Hayati aspirasi pengundi Melayu
SETELAH mengikuti dan mengamati perkembangan respons orang-orang Melayu terhadap parti yang akan mereka pilih dalam pilihan raya akan datang, saya fikir pengundi Melayu dapat dibahagikan kepada empat golongan.
Golongan pertama ialah mereka yang sudah memutuskan akan mengundi parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang telah berjaya menaikkan taraf kehidupan rakyat amnya dan orang Melayu khususnya. Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, PAP ada melakukan kesilapan, namun lebih banyak faedah yang diperolehi rakyat semasa di bawah pemerintahan parti itu.
Golongan kedua adalah mereka yang sudah membuat keputusan akan mengundi pembangkang kerana inginkan suara pembangkang di parlimen.
Golongan ketiga pula adalah mereka yang mengakui para Anggota Parlimen (AP) Melayu telah banyak menolong orang Melayu tetapi terkilan dengan teguran Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew berkaitan nilai-nilai agama Islam yang dipegang masyarakat Melayu.
Golongan keempat pula ialah mereka yang mengakui PAP telah memperbaiki taraf hidup rakyat. Walaupun orang Melayu menunjukkan kemajuan dalam bidang pelajaran dan pekerjaan, mereka menganggapnya sebagai tidak mencukupi. Bangsa lain di sini dilihat sebagai lebih berjaya jika dibandingkan dengan masyarakat Melayu.
Golongan ini berharap pemerintah dapat memberi lebih perhatian terhadap cabaran dan kemajuan orang Melayu dengan membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, termasuk dalam sektor perbankan dan kewangan, yang kini bilangan pekerja Melayu terlalu kecil.
Begitu juga dengan pekerjaan dalam syarikat berbilang negara (MNC) yang mengambil ramai penduduk tetap (PR) dan asing, sedangkan ada pekerja Melayu yang kelulusan mereka tidak berbeza daripada PR atau pekerja asing itu.
Bayangkan betapa rendahnya semangat orang Melayu sebagai anak jati Singapura yang terpaksa bekerja di bawah pekerja asing yang menjadi ketua mereka sedangkan kelayakan yang mereka miliki tidak banyak berbeza.
Warga setempat, termasuk orang Melayu, seharusnya diberi keutamaan. Jika mereka tidak mempunyai sijil pendidikan, mereka harus digalakkan agar belajar dan meraih ijazah atau kelayakan profesional yang diperlukan.
Dasar keutamaan ini akan mencerminkan tekad pemerintah mahu menaiktarafkan orang Melayu dan tidak akan membuat orang Melayu berasa terpinggir.
Apa yang kita harapkan PAP, terutamanya AP Melayu, ialah memahami aspirasi golongan keempat ini. Ada tanggapan bahawa masalah pekerjaan dan kerjaya mereka seolah-olah tidak diberi perhatian.
Seyogia, PR yang bekerja di Singapura akan pulang ke negara masing-masing setelah beberapa tahun di sini atau setelah meraih harta secukupnya.
Bagi golongan Melayu yang terkilan dengan kenyataan MM Lee, diharap AP Melayu dapat memujuk mereka agar melihat ke depan, dengan pemerintah kita telah mengambil pendirian berbeza daripada MM Lee.
Paling penting, jika undi golongan ketiga dan keempat jatuh kepada pembangkang, ramai menteri dan AP Melayu akan terkeluar daripada jawatan pemerintah.
Perjuangan orang Melayu untuk maju akan tergugat jika kita sendiri yang menjatuhkan ketua-ketua kita yang bersungguhsungguh mahu memperbaiki nasib masyarakat kita.
PM Lee telah secara terbuka memohon maaf atas beberapa kesilapan yang dilakukan pemerintahnya, dan saya berpendapat bahawa salah satu kesilapan itu ialah pemerintah kurang mendengar dan memahami perasaan dan aspirasi orang Melayu.
Juhari Sakom

NOTA:
MELAYU AKAN MERINTIH UNTUK MAJU KE HADAPAN JIKA DAP BERKUASA. PR JIKA BERKUASA, SEBENARNYA AKAN MEMIHAK KEPADA DAP UNTUK LEBIH BERKUASA. PKR DAN PAS HANYA JADI PAK SANGGUP DAN YES MEN SAHAJA. SUDAH BANYAK BUKTI. HANYA MELAYU BODOH DAN BANGANG SAHAJA YANG SANGGUP MENGUNDI DAP. JIKA HENDAK JUGA PR, MAKA SUDAH BERSEDIAKAH KITA ORANG MELAYU MALAYSIA UNTUK MENJADI SEPERTI MELAYU SINGAPURA?????????????
No comments:
Post a Comment