Di dalam arus kemodenan dan suasana komunikasi yang pelbagai cara, orang ramai kini lebih cerdik dan tajam daya pemikirannya. Tanpa mengira peringkat umur dan lapisan masyarakat, mereka kini lebih terbuka di dalam meluahkan pendapat dan cadangan untuk turut sama berkongsi idea terhadap sesuatu perkara.
Fenomena seperti ini sebenarnya bagus jika ianya menjurus kepada percambahan ilmu dan maklumat. Pembangunan minda juga dapat dijanakan agar otak dan akal fikiran lebih bersikap terbuka dan progresif.
Namun mengkritik atau memberi kritikan seolah-olah sudah menjadi arus perubahan yang terkini kepada orang ramai. Ia juga sejajar dengan perkembangan terkini teknologi komunikasi dan maklumat di abad ke 21. Kita turut sama menggunakan dan manfaatkan arus kemodenan ini.
Jika 10 tahun yang lalu, pengkritik lebih terarah kepada orang politik dan media hiburan, kini sesiapa pun boleh menjadi pengkritik. Pelbagai saluran dan medium yang terhidang di depan kita telah menggalakkan orang ramai turut sama berkongsi sesuatu isu. Medium komunikasi seperti internet, e mail, SMS, saluran tv interaktif, media cetak dan blog telah menggalakkan kita menyampaikan analisis dan pandangan sama ada positif atau negatif terhadap sesuatu isu dengan lebih hebat tanpa batasan.
Menurut Kamus Dewan "mengkritik" yang berasal dari perkataan "kritik" membawa dua maksud. Pertama ia bermaksud, "membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera dan sebagainya". Kedua ia bermaksud "memperkatakan (mengulas dan sebagainya) keburukan dan kelemahan sesuatu atau seseorang; mengecam, membidas dan mencela".
Jika dahulu, perkataan "kritik" ini jarang sangat didengar dan juga jarang dinamakan seseorang itu sebagai pengkritik. Kini kritik, pengkritik dan mengkritik sudah menjadi suatu amalan baru di dalam masyarakat kita. Kita kini bebas meluahkan pendapat melalui kritikan dengan berbagai saluran dan cara. Masyarakat kini boleh mengkritik sesiapa sahaja, dari menteri sehinggalah ke artis pujaan mereka. Dari pelajar belasan tahun sehinggalah golongan usia emas bebas mengkritik apa sahaja yang mereka fikirkan.
Apakah kita sudah bersedia apabila orang lain mengkritik kita sehingga kepada hal peribadi?. Apakah tidak merah telinga kita mendengar kritikan pedas terhadap diri kita?. Apakah kita tidak tersinggung jika organisasi yang kita anggotai dikritik hebat sehingga seperti boleh mencetuskan pergaduhan jika tahap kesabaran kita dicabar?.
Apa yang dapat dilihat, akhbar lebih berdisiplin dan bertanggung jawab untuk menyekat kritikan yang boleh mengeruhkan keadaan dan menjatuhkan maruah seseorang dengan menapis artikel-artikel sebelum dicetak dan diedarkan kepada orang ramai.
Bagaimana pula dengan e mail, internet, saluran interaktif tv, SMS dan blog yang berkonsepkan "real time"?. Apakah boleh kita sekat kritikan yang bersifat mengumpat, mencaci dan menghina seseorang?. Apakah boleh ditapis kritikan yang menjurus kepada pergolakan kaum dan penghinaan pegangan agama?.
Budaya mengkritik kini adalah lebih bersifat menghentam, menjatuhkan maruah, pencetus emosi, provokasi dan pencetus kemarahan yang jika tidak di kawal akan mencetuskan keburukan dan huru hara.
Jarang sekali terdapat kritikan yang membina dan mempebaiki kelemahan sesuatu atau seseorang. Kritikan yang baik sebenarnya boleh mewujudkan suatu sistem "check and balance" dalam sesuatu organisasi. Tanpa kritikan kita mungkin tidak tahu kelemahan kita. Kritikan yang produktif amat dialu-alukan kerana kita mungkin tidak dapat mengukur apa yang kita lakukan itu baik atau tidak. Hanya pemerhati sahaja yang boleh mengetahui apa yang kita lakukan dan rancangkan itu berkesan atau tidak.
Yang lebih menonjol masa kini ialah kritikan yang berunsur fitnah, provokasi, mengumpat dan menghina. Lebih malang lagi anak muda belasan tahun telah didedahkan dengan fenomena mengkritik tanpa batasan dan alasan.
Sebagai contoh stesen tv berbayar mengadakan saluran khusus untuk pelanggannya berinteraktif melalui SMS dan masej akan disiarkan di kaca tv. Saluran @ 15 Astro telah menjadi medan kutukan dan umpatan terhadap individu yang mereka tidak sukai.
Walaupun pengendali saluran tersebut masih dapat mengawal perkataan lucah dan sensitif, namun gaya penulisan yang lebih bercorak mengutuk dan menghina, sebenarnya telah menggalakkan remaja lebih terarah kepada budaya kurang ajar dan tidak bersopan. Apakah remaja tersebut bangga dengan hantaran SMSnya yang bersifat kutukan dan kejian itu ditonton oleh berjuta penonton?.
Terdapat juga kritikan politik dan sosial di laman web. Kritikan yang lebih kearah serangan peribadi dengan kata-kata lucah dan mencarut sudah lama berlaku. Namun ianya tidak menjadi tontonan berjuta orang secara serentak atau "real time" kerana hanya seseorang yang akses ke laman web tersebut sahaja yang dapat membacanya.
Hakikatnya saluran dan medium apa pun, mengkritik sudah menjadi budaya terkini masyarakat Malaysia. Percambahan minda dan berkongsi idea sememangnya digalakkan. Akan tetapi jika ianya lebih menjurus kepada menghancurkan dan menjatuhkan air muka sesuatu atau seseorang, ia sebenarnya tidak membina minda.
Mengkritik yang berunsur dan berniat buruk dan negatif semakin ketara. Apakah tiada usaha untuk membenteras sikap sebegini?. Kita akan kecewa dikemudian hati apabila masyarakat sudah tidak dapat membezakan antara kritikan, nasihat, saranan, teguran ataupun pendapat.
Jika budaya mengkritik keterlaluan ini tidak dibendung, tidak mustahil anak kita sendiri mengritik ibu bapanya dengan perkataan mengecam, menghina dan membidas kita sendiri apabila mereka tidak berpuas hati dengan ibu bapanya.
Tidak mustahil juga anak kita sendiri mengkritik kita melalui saluran komunikasi yang terhidang luas di depan mereka sebagai tanda protes dan meluahkan kemarahannya.
Mengkritik biarlah berpada-pada dan jangan sampai melukai perasaan seseorang. Kritikan membina dihargai, kritikan menghina dijauhi.
5 comments:
kerana mengkritik lebih mudah dari menghasilkan sesuatu :-)
http://paksuu.com
Salam Perjuangan,
Kami dari UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN amat terpegun dan meminati penghasilan blog anda yang amat berani mengutarakan isu2 berkaitan politik tanah air..
Semoga kita dapat bekerjasama dalam menjawab segala dakyah dan fitnah pembangkang.
Kami telah link blog anda di blog kami.
SEKIAN,
CREW EDITOR BLOG,
UMNO CWGN. GOMBAK SELATAN,
BAHAGIAN WANGSA MAJU.
adakah umno boleh di kritik oleh ahli2 nya?jawabnya mampuih lah hang.kena tendang ...ingat zaman madey?
KEPADA KETUA POLIS,
UTK MAKLUMAN, DALAM BLOG INI SAYA BANYAK MENGKRITIK UMNO, TAPI TAK KENA TENDANG PUN. KETUA POLIS KENA RASIONAL LAH. KALAU PKR SAYA RASA BUKAN SAHAJA KENA TENDANG TAPI 'MAMPUIH'(mengambil kata-kata KETUA POLIS SENDIRI). NAK TANYA SIKIT, U NI KETUA POLIS MANA??.
shaifulbahri.blogspot.com.com
.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
[1] http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
[2] http://sites.google.com/site/n25kajang/1
.
Post a Comment