Tuesday, January 09, 2007

ERRA FAZIRA - TERKINI


Erra Fazira nafi akan kahwin dengan Datuk M
Oleh Khadijah Ibrahim (Utusan)

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Penyanyi
dan pelakon popular Erra Fazira menafikan beliau sedang hangat bercinta dengan seorang kenamaan (VIP) bergelar Datuk M dan akan berkahwin tidak lama lagi.
Erra yang sibuk menjalani penggambaran filem Anak arahan Barnie Lee di sekitar ibu negara berkata, gosip itu tersebar sejak beliau bercerai dengan Yusry Abdul Halim, 16 Jun tahun lalu.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, beliau cukup rimas dengan gosip yang tidak berasas itu kerana ia menjejaskan imej dan menyinggung perasaan keluarganya.
“Kenapa bila seorang artis itu bercerai dia mesti dikaitkan dengan VIP? Sebagai artis, saya rasa terkilan seolah-olah bila bercerai artis tidak mampu menyara hidup sendiri.
“Sebenarnya saya sudah muak dengan cerita yang tidak berfaedah. Cukup-cukuplah sebarkan fitnah, tak baik kerana sebelum ini saya juga dikatakan bercinta dengan Datuk Z, Tan Sri dan ramai lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kata Erra, beliau bukan sahaja dikaitkan dengan VIP malah pernah juga dikatakan menjalin hubungan dengan kerabat diraja.
Apa yang pasti, kata Erra dalam waktu terdekat ini beliau belum terfikir untuk mencari pengganti Yusry sebaliknya lebih senang menumpukan perhatian pada kerjaya.
Bagaimanapun jika ditakdirkan bertemu jodoh, Erra mengimpikan seorang lelaki yang memahami kerjayanya sebagai artis dan usahawan.
“Sebagai wanita yang pernah berkahwin, saya memang perlukan teman hidup tetapi biarlah lelaki itu seorang yang memahami kerjaya saya,’’ ujarnya.
Att. Khas Untuk TERAJU sahaja:
Datuk M ke Dr.M?..hehe...Kalau Dr.M kan bagus..bertambah meriahlah TERAJU.. Mr. Presiden pun apa kurangnya..boleh jugak.. Jangan marah..Asyik artikel serius sahaja..boring jugak...Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan...
Kepada Shafizah, selamat menjalani pembedahan lutut pada hari ini.. Semoga semuanya selamat dan cepat sembuh...

No comments: