Tuesday, November 07, 2006

FILEM MALAYSIA TERBARU DIPASARAN




Mungkin ada yang pernah tengok gambar ini..Tak pe lah ye..saya siarkan semula..Saje nak hilang tension..dan nak penuhkan blog ni dgn warna-warni...

KEDUDUKAN TERKINI : DR.M (3) - PAK LAH (0)

Keputusan terkini perlawanan bola sepak merebut Piala UMNO yang telah bermula sejak 1 Syawal yang lalu, Dr. M sedang mendahului Pak Lah dengan 3-0. Yang menariknya, kesemua gol pasukan Dr. M dijaringkan sendiri oleh pasukan Pak Lah.

Penyumbang gol sendiri pasukan Pak Lah adalah seperti berikut:-

1. Gol pertama ini dijaringkan oleh KJ apabila beliau menjual balik sahamnya dalam ECM Libra yang bermakna KJ sudah tiada kepentingan dlm syarikat tersebut.

2. Gol kedua dijaringkan oleh Brendon Singapore apabila NSTP akan menamatkan kontraknya sebagai Ketua Editor NST bermula 1 Disember ini.

3. Gol ketiga yang dianggap paling cantik setakat ini ialah apabila Sultan Johor Darul Takzim bertitah yang baginda mahukan Tambak Johor dirobohkan dan diganti dengan jambatan jika mahu Johor lebih maju.

Permainan masih berjalan dan dapat dilihat pasukan Dr. M masih belum mengeluarkan peluh lagi tetapi sudah mendahului 3-0 setakat ini. Malah striker Dr. M masih belum menggunakan kepakaran yang mereka miliki dalam perlawanan paling menarik di abad ke 21 ini.

Penonton dan penyokong kedua belah pihak masih menunggu dengan penuh debaran keputusan di akhir perlawanan. Ada yang mengharapkan seri dan tiada siapa yang mengaku pasukan nya menang dan menuduh pasukan lain kalah. Ada juga berharap pasukan Pak Lah menang supaya dapat menyimpan terus Piala UMNO. Manakala penyokong pasukan Dr. M masih menaruh harapan yang tinggi agar pemain pasukan Pak Lah akan lebih kerap menjaringkan gol sendiri.

Monday, November 06, 2006

KENANGAN PERHIMPUNAN UMNO 2002

Sekadar mengenang kembali peristiwa lama..Masa tu sedih bila tengok gambar ni..Perhimpunan Agung UMNO 2006 pada 13 hingga17 November ini, ada ke lagi drama seperti ini..Mintak2 tak de lah ye..Jangan pulak Pak Lah pun macam ni nanti..Buruk rupanya bila orang tua menangis..

WE ARE SORRY - MALAY MAIL


Hari ini, CEO the New Straits Time Press (Malaysia) Berhad, Datuk Syed Faisal Albar, memohon maaf secara terbuka di muka depan akhbar Malay Mail..Kata Syed Faisal,"the articles were offensive and distasteful."

Lain kali kena ingat lah sikit ye..ni negara nama dia Malaysia tau..bukan Norway, Danmark, Sweden mahupun Holland..Suruh aje wartawan MMail tu mintak kerja kat Playboy Indonesia atau FHM..barulah kene gayanya..

COPS TO PROBE BAPTISM SMS




Monday November 6, 2006

Cops to probe baptism SMS





Sunday, November 05, 2006

MALAY MAIL SUDAH HABIS MODAL


Apabila sebuah akhbar yang mendakwa sudah diterbitkan lebih 100 tahun, dan masih mengekalkan nama "Malay" dalam nama akhbarnya, menerbitkan laporan khas mengenai sex di edisi mingguannya, ianya sungguh mengaibkan dan melanggar norma dan nilai kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.

Bukan sahaja pembaca Melayu yang loya tekak membaca rencana dan tulisan yang berterus terang tentang sex, malah kaum lagi juga berpendapat sebegitu. Mengapakah soal sex perlu dikupas dengan terbuka melalui akhbar yang boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, sedangkan nilai cerita dan penulisan tersebut hanya wajar untuk dibaca oleh orang ramai yang berumur 18 tahun ke atas.

Bukan setakat itu sahaja, bentuk penulisan dan laporan tersebut hanya sesuai untuk orang dewasa yang sudah berumah tangga. Malah lebih mendukacitakan soal hubungan kelamin yang hanya patut dicerita "di dalam kelambu" turut menjadi topik utama harian berkenaan.

Dengan tajuk utama dimuka hadapan "Let's Talk About Sex", akhbar berkenaan, mereka bermegah dengan kaji selidik yang telah dilakukan terhadap 100 orang yang berusia 18 hingga 35 tahun yang tinggal di Lembah Klang. Antara segmen kaji selidik akhbar berkenaan ialah aktiviti hubungan sex, fantasi sex, penggunaan kondom dan lain-lain lagi.

Amat menjijikkan apabila akhbar Malay Mail menyiarkan laporan, rencana berkaitan dengan sex. Apabila diteliti keseluruhan isi kandungan empat muka surat penuh laporan khas berkenaan, nyata ianya lebih mirip kepada isi kandungan sebuah majalah sex. Sehinggakan cerita pengalaman hubungan sex turut menjadi bahan berita. Malah turut dimuatkan pengalaman pondan melakukan sex rambang.

Kebebasan akhbar janganlah disalahgunakan. Liberalisasi kerajaan sekarang jangan pula mudah untuk diambil kesempatan. Siaran cerita sex di akhbar harian dan mingguan amat tidak praktikal sama sekali. Ini kerana ianya boleh dibaca oleh sesiapa sahaja tanpa tapisan termasuk kanak-kanak. Jelas Malay Mail sudah mengambil kesempatan dari sikap lebih terbuka kerajaan masa kini.

Apakah nilai berita sebegini yang mahu disogokkan kepada rakyat tempatan?. Mungkin mereka terlupa mereka berada di Malaysia kerana telampau Inggeris dari orang Inggeris sendiri disebabkan mereka menggunakan bahasa Inggeris. Tidak bermakna sesiapa yang mahir dalam penguasaan bahasa Inggeris bermakna corak kehidupan dan pemikirannya turut "diInggeriskan". Juga tidak bermakna dengan fasih dan mahir berbahasa Inggeris sudah bermakna mereka lebih liberal, lebih terbuka dan moden daripada orang lain yang lemah dan sederhana penguasaan bahasa Inggeris sehinggakan nilai berita mirip Barat sudah mendapat tempat di kalangan sidang pengarang Malay Mail.

Mungkinkah akhbar Malay Mail sudah hilang sengat untuk menarik pembaca?. Menurut kajian Synovate pada 20 September 2006, Malay Mail merupakan akhbar bahasa Inggeris yang paling kurang dibaca oleh rakyat Malaysia. Kajian tersebut menunjukkan Malay Mail hanya dibaca oleh 163,000 pembaca dibandingkan dengan The Star 1,456,000 pembaca. Menurut kajian Synovate juga Utusan Malaysia mencatat 1,643,000 pembaca.

Mungkin disebabkan sudah merosot jualan dan juga pembaca akhbar berkenaan, maka diterbitkan berita dan laporan sensasi untuk menarik orang ramai membeli dan membacanya. Jika begini tanggapan dan strategi pemasaran akhbar berkenaan, ianya sungguh mendukacitakan dan memalukan seluruh rakyat Malaysia.

Nilai pemberitaan dan liputan laporan tersebut lebih mirip kepada akhbar mingguan Sunday Mirror di London. Akhbar tersebut juga sering mendapat kritikan dan rungutan dari NGO di sana kerana ianya menggalakkan pemberitaan sex secara terbuka sehinggakan kanak-kanakpun membacanya.

Adakah sidang pengarang Malay Mail mahukan populariti dengan disajikan rencana mengenai sex sebagai daya tarikan untuk melariskan jualan?. Dimanakah letaknya sensiviti akhbar berkenaan terhadap agama Islam sebagai agama rasmi negara dan nilai budaya dan jati diri masyarakat timur?.

Dengan tajuk-tajuk sensasi sex seperti "self-sex:let's see a show of hands", "Sex:the long and short of it", "Good vibrations", jelas menunjukkan ianya berbaur sex dan hanya sesuai untuk dimuatkan ke dalam majalah sex seperti Playboy atau Penthouse sahaja.

Tiadanya kepekaan terhadap nilai murni dan kesusilaan menyebabkan mereka beranggapan nilai kesopanan hanya melibatkan orang Melayu sahaja. Mereka seperti terlupa orang Melayu juga membaca akhbar bahasa Inggeris dan lebih terlupa lagi penggunaan nama Melayu pada akhbar berkenaan.

Janganlah terlebih orang putih dari orang putih sendiri. Juga tidak bermakna jika fasih dan mahir bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris, sudah bermakna seseorang itu lebih "Inggeris" dari orang lain dan bebas mengamalkan etika kewartawanan bermiripkan Barat.

Wajarlah kerajaan mengambil tindakan yang keras terhadap akhbar ini. Keluaran 5 November yang lalu bukanlah kali pertama akhbar berkenaan memainkan peranan dalam menyiarkan hasil penulisan yang berbentuk sensasi. Beberapa bulan yang lepas mereka mengambil tajuk sex bebas dikalangan remaja sebagai topik utama mereka sehinggakan seperti menggalakkan sex sebelum bernikah.

Saya percaya corak dan gaya liputan berita sebegini tidak mendapat tempat dikalangan rakyat negara yang berbilang kaum dan agama. Bukan sahaja Islam dan orang Melayu tidak inginkan soal sex diceritakan secara terbuka, malah kaum lain juga begitu. Adap sopan, nilai budaya dan tata susila kita amat berbeza dari Barat.

Mungkinkah selepas ini Malay Mail akan menyiarkan pula gambar aksi lucah dan ghairah seperti Sunday Mirror sebagai daya tarikan terbaru mereka?

Saya rasa wartawan yang mengendalikan kajian, laporan dan pemberitaan tersebut bukannya orang Barat. Mereka masih lagi makan kari dan roti canai di waktu pagi atau sekali sekala makan tengahari berdaun pisang. Ukurlah baju di badan sendiri.

OH MAWI!!...BARANG BAIK APASAL NAK SOROK?

Budak Kulai ni sekali lagi timbulkan persoalan kepada peminat "berani mati" dia..

Kata Niezam Abdullah dalam Mingguan Malaysia 5 November 2006, Mawi "Gagal Berdrama?" kerana sudah ada bukti Mawi menjalinkan hubungan dengan pelakon drama Kawan, Nora'Asikin Rahmat (Ikin)...

Sebelum ini Mawi kata tak de apa2 hubungan..

Niezam turut menasihati Mawi agar memperbaiki kelemahan dirinya..Kerana selepas ini kata-kata yang keluar daripada mulut Mawi sukar untuk dipercayai lagi..Mawi kena kembalikan kepercayaan orang ramai terhadapnya..

Dengan kata2 budak2 sekarang.."Lu jangan tipu lagi lah Bro.."..."Orang kampung semua dah tahu"...

ROBOHKAN TAMBAK JOHOR - SULTAN


Saturday November 4, 2006

Sultan's Causeway remark causes a stir

JOHOR BARU: Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail caused a stir during his address at the launch of the South Johor Economic Region (SJER) project yesterday when he digressed from his written text and said the Causeway should be removed.

To the shock of the 2,000 people present and thousands of viewers at home of the live telecast over RTM 1 and TV3, the Ruler said it was built by colonialists who had used dirty tactics to deceive his ancestors.

He said the building of the Causeway was to deliberately prevent ships from passing local waters, resulting in the development of Keppel Port in Singapore instead.

"The Causeway has to be removed to allow ships to pass", the Sultan said before launching the multi-billion SJER. "Tu causeway tu bukakan, baru negeri Johor ini maju", titah baginda.

At this juncture, the audience broke into laughter and applauded.

In his address the Ruler, who was clad in a T-shirt, said he would not "give face” (bagi muka) to the foreigners (Mat Sallehs) and urged the people not to hold them in high regard. "Kita ni jangan tak sedar, jangan kena tipu lagi", titah baginda.

He also reminded locals and their children to be wary of them as they were "vultures".

The Causeway was built in 1920 when Malaya and Singapore were ruled by the British. It is 1,050m long and has railway lines, a road and a water pipeline and is used by tens of thousands of people daily.

Friday, November 03, 2006

SULTAN TERENGGANU - AGONG KE 13

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah dipilih untuk Yang Di Pertuan Agong yang ke 13 untuk tempoh lima tahun bermula 13 Disember ini.

Perlantikan Sultan Mizan diisytiharkan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya yang ke 208 di Istana Negara hari ini.

Sultan Mizan berusia 44 tahun, dilahirkan pada 22 Januari, 1962 di Kuala Terengganu.


Thursday, November 02, 2006

FAIZAL: GOOD LESSON FOR ME


Kapar Umno Youth chief Faizal Abdullah has resigned as a Klang Municipal Councillor following the controversy over him constructing his house without obtaining approval from the council.

In a statement issued late last night, 35-year-old Faizal, who is also the state party deputy youth chief, said he resigned after being advised to do so by Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

"With full repentance, I willingly relinquish my post as a Klang Municipal Councillor. My resignation letter will be sent to the Mentri Besar and the Council president by tomorrow (today) by 3pm," he said.

Faizal and two other councillors – Datuk Zakaria Md Deros and Mazlynoor Abdul Latiff – constructed their houses without approval. However, he is the only one who has relinquished his post.

Faizal said he was summoned to see Dr Khir yesterday to explain the issue of the construction of his bungalow at Kampung Raja Uda.

He also reiterated his public apology in his statement to Dr Khir, the council and the people for "causing problems to so many quarters."

Faizal is married to the daughter of Umno permanent chairman Tan Sri Onn Ismail, who is also the Selangor State Assembly Speaker.

Faizal said that his father-in-law, who owns the house, had entrusted him with rebuilding it.

The house needed to be torn down and rebuilt because it was termite-infested and the wiring was old.

He said the whole issue had become a valuable lesson for him and "I will take the punishment but will still like to serve the party and the people in the future."

"Let this be an important lesson for me to be more responsible when carrying out the mandate given by the party and the people," he added.

Faizal said he was thinking of quitting the moment this matter became public and it became clear what he had to do after his meeting with Dr Khir.

"How can I continue to serve as a councillor and offer any advice if the same situation occurs to someone else?

"It shows the importance of the need to respect the law especially now that the people have become more aware."

Faizal, who is the Deputy Chief Executive Officer of public listed construction company Wijaya Baru Global Berhad, explained that the problem with the building plan approval centred round an access road reserve at the land.

"This required me to get approval from the exco to transfer the title of the reserve to allow construction to start. I neglected to inform the council after getting the approval.

"I had submitted my building plan application to the council but it was on hold until I got the state government's approval. It was further complicated when we kept changing the plan. My architect told me that every time I changed the plan I needed to get the council's approval. This I failed to do."

STOP MORAL POLICING, SAY CHRISTIANS

The Christian Federation of Malaysia (CFM) wants the Cabinet to reassure all Malaysians that their privacy will always be protected and nobody is subjected to harassment from Islamic Religious Officers.

The federation's executive committee said it was troubled and deeply concerned by news reports that a foreign couple had been "traumatised in the wee hours of the morning when officers of the Kedah Religious Department stormed into their Langkawi condominium and rudely interrogated them."

Americans, retired policeman Randal Barnhart and his wife Carole, who had wanted to make Malaysia their second home, are now reconsidering that plan after their unpleasant encounter with religious officials who had accused them of committing khalwat (close proximity).

The federation said that even though the Barnharts, in their 60s and married for over 42 years, told the raiding team they were Christians, the officers continued to be intimidating towards the couple, insisting they show their marriage certificate.

Although the Prime Minister had just recently refuted his predecessor's claim that Malaysia was now a police state, the federation said incidents such as that in Kedah and other similar actions by over-zealous vigilante groups in Malaysia pointed to the contrary.

Apart from urging the Cabinet to look into the matter and take steps to reassure all Malaysians, the federation called on the Kedah Religious Department to offer an official apology to the Barnharts, and for the Tourism Minister to assure all tourists and Malaysians that they will not be subjected to vigilante moral policing by religious officers.

"The CFM joins the voices of other concerned groups in the country in affirming the personal freedoms guaranteed to every person in our Constitution and that no person should be subject to laws other than what is sanctioned by Parliament," it added.

MAWI'S COMPANY FACES COPYRIGHT SUIT


A mineral water company has filed a suit against a company owned by singer Mawi for infringement of copyright of its products.

Yassa Sdn Bhd is seeking general damages of RM1mil from Mawi World Sdn Bhd in the suit filed at the High Court yesterday.

Yassa also wants to stop Mawi World from continuing to produce bottled mineral water using Yassa's licence number, factory address and product contents on its label.

In its statement of claim, the plaintiff said one of its directors chanced upon bottled water branded as Mawi World displayed at a supermarket in Subang Jaya, Selangor.

The director found that the information displayed on the bottle labels were the same as that printed on the plaintiff's products.

A police report was lodged on Oct 2 at the Seremban police station for infringement of intellectual property.

Both parties met on Oct 3 when Mawi World allegedly admitted to using the information without Yassa's approval.

The defendant claimed ignorance of the infringement as it got its water supply from a company called Johtaw Corporation (M) Sdn Bhd.

Mawi World purportedly agreed to discuss compensation for the infringement but no agreement was reached between the parties.

GADUH LAH LAGI..KAN DAH TERBONGKAR SEMUANYA..

Dato' Mukhriz Mahathir,
Chairman/Managing Director OPCOM Holdings Berhad

Surat Kementerian Kewangan kepada OPCOM


Ha..gaduh lah lagi..kan dah terbongkar semuanya..Yang sorang ni kena tuduh tolong anak dan menantu berniaga..Tapi dia mengaku anak dia ada kepentingan dalam Scomi..menantunya pulak dia suruh jual balik syer dalam ECM Libra..Dia mengaku.. tak tipu..Bapak mana yang tak nak tolong anak.. Bapak ayam saja yang tak tolong..

Yang sorang ni pulak, mati-mati tak mengaku masa jadi pm dulu langsung tak tolong anak berniaga..malah katanya dia langsung tak benarkan anaknya berniaga selagi dia jadi pm..

Ha..sekarang gaduh punya pasal..habis semuanya terlondeh...apa sudah jadi??? Ni satu bukti yang telah diperolehi..

OPCOM Holdings Bhd telah mendapat tender secara "direct nego" yg diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 7 Oktober 2003. Masa tu dr.m dipenghujung jadi pm dan menteri kewangan...
Gaduh lah lagi..tak pasal2 semua orang dah tahu cerita..Dah kaya tu dok diam sudah lah..


Surat kat atas tu kalau tak clear boleh clik kat surat tu untuk enlarge..OPCOM ni boleh rujuk kat web dia..siapa yang empunya company ni.... http://www.opcom.com.my/corporate/corp_bod.aspx

Nilai tender dari Telekom Malaysia Berhad tu hanya RM214 juta sahaja....Bukannya banyak kan...................

Lain2 tak berani nak komen..sendiri baca sendiri nilai lah ye...

Wednesday, November 01, 2006

AHLI POLITIK UMPAMA "MENYAPU SAMPAH KE BAWAH TIKAR"

Faizal Abdullah, ahli majlis MPK, ketua pemuda Umno Kapar, menantu Tan Sri Onn Ismail. Rumah yang dalam pembinaan tanpa kelulusan pelan.

Mazlynoor Abdul Latif, timbalan ketua Umno Klang. Juga rumah mewah tanpa kelulusan pelan. Kalau rumah kita dah lama kena roboh dan turun naik mahkamah.

Begitu mudah menjadi pemimpin politik pada masa kini. Buatlah apa sahaja yang difikirkan perlu dan sesuai. Selagi tidak keluar di media cetak dan media elektronik, bermakna segala peri laku dan perbuatan orang politik yang bertentangan dan melanggar peraturan dan undang-undang diiktiraf tidak salah. Malah ada orang politik yang berkata, jika sikit-sikit melakukan kesalahan dan tidak mengikut undang-undang, itu perkara biasa dan lumrah bagi orang politik dan ia merupakan suatu "kelebihan" yang membezakan orang politik dan orang ramai.

Malah ada orang politik yang berkata, "orang lain pun buat jugak apa yang kami buat. Jadi, takkan kami pun tak boleh buat". Untuk makluman orang politik, "orang lain" itu siapa dan "anda" pula siapa. Apakah kriteria untuk menjadi orang politik mesti berani melanggar undang-undang dan mengikut "orang lain" juga melanggar undang-undang?.

Ahli poltik adalah menjadi perhatian orang ramai kerana mereka adalah pemimpin sesuatu komuniti. Perlulah menunjukkan teladan dan sifat yang baik sebagai pemimpin untuk dicontohi oleh penyokong, pengundi dan golongan akar umbi.
Apabila "dihidu" melakukan sesuatu kesalahan dan tindak tanduk yang mencemar nama parti dan negara oleh pihak media, dengan mudah pula pemimpin politik menyalahkan orang lain yang menyebabkan "kesalahan" mereka berlaku.

Juga mereka dengan mudah memohon maaf kepada sesiapa sahaja di atas "ketelanjuran" mereka itu. Mohon maaf secara terbuka kepada pucuk pimpinannya, penyokongnya dan pihak media, sudah cukup untuk menebus kembali kesalahan mereka dan dengan cara itu telah menutup kesalahan yang telah mereka lakukan.

Pada mereka kesalahan melanggar undang-undang itu ibarat menyapu sampah ke bawah tikar. Pada dasar nampak bersih tatapi apabila diselak penuh dengan kekotoran. Pada golongan ahli politik yang sebegini, biarlah sampah tersebut dicuci oleh orang lain, janji tikar tersebut nampak bersih pada permukaannya.
Bayangkan suatu komuniti yang diwakili oleh golongan ahli politik dan pemimpin sebegini, semuanya melanggar peraturan dan undang-undang?. Apa akan terjadi kepada komuniti tersebut?.

Mengambil contoh di Klang, selepas kisah Datuk Zakaria Md Deros, timbul pula cerita timbalannya di UMNO Klang dan seorang muda yang juga menantu kepada Pengerusi Tetap UMNO Malaysia.

Mazlynoor Abdul Latif tidak perlu merasa tetekan atas kesalahannya kerana ianya sama sahaja seperti yang dilakukan oleh ketuanya. Faizal Abdullah juga tidak merasakan suatu kesalahan besar kerana membina rumah tanpa kelulusan pelan kerana "senior"nya di Majlis Perbandaran Klang pun sama dua kali lima dengannya, dan memohon maaf secara terbuka dan menyalahkan arkitek, sudah selesai segala masalah. Begitu mudah bukan?.

Ketiga-tiganya adalah ahli majlis MPK. Ini adalah contoh terbaik ahli majlis yang berperanan dan bertanggungjawab sebagai pembuat dasar dan penegak dan juga mendaulatkan undang-undang, melanggarnya atas sifat kononnya ada "keistimewaan" sebagai ahli majlis.

Apakah jenis pemimpin sebegini dan layakkah mereka digelar pemimpin?. Apakah tujuan mereka melibatkan diri di dalam berpolitik?. Dan tidak terfikirkah pucuk pimpinan di peringkat negeri mahupun pusat mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap ahli politik yang sengaja mencari kesalahan terutamanya yang melibatkan undang-undang yang berkaitan dengan PBT?.

Rakyat sekarang bukan lagi buta perundangan. Mereka sudah celik baik dari segi pentadbiran sehinggalah ke soal perundangan.

Jangan memperbodohkan rakyat dengan kenyataan memohon maaf kepada pemimpin negeri kerana tidak mengikut peraturan membina rumah. Sejak dari awal lagi sudah terlihat sememangnya hendak menbelakangkan undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Masakan boleh membina dahulu dahulu rumah baru lah menyerahkan pelan bangunan kepada PBT?. Sepatutnya pelan bangunan diluluskan terlebih dahulu sebelum apa-apa bentuk kerja dilakukan di tapak cadangan pembinaan rumah.

Lebih menarik lagi kawasan pembinaan rumah sudah mula dibersihkan dan diratakan barulah dilantik arkitek untuk mereka bentuk, spesifikasi keselamatan dan struktur rumah tersebut. Dan apabila cerita pembinaan rumah ini mendapat perhatian media, mulalah menyalahkan sesiapa sahaja kerana menyebabkan pembinaan rumahnya mendapat perhatian.

Kepada Saudara Faizal, mengapa perlu disalahkan arkitek sebagai alasan pembinaan rumahnya masih belum diluluskan pelan bangunan?. Tahukan anda bahawa rumah yang sedang didirikan itu masih belum boleh lagi di bina sehingga pelan diluluskan oleh MPK?. Malah boleh dirobohkan kerana boleh diistilah membina rumah haram kerana tiada pelan kelulusan untuk membina rumah tersebut.
Mazlynoor pula dengan angkuh dan bongkak berkata di akhbar the Star,"everyone is doing it, but my house is small" apabila mengulas mengapa rumahnya sudang dibina sednagkan pelan bangunan tiada dan masih belum diluluskan oleh MPK.
Apa akan berlaku jika rakyat tanpa jawatan politik mendirikan rumah sedangkan pelannya masih belum diluluskan?. Yang pasti sudah lama saya menanggung rugi akibat dirobohkan oleh penguatkuasa PBT walaupun pelan telah dihantar oleh arkitek dan masih belum diluluskan.
Double standard sebegini perlu lah dihapuskan segera bagi mengelakkan imej dan maruah ahli politik akan menjadi begitu rendah di mata rakyat jelata.

Mungkin ada yang marah apabila masalah di Klang dan Selangor ini mendapat perhatian oleh semua pihak. Kepada ahli politik, janganlah melenting tidak tentu pasal apabila kesalahan mereka mula "dikorek" oleh pihak media. Jika anda berkhdimat dengan jujur, ikhlas dan patuh kepada perundangan, tiada sebab anda perlu marah dan kecewa. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ataupun Kerajaan Negeri mahupun pihak PBT sendiri eloklah bekalkan kepada semua ahli majlis naskhah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dan lain-lain akta, peraturan, enakmen dan undang-undang kecil sebagai panduan dan pelajaran kepada ahli majlis. Ianya mungkin berguna kepada ahli majlis untuk mengetahui apakah perundangan yang sebenarnya di institusi yang mereka duduki. Itupun jika mereka rajin membaca dan tahu membaca.

ISLAM BUKAN UNTUK ORANG MELAYU SAHAJA


Khilaf dalam pemikiran orang Melayu bahawa Islam di Malaysia ini hanya merujuk kepada orang Melayu sahaja amat menyedihkan. Mungkin didikan dan pengajaran yang kita terima sejak kecil lagi dengan hanya mengaitkan agama Islam di negara kita hanya merujuk kepada orang Melayu sahaja.

Akibatnya pengetahuan agama kita menjadi cetek dan disogokkan dengan yang memakai serban, bersongkok, berjubah dan bertudung itu alim dan tinggi ilmu agamanya.

Jarang sekali semasa didikan awal kita dikaitkan Islam itu suatu agama yang universal dan dianuti oleh berbagai bangsa di dunia ini. Lebih celaru lagi apabila seseorang itu keturunan Arab, terus kita fokuskan bahawa beliau adalah beragama Islam. Sedangkan ramai yang berketurunan Arab bukan beragama Islam.

Eloklah kita mendidik anak-anak kita yang masih kecil dan muda remaja agar jangan sempit pemikiran tentang takrif orang yang beragama Islam supaya mereka lebih terbuka pemikirannya dan jangan menjadi seperti kita dahulu semasa dididik dan dibentuk pengajaran tentang Islam.

Dalam dunia yang laju bergerak arus kemodenannya, perkembangan dan tamadun Islam juga perlu seiring dengan kecanggihan komunikasi dan teknologi. Kita jangan sempitkan diri kita dan keluarga kita dengan hanya menitik beratkan soal fardu ain dan kifayah sahaja. Asas agama itu memang perlu ada di hati dan sanubari setiap insan yang mengaku beragama Islam.

Namun dalam pergelutan dan pergaulan kita seharian, ianya tidak boleh lari dari pertembungan dan perbandingan dengan agama lain. Sedang rakyat negara kita ramai yang berulang alik ke luar negara, bekerja malah ada yang menetap di luar negara, ditambah pula dengan limpahan pekerja asing yang berbagai agama ke negara kita, orang Islam terutamanya generasi muda mula terdedah dengan fenomena baru.

Jika dahulu, kita takrifkan setiap orang Melayu itu beragama Islam, setiap orang India itu beragama Hindu, setiap orang Cina beragama Budha atau Confusius kini banyak telah berubah. Didikan terhadap anak-anak harus ditekankan bahawa di Malaysia ini agama Islam itu bukan hanya merujuk kepada orang Melayu sahaja. Bangsa lain pun ada yang menganut agama Islam. Kita jangan menyempitkan fikiran anak-anak kita. Didiklah mereka supaya menganggap Islam itu agama universal.

Kekesalan pemikiran sempit tentang Islam telah berlaku kepada penulis semasa berhari raya di rumah jiran baru-baru ini. Jiran kami mengadakan rumah terbuka dengan menjemput rakan sekerjanya, jiran sekelilingnya dan sanak saudaranya untuk menjamu selera di hari raya. Isteri saya mempunyai raut wajah mirip orang Cina. Sedang kami menjamu selera, datang seorang anak kecil bertudung dengan ditemani oleh bapanya yang berserban dan berjubah, dan ibunya yang bertudung penuh dan berjubah. Anak tersebut ingin duduk di meja saya kerana meja lain sudah penuh.

Amat terkejut kami berdua dan mereka yang berada diseliling kami apabila bapa kepada anak kecil itu melarang anaknya duduk di meja kami dengan kata-kata,"Jangan duduk kat meja tu. Kita makan tak boleh campur dengan orang kafir". Saya amat sedih dan mengucap panjang apabila seorang yang penampilan mereka sekeluarga sebagai "mengikut sunnah" dan "tinggi Islamnya" boleh mengeluarkan kata-kata seperti begitu. Sedih mengenangkan anak kecil sudah diberi pengajaran yang salah dan sempit tentang agama Islam.
Contoh kedua di rumah saya sendiri, apabila seorang rakan datang berhari raya. Walaupun berlainan idealogi politik, tetapi kami masih bersahabat. Sedang menjamu selera, tiba-tiba rakan saya itu seperti tersentak apabila melihat bingkai bergambarkan seni kaligrafik tulisan China. Dia terus menegur saya dengan nada yang tinggi, "apa nak jadi dengan kau ni. Kau gantung tulisan kafir di dalam rumah?. Macammana malaikat nak masuk rumah kau ni?. Bertaubatlah". Begitu mudah beliau memberikan komen dan nasihat.

Apabila saya jelaskan kaligrafik China itu bermaksud mengucap dua kalimah syahadat dalam bahasa Mandarin dan ia di reka oleh orang Islam China yang keturunannya sudah 700 tahun beragama Islam di wilayah Xian, China, rakan saya itu terus terdiam. Jelas sekali pengetahuan agamanya begitu cetek dan mat mudah untuk "menjatuhkan hukum" sama seperti parti politik yang diwakilinya.

Masih terdapat umat Islam di negara kita ini yang rendah mentalitinya dan hanya menganggap orang Melayu sahaja yang beragama Islam di dunia ini. Apabila dikaji mengapa ini boleh terjadi, ternyata kurang ilmu pengetahuan dan malas membaca adalah punca utama terdapat minda orang Melayu yang beragama Islam bersikap sebegini. Mereka hanya menerima ajaran dan seruan dari satu kumpulan sahaja. Saya percaya rakan saya dan keluarga "berjubah" itu belum pernah ke Tanah Suci Mekah sama ada mengerjakan umrah ataupun menunaikan haji. Jika mereka ke sana, insyaAllah pemikiran mereka akan terbuka apabila melihat berbagai bangsa dan warna kulit mengelilingi mereka semasa mengerjakan ibadat.

Golongan sebegini agaknya akan merasa hairan dan "mengucap panjang" apabila berada di pulau Bali, Indonesia dan melihat seorang tempatan yang bersongkok dan berbaju batik makan daging babi di restoran. Lebih terkejut lagi jika di bawa ke dalam negara sendiri di rumah panjang suku kaum Kelabit di Miri dan di dapati terdapat surau di dalam rumah panjang tersebut. Walaupun penampilan suku kaum itu tidak menunjukkan "identiti Islam", tetapi sebahagian dari mereka telah memeluk agama Islam sejak 100 tahun dahulu lagi.

Sepatutnya golongan sebegini bersama-sama menegakkan syiar Islam dan menggalakkan perpaduan seagama walaupun berlainan warna kulit dan bangsa. Pemikiran sempit hanya orang Melayu sahaja yang beragama Islam perlulah dihindari. Ramai mualaf terpinggir di antara umat Islam di negara kita. Mahukah kita membiarkan mereka hilang arah kerana mentaliti sempit bahawa hanya Melayu sahaja yang beragama Islam di Malaysia ini?.

MELAYU TIDAK RELA BERPECAH LAGI

Apa yang ingin saya perkatakan di sini, mungkin tidak mendapat tempat di hati para pemimpin politik orang Melayu, baik dari parti yang memerintah mahupun pembangkang. Realitinya Melayu sesama Melayu sudah mula bertelagah dan bertengkar di kedai kopi, di rumah, di kedai gunting rambut malah di warung-warung tom yam di tepi jalan.
Orang biasa tidak kira kumpulan yang sudah berpencen sehingga ke mat rempit sudah mula berani mengeluar dan memberi pendapat. Malah sudah ada fenomena menganalisa dan mengkritik kenyataan yang di buat oleh pemimpin-pemimpin politik di akhbar-akhbar tempatan. Malah gaya persembahan penulisan wartawan juga turut mendapat komen. Malah ada pula yang sudah pandai menilai akhbar A sokong siapa, akhbar B sokong siapa, akhbar C lebih terbuka, akhbar D pula memberikan ruang yang luas kepada pembaca untuk memberikan komen.
Perubahan ketara sebegini amat menakjubkan dan memberangsangkan minda supaya lebih berfikir secara terbuka dan logik. Malah ada yang sanggup membawa komputer riba ke kedai kopi untuk sama-sama melayari dan membaca beberapa laman web yang membicarakan polimik yang melanda Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Perkembangan menarik sebegini amat dibanggakan apabila rakyat telah mula rajin membaca walaupun hanya senaskhah akhbar setiap hari. Malah jualan akhbar di kedai juga laris begitu cepat sehingga ada yang membayar pendahuluan untuk mendapatkan akhbar keesokan harinya terutamanya akhbar Utusan Malaysia.
Kemelut yang melanda hubungan antara perdana menteri dan bekas perdana menteri ini sudah menjadi topik wajib dalam minggu pertama bulan Syawal. Rata-rata menyatakan simpati kepada Pak Lah dan menggeluh panjang terhadap Dr. Mahathir. Itulah gambaran masa kini bualan orang biasa yang majoritinya orang Melayu.
Perbandingan gaya dan corak pentabiran Pak Lah dan Tun menjadi topik hangat perbualan. Nyata terdapat beza yang ketara antara corak ketegasan dan lantang bersuara Tun berbanding dengan kesederhanaan dan berbudi sopan dalam tutur kata oleh Pak Lah. Sifat keterbukaan dan mengalakkan rakyat menegur jika ada kesilapan dalam jentera pentadbiran kerajaan adalah selaras dengan ungkapan awal semasa Pak Lah menjadi perdana menteri "bekerja bersama saya bukan bekerja untuk saya".
Namun sifat kesederhanaan inilah yang diambil kesempatan dan diputar belit oleh golongan tertentu dengan mengandaikan Pak Lah tidak tegas seperti Tun. Malah ada yang berani berkata ramai yang tidak takut dengan Pak Lah berbanding dengan Tun.
Ada juga yang memberikan pendapat bahawa kedua pemimpin ulung orang Melayu ini hanya berseloroh. Jika benar berseloroh, ini amat menyedihkan kerana sudah ramai rakyat yang kecewa kerana tidak mahu Melayu berpecah lagi.
Cukuplah peristiwa hitam 1987 dan 1998 yang mengakibatkan Melayu berpecah dengan begitu hebat sekali sehingga terbentuk parti baru. Apakah Tun sudah lupa atau sengaja buat lupa?. Melayu tidak mudah lupa terhadap peristiwa hitam yang melanda umat Melayu di bumi Malaysia ini. Kita tidak rela berpecah lagi jika kemelut ini tidak ditangani dengan segera.
Yang menghairankan orang ramai ialah tidak bolehkah Tun bersemuka dengan perdana menteri memlalui saluran yang telah sedia ada. Sifat Tun sebagai negarawan amat mudah untuk duduk bersama dan berbincang dengan Pak Lah berbanding dengan kami rakyat biasa yang sememangnya mustahil untuk berjumpa dengan perdana menteri. Lebih-lebih lagi Pak Lah menjadi perdana menteri kerana lantikan oleh Tun sendiri dan sudah tentu Pak Lah akan meluangkan masa untuk benjumpa dengan Tun.
Akan tetapi apabila Tun menggunakan media untuk mengkritik Pak Lah, cerita sudah bertukar dan menjadi lain maksudnya. Bagi kami sebagai orang kebanyakan, sifirnya mudah sahaja. Tentu ada persoalan pokok yang menjadikan Tun bersikap begitu rupa. Namun rakyat pasti sehingga kini persoalan pokok itu masih menjadi rahsia antara mereka berdua.
Yang jelas dan terserlah, sudah wujud suasana yang tidak selesa dalam perpaduan orang Melayu. Perselisihan pendapat sekarang ini bukan sahaja diantara Pak Lah dan Tun, malah sudah menular ke rakyat biasa. Ini yang membimbangkan. Keadaannya tidak sama dengan tahun 1987 dan 1998 kerana ia pertembungan politik antara dua pihak yang bersengketa yang akhrnya berlanjutan sehingga tertubuhnya Semangat 46 dan Keadilan.
Keadaan sekarang ialah antara perdana menteri dengan bekas perdana menteri.
Tidak mustahil peristiwa hitam masa lalu akan berulang. Kepada pemimpin negara, bersatu padulah demi kekuatan orang Melayu dan UMNO. Peringkat akar umbi juga sudah terikut-ikut dengan kemelut yang sedang panas bergolak ini. Pembangkang sekarang ini senang lenang kerana mereka tiada isu untuk diketengahkan untuk meraih undi. Konflik Pak Lah-Tun sememangnya menguntungkan karier politik PAS.
Telahan saya mungkin ada dalang dan tukang cucuk di belakang Dr Mahathir terhadap isu-isu yang ditimbulkan ternyata hampir benar apabila dilihat siapa sebenarnya dibelakang beliau kini. Selama di dalam kerajaan Tun menegaskan kaum keluarga tidak boleh mendapat projek kerana akan ada unsur rasuah, nepotisme dan kronisme. Kini rakyat baru tahu sebenarnya di zaman Tun pun anak-anak mendapat projek. Dan apakah persaingan perniagaan anak-anak menyebabkan Tun bertukar sifat dan sikap? Tun berkata masih sayangkan UMNO. Tetapi jika begini caranya ianya bukannya menunjukkan sayangkan UMNO malah lebih terdorong untuk membunuh UMNO.
Apakah Dr Mahathir merasakan semasa pemerintahannya, beliau berjaya mentadbirkan negara dengan cemerlang 100% tanpa ada cacat cela?. Apakah kita kena mengingatkan kembali Dr Mahathir tentang ketidak puasan dua bekas Perdana Menteri selepas UMNO diharamkan pada tahun 1987 dan hampir wujud parti baru bernama UMNO Malaysia?. Mengapa mereka sanggup hendak campur tangan dalam membentuk parti UMNO baru ketika itu?. Tentu ada sebabnya yang hanya Dr Mahathir sahaja yang tahu jawapannya.
Golongan seperti kami inilah yang akan menjadi tempat untuk dilemparkan penerangan dan penjelasan oleh pihak yang berbalah samada menyebelahi Pak Lah ataupun Dr Mahathir. Bila keadaan ini berlaku, kamilah yang menjadi sasaran untuk dijajakan pendapat menangkis serangan golongan tertentu. Sasaran utamanya adalah golongan bawahan seperti kami ini. Dan yang akan bercakaran jika tidak kuat pegangan adalah golongan seperti kami juga. Yang akan berarak dan menjerit-jerit tak tentu pasal adalah kami juga.
Apabila sudah reda dan perbalahan tamat, kami jugalah yang terpinga-pinga dan bermusuh sesama sendiri. Inilah dilema golongan bawahan, golongan akar umbi. Hakikatnya kami menyokong kepimpinan yang sedia ada. Tiada cacat celanya kepimpinan Pak Lah sekarang.
Apakah perkara yang tidak betul dan buruk pemerintahan Pak Lah pada pandangan golongan pro Dr Mahathir ini tidak pernah dilakukan oleh kepimpinan negara sebelum ini?. Malah lebih buruk daripada itu pernah dilakukan. Cuma terbatas dan tidak boleh didedahkan gara-gara halangan dan kekebalan tertentu.
Rakyat peringkat bawahan ingin melihat negara kita aman selama-lamanya terutama orang Melayu. Kami golongan akar umbi tidak mahu lagi menjadi kambing hitam antara dua kumpulan yang bergolak. Sudah serik rasanya mengenangkan perbalahan dahulu yang akhirnya memalukan orang Melayu sendiri.
Apabila beliau memperlekehkan dasar kewangan negara, wang rezab negara dan RMK9, jelas dilihat bahawa Dt Mahathir masih beranggapan beliau masih lagi kuat pengaruhnya. Beberapa siri forum dan persidangan antarabangsa anjuran beliau dan pengikut setianya jelas mengambarkan beliau mahu seluruh dunia mengetahui bahawa beliau masih ada kuasa dan pengaruh di negara ini.
Yang pasti Dr Mahathir dan pengikutnya tidak akan berpuas hati sesiapa sahaja yang mentadbir Malaysia selain daripada beliau. Kumpulan seperti ini boleh dianggap tidak tahu bersyukur di atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan.
Jika beginilah keadaannya perbalahan ini tidak dibendung segera, akibatnya yang keruh tidak dapat dibuang, yang jernih jelas keciciran. Melayu tidak rela lagi berpecah. Kita sebenarnya sudah serik. Besatu padulah wahai pemimpin orang Melayu.

ZAKARIA : I MADE A MISTAKE


Embattled Port Klang state assemblyman Datuk Zakaria Md Deros finally broke his silence yesterday but kept mum on whether he would relinquish his Klang municipal councillor's post.

With a week left till the Nov 8 deadline to hand in his resignation, Zakaria, 60, pleaded for a stop to the "attacks" in the media.

Looking frail, forlorn and breaking down several times during the 4pm press conference, he admitted he made a mistake when he designed a "house (referring to the mansion) which might have been unsuitable for the low-cost housing estate" in Kampung Idaman.

"However, it was never my intention to boast or show off by building a bigger house which has been called 'Istana Datuk Zakaria' by some," he read from a 12-page statement at his current double-storey low-cost house in Kampung Idaman here.

"My wife and I merely wanted a more comfortable dwelling for our 11 children, seven daughters- and-sons-in-law as well as 11 grandchildren."

He added that the family had also planned to create community-centred rooms in the new house, including having a tuition centre, a surau and an activity corner.

"If our sincere intention had been misinterpreted, we apologise for not having properly explained our little contribution," Zakaria, flanked by sons Zainuri and Zul Hisham, read from his prepared statement.

"I thank those, including the media, for giving me guidance on the need to follow rules and regulations."

Halfway through the press conference Zakaria's hands trembled. He became emotional and wept openly.

He explained how the family had been rooted in Kampung Idaman for more than 30 years since moving from the KTMB quarters in Port Klang. He had been a railway gatekeeper then.

"We feel really close to the people here and that is why, despite our new prosperity, we still choose to remain here because we want to continue serving people here," Zakaria said.

"Together with other leaders, we have helped to build a mosque to replace the dilapidated surau, construct a sekolah agama rakyat and primary school."

However, he added that he did not want his "mistake" to be capitalised on by the Opposition, adding that humans made mistakes.

On allegations that he had purposely flouted the law, Zakaria said it was untrue to claim he had never submitted any building plan or not tried to get approval to build his new house.

Between Dec 12, 2002, and April 6 this year, he said, his architect had submitted a layout plan and obtained conditional approval to build the bungalow.

However, the application had run into problems, including the non-processing of the building plan by MPK because the architect did not pay the plan fee.

Further trouble came in April this year when the architect quit.

Zakaria said he has since appointed a new architect and done all the amendments to the building plan as required by MPK.

"In the meantime, I have voluntarily stopped work on the new house until MPK approves the revised building plan. I have also asked all the professionals involved in building the house to advise me so that I do not run foul of the law," he said.

Zakaria stressed he had never intended to abuse his position as a councillor and elected representative to bend the rules to his favour.

He also thanked the Selangor Sultan for his advice. However, Zakaria did not reveal what the advice was nor did he say if he would act on the advice, especially the Sultan's call for him to voluntarily relinquish his position as councillor.

He stressed that he had been unable to meet the Sultan when first summoned on Oct 20 because of ill health. He also failed to meet the second summons on Oct 23 for the same reason. He finally met the Sultan on Oct 28.

Zakaria said he met Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi on Oct 29 at 10.15am at TUDM Subang just before Abdullah left for China.

"The Prime Minister advised me to be patient and find a way to deal with the problems," he said.

"I hope the explanation in this press conference will stop the bad impressions and speculations about me and my family."

Zakaria then apologised for not taking questions, saying he feared such a session would cause legal problems and further paint him as a black sheep.

Earlier, as the reporters gathered in his living room, Zakaria called out to familiar faces and shook hands with pressmen.

"Come on, I will issue a statement, and kakak (his wife Zizah Ngah) has made some food. It is still Hari Raya, please eat," said Zakaria, who is known for his charitable work.

He even took the press on a tour of his simple wooden home which he shares with his 11 children, in-laws, grandchildren and his 80-year-old mother-in-law Jamilah Zakaria.

TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG

SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG WEB BLOG SAYA YANG MASIH MUDA REMAJA INI. SEHINGGA SETAKAT INI, BLOG INI TELAH MENCATAT 3756 HITS (PENGUNJUNG).
JIKA ADA KOMEN DAN PENDANGAN SAMA ADA YANG BAIK ATAU TIDAK BAIK, HARAP LUAHKAN DI SETIAP ARTIKEL YANG ANDA BACA ATAU BOLEH HANTAR KE E MAIL SAYA shaifulsaidin@yahoo.com.my
KEPADA KELUARGA TERAJU, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KALIAN SEMUA.
SELAMAT MEMBACA DAN 'BELAYAR' MELALUI INTERNET.
IKHLAS,
shaifulbahri.blogspot.com

3 TAHUN PAK LAH SEBAGAI PERDANA MENTERI



Semalam, 31 Oktober 2006, adalah tahun ketiga Pak Lah menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semoga di bawah pentadbiran Pak Lah negara lebih maju, makmur dan aman damai. Selamat berjuang demi bangsa, agama dan negara Pak Lah!!!.