Friday, May 11, 2012

HARI UMNO KE-66

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

2. Membantah pertubuhan Malayan Union

3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.







SELAMAT HARI PERJUANGAN ORANG MELAYU

SELAMAT HARI PERJUANGAN ORANG MELAYU..



mohon maaf jika posting ini mengganggu ketenteraman awam.... saya terpanggil untuk menceritakan pengkisahan ceritera lama yang sudah pun menjadi sejarah. ada yang tahu, ada yang sudah terlupa dan ada yang tidak tahu. sekadar catatan untuk pedoman hari yang mendatang terutamanya cucu cicit Almarhum Haji Rajuddin.


Sempena hari penubuhan UMNO yg ke 66 (ini bukan cerita politik, tetapi mengkisahkan semula sejarah - kalau tak nak baca pun tidak mengapa) jangan lupa bahawa Ninda Rajuddin adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara yang bermula dari 1 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru. semasa kecil saya pernah melihat gambar-gambar Ninda bersama rakan-rakann seperjuangannya. hasil daripada Kongres Melayu itu maka lahirlah UMNO di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946. saya pernah diceritakan oleh Ninda dan Bonda Azizah bahawa Ninda Rajuddin adalah antara pejuang kemerdekaan yang hadir di kedua-dua hari keramat orang Melayu itu.

Mungkin ada yang menyimpan gambar-gambar lama semasa Ninda Rajuddin hadir ke majlis tersebut. saya juga pernah ditunjukkan kad keahlian UMNO bertarikh 1946 kepunyaan Ninda, lencana UMNO, cincin suasa UMNO. Jika ada warga TERAJU yang menyimpannya, barangan tersebut sebenarnya telah berusia 66 tahun.. sudah jadi barang antik. Kalau boleh kita bongkarkan kembali untuk tatapan cucu cicit.


Di dalam naskhah "Tribute to Haji Rajuddin" (ada yang sudah tiada lagi dalam simpanan mereka - jika boleh Tuan Presiden boleh buat salinan semula dan diedarkan semula - satu cadangan) dicatat petikan dari buku Jejak Perjuangan UMNO Selangor (buku ini milik Ayahanda Saidin) bahawa Ninda Rajuddin dicatatkan namanya sebagai antara pejuang kemerdekaan negara yang aktif di daerah Hulu Langat bersama-sama dengan Dato' Abu Bakar Baginda (Menteri Besar Selangor ke 7 - 1959 - 1964), Dato' Kampo Radjo dan Dato' Ujang Bagong. Ninda Rajuddin sebagai wakil kaum guru pada waktu itu.

Kita sepatutnya berbangga kerana Ninda Rajuddin adalah antara orang yang terlibat secara langsung di dalam penubuhan UMNO. Ini bukan persoalan politik semata-mata, ini soal perjuangan Melayu dalam menuntut kemerdekaan yang menghasilkan kesejahteraan dan kehidupan yang selesa kepada kita semua pada hari ini. Mungkin peranan Ninda Rajuddin tidaklah sebesar Dato' Onn Jaafar mahupun Tunku Abdul Rahman, tetapi kita seharusnya berbangga peranan yang dimainkan oleh Ninda Rajuddin kerana dialah peneraju warisan kita hari ini.

Warisan perjuangan Ninda Rajuddin telah disambung oleh anak dan menantu. Bonda Azizah, Ayahanda Saidin, Ayahanda Saad, Ayahanda Bostan, Ayahanda Abdul Rahman, pernah bergiat aktif dalam perjuangan orang Melayu menerusi UMNO. Penerus generasi masih tidak padam. masih ada warga Teraju yang meneruskan tradisi perjuangan seperti yang pernah dilakukan oleh Ninda Rajudddin di dalam pelbagai medium pengantara. Syabas.

Maaf sekali lagi jika posting saya ini mengganggu ketenteraman awam. Tiada niat lain di dalam posting ini melainkan harapan saya untuk kita merenung sejenak pejuang bangsa kita di tahun 1946 yang diantaranya telah terbukti di dalam lipatan sejarah, bahawa peneraju warisan kita - ALMARHUM HAJI RAJUDDIN HAJI ARSHAD adalah pejuang tulen orang MELAYU.

aku menulis kerana al-ilmu yuntafa'u bihi. wassalam.










SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU...


gambar ini adalah induk-induk TERAJU. Tanpa induk yang dikasihi, tiadalah kita di dunia ini. Tanpa induk ini, tiadalah kita bertemu pasangan hidup kita hari ini. Tanpa induk ini, tiadalah kita mengecapi nikmat hidup yang sangat bermakna. Inilah induk kita yang sebenarnya yang melahirkan satu keluarga besar bernama TERAJU..


Walaupun bonda telah tiada, tetapi saya masih ada empat lagi bonda sebagai tempat menumpang kasih sayang.... Sayangilah induk kita...

Ibu ibu


... Engkaulah ratu hatiku


Bila ku berduka


Engkau hiburkan selalu




Ibu ibu


Engkaulah ratu hatiku


Tempat menyatakan kasih


Wahai ibu




Betapa tidak hanya engkaulah


Yang menyinari hidupku


Sepanjang masa engkau berkorban


Tidak putusnya bagai air lalu




Ibu ibu


Engkaulah ratu hatiku


Tempatku menyerahkan kasih


Wahai ibu


Thursday, May 03, 2012

KENANG-KENANGAN HIDUP - HAMKA

KENANG-KENANGAN HIDUP karya agung Allahyarham Buya Prof. Dr. HAMKA (17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) terbitan tahun 1952. Buku ini pertama kali aku baca semasa zaman sekolah rendah lagi. Abah ada membeli buku ini, dan saya berkesempatan membacanya sekitar tahun 1974. Kini buku tersebut entah ke mana hilangnya. Kini buku tersebut saya dapatkan kembali di MPH @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Antara yang menarik di muka surat 187 hingga 194.
"cuma sekali, ketika mendatangi bekas kebesaran Melayu di Melaka di atas benteng St. Paul dia termenung melihat laut. Sekali itulah dia dapat menggubah sebuah syair, menurut susunan lama, tetapi berjiwa baru 'Di atas runtuhan Melaka Lama'. Ketika itu hanya corat-coret dengan tulisan Arab, itulah 'stenografie'nya.

DI ATAS RUNTUHAN MELAKA LAMA
Di atas runtuhan Melaka Lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari


Di atas munggu yang ketinggian
Penyair duduk termenung seorang
Jauh pandangku ke pantai sana
Ombak memecah di atas karang


Awan berarak mentilau bernyanyi
Murai berkicau bayu merayu
Kenang melayang ke alam sunyi
Teringat zaman yang lama lalu


Sunyi dan sepi, hening dan lingau
Melambai sukma melenyai tulang
Arwah Hang Tuah rasa menghimbau
Menyeru umat tunduk ke Tuhan


Di sini dahulu alat kebesaran
Adab resam teguh berdiri
Duduk semayam Yang Dipertuan
Melimpahkan hukum segenap negeri


Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah
Satria moyang Melayu jati
Jaya perkasa, gagah dan mewah
‘Tidak Melayu hilang di bumi’


Di sini dahulu payung terkembang
Megah Bendahara Seri Maharaja
Bendahara yang cerdik tumpuan dagang
Lubuk budi laut bicara


Penyair menghadap ke laut lepas
Selat Melaka tenang terbentang
Awan berarak riak menghempas
Mentari turun rembanglah petang


Wahai tuan Selat Melaka
Mengapa tuan berdiam diri?
Tidakkah tahu untung hamba
Hamba musafir datang ke mari


Di mana Daulat Yang Dipertuan
Mana Hang Tuah, mana Hang Jebat
Mana Bendahara johan pahlawan
Bukankah jelas di dalam babad


Namanya tetap jadi sebutan
Bekasnya hilang payah mencari
Sedikit penyair bertemu kesan
Musnah dalam gulungan hari


Mengapa ini bekas yang tinggal
Umat yang lemah terkatung-katung
Hidup menumpang tanah terjual
Larat wahai larat dipukul untung


Adakah ini bekas peninggalan
Belahan diriku umat Melayu
Lemah dan lungai tiada karuan
Laksana bunga terkulai layu


Jauh di darat penyair melihat
Gunung Ledang duduk termangu
Tinggi menjulang hijau dan dahsyat
Hiasan hikayat nenekku dahulu


Di dalam kuasyik merenung gunung
Di dalam kemilau panas kan petang
Tengah khayal dirundung menung
Rasanya ada orang yang datang


Penyair hanya duduk sendiri
Tapi keliling rasanya ramai
Bulu romaku rasa berdiri
Berubah warna alam yang permai


Ada rasanya bisikan sayu
Hembusan angina di Gunung Ledang
Entah puteri datang merayu
Padahal beta bukan meminang


Bukanlah hamba Sultan Melaka
Jambatan emas tak ada padaku
Kekayaanku hanya syair seloka
Hanya nyanyian untuk bangsaku


Justeru terdengar puteri berkata
Suaranya halus masuk ke sukma
Maksudmu tuan sudahlah nyata
Hendak mengenang riwayat yang lama


Bukan kuminta jambatan emas
Tapi nasihat hendak kuberi
Kenang-kenangan zaman yang lepas
Iktibar cucu kemudian hari


Sebelum engkau mengambil simpulan
Sebelum Portugis engkau kutuki
Inggeris Belanda engkau cemarkan
Ketahui dahulu salah sendiri


Sultan Mahmud Shah mula pertama
Meminang diriku ke Gunung Ledang
Segala pintaku baginda terima
Darah semangkuk takut menuang


Adakan cita akan tercapai
Adakan hasil yang diingini
Jika berbalik sebelum sampai
Mengorbankan darah tiada berani


Apalah daya Datuk Bendahara
Jikalau Sultan hanya tualang
Memikir diri seorang sahaja
Tidak mengingat rakyat yang malang


Sultan Ahmad Shah apalah akalnya
Walaupun baginda inginkan syahid
Mualim Makhdum lemah imannya
‘Di sini bukan tempat Tauhid’


Bendahara Tua Paduka Raja
Walaupun ingin mati berjuang
Bersama hilang dengan Melaka
Anak cucunya hendak lari pulang


Berapa pula penjual negeri
Mengharap emas perak bertimba
Untuk keuntungan diri sendiri
Biarlah bangsa menjadi hamba


Ini sebabnya umat akan jatuh
Baik dahulu atau sekarang
Inilah sebab kakinya lumpuh
Menjadi budak belian orang


Sakitnya bangsa bukan di luar
Tetapi terhunjam di dalam nyawa
Walau diubat walau ditawar
Semangat hancur apalah daya


Janjian Tuhan sudah tajalli
Mulialah umat yang teguh iman
Allah tak pernah mungkirkan janji
Tarikh riwayat jadi pedoman


Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkatung
Berpeluk lutut berputus asa


Malang dan mujur nasibnya bangsa
Turun dan naik silih berganti
Terhenyak lemah naik perkasa
Bergantung atas usaha sendiri


Riwayat yang lama tutuplah sudah
Apalah guna lama terharu
Baik berhenti bermenung gundah
Sekarang dibuka lembaran baru


Habis sudah madahnya puteri
Ia pun ghaib capal pun hilang
Tinggal penyair seorang diri
Di hadapan cahaya jelas membentang


Pantai Melaka kulihat riang
Nampaklah ombak kejar-mengejar
Bangunlah Tuan belahanku sayang
Seluruh Timur sudahlah besar


Bercermin pada sejarah moyang
Kita sekarang mengubah nasib
Di zaman susah atau pun riang
Tolong tetap dari Yang Ghaib


Bangunlah kasih, umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan nasib jadi kenangan


Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, iman pun teguh
Zaman hadapan, penuh harapan


Bukanlah kecil golongan tuan
Tujuh puluh juta Indonesia
Bukan sedikit kita berteman
Sudahlah bangun bumi Asia


Kutarik nafas, kukumpul ingatan
Aku pun tegak dari renungku
Jalan yang jauh aku teruskan
Melukis riwayat safhat hidupku


Kota Melaka tinggallah sayang
Beta nak balik ke Pulau Percha
Walau terpisah engkau sekarang
Lambat launnya kembali pula
Walaupun luas watan terbentang
Danau Maninjau terkenang jua

~ Hamka