Wednesday, November 22, 2006

MELAYU PERKASA JIKA KUASAI LEBIH DARI SATU BAHASA

Isu Bahasa Inggeris (BI) sebenarnya bukannya perkara baru di negara kita. Cuma yang membezakannya ialah kaitan isu BI dengan suasana politik dan sosial semasa. Jika di zaman sebelum merdeka isu BI ini lebih menjurus kepada pegangan akidah dan sentimen agama kerana kita pada masa itu masih dibelenggu kuasa penjajah British. Sehinggakan ada pihak yang mengeluarkan fatwa sesiapa yang belajar di sekolah aliran BI adalah kafir dan bukan Melayu lagi.

Bahasa Melayu dan orang Melayu amat kuat pautannya antara satu sama lain. Sudah tentu ada kebaikan dan keburukannya. Baiknya bahasa kerana ianya menunjukkan kekuatan jati diri dan semangat kebangsaan sesuatu kaum. Sifat bangsa yang kuat pada adat dan istiadat yang mendaulatkan Bahasa Melayu, telah memberi kesan yang begitu kuat sekali. Sehinggakan boleh ditakrif sesiapa yang memperlekehkan Bahasa Melayu akan ditentang dan dikritik dengan begitu kuat dan padu sekali.

Walaupun ketika ini hangat diperkatakan penggunaan BI dalam mata pelajaran matematik dan sains itu telah menjurus kepada kemerosotan mata pelajaran berkenaan dalam pencapaian murid yang menduduki UPSR tahun ini, kita tidak seharusnya cepat malatah dengan memdesak kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan tersebut yang mewajibkan subjek matematik dan sains di ajar dalam BI. Dengan kata yang lebih keras lagi, mereka mahu kerajaan menarik balik pembelajaran subjek tersebut dalam BI dan kembali kepada asal iaitu diajar dalam Bahasa Melayu.

Pada pendapat saya, sememangnya terdapat suatu semangat yang cepat berputus asa di hati dan fikiran segelintir orang Melayu. Akibat sikap dan sifat orang Melayu yang malas membaca dan mengejar ilmu menyebabkan isu BI menjadi penyebab utama pencapaian pelajar merosot. Sedangkan dasar tersebut lebih kepada penguasaan bahasa lain kepada pelajar agar generasi seterusnya boleh mengusai lebih dari satu bahasa terutamanya orang Melayu.

Ilmu matematik dan sains jika sudah ada asas dalam BI amat memudahkan anak-anak kita untuk pergi lebih jauh lagi ke pembelajaran sains tulen dan teknologi kerana dua subjek asas ilmu teknologi ini amat kurang bahan rujukan dalam bahasa Melayu. Itulah yang diimpikan oleh kita semua untuk melahirkan generasi Bangsa Malaysia yang berilmu tinggi untuk bersaing dengan pasaran global.

Sepatutnya ahli politik Melayu yang hebat bersuara dalam Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu, yang mahukan BI dalam subjek sains dan matematik dikaji semula perlu menekankan supaya kajian terpeinci dilakukan untuk mencari sebab kelemahan tersebut dan bukannya menghapuskannya.

Orang Melayu sepatutnya iri hati terhadap diri sendiri kerana hanya kita sahaja yang sebahagian besarnya mempunyai kemahiran menguasai satu bahasa berbanding dengan kaum lain di negara ini. Kaum Cina dan India kebanyakannya boleh menguasai dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Tamil atau Mandarin. Lebih beruntungnya lagi mereka yang boleh menguasai BI sudah menjadi jumlah 3 bahasa yang dapat mereka kuasai. Sedangkan kebanyakan orang Melayu masih tertinggal jauh dengan hanya boleh menguasai Bahasa Melayu sahaja.

Jelas menunjukkan kita sebenarnya sudah tewas dalam soal bahasa di negara kita sendiri. Bagaimana harapan yang gagah dicanangkan untuk melihat orang Melayu menjadi "glokal" di persada dunia?. Tujuan murni supaya anak bangsa mahir dalam BI amat jauh sekali untuk melihat pencapaiannya. Melayu yang malas membaca dan menimba ilmu adalah salah satu sebab mengapa kita tidak berjaya menguasai lebih dari satu bahasa. Melayu harus malu dengan kaum Cina dan India di negara kita sendiri.

Lebih buruk lagi akibat sindrom malas dan cepat berpuas hati dan ditambah dengan kedudukan kita yang selesa kerana terlalu berharap sangat dengan bantuan kerajaan, sudah ramai orang Melayu sendiri yang tidak boleh bertutur dalam bahasa suku kaum mereka sendiri. Kini nama Jawa, Banjar, Bugis dan Minang (sebagai contoh) hanya tinggal nama sebutan dan megah sahaja kita berketurunan suku kaum tersebut tetapi hakikatnya langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa tersebut. Jika bahasa ibunda suku kaum dan keturunan sendiri pun kita sudah gagal untuk menguasainya, maka tidak hairanlah orang Melayu malas untuk belajar dan menguasai bahasa "kaum lain".

Lebih hebat lagi masih ada mentaliti yang kuat ditanamkan kepada anak-anak kita bahawa belajar BI adalah menyokong dan menggalakkan kembali Inggeris menjajah kita. Pemikiran kuno sebegini masih ada di kalangan segelintir orang Melayu. Malah ada yang mengaitkan mempelajari BI bermakna kita semakin hampir dengan agama Kristian. Walaupun kita sudah hampir 50 tahun merdeka dan sudah enam tahun memasuki abad ke 21, mentaliti sebegini sebenarnya masih ada dikalangan orang Melayu.

Apakah kuat sangat jati diri dan semangat kebangsaan orang Melayu sehinggakan soal bahasa menjadi isu pokok untuk menilai jati diri dan keMelayuan seseorang?. Jika benar kita kuat sangat dengan sifat dan semangat sebegitu di tambah pula dengan ugama Islam yang kita anuti, berapa ramai pula dikalangan orang Melayu yang faham dan boleh menguasai bahasa Arab?.

Kita jangan malu untuk mengakui hakikat bahawa ramai orang Melayu yang beragama Islam yang hanya tahu membaca tulisan Arab di dalam Al Quran tetapi langsung tidak tahu maknanya dalam Bahasa Melayu. Jika saya katakan ramai orang Melayu sudah seperti burung kakak tua kerana hanya tahu mengikut dan menghafal apa yang diajar tetapi tidak tahu makna sebenarnya, pasti ramai yang akan mencela saya. Mengapakah tiada inisiatif dalam diri kita sendiri untuk belajar maksud dan terjemahan Bahasa Arab di dalam Al Quran dan ditambah dengan belajar menulis dalam tulisan Arab?.

Tulisan Jawi yang suatu ketika dahulu menjadi perlambangan orang Melayu pun semakin terhakis. Sehinggakan akhbar tunggal tulisan Jawi terpaksa diselamatkan oleh kerajaan. Syukur juga kerana kini kita masih dapat membaca dalam tulisan Jawi walaupun diterbitkan sebagai sisipan seminggu sekali. Kajilah berapa ramai yang boleh menguasai dengan membaca dan menulis Jawi?

Itulah gambaran dan budaya orang Melayu yang malas membaca dan menuntut ilmu. Jika dikaji begitu maka tidak hairan generasi kini seperti sudah "kematu" dan terikut-ikut dengan tradisi buruk orang Melayu sendiri sejak dahulu lagi. Tidak hairan kita susah sangat untuk merelakan diri kita supaya boleh menguasai bahasa lebih dari satu kerana bahasa pertuturan harian apabila kita menghadap Allah pun kita abaikan dan tidak tahu apa sebenarnya kita tuturkan. Kerana malas belajar bahasa lain, ramai yang boleh berbahasa Arab semasa sembahyang dan majlis doa selamat tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang diperkatakan.

Kehidupan seharian kita yang dikelilingi oleh bangsa lain pun masih tidak mahu kita manfaatkan untuk belajar "secara percuma" bahasa kaum lain. Jika satu hari satu perkataan bahasa Tamil dan Mandarin yang kita belajar dari rakan atau jiran kita, kiralah berapa banyak sudah kita belajar dan mendapat ilmu bahasa?.

Pokok pangkal diri kita sendiri. Orang Melayu perlu mengubah sikap untuk belajar bahasa lain selain dari bahasa Melayu. BI yang diajar di sekolah kepada anak-anak kita yang meliputi subjek Bahasa Inggeris itu sendiri, sains dan matematik sewajarnya kita memberi galakan kepada anak-anak kita menguasainya. Memang benar ada ibu bapa yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Tetapi apakah kita mahu anak-anak kita mengikut tradisi yang kita warisi itu?. Berubah demi kenaikan tidak akan mengurangkan identiti kita sebagai orang Melayu walaupun belajar BI, Tamil dan Mandarin.

Sifat kuno dan ketinggalan zaman yang bermaksud belajar bahasa bangsa lain boleh membuatkan kita "menjadi bangsa" tersebut perlu dihakis. Belajarlah sebanyak mana pun bahasa lain selain dari Bahasa Melayu. Belum cuba belum tahu. Anda akan merasa lebih selesa sebagai manusia jika anda boleh mengusasi lebih dari dua bahasa. Percayalah.

Lanjutan: ZAINAH SISTER IN ISLAM PERSENDA JABATAN AGAMA

Saudara Anuar,

Salam hormat dari saya.

Surat terbuka ini pernah saya hantar kepada beberapa akhbar arus perdana dan Zainah Anwar sendiri dalam bulan Mac 2006 yang lalu. Secara "kasarnya" beliau memulangkan balik surat yang saya hantar dengan remark pen merah "Go to hell". Perkara ini telah saya maklumkan kepada Shahrizat dan pejabat PM. Malangnya Zainah seperti ada kuasa kebal pula.

Mungkin e mel saya ini boleh menjadi rujukan saudara untuk mentafsirkan siapa Zanah sebenarnya?.

Maaf jika e mel ini mengganggu tugas murni saudara terhadap bangsa Melayu.

Ikhlas dan wassalam,
Shaiful bahri Saidin

http://shaifulbahri.blogspot.com


Zainah Sisters In Islam Persenda Jabatan Agama

Baru-baru ini saya membaca satu artikel di International Herald Tribune (IHT) bertarikh 16 Februari 2006 dengan tajuk Letter from Malaysia : Malaysia's big sister shakes up Islam rule, di mana wartawan IHT Jane Perlez telah menemubual Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam (SIS).

Apa yang mendukacitakan ialah kenyataan pemimpin kumpulan NGO ini yang telah mempersendakan Islam dan pegawai-pegawai kerajaan di jabatan agama Islam.

Sebagai pemimpin NGO yang menjadi model pergerakan Islam yang progresif, beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan yang sebegitu rupa.

Kenyataan beliau seperti :" With the acid touch that has made her an accomplished campaigner, Zainah Anwar calls the officials in the government religious departments ' those Taliban-minded bureaucrats' ", sesungguhnya telah menghina dan mempersendakan pegawai-pegawai kerajaan di jabatan agama Islam.

Pada pandangan saya kenyataan seperti ini jauh menyimpang dari pendekatan Islam Hadhari yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di mana Nori Abdullah adalah rakan baik Zainah. Malah sebuah akhbar bahasa Inggeris suatu masa dahulu pernah melebelkan Zainah sebagai "Kawan rapat anak-anak PM dan bekas PM".

Kenyataan seperti ini boleh menyelewengkan ajaran Islam dan membahayakan keharmonian rakyat khususnya umat Islam di negara ini. Ini telah memberikan gambaran negatif terhadap perkhidmatan kerajaan di mata dunia luar.

Tuduhan Zainah bahawa kakitangan kerajaan 'berpemikiran seperti Taliban' adalah keterlaluan dan seolah-olah memberi gambaran adanya unsur-unsur keganasan dan perlanggaran hak manusia dalam pentadbiran jabatan agama.

Kecelupaan Zainah terselah lagi dengan kenyataan seperti ini : " She (Zainah) has not married, saying to people :' I don't want to be a slave to man ' ". Jangan lah soal peribadi turut terbawa-bawa dengan matlamat perjuangan SIS. Masalah peribadi beliau yang tidak mahu berkahwin kerana tidak mahu menjadi hamba lelaki adalah bercanggah dengan Islam yang menganggap perkahwinan suatu yang mulia dan jalan keluar daripada maksiat.

Kenyataan Zainah tidak mahu berkahwin disebabkan tidak mahu menjadi hamba lelaki adalah kenyataan kedua daripada beliau selepas kenyataan yang sama di Mingguan Malaysia pada 12 Februari 2006.

Persoalan sama ada SIS berfungsi sebagai sebuah pertubuhan NGO atau tidak, boleh ditimbulkan berbagai-bagai pertanyaan kepada Zainah.

Saya ingin bertanya kepada Pengarah Eksekutif SIS :

1. Berapa ramai ahli SIS ?
2. Siapa yang boleh menjadi ahli ?
3. Adakah dikenakan yuran tahunan kepada ahli ?

Pertanyaan ini timbul kerana dari semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) SIS berdaftar di atas nama SIS Forum ( Malaysia ) Berhad dan ditubuhkan pada tahun 1988. Lebih menghairankan tiada nama Sisters in Islam yang berdaftar dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS). Jadi bagaimana SIS itu sendiri boleh membawa nama "Islam" di dalam nama dan aktivitinya dan siapakah yang mengiktiraf SIS Forum ( Malaysia ) Berhad sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ?

Sebelum memikirkan untuk menjadi juara di dalam hal-hal agama Islam, saya minta Zainah menjawab pertanyaan tersebut untuk dimaklumkan ke seluruh rakyat Malaysia siapakah SIS sebenarnya?.

Harapan saya kepada Zainah supaya eloklah berfikiran terbuka di dalam membicarakan soal perundangn Islam. Kita masih ada ulama syarie yang boleh kita rujuk untuk mendapatkan pandangan. Tidak semua teori yang dibaca akan sama semasa dengan kehidupan sebenar atau praktikal yang kita hadapi.

SIS eloklah perjuangkan nasib wanita Islam yang kematian suami tetapi tiada pekerjaan, wanita yang ada masalah mendapatkan peguam untuk kes perceraian dan keluarkanlah wanita Islam yang telah terjerumus ke lembah maksiat.

Rakyat akan lebih menghormati dan sanjungi aktiviti SIS seperti ini daripada aktiviti mencari salah orang lain dan cuba hendak menjadi jaguh perundangan Islam.

US IS MOST UNFRIENDLY COUNTRY TO VISITORS

U.S. is most unfriendly country to visitors - survey
Rude immigration officials and long delays in processing visas have turned the United States into the world's most unfriendly country for international travellers, according to a global survey released on Monday.

The survey showed that the United States was ranked "the worst" in terms of visas and immigration procedures by twice the percentage of travellers as the next destination regarded as unfriendly -- the Middle East and the Asian subcontinent.

The survey, of 2,011 international travellers in 16 countries, was conducted by the polling firm RT Strategies for the Discover America Partnership, a business-backed group launched in September to promote travel to the United States and improve the country's image abroad.

More than half of the travellers surveyed said U.S. immigration officials were rude and two-thirds said they feared they would be detained on arriving in the United States for a simple mistake in their paper work or for saying the wrong thing to an immigration official.

"The entry process has created a climate of fear and frustration that is keeping foreign visitors away," said Geoff Freeman, executive director of the Discover America Partnership. "The survey shows there is more fear of our immigration officials than of terrorism or crime."




CERITA MUKHRIZ MAHATHIR


Mukhriz: Saya kesal, tiada niat singgung Presiden
22-11-2006 12:54:07 AM


KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir hari ini melahirkan rasa kesal ekoran kenyataannya berhubung ucapan dasar presiden semasa perhimpunan agung Umno 2006 minggu lepas.

Katanya kenyataan beliau itu tidak berniat menyinggung mana-mana pihak, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden Umno.

"Saya menerima baik teguran Yang Berhormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia terhadap saya tempoh hari.

"Saya berasa kesal dan ingin menyatakan bahawa saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, terutama sekali Yang Amat Berhormat Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mengenai kenyataan saya terhadap ucapan dasar beliau seperti yang telah dilaporkan oleh sesetengah media," katanya dalam satu kenyataan ringkas dua perenggan.

Komen Mukhriz pada 15 Nov lepas bahawa ucapan dasar presiden tidak mengandungi idea baru menimbulkan kemarahan barisan kepimpinan Pemuda Umno kerana ia dianggap memperlekehkan Abdullah.

Mereka juga menganggap komen itu sebagai keterlaluan, memalukan Pemuda Umno dan bercanggah dengan pendirian pergerakan itu, yang sentiasa menyokong keimpinan Abdullah dan pendirian menyokong ucapan dasar presiden pada perhimpunan agung parti itu.

Ketika mengulas komen Mukhriz minggu lalu, Hishammuddin dan barisan kepimpinan Pemuda Umno negeri-negeri meminta Mukhriz menyatakan kedudukannya sama ada masih bersama dengan pendirian pergerakan itu atau sebaliknya.

Mereka juga meminta Mukhriz memikirkan sendiri sama ada wajar bagi beliau melepaskan jawatan exco dalam pergerakan itu.

Mukhriz kini menyandang jawatan pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pemuda Umno selain anggota jawatankuasa Umno bahagian Kubang Pasu.

Komen Muhkriz berhubung ucapan dasar presiden Umno itu turut dibidas beberapa pemimpin Umno lain yang dianggap keterlaluan dan tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan kepentingan Umno.

Sementara itu di SERDANG, ketika diminta mengulas kenyataan Mukhriz ini, Abdullah berkata: "Oh dia menyesal. Tak apalah. Biar apa dia nak cakap. Ikut suka dialah."


(Dibawah ini adalah apa yang dikatakan "Mukhriz Menghina Pak Lah")


Mukhriz: Pak Lah tak jawab soalan
15-11-2006 09:04:10 PM

KUALA LUMPUR: Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau "agak kecewa" dengan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana tidak mengemukakan apa-apa yang baru dalam ucapan dasarnya.

Mukhriz, yang juga perwakilan ke perhimpunan agung Umno itu, berkata ucapan pemimpin itu pagi tadi menimbulkan lebih banyak soalan daripada jawapan.

"Saya rasa ia adalah ucapan sama yang diberikannya tahun lepas. Saya mengharapkan sesuatu yang baru tapi mungkin beliau ada idea yang lain.

"Ucapannya bukanlah apa-apa yang tidak pernah diperkatakannya sebelum ini.

"Saya sedikit kecewa tapi saya hanya seorang sahaja, tidak apalah," katanya kepada wartawan selepas Abdullah selesai memberikan ucapannya.

Mukhriz berkata Abdullah perlu memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memuaskan hati orang ramai.

"Mereka mahukan jawapan supaya mereka boleh terus menyokong keputusan-keputusan yang diambil oleh kerajaan pimpinan Pak Lah.

"Kita terbuka dan mahu diyakinkan. Kita menunggu jawapan-jawapan. Kita masih menunggu jawapan yang bernas tentang keadaan sekarang. Sudah enam hingga lapan bulan kini dan kita masih menunggu," katanya.

Ditanya apakah kenyataannya mengundang reaksi negatif, Mukhriz berkata: "Jika saya faham ucapannya tadi, kita dibenarkan memberi kritikan yang membina. Saya rasa itulah yang saya buat. Jadi saya berharap apa yang dikatakannya itu adalah apa yang dimaksudkannya."

Dr Mahathir tidak dapat menghadiri perhimpunan itu hari ini kerana masih berehat selepas mengalami masalah jantung minggu lepas.

Mukhriz berkata ibunya menerima tepukan yang gemuruh apabila namanya disebut di perhimpunan tersebut.

Katanya, dia berterima kasih kepada Abdullah kerana meminta orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.

"Saya tidak rasa mereka ada apa-apa perasaan marah terhadap satu sama lain. Apa yang menjadi persoalan adalah isu-isu semasa. Ramai orang menyangka persengketaan antara keduanya adalah peribadi, tidak sama sekali.

"Saya melihatnya sebagai masalah dasar dan pendekatan dan bukan perbalahan dua personaliti Umno," kata lagi.

BANGSA MALAYSIA : APA KATA ORANG MUDA?

Bangsa Malaysia: Apa kata orang muda?

KUALA LUMPUR: "Dua puluh tahun dari sekarang, tiada lagi orang kulit hitam atau putih ataupun orang Asia... semuanya berwarna kuning air," kata pelawak Russell Peters yang berketurunan Kanada-India mengenai bagaimana dunia terus menjadi kecil setelah perkahwinan antara kaum kini lebih lazim berbanding sebelum ini.

Dalam pada jenaka Peter bertujuan mencetuskan ketawa, rakyat Malaysia khasnya yang masih terasa bahang polemik berhubung Bangsa Malaysia, sebaliknya menjadikannya titik tolak untuk memikirkannya secara mendalam.

Malaysia merupakan sebuah negara dengan latar belakang etnik yang luas terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan golongan etnik lain selain mereka daripada darah kacukan antara kumpulan-kumpulan etnik ini.

'Bangsa rojak'
Kekecohan berhubung Bangsa Malaysia tercetus apabila Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman semasa konvensyen Umno Johor baru-baru ini meluahkan rasa tidak setujunya atas alasan ia tidak lebih daripada 'bangsa rojak' dan menimbulkan persoalan terhadap kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Ahli politik dan cendekiawan berhempas pulas membincangkan definisi Bangsa Malaysia dengan penyokong kuatnya, khasnya parti Gerakan, membidas kenyataan Ghani.

Namun debat panjang lebar itu tidak membawa penyelesaian muktamad tetapi takrifannya bertambah kompleks seperti Bangsa Malaysia hanya merujuk kepada 'keadaan minda' atau sekadar rakyat yang bersatu.

Soalnya sekarang ialah sama ada konsep itu bertujuan membawa perpaduan mutlak di dalam negara ataupun konsep Bangsa Malaysia kini mangsa agenda politik sempit.

Apakah pandangan generasi baru, khasnya mereka daripada darah kacukan, mengenai konsep Bangsa Malaysia?

Bukan lupa asal-usul
Arvin Mogan Naidu, 24, dari Taylor's College di Petaling Jaya, anak kacukan Cina dan India berpendapat,"kami (muda-mudi) sebagai pewaris Malaysia, jadi kami berhak menyuarakan sedikit pendapat berhubung Bangsa Malaysia".

"Untuk diiktiraf sebagai Bangsa Malaysia itu tidak menimbulkan isu seseorang hilang identiti kaumnya... atau, sekurang-kurangnya, ia tidak sepatutnya begitu," demikian ulasan Neo Ming Yi, 18, dari Cheras dan kini belajar di Queensland University of Technology, Australia.

"Ia semuanya mengenai kesederhanaan dalam pemikiran kita," katanya.

Berkongsi pandangan yang sama, penuntut Inti College Subang Jaya, Suresh Kevin Nair, 23, mengulas, "ia bukan mengenai melupakan asal-usul anda.

"Sebagai contoh, saya berdarah India sepenuhnya, tetapi saya boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Melayu dan kantonis, bukan kerana saya mahu menyesuaikan diri atau sebagainya tetapi hanya sekadar proses pembelajaran semulajadi bagi saya, yang tanpa disedari telah memudahkan saya berkomunikasi.

"Adakah ini bermaksud saya kurang berjiwa India hanya kerana saya telah menguasai satu atau dua bahasa tambahan? Tidak, saya hanya melihatnya sebagai menyesuaikan diri bersama ciri berbilang budaya negara ini," jelasnya.

Satu khayalan
Barapui Timothy Balangalibun, penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di Skudai, Johor Bahru, bagaimanapun agak ragu dengan realiti konsep ini.

"Memang baik jika kita memikirkan masyarakat kita sebagai satu bangsa, tetapi mengubah minda yang bertumpukan pada asal-usul etnik mana-mana individu, apa lagi orang ramai, pastinya mencabar dan sebab itu idea Bangsa Malaysia lebih kepada khayalan bagi saya.

"Bagaimanapun, saya percaya kita tetap perlu berusaha ke arah Bangsa Malaysia, ini kerana sekurang-kurangnya mereka seperti saya tidak perlu menggunakan kata nama tidak rasmi seperti 'Kelabrit' (kacukan Kelabit dan British)," tambah pemuda berusia 21 ini dengan gelak tawa.

"Mungkin kita nanti berada pada kedudukan lebih baik sebagai sebuah negara bersatu di bawah terminologi Bangsa Malaysia," kata Rosliza Mah, 21, dari Curtin University of Technology, Sarawak.

Katanya, "Walau apapun, saya rasa kita tidak harus lihat konsep 'Bangsa Malaysia' daripada sudut kewarganegaraan ataupun semantik.

"Mengapa tidak terimanya sebagai identiti keseluruhan kita? Pastinya dengan persefahaman dan penghormatan yang sama, kita akan dapat memulihara budaya dan tradisi masing-masing sementara dipanggil sebagai satu entiti," kata beliau lagi.

"Bagi saya secara peribadi, saya tidak berminat mengambil pendirian mengenai Bangsa Malaysia dan kesannya daripada pelaksanaannya buat masa ini.

"Yang lebih penting, pada pendapat saya, banyak yang perlu dilakukan untuk mengatasi pandangan serong yang masih wujud di kalangan kita."

Demikianlah pandangan golongan muda yang bakal menerajui kepimpinan negara masa depan dan akan menjadi penentu kepada konsep Bangsa Malaysia.
BERNAMA

NASH AKHIRI ZAMAN DUDA

Nash akhiri zaman duda

21-11-2006 12:51:39 PM

Duda yang pernah mendapat gelaran "penyanyi contoh" dan "bapa mithali" Nash Lefthanded akhirnya akur pada ketentuan jodoh dan memilih ahli perniagaan berjaya bernama Susilawati sebagai pasangan hidupnya.

Majlis pernikahan telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Seri Menmanti, Batu Pahat pada hari Khamis 16 November baru-baru ini dan turut dihadiri oleh kaum keluarga kedua belah pihak.

"Majlis pernikahan cukup sederhana kerana menunaikan permintaan ibu mertua saya yang inginkan majlis pernikahan diadakan sebelum dia berangkat ke Mekah. Saya akur kerana keluarga isteri saya amat menyayangi saya lebih-lebih lagi ibu mertua saya," ujar Nash yang menduda selama 11 tahun.

Pintu hatinya terbuka untuk menyunting isterinya, seorang pengusaha perniagaan kecantikan Nouvelle Visage yang juga seorang janda jelita berusia 40an beranak enam pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"Isteri saya telefon saya dari Mekah pada bulan Ramadhan baru-baru ini dan kami berbual macam biasa. Selepas itu, hati saya terus berdetik dan berkata alangkah baiknya kalau saya menjadikan dia suri rumah saya," jelas penyanyi yang cukup terkenal dengan hemah yang tinggi itu.

Jelasnya lagi, "Entah mana hati saya terbuka untuk berkahwin lagi. Inilah dikatakan kebesaran illahi. Jodoh pertemuan sememang telah ditetapkan dan kita tidak boleh lari darinya."

Menurut Nash, dia menerima jodoh yang ditetapkan "sebagai yang terbaik untuk saya dan anak-anak" dan berasa lega kerana semua urusan pernikahan selamat dijalankan tanpa sebarang masalah.

"Anak-anak saya menitis airmata ketika majlis pernikahan. Mungkin mereka sebak dan tidak sangka saya akan berkahwin juga akhirnya," jelas Nash lagi.

Menurut Nash, pihak perempuan akan mengadakan jamuan pada hari 24 November ini di Kampung Seri Menanti manakala pihak lelaki pula akan mengadakan majlis resepsi pada bulan Disember nanti.

"Insya Allah, saya akan mengundang rakan-rakan artis dan pihak media bila tiba masanya nanti. Lagipun saya tidak pernah berniat untuk menyembunyikan berita perkahwinan saya. Cuma saya tidak mahu heboh-heboh kerana saya hendak menjaga hati orang-orang tertentu," jelas penyanyi hitam manis yang begitu sinonim dengan lagu ‘Tiada Lagi Kidungmu,’ ‘Ku Halaman Rindu’ dan ‘Pada Syurga Di Wajahmu.’

Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 47, pernah menerima Anugerah Bapa Seniman oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sempena sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada bulan Julai tahun ini.

Bagi Nash memang sukar untuk dia mencari pengganti.

"Saya pernah berkata biar cinta datang sendiri dan saya tidak akan mencarinya. Saya juga sedar bukan mudah bagi wanita untuk mengahwini lelaki beranak empat. Susilawati adalah jodoh saya dan saya menerima dia seadanya,"kata ayah penyayang yang suka berterus terang ini.

Setelah membujang selama 11 tahun dan selepas berpisah dengan isterinya, Nash telah memberi sepenuh kasih sayang dan membesarkan sendiri tiga anak kandungnya, Fareena Nasha, 18, Najeeha Nasha, 16, Mohd Shameer Nasha, 11, dan seorang anak angkat, Jasmin Hanis Nasha, sembilan tahun.

"Di akhir usia saya, saya ingin habiskan dengan anak-anak tersayang dan orang yang menyayangi saya. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa saya. Hanya hidup yang diberkati akan membahagiakan kita," kata penyanyi lagenda yang mempunyai ribuan peminat di seluruh Malaysia ini.

Nash juga bersyukur anak-anaknya begitu memahami dirinya dan senantiasa memberi sokongan kepadanya.

"Sebelum ini, saya cukup fobia untuk bercerita pasal hendak kahwin lagi. Namun bila anak-anak makin membesar, mereka pula yang lebih perihatin tentang keperluan saya dan mereka sendiri yang meminta saya berkahwin lagi Saya rasa bangga anak-anak memahami keadaan diri saya," jelas Nash lagi.

Nash yakin dia telah buat pilihan yang tepat.

"Selama satu tahun mengenali Susilawati saya yakin dia dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya sebagai ibu baru kepada anak-anak saya dan begitu juga dengan saya.

"Kami akan memberi kasih sayang terhadap semua anak kami, yang berjumlah 10 orang kini. Semoga kasih sayang di antara kami akan bertambah setiap hari," ujar Nash turut memegang jawatan Timbalan Ketua Umno Cawangan Seksyen 7, Shah Alam, Timbalan Persatuan Karyawan Malaysia dan Timbalan Presiden Kelab Bikers Selangor.

P/S
Bagi pihak Keluarga TERAJU, kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada Nash. Perbualan telefon saya dengan Nash semalam adalah seperti berikut:,
Beliau telah bernikah pada 16 November (khamis) lalu di rumah perempuan di Batu Pahat. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Kenduri rumah perempuan akan dibuat pada 24 November ini, iaitu sebelum keluarga mertuanya menunaikan ibadah haji. Resepsi keluarga Nash akan diadakan pada bulan Disember. Tarikh belum tetap lagi. Mungkin di Muar atau Shah Alam. Janji Nash akan menjemput Keluarga TERAJU untuk hadir.

Wednesday, November 15, 2006

SURAT DR. M KEPADA PERWAKILAN UMNO


ALTANTUYA MARRIED TWICE, HAD TWO KIDS

Wednesday November 15, 2006

Altantuya married twice, had two kids

EXCLUSIVE: Report by THE STAR from Mongolia


ULAN BATOR:
Murdered Mongolian model Altantuya Shaaribuu, whose bone fragments were believed to have been found in Shah Alam had been married twice and had two young children here.

The untold story on her was revealed when The Star interviewed her friends in Mongolia.

Investigations revealed that the dead model was married to Mongolian celebrities a popular rap/hip-hop singer and the son of a famous designer about a decade ago.

A close family friend who declined to be named said Altantuya had a son from her first marriage to Maadai, a popular Mongolian singer from the Khar Sarnai (Black Rose) band which is famous for its American-style pop music.

The boy is about nine years old now, she said.

The family friend said Altantuya married Maadai in 1996 when she was 18. Maadai was then 22.

"They met in a party and she fell for him immediately. By then he was already a popular Mongolian singer. Women were crazy about him," she said.

They were said to be a lovely couple and were regularly featured in newspapers and magazines as a model family.

"But their relationship only lasted two years. It took a turn for the worse after she bore him a child."

She said Maadai was very popular and had to travel across Mongolia for concerts while Altantuya stayed home to look after the child.

"She complained that he neglected her and decided to have her own way. In one of their frequent quarrels, when Maadai returned home, he decided to end their marriage."

The relationship ended with a bitter divorce in June 1998.

"The custody of their son was given to Altantuya. After the divorce, she moved back to her parents' home with the child," said the family friend.

But soon after her divorce, Altantuya, who was a socialite by then, married S. Khunikhuu, the son of a famous designer.

"Her second marriage did not last long. They divorced two years later without having any children," she said.

She said Altantuya had another young child, about three years old now, following a relationship with another man after her failed marriages.

"I don't know who he is but he is a Mongolian."

She said both her children are living with her parents in a three-bedroom apartment in a 12-storey block at 34th Street here, an upmarket residential area behind the popular shopping zone in the city.

"Altantuya led a very colourful life with the Mongolian singer. She had celebrity status because she was the wife of the pop idol," recalled D. Orlomkhorol, the director of Otgontenger University, a private education centre specialising in business and language studies.

She said Altantuya enrolled in her university in November 1996 but left school in January 1997.

"She was absent most of the time. She skipped classes and examinations. She never completed the course because she was pregnant."

Opoccoo Puntzag, Altantuya's biology teacher in High School 84 at the Bayazurkh district, said her former student went to Paris in 2000 and enrolled in a modelling school there after her divorce.

"She was there briefly and got a certificate for modelling."

Opoccoo said she met Altantuya about a year ago when she came to the school to pick her mother up. (Altantuya's mother taught Russian in the same school as Opoccoo . Altantuya had also studied in the same school.)

"She seemed to be happy with her life and she spoke briefly about what she was doing. I also asked if she was modelling but she said she had never done any of that after completing her course," she said.

S. Ouynaa, a close friend who went to school with her for an English course, said Altantuya was involved in the textile and clothing business and imported the items from China, after returning from Paris.

"I used to hear her say she travelled regularly to Shanghai, Beijing, Hong Kong and Taiwan to do business there. She also boasted of having visited some of the best and top nightclubs there.

"She never told me that she had been to Malaysia or knew someone from there before," she said.

Ouynaa added that Altantuya always wanted to be a successful model .

Altantuya had a mole on the right side of her upper lip and it was removed about five years ago.

"She had the birth mark removed to make her look more attractive," she said.

She said Altantuya was also very fashion conscious and would always dress to kill even for a normal occasion.

IS THIS ALTANTUYA?? PART 3






IS THIS ALTANTUYA?? PART 2








DENGKI DAN CEMBURU PEMUSNAH AGENDA MELAYU


Apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah bertujuan untuk menyedarkan diri saya sendiri dan juga mereka yang sebangsa dan seagama dengan saya. Mungkin agak pedas kepada sesiapa yang terasa kerana pepatah ada mengatakan "siapa yang makan cili dialah yang merasa pedas". Namun keikhlasan apa yang ingin saya suarakan ini adalah menyentuh tentang sifat dan sikap orang Melayu. Mungkin dalam seminggu ini kita akan berbicara mengenai agenda orang Melayu sesuai dengan demam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini.

Presiden UMNO mahukan orang Melayu lebih maju dan beliau mahukan perhimpunan kali ini lebih kepada perbahasan berkaitan Agenda Melayu dan perlaksanaan Rancangan Malaysia Ke 9 selari dengan Misi Nasional. Namun apakah hasrat murni ini akan berjaya selagi ada golongan yang berhasad dengki dan cemburu terhadap bangsa sendiri?.

Pada pandangan saya buatlah seberapa banyak pun dasar, resolusi, skim, rancangan pembangunan dan lain-lain yang bertujuan untuk memajukan orang Melayu yang akhirnya akan menemui kegagalan dan tidak mencapai objektif yang diinginkan akibat wujudnya golongan yang bersikap hasad dengki dan cemburu yang masih menebal di jiwa sebahagian orang Melayu masa kini.

Mengapa perlu kita menimbulkan perasan dengki dan cemburu apabila melihat umat sebangsa dengan kita berjaya?. Lebih pilu lagi dilemparkan berbagai tohmahan yang semestinya negatif dengan mempertikaikan bagaimana seseorang itu boleh berjaya walaupun individu tersebut berjaya berkat kerja dan usaha gigih disamping berdoa kehadrat Ilahi agar apa yang dilakukan diberkati olehNya. Pemikiran sebegini bukan mudah untuk dihapuskan di kalangan masyarakat Melayu. Ianya seolah-olah sudah sebati dan menjadi darah daging orang Melayu.

Fikiran yang rosak dengan menyimpan perasaan dengki dan cemburu kepada sesiapa sahaja orang Melayu yang lebih baik daripada mereka, akan cepat sahaja dilatahkan. Pantang melihat orang Melayu berjaya sama ada dari segi pendidikan, perniagaan, keharmonian rumah tangga, kerjaya, keagamaan dan politik, pasti ada segelintir umat Melayu akan terdetik dihati kecilnya bagaimana si polan itu boleh cemerlang dan berjaya.

Golongan sebegini bersikap cemburu dan dengki di atas kejayaan orang lain. Mereka seperti hilang akal apabila kejayaan, kemewahan dan kebahagiaan orang lain mengatasi dirinya. Adanya golongan sebegini dalam umat Melayu amat menyukarkan usaha-usaha kerajaan untuk memajukan orang Melayu dan Bumiputera.

Maka bermulalah episod mengumpat, mencaci, menghina dan mengutuk yang timbul apabila fikiran dan minda sudah mula dirasuk syaitan hasil akalnya sudah dikuasai oleh sindrom dengki dan cemburu. Golongan seperti ini sememangnya tidak akan puas sampai bila-bila. Mereka hanya boleh diam berkata-kata apabila diri mereka telah mencapai apa yang ingin dihajati, sama seperti insan yang menerima umpatan dan kutukan darinya dahulu.

Saya percaya jika boleh dirakamkan bualan orang Melayu semasa perhimpunan tahunan UMNO ini, pasti ramai yang berkata-kata yang berunsur fitnah, hasad dengki dan cemburu. Apabila melihat sahaja si polan bergaya dengan kereta mewah dan berketerampilan seperti "orang kaya dan berada" pasti ada mulut yang berkata "mana dia dapat duit sebanyak itu". Atau mungkin ada yang berkata, "ini makan rasuah kuatlah ni". Tiada langsung tanggapan positif. Sedangkan si polan yang menjadi mangsa umpatan dan kutukan itu tidak pun beliau kenali.

Apakah golongan sebegini tidak terfikir pegangan agama Islamnya dan sudah luputkah keimanan mereka? Tidakkah mereka tahu sifat buruk ini dibenci oleh agama Islam?. Sampai bila-bila pun orang Melayu tidak boleh maju ke hadapan jika mentaliti sebegini masih wujud. Malah akibat menebalnya sifat dan mind set seperti ini, mereka sanggup melihat orang Melayu mundur, miskin dan merana di negara sendiri.

Pernahkah golongan pendengki dan kuat cemburu ini berfikir sejenak secara rasional dan waras seperti ini, "begitu kuat usaha si polan tersebut sehingga dia boleh berjaya dan bergaya. Kalau boleh akupun hendak jadi sebegitu. Apakah rahsianya?. Bolehkah aku mendapatkan panduan dan galakan bagaimana si polan itu boleh berjaya dalam kariernya". Mungkin ada yang berfikiran sebegini, tetapi ianya amat sedikit sekali berbanding dengan si pengutuk dan penabur fitnah.

Mengapakah orang Melayu yang buruk sifat dan sikap ini tidak mahu mengubah dan mendisiplinkan dirinya untuk lebih terbuka dan matang dalam fikirannya?. Tiada siapa yang boleh mengubah perangai buruk orang Melayu yang sebegini jika bukan dirinya sendiri. Yang menjatuhkan orang Melayu adalah bangsa Melayu sendiri.

Orang lain berjaya dalam pelajaran kerana berkat usaha dan pembelajaran yang betul dan sistematik. InsyaAllah dengan ketentuan tuhan, hasil usaha yang kuat pasti akan berjaya. Namun golongan berbudaya dengki dan cemburu ini akan menjaja ke seluruh kampung bahawa si polan berjaya dalam pelajaran kerana menggunakan bomoh. Malah ada yang sanggup berkata si polan itu berjaya kerana meniru semasa peperiksaan. Tiada langsung ucapan tahniah dan bertanya apa rahsia kejayaan dalam pelajaran. Ucapan yang diberikan adalah luahan fitnah dan kutukan.

Golongan sampah dalam bangsa Melayu ini seperti tidak boleh menerima hakikat bahawa terdapat orang lain yang lebih baik dan bagus dari mereka. Akibatnya pelbagai tohmahan mula dilemparkan sebagai memuaskan hati mereka. Mereka terasa aman dan bahagia apabila sikap cemburu dan dengki itu diluahkan dengan fitnah, cacian, kutukan dan umpatan.

Akibat dengki dan cemburu kerana melihat orang lain dapat menikmati dan memperolehi apa yang golongan ini juga impikan, sedangkan golongan hasad dengki ini tidak dapat kecapinya, maka jentera di mindanya mula bergolak dengan memikirkan segala bentuk yang negatif. Orang Melayu amat mudah memberi tanggapan negatif apabila merasakan diri mereka tertinggal bila dibandingkan dengan orang lain terutama bangsanya sendiri.

Yang menghairankan ialah golongan ini tidak pula "menanamkan" budaya dengki dan cemburu ini terhadap bangsa lain. Apabila mendapat tahu sahaja syarikat milik orang Melayu berjaya dalam perniagaannya, maka dengan mudah dilemparkan tuduhan bahawa syarikat tersebut mengamalkan rasuah, menggunakan kuasa politik dan "kabel baik" dengan orang kerajaan. Sungguh senteng dan memalukan bangsa Melayu kerana masih ada yang bersikap begini. Mengapakah mereka tidak menanamkan usaha yang kuat untuk bersaing dan berjaya juga dalam perniagaan? Itu adalah lebih baik dari menjual fitnah dan cacian.

Mengapa tidak "meluahkan" perasaan isi hati tersebut kepada syarikat konglomerat milik bangsa lain?. Apakah "halal" untuk tidak mencemburui kejayaan syarikat milik orang Cina dan amat"berdosa" jika tidak menimbulkan hasad dengki dan cemburu kepada syarikat orang Melayu?.

Mereka lebih rela melihat kejayaan dinikmati oleh bangsa lain, daripada bangsa sendiri. Mereka sanggup ketawakan seseorang Melayu yang telah gagal dalam perniagaan dan kehidupan. Puas rasa hati mereka apabila melihat orang yang mereka benci telah tersungkur menyembah bumi.

Begitu juga dalam senario politik masa kini. Golongan budaya dengki dan cemburu ini akan terus melontarkan asakkan berbentuk fitnah, kejian, kutukan dan mencarut kepada pemimpin negara. Sebabnya mereka ini sudah tepu dalam fikiran mereka apa sahaja yang orang lain buat semuanya tidak betul dan salah. Mereka sahaja yang benar dan betul. Mungkin mereka kecewa kerana sesuatu tidak diperolehi ataupun sudah menjadi sifat semula jadi membangkang apa sahaja yang terlintas di depan mereka. Masa kan tiada satupun kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin sekarang?.

Lihat sahaja lah di laman web bermotif politik yang terdapat di internet. Saya ada juga melayari laman web kategori politik negara lain seperti dari Amerika Syarikat, India dan Jepun, tetapi tidaklah seteruk laman web politik tempatan. Ruangan forum laman web politik tempatan penuh dengan cacian, kutukan, fitnah dengan menggunakan bahasa yang amat kasar dan lucah yang dilemparkan kepada kerajaan dan pemimpin. Moderator laman web berkenaan yang pastinya orang Melayu perlulah menapis kiriman orang ramai ke ruangan forum di web berkenaan daripada disiarkan tulisan yang tidak senonoh. Sedikit sebanyak ia mengambarkan rendahnya mentaliti peminat politik di negara ini.

Sehinggakan ada rakan bangsa lain dengan sinisnya berkata kepada saya, jika hendak melihat sikap dan sifat sebenar orang Melayu, layarilah ruangan forum politik di laman web politik orang Melayu.

Lebih dahsyat lagi ada orang Melayu yang sanggup berdoa yang tidak baik agar mereka yang telah berjaya seperti dalam perniagaan, jatuh dan gagal dalam perniagaannya. Malah ada yang beralih arah ke perlakuan syirik apabila sanggup mengunakan ilmu hitam supaya niat busuk mereka itu terlaksana. Begitu keji dan buruk sekali orang Melayu yang mempunyai sikap dan pemikiran sebegini.

Mengkritik tidak salah jika diluahkan dengan pendapat yang bernas dan gaya bahasa yang sopan. Kritikan yang membuta tuli tanpa asas dan lebih bersifat emosi adalah disebabkan rangsangan sifat dengki dan cemburu yang menguasai diri mereka. Lebih buruk lagi kritikan yang menjatuhkan air muka seseorang dan fitnah peribadi.

Sememangnya bukan kuasa kita dan juga mustahil untuk menghapuskan golongan yang ada pegangan budaya dengki dan cemburu ini di dalam masyarakat orang Melayu. Kaum lain juga ada yang bersikap sedemikian tetapi tahapnya tidaklah seteruk bangsa Melayu. Sikap buruk orang Melayu ini sudah terkenal sejak beratus tahun dahulu sehinggakan penjajah Portugis dapat menjajah Melaka dengan mengambil kesempatan dan mengeksploitasikan kelemahan dan keburukan sikap dan sifat orang Melayu sendiri.

Dengki dan cemburulah terhadap diri sendiri kerana masih tidak maju berbanding dengan orang lain. Jika orang Melayu masih berpeluk tubuh dengan mengharapkan bantuan kerajaan dan hikmat "lampu Aladdin" untuk membantu mereka berlari mengejar kemajuan, sampai bila pun tidak akan berjaya. Ditambah pula dengan budaya dengki dan cemburu yang semakin menebal selari dengan ramainya orang Melayu yang sudah berjaya dalam karier masing-masing.

Semakin ramai orang Melayu yang berjaya dalam kehidupan, semakin ramailah golongan hati busuk ini berada dalam kelompok masyarakat. Mereka ini orang yang malas berusaha. Akibat malas, kehidupan mereka tidak sempurna kerana kurang dalam serba serbi. Penyelesaiannya ialah menyalahkan orang lain yang mengakibatkan mereka menjadi miskin. Apabila diri tidak kuat dari segi mental dan akidah, maka tiupan syaitan yang berbaur dengki dan cemburu pun muncul. Ianya dilaksanakan dengan tambahan ramuan mengumpat, mengutuk, menghina dan memfitnah.

Sampai bila Agenda Melayu akan terlaksana jika golongan yang mempunyai hasad dengki dan cemburu masih wujud dan bermaharajalela?

Saturday, November 11, 2006

WHERE IS MONGOLIA?

Above is location of Mongolia.
More news about murder of Mongolian model, please refer http://www.mongolianews.net


IS THIS ALTANTUYA?


Saturday November 11, 2006

Is this Altantuya?

PETALING JAYA: An email containing pictures of a model who looks strikingly like the murdered Mongolian model Altantuya Shaariibuu has been making the rounds, including to the media.

The email has a subject entitled Altantuya@Mongolia.

No one seems to be able to confirm if the pictures are that of Altantuya or otherwise.

It will all be confirmed or denied today when her father, who is in town, meets the Press for the first time.

Friday, November 10, 2006

UNGKU AZIZ : WHY PAK LAH IS DIFFERENT FROM OTHERS

Friday November 10, 2006


Ungku Aziz: Why Pak Lah is different from others

KUALA LUMPUR: Three factors distinguish Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi from his four illustrious predecessors, said Royal Professor Ungku Aziz.

He said Abdullah was the first Prime Minister to declare an unambiguous priority for the dejected rural people, as compared with the others who relegated this to a lesser position in favour of industrial development.

Ungku Aziz said the second factor was that, in line with his noble aim, Abdullah was making a game attempt to redress the imbalance of rural poverty.

"Thirdly, unlike some people who melepas batuk di tangga (are superficial), Abdullah has sincerely and boldly come out in favour of genuine national unity embracing all races," he said in his speech at the launch of the Royal Professor Ungku Aziz Chair at Universiti Malaya.

Abdullah was a former student of the university more than 40 years ago.

HAYATI "BERSATU,BERSETIA,BERKHIDMAT" SEMASA PERHIMPUNAN

Walaupun Perhimpunan Agung UMNO kali ini bukannya tahun pemilihan Majlis Tertinggi, namun ianya tetap mendapat sambutan terutamanya ahli UMNO, ahli politik komponen Barisan Nasional (BN), pemerhati politik dan seluruh rakyat tanpa mengira kaum yang sentiasa mengikuti perhimpunan tahunan parti politik terbesar negara.

Sebabnya, UMNO sebagai tonggak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan kaum Melayu sebagai kaum terbesar negara, maka sudah tentulah liputan meluas akan diberikan semasa lima hari perjalanan persidangan orang Melayu ini. Saban tahun perhimpunan agung ini diberikan fokus penting oleh semua pihak kerana inti pati persidangan yang melibatkan dasar kerajaan dan perkembangan isu semasa.

Ucapan dasar presiden yang juga Perdana Menteri sudah tentu tidak dilepaskan begitu sahaja kerana setiap tahun kandungan ucapan presiden akan menyentuh keseluruhan jentera kerajaan, soal pembangunan, perancangan negara disamping agenda Melayu sendiri yang mencetus tumpuan rakyat diberikan secara serius dan teliti terhadap perkembangan perhimpunan terbesar orang Melayu.

Walaupun ada pemimpin UMNO di peringkat atasan seolah-olah memberikan "amaran" jangan membicarakan soal remeh temeh dan "serangan" peribadi, termasuk juga perkara pertentangan pendapat antara presiden dan bekas presiden, namun ramai yang percaya ahli UMNO terutamanya pembahas dan penyokong usul akan berhujah dengan matang dan penuh intelektual.

Dengan usia parti sudah menjangkau 60 tahun, sewajarnya ahli dan pemimpin UMNO amat profesional dalam membicarakan sesuatu isu dan pendapat berlandaskan perlembagaan, peraturan dan garis panduan yang sentiasa dipatuhi oleh pembahas. Soal menyentuh sesuatu isu dengan emosional dan keterlaluan perlu dielakkan.

Janganlah mengunakan perhimpunan tahunan orang Melayu ini sebagai pentas untuk menonjolkan aksi gelagat buruk sikap orang Melayu. Mencaci, menghina, mengutuk, cemburu, dengki dan mencarut adalah nilai perilaku buruk manusia. Amat memalukan seluruh orang Melayu jika ada perwakilan menampilkan gelagat tersebut. Kesabaran dan kematangan pembahas diuji apabila memperkatakan topik dan isu tertentu. Mungkin ada yang berpendapat itu adalah gaya pengucapan seseorang pembahas, tetapi sampai bila orang Melayu perlu bersikap begitu sehingga merendahkan nilai moral orang Melayu secara keseluruhannya.

Mungkin ada perwakilan yang akan membahas atau mengusulkan isu bekas presiden yang lantang mengkritik perdana menteri dan kerajaan sekarang. Di tambah pula ada suara kepimpinan tertinggi parti yang seolah-olah "tidak menbenarkan" perwakilan bercakap mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad. Hakikatnya sebagai sebuah parti politik yang mendokong demokrasi sebagai teras perjalan parti, "larangan" itu tidak sepatutnya berlaku. Asalkan dibahaskan dengan penuh adap sopan dan tata susila orang Melayu disamping membuahkan cadangan dan idea yang bernas kearah perpaduan dan kekuatan parti, tidak salah jika isu tersebut mendapat perhatian di perhimpunan.

Perhimpunan tahunan orang Melayu ini sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh perwakilan yang telah diamanahkan oleh ahli-ahli di peringkat bawah. Pembahas dan pembentang usul yang telah dipilih oleh perhubungan negeri sewajarnya mengunakan kesempatan dan kepercayaan yang diberikan untuk bercakap dengan fakta dan kandungan yang padat dan tepat. Jangan pula ada yang mengambil kesempatan untuk membuat penonjolan peribadi atas kepentingan mempromosikan diri sendiri.

Kehadiran pemerhati yang dijangkakan membanjiri setiap inci Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) juga akan memeriahkan lagi suasana perhimpunan kali ini. Secara tidak langsung inilah forum perbincangan terbesar orang Melayu di negara kita. Yang "rasminya" akan berada di dalam Dewan Merdeka sebagai perwakilan. Sudah tentu yang "tidak rasmi" iaitu pemerhati akan berkeliaran dan duduk berbincang dan berbual sesama sendiri sama ada di dalam PWTC atau kawasan yang berhampiran. Inilah semangat perpaduan dan bersatu orang Melayu dari seluruh negara.

Kritikan dan teguran membina sememangnya dialu-alukan semasa perhimpunan. Mengemukakan cadangan yang munasabah yang boleh diterima oleh barisan pemimpin parti sememangnya digalakkan malah akan mendapat sanjungan dari perwakilan dan pemerhati di luar dewan. Ditambah pula jika pembahas pandai bermain kata-kata dan diselang seli dengan jenaka yang kadang-kadang sinis untuk menyerikan majlis.

Itulah kematangan UMNO yang sentiasa menjadi perhatian dan tumpuan. Namun jika kritikan yang boleh mengaibkan seseorang dan memalukan mereka adalah amat dikesali jika hendak dibandingkan dengan nama UMNO yang gagah sebagai parti politik terbesar negara.

Usul yang merangkumi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan agama akan terus menjadi agenda tetap setiap kali perhimpunan. Isu meritokrasi dan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains dalam pendidikan, perpaduan dan agenda orang Melayu, RMK 9, isu murtad, mat rempit dan pengistilahan Bangsa Malaysia pasti diperdebatkan dalam perhimpunan kali ini

Yang penting selepas tamat perhimpunan jangan ada perwakilan yang menyimpan sebarang rasa tidak puas hati disebabkan ada ahli yang tidak pandai menghormati perasaan orang lain. Biarlah "panas" kerana perbahasan membabitkan perkembangan parti, isu orang Melayu dan negara habis di PWTC sahaja. Jangan pula terbawa-bawa ke tempat sendiri dan merangka pula strategi tindakan akibat golodak tidak puas hati yang masih membara.

Apapun yang terjadi, jadikanlah cogankata UMNO "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat" sebagai pedoman tujuan kita hadir ke perhimpunan agung kali ini. Rumpun Melayu mestilah teguh bersatu dengan sepenuh jiwa. Bersatu padu, setia kepada parti dan berkhidmat dengan jujur dan amanah adalah lambang orang Melayu agar sentiasa dipandang mulia dan gagah.

Thursday, November 09, 2006

DR.M SESAK NAFAS, DIKEJARKAN KE IJN


Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) setelah mengalami sesak nafas awal pagi tadi.

Dr. M yang sebelum ini berada di New Zealand, kembali ke tanah air petang semalam. Mokhzani berkata keadaan bapanya dalam keadaan stabil.

Marilah kita mendoakan agar kesihatan Dr. M kembali pulih dan sihat seperti biasa.

Wednesday, November 08, 2006

RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK??

P/S Artikel dibawah ini diforwardkan oleh Ella..Ikut cerita ini, ia berlaku di England..Sapa2 gi England kene hati2 lah ye..Kita di sini mungkin boleh semak dgn JAKIM..Mintak2 Ribena ngan Lucozade yg jual kat sini ok lah..Dah berpuluh liter kita minum kan!!..



Ahmad Baei Jaafar
Editor Dewan Agama & Falsafah

ahmad.baei@karangkraf.com.my
editor.agama@karangkraf.com.my

Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-51013882, Faks: 03-51013601, H/P: 017-8844013. Laman sesawang: www.karangkraf.com/dewanagama

Subject: BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar
Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih.
Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.
Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan
lima perasa yang disediakan untuk Ribena. - Agensi __._,_.___

MONGOLIAN MODEL SHOT AND BLOWN TO BITS



P/S Ni sapa punya kerja ni..Betul2 brutal dan tak ada peri kemanusiaan langsung..Sampai pakai bom..Bom C4 pulak tu..Kita tunggu ajelah news selepas ini..Buat malu orang Malaysia aje..Cerita ni jadi lead cover CNN ngan BBC..

Wednesday November 8, 2006

Mongolian model shot and blown to bits

KUALA LUMPUR: Police have picked up a prominent political analyst attached with a politically well-connected think-tank for questioning over the gruesome murder of a Mongolian model whose body was blown to bits.

The man, who is in his 40s, was taken from his office in Ampang here by several policemen at about 10am yesterday.

The private think-tank conducts research and prints publications on politics, economics, defence and international relations.

The analyst is being detained at the federal police headquarters in Bukit Aman where he is assisting a special task force set up to probe the murder of 28-year-old Altantuya Shaariibuu.

The analyst is expected to be remanded today.

Altantuya, who goes by the name Anna and said to be a stunning beauty from Ulaanbaatar, arrived in Kuala Lumpur about a month ago.

She reportedly went missing about three weeks ago.

Sources said a report lodged by her sister and cousin led to the arrest of three police personnel – a chief inspector, a woman detective and a corporal with the Special Action Force or SAF, more commonly known as the Unit Tindakan Khas.

The corporal is part of a pool of SAF members used to guard VIPs and other dignitaries. All three police personnel have been remanded by the police.

Yesterday, magistrate Azniza Mohd Ali ordered the remand of the corporal while the chief inspector and woman detective were remanded on Thursday.

On Monday, more than 40 police officers, including those from the Forensic Department, went to the crime scene at Subang Dam, Puncak Alam in Selangor, where they found bone fragments believed to be that of Altantuya in some bushes.

Police believe she was shot twice and her body blown to bits.

It is understood that C4 explosives were used to blow up her body in an effort to destroy evidence.

C4 or Composition 4 is a common but powerful explosive used for demolition work.

Police are said to be putting together the circumstances that led to Altantuya visiting the man at his house here, where she was said to have confronted him.

They said the police also wanted to find out whether the man had summoned three police officers to take Altantuya away from the house.

Her sister and cousin lodged police reports when Altantuya did not return after leaving her hotel on Oct 19.

She was staying at Hotel Malaya in Jalan Hang Lekir.

Sources said police also wanted to know when the man and the Mongolian model first met and whether there was any sexual relationship between them and if he had fathered a son with the woman.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said he had ordered a thorough investigation to be conducted and promised that there would be no cover-up.

"Whoever is involved would be brought to book regardless of his stature.

"I am also going to find out how and who authorised the issuance of the explosives used in the murder," he said.

WEEKEND MAIL SUSPENDED

Weekend Mail suspended

PUTRAJAYA Nov 8 : The Internal Security Ministry has suspended the Weekend Mail, a publication of The New Straits Times Press (M) Berhad, for breaching guidelines and conditions under the Printing and Presses Act 1984 (Act 301).

Ministry Secretary-General Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said reports and photographs in the paper's Nov 4-5 issue focusing on sex and sexual issues were contrary to values practised by Malaysians.

NSTP 's chief executive officer Datuk Syed Faisal Albar had apologised unreservedly to the paper's readers on Monday for distress caused by the publication of the articles, admitting that the articles and photographs were "offensive and distasteful".

Tuesday, November 07, 2006

BANGSA MALAYSIA PETUNJUK RAKYAT BERSATU

Konvensyen UMNO Johor baru-baru ini paling mendapat perhatian seluruh masyarakat. Dengan kapasiti sebagai kubu terkuat dan jumlah ahli UMNO yang terbesar iaitu hampir setengah juta orang, sememangnya rumusan dan inti pati konvensyen berkenaan menarik perhatian umum.

Paling sensasi adalah pendirian UMNO Johor mengenai konsep Bangsa Malaysia tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan membawa maksud bangsa rojak, telah mengundang pelbagai reaksi.

Persoalan yang timbul mengapa perkara ini diungkitkan semula sedangkan Bangsa Malaysia adalah semangat yang hendak ditonjolkan dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan ianya juga adalah aspirasi dan cita-cita yang hendak dicapai melalui Wawasan 2020 supaya rakyat terus bersatu padu.

Kita janganlah berjalan mengundur ke belakang dengan mengandaikan konsep Bangsa Malaysia tidak boleh diterima kerana Perlembagaan Persekutuan hanya menjelaskan bangsa Melayu dan bangsa lain, tetapi tidak menyebut tentang keperluan bangsa yang bersatu atau Bangsa Malaysia.

Memang benar seperti yang didakwa, tiada bukti nyata di dalam perlembagaan, tetapi apakah kita lupa tentang prinsip Rukun Negara? Apakah kita lupa ianya termasuk di dalam agenda Wawasan 2020 yang telah dilancarkan sejak 1991 lagi?.

Mungkin atas platform politik orang Melayu, maka sentimen memperkasakan kaum dilakukan dengan ucapan penaik semangat supaya orang Melayu bersatu di bawah UMNO. Namun ianya telah mencetus dan menyemarakkan debat politik selepas pada itu. Atas nama demokrasi, kita tidak boleh menutup mulut parti politik yang mewakili kaum lain untuk bersuara. Mereka juga ada hak untuk mempertikaikan apa yang diperkatakan oleh pemimpin UMNO Johor ini.

Yang jelas, persoalan perkauman bukan perkara remeh dalam suasana masyarakat berbagai kaum. Walaupun begitu, negara kita masih tinggi semangat toleransi antara kaum jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Kekuatan kita ini yang hampir 50 tahun merdeka janganlah pula kita leraikan dan rapuhkan ikatan perpaduan dengan hanya disebabkan terminologi Bangsa Malaysia.

Hakikatnya pihak kerajaan sendiri harus mengemudi kecemerlangan integrasi dengan mengorak langkah menghakiskan penonjolan identiti kaum di dalam sistem penyampaian pentadbiran kerajaan dan swasta. Sebagai contoh, tidak perlu ruang "jenis kaum" di dalam pengisian borang agensi kerajaan seperti permohonan paspot antarabangsa, permohonan bekalan utiliti, borang membuka akaun bank dan borang lesen iklan PBT. Ini kerana ianya tiada kaitan dengan kuota agihan kaum dan statistik pencapaian ekonomi sesuatu kaum. Apakah memberi perkhidmatan yang wajib dinikmati oleh semua kaum perlu juga distatiastikkan?. Sampai bila ruang "perbezaan kaum" harus diisi sedangkan kita semua rakyat Malaysia?

Perbezaan terminologi atau istilah kata adalah penyebab yang amat sukar untuk merealisasikan ungkapan "saya Bangsa Malaysia". Mungkin kita perlu dididik apabila memperkatakan soal maruah negara, perpaduan, toleransi, perundangan dan kesetiaan, kita tidak boleh bertolak ansur menegakkan kita adalah di bawah satu bangsa yang bernama Bangsa Malaysia. Mungkin juga dalam soal rasuah, penyalahgunaan kuasa, hak bersuara dan mengundi, kita lebih tertib berdiri atas nama Bangsa Malaysia.

Namun tidak pula kita mengenepikan soal sayangi kaum sendiri seperti aspek pendidikan, moral, agama, ekonomi, budaya dan warisan, yang masih kita mampu berbicara atas nama sesuatu kaum. Cuma mestilah ada hadnya agar tidak melukai dan menyinggung perasaan kaum lain.

Janganlah kita hanya mengaku kita orang atau Bangsa Malaysia apabila kita memperkenalkan diri kita semasa di luar negara. Tetapi amat kelu untuk berkata "Saya Bangsa Malaysia" apabila berada di dalam negara sendiri.

UMNO Johor tidak perlu bimbang jika konsep Bangsa Malaysia ini seperti yang tersurat dalam Wawasan 2020 akan mengecilkan fungsi dan ketuanan orang Melayu. Saya percaya selagi UMNO wujud di bumi Malaysia ini, nasib dan masa depan orang Melayu pasti terbela.

Konsep Bangsa Malaysia hanyalah satu konsep umum yang tidak perlu diberi takrifan secara terperinci. Ianya lebih menjurus kefahaman dan kecenderungan secara umum mengenai konsep berkenaan. Setiap kaum pasti ada terdetik dalam hati kecil mereka, saya masih kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain lagi. Kerana itulah peribadi dan latarbelakang ibunda kita walaupun nama Bangsa Malaysia tiada dalam perlembagaan negara.

Seharusnya atas nama Bangsa Malaysia ianya lebih mendorong kita ke arah perpaduan kaum tanpa prejudis dan penggalakan pergaulan dan keserasian antara kaum.

Pokok pangkalnya akal dan fikiran kita sendiri yang menjadi penentu sama ada perlu bersatu dalam hidup bermasyarakat atau memencil dan memusuhi kaum lain dalam kehidupan seharian.

Tidak salah kita berbahas dan berpolimik tentang kaum kita sendiri dengan bertujuan untuk memartabatkan kaumnya agar lebih maju dan berfikiran terbuka. Tetapi jika perbincangan antara kaum lebih kepada menyisihkan dan menjauhkan identiti bangsa, ianya akan menjurus kepada perbalahan kaum yang lebih serius kerana masing-masing mahu menegakkan hak kaum masing-masing.

Akibatnya negara menjadi kelam kabut dan bergolak. Seluruh aktiviti ekonomi, sosial dan urusan peribadi terbantut dan mengakibatkan negara semakin mundur dan hilang daya saing. Apakah ini yang kita inginkan?.

Kita seharusnya berbangga kerana ada negara maju pun sudah mula meminta "formula perpaduan" yang menjadi amalan kita selama ini. Jika orang luar nampak perpaduan kita bernilai tinggi, mengapa pula kita sendiri perlu menolaknya?

Mungkin ada beza dalam istilah dan tutur kata antara 'bangsa' dan 'warganegara'. Perkataan ini mungkin menimbulkan pertikaian jika kita mengintepritasikan ke arah soal kaum. Tetapi jika kita istilahkan perkataan itu dalam skop kenegaraan, 'bangsa dan warganegara' ada sama sebenarnya jika tidak dicampur adukkan dengan kaum.

Kesimpulannya, orang Melayu terutamanya UMNO tidak perlu gundah jika konsep Bangsa Melaysia diutamakan dalam sebutan seharian dan perlaksanaan agenda kerajaan. Melayu tidak akan terhakis jika konsep ini diperluaskan. Malah rasa hormat dan sanjungan tinggi dari kaum lain akan lebih terserlah sebenarnya.

Menolak konsep Bangsa Malaysia bermakna memberi kesan ke atas usaha-usaha untuk meningkatkan integrasi nasional dan pengkayaan hidup berbagai kaum di negara ini.