang kurang ajar ni tak lama lagi kat Bukit Aman lah dia...

KITA DILANDA "KIASU"?


Malaysia dilanda gelombang kiasu?

Karnival anjuran TV3 di Bukit Jalil sememangnya meraih sambutan hangat daripada masyarakat umum. Daripada ratusan orang yang datang pada sebelah pagi, angka pengunjung meningkat kepada ribuan bila matahari mula menegak.
Mereka ini berpusu-pusu menuju ke gerai-gerai yang dibuka sejak awal pagi.
Para pengunjung kelihatan begitu "bersemangat" mengerumuni khemah serta gerai-gerai yang menjual minuman kesihatan, herbal dan penguat tenaga, kad prabayar telefon bimbit dan juga snek serta biskut.
Ada juga beberapa gerai yang menjual produk-produk mi segera.
Ramai di kalangan mereka ini, yang juga terdiri daripada orang yang separuh umur, membimbit beg-beg yang mengandungi barangan yang dibeli, sebelum tergesa-gesa menuju gerai-gerai yang lain.

Harga runtuh
Situasi ini bukan sesuatu yang menghairankan kerana barangan yang dijual di karnival ini ditawarkan pada harga "runtuh".
Malangnya, ramai yang telah "dikasari" oleh tindakan para pengunjung yang begitu ghairah mengejar barangan cenderahati yang diberi di karnival itu.
Setelah beberapa kali hampir mengalami "kemalangan", penulis ini terpaksa akur bahawa karnival itu bukanlah untuk orang sepertinya.

Tamak jadi kiasu?
Situasi tersebut telah membuat penulis berfikir. Apa sudah jadi dengan budaya ketimuran kita? Adakah ini cuma satu suasana tidak sabar atau memang kes tamak?
"Mungkin ini satu tanda yang orang Malaysia kita telah dijangkiti sikap 'kiasu', tanpa disedari mereka," kata pendidik Fatimah Mansur.
Istilah kiasu adalah satu perkataan yang diambil daripada dialek Hokkien yang bermaksud "tak mahu kalah kepada orang lain".
"Itulah sebabnya, walaupun tidak perlukan sesuatu (barang), ramai yang berebut membeli barangan tersebut semata-mata kerana ia dijual pada harga murah," kata aktivis pengguna Gurmukh Singh.
"Adakah kita perlu membeli berkeping-keping kad prabayar telefon hanya untuk mendapatkan tuala, topi atau beg percuma. Apakah kita juga perlu menyumbat dengan padatnya peti sejuk kita dengan tin-tin minuman penambah tenaga?
"Dan juga adakah begitu mustahaknya untuk kita mempunyai bekalan biskut serta mi segera yang banyak dalam kabinet dapur," tanya Gurmukh.

Berbaris sewaktu bufet
Menurut Fatimah, senario sebegitu mungkin telah lama wujud di kalangan pihak umum di Malaysia.
Ia berlaku di mana saja, sama ada majlis sosial seperti kenduri atau pelancaran sebuah taman perumahan yang baru, asalkan ada makanan dan minuman percuma.
"Kita lihat saja pada barisan bufet, ramai yang sengaja melonggokkan pinggan mereka dengan makanan, seolah-olah mereka cuba mengambil balik lebih daripada apa yang mereka akan bayar".
Kata Fatimah lagi, di kompleks membeli-belah, bila saja ada pengumuman tentang barangan diberi percuma, sudah tentu ada kekecohan serta perubatan untuk mendapatkan sampel barangan tersebut.
"Juga di kolej kediaman universiti, lihat sajalah bagaimana cara mereka yang dikatakan mahasiswa beratur untuk mengambil makanan," kata beliau.
Gurmukh turut mengimbas kembali peristiwa satu ketika dahulu di mana orang ramai kelam-kabut berebut-rebut makanan pada satu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
"Apalah salahnya kalau beratur. Kenapa perlu berebut hingga mencemari majlis?"
Kiasu yang positif
Bagaimanapun, kadang-kadang bertindak secara kiasu mungkin ada baiknya, kata Gurmukh.
"Ia bagus untuk semangat ahli sukan negara kita. Semangat tidak mahu kalah pada atlet negara lain. Semangat untuk senantiasa menang," kata beliau.
Menurut Fatimah, tabiat kiasu juga mungkin baik untuk capai kegemilangan akademik.
"Dengan cara kiasu ini, pelajar akan mencuba sedaya-upaya mereka untuk mencapai keputusan baik dalam peperiksaan.
"Tapi janganlah dengan cara yang salah, sehingga menyusahkan orang lain," kata beliau.

TAHNIAH DATUK DR. LAT

Kartunis Lat dianugerah Doktor Kehormat

Kartunis terkenal dengan watak "Kampung Boy" kini bergelar Dr Lat.
Datuk Mohamad Nor Khalid, yang lebih popular dengan gelaran Lat, menerima anugerah Doktor Kehormat dalam bidang Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.
"Saya tidak pernah dengar seorang kartunis dianugerah gelaran Doktor Kehormat.
"Ia satu penghormatan besar buat saya," katanya, 56, yang menerima anugerah tersebut bersama 671 graduan di majlis konvokesyen UKM ke-35 tengah hari tadi di sini.
Berjubah dan berambut lebih pendek, Lat berkongsi moto hidupnya "berusaha sedaya upaya dalam apapun bidang yang kita ceburi."
"Apapun kerjaya kita, jika kita menyumbang kepada masyarakat dan negara, akan dihargai juga dalam bentuk anugerah seperti ini atau lain-lain.
"Tetapi kita tidak berusaha untuk sengaja mencari anugerah ini (doktor kehormat)," katanya, seperti biasa dengan lemah lembut, yang bekerja keras sejak 40 tahun lalu, malah sebelum menjejaki kaki di bangku sekolah.
TAHNIAH DATUK DR. LAT!!!