Sunday, November 30, 2008

PPP : NAK KELUAR BN KELUAR AJE LAH!!!

Hari ini (30 Nov) - Presiden PPP buat kenyataan ancaman dan provokasi untuk keluar BN jika kerajaan tidak membuat pindaan ke atas ISA sebelum PRU 13.
Hello Mr Kayveas,
You ingat parti you tu kuat sangat ke dengan ZERO kerusi di parlimen?. Ahli you tu pun harapkan ahli yang dah tak diterima lagi oleh MIC.
Untuk makluman, PPP ni sepatutnya dah lama kena tendang dari BN. Buat semak dan sampah sahaja. So, dari pada kena tendang, lebih bermaruah jika di pexat dari BN. Bila itu yang terjadi, ceritanya akan jadi terbalik, Kayveas akan dianggap hero oleh komunitinya.
Biasalah orang India, jadi hero sesuatu komuniti tu dah jadi macam tuhan.
To Kayveas, eloklah you jaga parti you. kuatkan sokongan orang India. Tangani masalah orang India yang ramai jadi perompak, pencuri, perogol, kaki pukul dan penculik.

Wednesday, November 26, 2008

BETUL KE NI?

Diana bersama kek coklat dari Hotel Berjaya Times Square sempena jualan amal baru-baru ini. Kek tersebut turut dihadiahkan sebagai kek hari lahir untuknya


(BETUL KE NI?. BUDAK MENTAH BARU SETAHUN JAGUNG DAH BOLEH BELI KERETA BMW X5. KATANYA BELI KERETATU ATAS TITIK PELUH DIA SENDIRI BERLAKON. BOLEH PERCAYA KE?. MUNGKIN DIA INGAT KERETA TU HARGANYA RM5000 KOT. KALAU MAK BAPAK DIA KAYA DAN BELI KERETA TU CAKAP AJE LAH. BUKAN JEALOUS, TAPI JANGAN BODOHKAN ORANG LAIN LAH!!!)

Cerita dari mstar.com.my
Walaupun 'dihujani' pelbagai hadiah, kata Diana, hari lahirnya tahun ini juga amat bermakna kerana dengan hasil titik peluhnya sebagai pelakon dan model selama ini, dia akhirnya mampu membeli sebuah kereta mewah BMW X5 tanpa bantuan kewangan dari sesiapa pun.

"Saya sudah lama impikan untuk mempunyai kereta sendiri. Tak sangka tahun ini impian saya terlaksana juga. Lebih membanggakan saya, ia adalah hasil dari usaha saya sendiri, bukannya pemberian daripada mana-mana Datuk, ibu mahupun Shamsul.


Sunday, November 23, 2008

POLITIK WANG : MARUAH AGAMA & BANGSA TERGADAI


BERAPA JUTA AHLI UMNO TABUR DUIT?



Kepada broker-broker politik UMNO, tarikh 9 Oktober 2008 adalah tarikh keramat untuk mereka meraih seberapa banyak duit yang mereka mampu. Pada broker politik, ‘penjual’ adalah perwakilan yang mempunyai hak mengundi, ‘pembeli’ adalah calon yang bertanding, dan ‘harta’ yang ingin diurusniagakan ialah UMNO-parti keramat orang Melayu.

Broker politik ini mempunyai kumpulannya yang tersendiri. Mereka cukup berpengalaman dalam urusan politik wang. Pada mereka kerja yang bakal mereka lakukan amat profesional dan upahnya cukup lumayan. Mereka sendiri yang menetapkan upahnya. Sasaran mereka adalah ahli UMNO yang ingin bertanding dalam pemilihan peringkat bahagian dan di Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.

Sebenarnya kerja broker politik sudah bermula sekian lama lagi, iaitu sejak bermulanya persidangan cawangan-cawangan. Broker ‘kampung’ yang masih amatur telah memulakan tugasan upah lumayan ini dengan begitu halus dan licik. Pada mereka inilah masanya menuai hasil yang cuma bermodalkan air liur, petah bermadah dan tutur kata yang manis yang penuh dengan pelbagai janji.

Mereka sedar ahli yang berminat untuk bertanding di bahagian perlu mendapat pencalonan di peringkat cawangan. Calon tidak berupaya untuk menjelajah ke semua cawangan. Di sinilah peranan broker diperlukan. Mereka tidak segan silu menawarkan diri untuk menjadi kempen ‘manager’ kepada bakal calon supaya beliau cukup kuota untuk bertanding.

Apabila kuota sudah cukup untuk bertanding, tugas broker pula ialah untuk memastikan perwakilan daripada cawangan yang biasanya tidak lebih 5 orang dari satu cawangan mengundi calon berkenaan. Bagi calon yang sudah tahu tiada kekuatan dari segi sokongan dan populariti di peringkat bahagian, kekalahan pastinya terjamin.

Oleh kerana ingin mengejar hajat peribadi terutamanya dari segi imbuhan perniagaan apabila berjawatan dalam politik, taburan wang dan barangan pun bermaharaja lela tanpa sekatan. Lihatlah nanti semasa Persidangan Bahagian. Sudah pasti ada perwakilan cawangan yang berbaju Melayu baru dan sedondon warnanya beserta dengan kain songket berbunga penuh. Malah mereka juga ‘ditaja’ songkok baldu bermutu tinggi dan ‘baucher’ petrol untuk sampai ke tempat persidangan. Bayangkan berapa banyak wang yang dilaburkan oleh seseorang calon yang baru bertanding di peringkat bahagian?.

Perkataan seperti ‘kau bawak siapa’, ‘kau grup mana’, ‘kau cai siapa’ akan berlegar semasa persidangan bahagian berlangsung. Itu baru cerita calon yang ingin bertanding jawatan sama ada ketua, timbalan, naib mahupun ahli jawatankuasa bahagian.

Tidak habis di situ sahaja peranan broker politik. Mereka juga akan menjalankan percaturan dengan ‘restu’ pemimpin tertentu untuk mengedarkan senarai nama tujuh calon wakil bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia. Sudahlah persaingan sengit untuk bertanding jawatan ketua, timbalan, naib dan jawatan kuasa bahagian, pemilihan tujuh orang wakil bahagian atau selalu disebut oleh broker politik sebagai “Kumpulan G 7” pun berebut-rebut untuk mendapatkan tempat ke PWTC.

Kerana apa?. Seperti kata ahli UMNO bahagian yang saban tahun terpilih ke PWTC, jawapan sinisnya “BANYAK kelebihannya”. Banyak juga persoalan yang timbul dari perkataan BANYAK itu. Pernah seorang broker politik berkata kepada saya bahawa beliau berharap sangat Perlembagaan UMNO dipinda supaya kalau boleh pemilihan atau pertandingan dalam UMNO diadakan ‘setiap tahun’. Kajilah apa makna tersirat broker tersebut.

Pada saya tidak lain dan tidak bukan ialah broker politik telah menjadikan upah setiap kali pemilihan sebagai punca pendapatan tetap mereka. Mereka sudah ‘syok’ dengan imbuhan yang agak besar jumlahnya. Dengan itu ‘kemaruk duit’ telah melanda golongan broker politik ini. Pada mereka janji duit ‘masyuk’. Calon yang mereka bawa itu menang atau kalah tidak penting bagi mereka.

Jika calon yang mereka bawa menang, tuntutan bayaran bonus (istilah broker politik – VO) pasti akan dituntut. Pernah terjadi semasa pemilihan UMNO 2004, hampir semua kempen ‘manager’ negeri mendapat ‘habuan’ anugerah Datuk dari sebuah negeri di mana pemimpinnya menang besar dalam pemilihan jawatan Naib Presiden. Hebatkan menjadi broker politik.

Broker politik juga mempengaruhi pencalonan dan undian di peringkat bahagian bagi menentukan senarai calon daripada bahagian untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, 3 orang Naib Presiden dan 25 orang ahli Majlis Tertinggi (MT). Mereka akan menggerakkan ajen-ajen mereka untuk berjumpa dengan ketua-ketua bahagian untuk menyampaikan hasrat pemimpin tertentu agar nama pemimpin tersebut tersenarai di dalam calon bahagian berkenaan.

Broker politik begitu teratur pengurusannya dan memaksimakan segala kemudahan teknologi yang sedia ada. Jangan terkejut beberapa pemimpin UMNO yang berhasrat untuk bertanding telah membuka bilik gerakan masing-masing di sekitar PWTC sebagai markas utama broker politik. Kebanyakannya menyewa condominium mewah di sekitar PWTC untuk memudahkan pergerakan dan logistik menjelang pemilihan parti. Bilik gerakan tersebut umpama sebuah pejabat urusan syarikat korporat yang lengkap dengan kakitangan, perhubungan komunikasi, akses internet, carta dan data maklumat setiap bahagian.

Mereka mempunyai ajen di setiap bahagian UMNO di seluruh negara. Setiap ajen dibekalkan dengan telefon yang canggih dan tidak perlu risau tentang bil telefon ataupun baki kredit kerana semuanya sudah ‘ditanggung beres’ oleh broker dan bakal calon.

Mereka juga mempunyai ‘networking’ yang mantap hasil pengalaman berpuluh tahun bergelumang dengan politik wang. Jika anda menjadi salah seorang perwakilan bahagian ke PWTC, jangan terkejut anda menerima pesanan ringkas (SMS) dan surat ucapan tahniah yang diposkan ke alamat rumah anda daripada bakal calon yang mengucapkan tahniah dan merayu untuk mengundi beliau di Perhimpunan Agung UMNO. Begitu canggih ‘networking’ yang mereka ada.

Malah kumpulan broker politik ini juga mengetahui dan mempunyai data yang lengkap setiap perwakilan bahagian yang akan ke PWTC. Hasil kerja profesional, mereka juga mempunyai maklumat lengkap di hotel mana perwakilan menginap. Malahan nombor bilik perwakilan bahagian pun mereka ketahui. Sungguh hebat mereka bekerja untuk menjahanamkan bangsa mereka sendiri agar sentiasa diulit politik wang.

Jangan terkejut jika anda menjadi perwakilan bahagian, apabila anda bangun pagi di hotel penginapan anda, ada sampul di lantai bilik yang dimasukkan menerusi bawah pintu bilik hotel. Tiada surat di dalam sampul surat. Yang ada cuma wang. Di hadapan sampul surat hanya tertera nombor calon berkenaan dan jawatan yang ditandingi.

Maka itulah ungkapan “BANYAK kelebihannya” menjadi perwakilan bahagian ke perhimpunan agung, menjadi rebutan di kalangan pemimpin bahagian kerana mereka tahu ‘limpahan wang’ bakal mereka perolehi apabila berada di Kuala Lumpur.

Malah pernah penulis berbual dengan seorang perwakilan dari sebuah negeri di pantai timur pada tahun 2004 yang mengibaratkan mereka (perwakilan bahagian) yang datang ke perhimpunan agung UMNO bagai ‘gula yang dikerumuni oleh semut’.

Manakan tidak, perwakilan tersebut boleh membawa pulang ribuan ringgit ‘hasil’ politik wang yang diperolehinya dari calon-calon yang bertanding. Beliau juga mendakwa tidak mengeluarkan sesen pun semasa berada di Kuala Lumpur kerana semuanya ditanggung beres oleh golongan tertentu. Bukan sahaja makan dan minum, malah hiburan di pusat karaoke dan dangdut turut ‘disajikan’ kepada mereka.

Tidak hairanlah pemilik pusat hiburan karaoke dan dangdut di ibukota juga turut ‘berdoa’ agar UMNO, jika boleh mengadakan pemilihan setiap tahun. Sebagai peniaga mereka mahukan keuntungan berlipat kali ganda. Pada mereka hasil ‘haram’ pun melalui punca ‘haram’ politik wang UMNO sendiri.

Bolehkah dihapuskan politik wang di dalam UMNO?. Kenalan penulis dari parti PAS dan MCA pun mengakui di dalam parti mereka juga wujud politik wang. Bezanya dengan UMNO ialah ianya tidak mendapat liputan dari media dan nilai habuan politik tidak se ‘mewah’ UMNO.

Selagi ada penawaran dan permintaan, selagi itulah politik wang UMNO mustahil dihapuskan. Calon yang bertanding mengharapkan undi. Bagaimana hendak melawan calon-calon yang hebat dan ada ‘track record’ yang baik di dalam parti mahupun kerajaan?. Calon berkenaan tahu jika mengharapkan populariti dan ‘track record’, memang tidak boleh menang. Ditambah lagi tiada ‘access’ dengan media untuk dibuat ‘cover’ yang kalau boleh hari-hari keluar berita di akhbar dan televisyen.

Jawabnya, perwakilan perlu disogok dengan wang ataupun kebendaan. Walaupun mereka tahu ini suatu jenayah rasuah, tetapi kerana ingin mencapai hajat dan mencari kedudukan dalam politik, mereka sanggup melakukan rasuah demi mencapai cita-cita peribadi.

Siapa pula yang hendak menjadi perantara antara calon dan perwakilan yang layak mengundi?. Jawabnya broker politik. Calon tahu broker politik mampu merealisasikan hajat yang tidak berkat. Broker politik pun ada ‘track record’ nya sendiri. Mereka boleh mendakwa si polan yang menang dalam pemilihan dahulu adalah di bawah ‘pengurusan’ mereka. Rundingan pun dijalankan dengan broker di mana agenda utamanya ialah berapa banyak peruntukan yang diperlukan untuk kerja-kerja haram sehingga cita-cita ‘penipu’ ahli politik itu berjaya.

Ada juga perwakilan yang ‘jahat’ dan tidak segan silu berjumpa dengan calon untuk meminta wang. Ungkapan “no money no undi” telah membuatkan calon tidak boleh tidur lena. Kempen ‘manager’, broker dan ajen dikerahkan untuk menukar ungkapan tersebut menjadi “ you have money, I want undi”.

Jangan terkejut perbelanjaannya mencecah jutaan ringgit yang bermula dari melobi diperingkat bahagian sehinggalah di hari pengundian. Bayangkan jika seorang calon MT berbelanja wang haram RM 1 juta, dan ada 40 orang bertanding?. Begitu banyak wang ahli UMNO untuk disogokkan kepada ahli UMNO sendiri.

Persoalan yang timbul, dari mana pula datangnya sebegitu banyak wang yang diperolehi oleh calon?. Sedangkan umum mengetahui beliau tidak sampai sepenggal menjadi timbalan menteri dan baru dua penggal menjadi ahli parlimen.

Benarlah kata seorang veteran UMNO yang mencadangkan agar jawatan di dalam UMNO eloklah ditender. Siapa membida paling tinggi akan menang. Wang bidaan dan ‘deposit’ ataupun ‘bayaran dokumen tender’ bolehlah dimasukkan ke dalam punca pendapatan kewangan UMNO seperti termaktub di Fasal 24 Perlembagaan UMNO. Selepas itu wang tersebut diagih-agihkan kepada bahagian UMNO yang bermasalah hutang bangunan UMNO dengan bank.

Sejauhmanakah berkesannya untuk membenteras gejala politik wang selaras dengan Fasal 20.12 Perlembagaan UMNO?. Hanya orang yang gila kuasa dan pangkat sahaja yang sanggup melakukan rasuah politik. Tidak hairanlah keputusan pemilihan tahun 2004 telah menonjolkan calon-calon yang tidak terkenal boleh memenangi jawatan yang dipertandingkan. Malah ada yang hanya ahli UMNO biasa di peringkat cawangan boleh menang dalam pertandingan EXCO Pemuda UMNO.

Diharapkan janganlah UMNO dilimpahi wang ringgit dalam segala aspek organisasi sebuah pertubuhan politik. Konsep sukarela dan berkhidmat dengan ikhlas untuk parti kini sudah terhakis gara-gara amalan politik wang yang sudah menjadi seperti barah dalam semua peringkat organisasi UMNO. Tiada keikhlasan ahli sendiri dalam menjalankan kerja-kerja parti. Semuanya menantikan imbuhan dan upah, barulah kerja-kerja parti berjalan.

Jika tidak dilakukan sesuatu untuk membenteras politik wang dalam UMNO, saya percaya pemilihan kali ini adalah penglibatan politik wang yang terbesar dalam sejarah UMNO yang dijangka boleh mencecah ratusan juta ringgit jika dijumlahkan penglibatan politik wang dari cawangan, bahagian dan sehingga ke pemilihan MT.

Jika dibiarkan juga, nescaya UMNO akan berkubur dengan kadar segera dan Melayu akan menjadi suara minoriti dalam politik negara.

Jangan nanti generasi Melayu yang akan datang melebelkan UMNO sebagai pemusnah politik, hak dan keistimewaan orang Melayu di buminya sendiri akibat gejala politik wang yang gagal dibenteras.

Ketika itu lipatan sejarah berkata,”UMNO musnah kerana ahlinya suka mengamalkan rasuah politik. UMNO pupus kerana parti Melayu itu boleh dijual beli”.

Friday, November 21, 2008

BOLEH MENANG KE SHAHRIZAT?

Tabik spring kepada Shahrizat Jalil kerana memenuhi kehendak akar umbi Wanita Umno untuk tetap lawan Rafidah Aziz. Banyak persoalan timbul.
  • Boleh menang ke Shahrizat?
  • Apa pula dolak dalik Rafidah?
  • Apa pula perasaan dan perasan Exco Wanita semasa membuat keputusan minggu lepas?
  • Ramai ke serikandi Rafidah sudah berpaling tadah?

Pun begitu, diharap bertandinglah dengan sihat. Jangan baling kerusi macam mesyuarat MIC pulak jadinya nanti. Dan jangan pula bertumbuk macam Mesyuarat Perwakilan Bahagian Seremban.

Yang pasti kehendak akar umbi mahukan Rafidah bersara dengan cara terhormat. Apa ada dalam tempoh tiga bulan tu? Ke Rafidah dah pasang angan-angan nak bodek bakal PM untuk jadi menteri lagi. Mungkin itulah alasannya. Rafidah boleh demand bahawa Ketua Wanita nak jawatan menteri.

Sudah-sudah lah tu. Awak tu dah tua. Bagi peluanglah kepada orang lain pula.

Monday, November 17, 2008

HANDAL SANGAT KE NAK LAWAN ALLAH - Nik Aziz


Jangan lawan tuhan dalam fatwa haram pengkid - Nik Aziz
17/11/2008 2:40pm
KOTA BHARU 17 Nov. — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan peringatan keras kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau “pengkid”.
Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan pihak terbabit cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.
“Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.
“Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.
Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau
“pengkid”.
- Bernama

RAIS YATIM - PEMIMPIN NO. 1 ORANG MELAYU

Kukuhkan politik Melayu
utusan malaysia

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Politik Melayu perlu diperkukuh dan diperkasakan melalui penyatuan kaumnya yang ramai bagi mengelak daripada terus dicemuh dan dipersenda oleh pihak lain yang hendak mengambil kesempatan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kebelakangan ini, terlalu banyak penghinaan yang dilemparkan terhadap orang Melayu seolah-olah mereka telah hilang punca dan maruah.

“Fakta dan sejarah seolah-olah menjadi alat mainan politik lalu Melayu dan pribumi ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina.

“Ramai orang Melayu terasa tersinggung dengan luahan-luahan yang mempersenda bangsa mereka. Tetapi ramai pula yang terus dalam keadaan tidak kisah lantas membiarkan sahaja polemik pribumi ini dipermainkan di arena politik kelompok masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Program Wacana Isu Perundangan dan Hak-hak Pribumi Dalam Perlembagaan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Memorial Tun Hussein Onn, di sini hari ini.

Dalam hal ini, Rais yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Katanya, laungan ketuanan Melayu seharusnya dilihat daripada sudut kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas serta tanggungjawab mahupun disiplin politik.

‘‘Setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti terkandung dalam peruntukan 153 Perlembagaan atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi – ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan kekuatan Melayu itu sendiri,’’ tegasnya.

Justeru Rais berkata, orang Melayu perlu menghindari imej yang melemahkan perjuangan dan pada masa yang sama, bertindak apabila Melayu dan UMNO dicerca oleh politik luaran.

Rais berkata, fakta sejarah boleh dianggap sebagai faktor utama yang meneguhkan hujah bahawa orang Melayu adalah yang mula-mula mendiami Semenanjung Tanah Melayu.

Katanya, ia sama seperti India adalah negeri orang berketurunan India, Arab di Timur Tengah dan seperti negeri China dinamakan sedemikian lantaran bangsa Cina yang mendiami negara itu.

“Struktur dan susunan seperti ini terpakai dan diiktiraf di kebanyakan negara dan bangsa di dunia ini,” katanya.

Daripada aspek ekonomi, menurut beliau, keistimewaan orang Melayu dan bumiputera harus dilengkapi dengan perolehan dan kepakaran ilmu secara berterusan.

“Ekonomi bumiputera kini melebihi paras 30 peratus daripada segi perolehan aset. Malangnya, bumiputera masih dikatakan berada di tahap kurang 20 peratus. Mungkinkah kaedah atau cara kita membuat perkiraan silap?

“Mungkin juga kaedah pengumpulan data tidak memasukkan fakta-fakta wajib lain. Sebagai warga Malaysia, tidak salah jika cita-cita politik UMNO misalnya ingin mencapai 50 atau 60 peratus sejajar dengan populasi Malaysia diwakili Melayu dan pribumi,” katanya.

Beliau berkata, dari sudut berkenaan, jelas bahawa penggunaan kuasa politik selama ini kurang berjaya memperjuangkan kaedah dan mekanisme penyampaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun daripada segi pembangunan, banyak kemajuan telah tercapai.

Justeru katanya, orang Melayu perlu menolak nisbah “sekurang-kurangnya 30 peratus” dan menggantikannya dengan setinggi-tinggi mungkin nisbah kekayaan negara untuk dimiliki oleh bumiputera.

Mengenai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, Rais berkata, ia harus dijadikan bahasa ilmu, bukan setakat bahasa komunikasi dalam konteks kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara.

Katanya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh menjalankan usaha pemantauan dengan menguatkuasakan undang-undang berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan dengan segera.

Sementara itu, hadir sama pada program wacana tersebut ialah Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Pembentang kertas kerja dan pembahas ialah Penasihat Perundingan Kebangsaan Melayu, Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman; Pensyarah Undang-undang Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Shaik Mohamad Nor Alam; peguam Zainur Zakaria dan Abdul Halim Abdullah.




RAIS TIDAK TUNDUK MAINAN POLITIK WANG

Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali tunduk kepada permainan politik wang bagi memenangi jawatan pada pemilihan parti Mac 2009.

Beliau yang juga Menteri Luar berkata, dirinya mempunyai prinsip dan tidak mahu berada di dalam kategori ahli politik yang melakukan perbuatan tersebut sekalipun tidak mempunyai peluang tinggi untuk menang.

“Saya adalah calon paling akhir yang melepasi kelayakan bertanding kerana saya tidak tunduk kepada permainan ini (politik wang) dan itu yang saya rasakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada program Wacana Isu Perundangan dan Hak-Hak Pribumi Dalam Perlembagaan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen (Bebas) Pasir Mas.

Rais diminta mengulas peluang beliau untuk menang jawatan Naib Presiden UMNO selepas menjadi calon terakhir berjaya melayakkan diri bertanding pada pemilihan parti nanti.

Ditanya sama ada beliau merasakan ada calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi UMNO terlibat dalam politik wang, Rais berkata, beliau tidak menuding jari kepada sesiapa.

‘‘Orang memang sudah ketahui perkara itu berlaku,’’ kata beliau.

Katanya, adalah baik apabila Lembaga Disiplin UMNO dan pihak berkuasa mengambil tindakan segera sekiranya mendapati ada yang terlibat dengan perbuatan tersebut.

Mengenai kontrak sosial, Rais berkata, adalah mustahil untuk menyamakan senario politik Malaysia dengan apa yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) apabila kaum kulit hitam, Barack Obama memenangi jawatan Presiden baru-baru ini.

“Memang benar kemenangan Obama membuktikan kaum minoriti juga mampu menjadi pemimpin AS. Tetapi keadaan itu tidak boleh dibandingkan dengan Malaysia kerana di AS tidak ada kontrak sosial.

“Di Malaysia sesiapa pun tidak mengira bangsa boleh menjadi Perdana Menteri dengan syarat mesti berkebolehan, ada kriteria yang mendapat sokongan semua rakyat,” katanya.

Namun katanya, adalah tidak praktikal sekiranya bukan Melayu menjadi Perdana Menteri memandangkan parti politik terbesar di Malaysia adalah daripada kaum majoriti iaitu Melayu.

“Seperti juga di Singapura yang mengatakan tidak praktikal bukan Cina menjadi Perdana Menteri, di Malaysia juga sama memandangkan kita mengamalkan politik berasaskan kaum,” katanya.

Mengenai UMNO, Rais berkata, beliau yakin parti itu akan menjadi kuat apabila semua orang Melayu tidak berpecah-belah seperti apa yang berlaku sekarang.

“Orang Melayu sekarang sudah berpecah dalam politik. Ada baiknya kita semua mula bersatu demi masa depan bangsa kita,” katanya.

Wednesday, November 12, 2008

SEMINAR SKIM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN

Seminar Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan

Tarikh : 2hb Disember 2008

Hari : Selasa

Tempat : Royale Bintang, Seremban.

Untuk penjelasan lanjut anda boleh hubungi:
NIK AZMAN 016-2133802 atau 019-6042380 Emel: pegasus6538@yahoo.com

www.jualrumah-nma.blogspot.com



Sunday, November 09, 2008

UMNO SEREMBAN BERTUMBUK - MEMALUKAN

Perwakilan bertumbuk, mesyuarat UMNO Bahagian Seremban ditangguh
09/11/2008 12:05pm

SEREMBAN 9 Nov. – Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Seremban hari ini ditangguhkan selepas tercetusnya pergaduhan di antara perwakilan dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar di sini.
Keputusan tersebut dibuat oleh Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Othman Senara selepas perwakilan mula bertumbuk antara satu sama lain, membaling kerusi ke arah barisan jawatankuasa bahagian serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian yang turut disaksikan pengerusi jawatankuasa pemantau UMNO Bahagian Seremban, Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Berikutan kejadian itu, mesyuarat tertangguh selama lebih 30 minit dan difahamkan dua perwakilan mengalami kecederaan.
-Utusan.

Thursday, November 06, 2008

SIAPA LOW SIEW MOI???

INI LAH DIA LOW SIEW MOI, PEMANGKU PENGURUS BESAR PKNS YANG MENJADI TOPIK HANGAT CERITA DI KEDAI KOPI DI SELANGOR.

NI BIODATA DIA.

An accountant by profession and a Member of Malaysian Institute of Accountants. Aged 57 and holds a Bachelor of Economics (Accounting) and a Diploma in Accountancy (Post Graduate) from University of Malaya.

Has more than 33 years of experience in the areas of accounting, finance and administration. Started her working career with Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ("PKNS") in 1973 and had since held various managerial positions. In 1990, was seconded to work with the private sector, IGB and IJM Group for 4 years.

KHALID SEBENARNYA TERSEPIT ANTARA KEPETAHAN CAKAP HASSAN ALI ATAU KEBODEKKAN ANAK DARA TUA TERESA COCK. SI COCK NI DAPAT PULAK GOOD SUPPORT DARI XAVIER DAN RONNIE.

TU LAH NASIB KHALID. TAK TAHU BUAT KEPUTUSAN. SEBABNYA KERAJAANNYA LEMAH..PKR LEMAH KERANA KALAU TAK DE DAP DAN PAS, TAK JADI MB LAH KHALID. SO, DAH TERMAKAN BUDI DAN BODY.

UNTUK MAKLUMAN AH SOH LOW SIEW MOI NI JUGAK B.O.D BEBERAPA COMPANY:

SUNWAY CITY BERHAD

PKNS INFRA BERHAD

WORLDWIDE HOLDING BERHAD

TITAH SULTAN PERAK - HENTI GURIS MELAYU

Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di acara penyerahan memorandum oleh Gabungan Melayu Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahi Rahmanir Rahim, BETA merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas ikrar taat setia yang dilafazkan oleh rakyat Beta yang dikasihi sebentar tadi.

Kemerdekaan negara ini dicapai melalui perundingan dan persefahaman antara tiga pihak, Raja-Raja Melayu, Parti Perikatan dan Kerajaan Inggeris. Persekutuan Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957 membentuk sistem berkerajaan dan bernegara berpayungkan Raja.

Semasa menerima Ijazah Doktor Persuratan dari Universiti Malaya pada 30 Jun 1979, Beta telah memperingatkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang adat resam. Tetapi walau bagaimanapun, kita perlu ingat, dan jika tidak ingat, maka kita seharusnyalah diperingatkan, bahawa dalam negara yang semuanya berbilang kaum itu, mestilah ada suatu asas di mana kita mesti menumpukan perhatian kita. Dalam konteks ini, Malaysia telah wujud hasil dari cantuman tiga wilayah, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak kesultanan Melayu Melaka... Perkataan 'Negeri-Negeri Melayu Bersekutu' dan 'Negeri Melayu Tidak Bersekutu' dan 'Persekutuan Tanah Melayu' masih wujud dalam undang-undang kita. Dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang hidup subur dan kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu. Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan Negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia.

Secara tersirat, pengekalan institusi Raja di negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan berpaksikan Melayu di tanah air warisan bangsa. Perlembagaan Merdeka digubal berlatar belakangkan senario kebangkitan semangat nasionalisme Melayu. Dalam luapan semangat menuntut kemerdekaan, orang Melayu bimbang akan kedudukan mereka dalam negara merdeka yang komposisi warga negaranya terdiri dari pelbagai kaum. Orang Melayu bimbang akan pencapaian taraf sosioekonomi mereka yang jauh ketinggalan secara perbandingan dengan kaum-kaum lain. Bahawa orang Melayu memerlukan jaminan - memerlukan pembelaan demi memastikan kedudukan mereka sebagai peribumi tidak terancam.

Kebimbangan orang-orang Melayu dijawab melalui jaminan perundangan dengan memaktubkan di dalam Perlembagaan Merdeka, klausa-klausa tertentu menyentuh agama Islam, Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

Sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh Raja-Raja serta bidang kuasa Raja Pemerintah merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang- orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-Raja. Institusi Raja berupaya memberikan keyakinan psikologi untuk melindungi kepentingan bangsa di samping melakukan keadilan kepada warga keseluruhannya. Institusi Raja berperanan sebagai lambang penyatuan dalam kepelbagaian.

Raja-Raja memahami bahawa Perlembagaan Merdeka juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya. Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan. Negara aman dan warga hidup secara rukun dalam dimensi sosiopolitik yang mengiktiraf fakta dan hakikat sejarah.

Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali. Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang- orang Melayu.

Oleh itu, warga dan rakyat yang Beta kasihi, hendaklah berfikiran secara rasional, tindakan-tindakan politik secara berlebihan dan keterlaluan hendaklah dihentikan segera. Kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan. Keamanan negara, kerukunan warga tidak harus dikorbankan kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

Semoga negara dan warga terus diberikan perlindungan dari Allah Subhanahu Wataala dan barang dijauhkan negara dan bumi ini dari ditimpa sebarang musibah.

Wabillahi taufik, walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


HENTI GURIS MELAYU

KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.

Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di sini hari ini, baginda menegaskan, apa yang penting pada masa ini ialah menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan.

Titah baginda, ini bermakna, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

‘‘Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kepincangan di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan.

‘‘Oleh itu, dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

‘‘Perbuatan demikian jika tidak dihentikan dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang-orang Melayu,” titah baginda.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Raja DiHilir Perak; Raja Jaafar Raja Muda Musa serta ahli-ahli Dewan Negara Perak.

Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Gabungan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Kira-kira 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke Istana Iskandariah di sini bagi menyerahkan memorandum itu.

Memorandum berkenaan mengandungi hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-Raja ke-215 pada 16 Oktober lalu.

Sultan Azlan bertitah, kebimbangan orang Melayu dijawab melalui jaminan perundangan dengan memaktubkannya ke dalam Perlembagaan Merdeka (Perlembagaan Persekutuan).

Titah baginda, ia termasuk klausa- klausa tertentu menyentuh agama Islam, Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Baginda menjelaskan, sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh raja- raja serta bidang kuasa raja merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu mendapat perkenan raja-raja.

Dalam hubungan ini titah baginda, institusi raja berupaya memberikan keyakinan psikologi untuk melindungi kepentingan bangsa di samping memberikan keadilan kepada warga keseluruhannya.

‘‘Institusi raja berperanan sebagai lambang penyatuan dalam kepelbagaian. Raja-raja memahami bahawa perlembagaan merdeka juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.

‘‘Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan.

‘‘Negara yang aman dan warga hidup secara rukun dalam dimensi sosiopolitik yang mengiktiraf fakta dan hakikat sejarah,” titah baginda.

Sultan Perak bertitah, orang Melayu bimbang akan pencapaian taraf sosioekonomi mereka yang jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain.

Titah baginda, untuk itu orang Melayu memerlukan jaminan dan pembelaan demi memastikan kedudukan mereka sebagai pribumi tidak terancam.

‘‘Persekutuan Tanah Melayu masih wujud dalam undang-undang kita atau dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu dan nasionalisme Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu.

‘‘Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia,” tegas baginda.

Wednesday, November 05, 2008

MEMEY DAN ABBY



CUBA TENGOK BETUL-BETUL GAMBAR KAT ATAS TU. MUKA MEMEY SEIRAS MUKA ABBY. PATUTLAH NORMAN JADI GILA.. TASTE SAMA KOT.
KEPADA ABBY, BERMADU PUN KIRA OK LAH.. MENJANDA PUN LAGI OK.. YOU APA KURANGNYA CANTIK LAGI.. KALAU U DAH PEGANG TITLE 'GEN', BEREBUT ORANG CARI U. TERUTAMANYA AHLI PERNIAGAAN YG DAPAT SUBSIDI UMNO, DAN JUGAK ORANG POLITIK SENDIRI...HEHEHEHE...

BAHAYA POLITIK PERKAUMAN

Bahaya politik perkauman

SELEPAS Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe membangkitkan secara terbuka isu status orang Melayu yang disamakan dengan istilah pendatang seperti mana orang Cina dan India ke alam Melayu, kini Naib Presiden MCA, Low Tiong Lai pula membangkitkan isu 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam.

Sebelum ini perkara yang sama dibangkitkan oleh Gerakan dan DAP yang diterjemahkan melalui kajian oleh Lim Teck Ghee, bekas Pengarah, Pusat Kajian Dasar-Dasar Awam, Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) berhubung pemilikan ekuiti bumiputera yang dikatakan mencapai sebanyak 45 peratus.

Kenyataan seperti ini mengundang pelbagai kontroversi. UMNO dan beberapa NGO Melayu menyifatkan pernyataan tersebut sebagai amat keterlaluan dan tidak mencerminkan semangat setiakawan. Kenapa perlu isu-isu sebegini dibincangkan secara terbuka? Tidakkah ada saluran dalaman untuk membincangkan masalah ini?

Parti Gerakan mempertikaikan kajian yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). Gerakan mahukan kerajaan mengeluarkan pendekatan atau metodologi yang digunakan dalam mendapatkan angka 18.9 peratus pemilikan ekuiti bumiputera oleh EPU.

Mereka juga menggesa EPU menjelaskan metodologi dan mengemukakan angka pencapaian ekonomi orang Melayu sejak 36 tahun. Kata Gerakan lagi, dasar ekonomi, persepsi, ekuiti dalam bursa saham orang Melayu mesti didedahkan secara telus untuk mengelakkan salah tanggapan orang Cina terhadap orang Melayu yang mana ia sama sekali tidak baik untuk negara ini.

Bagi Ketua Pemuda DAP Pusat, Nga Kor Ming (Al-Islam, Jun 2006), DEB bukan sekadar mendiskriminasi kaum bukan Melayu, malahan orang Melayu tidak terkecuali. DEB menurut beliau hanya menguntungkan segelintir orang Melayu. Ramai Melayu yang sepatutnya diberikan bantuan menerusi DEB tidak diberi perhatian, sebaliknya yang dibantu pula tidak menggunakan sepenuhnya bantuan yang diberi. Mereka mengkhianati dan menipu kerajaan.

Hujah beliau lagi, bantuan yang diberikan tidak digunakan untuk memajukan diri, tetapi mengambil jalan pintas dengan menjual kontrak atau tender yang diperolehi kepada orang lain. Dasar sebegini katanya perlu diubah. Melanjutkan tempoh DEB ternyata tidak menguntungkan orang Melayu sebaliknya menguntungkan segelintir pihak yang rapat dengan pihak berkuasa. Kekayaan atau pegangan mengikut kaum sebenarnya akan terbuka kepada penyelewengan dan penyalahgunaan

Jika diteliti secara mendalam, ternyata pandangan Gerakan, MCA dan DAP tidak banyak bezanya. Begitu juga dengan pertubuhan- pertubuhan Cina lain seperti SEDAR, INSAP, Dong Jiao Zong dan lain-lain lagi pertubuhan Cina atau lebih dikenali sebagai Huatuan.

Pendek kata, majoriti Huatuan senada dalam melihat hak-hak istimewa Melayu dan DEB. Pandangan mereka tergolong dalam kumpulan ultra kiasu, yakni melihat DEB dan pemilikan ekuiti Melayu dari sudut negatif.

Tidak ramai yang mengikuti jejak Tan Teong Jin, Ho Wah Foon, Tan Joo Lan (2005) yang melihat hak-hak istimewa dan DEB dari sudut yang positif. Kajian mereka mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan penyelidik-penyelidik Cina yang lain.

Tulisan mereka agak lembut, objektif, berpijak di bumi nyata serta memahami realiti dan sejarah. Bagi mereka, sebenarnya dasar DEB banyak mendorong masyarakat Cina terutama para usahawannya untuk gigih berdikari seterusnya menjadi lebih cemerlang dalam sektor korporat. Mereka merumuskan bahawa kemakmuran hidup dan masa depan masyarakat Cina bergantung kepada dinamika politik dan status ekonomi Melayu.

Dengan berkembangnya ekonomi orang Melayu, mereka turut dapat merasai nikmatnya. Perniagaan mereka turut berkembang kerana saling bergantungan antara satu sama lain dari segi penawaran dan permintaan.

Hari ini, agak malang setelah lebih 50 tahun merdeka, kita sebenarnya gagal untuk melahirkan penyelidik seperti Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan sebagainya. Apatah lagi untuk melahirkan orang-orang seperti Tun Tan Siew Sin, bekas Presiden MCA dan Tun Sambanthan, bekas Presiden MIC.

Sebelum pergi lebih jauh, cuba kita renungi kata-kata Siew Sin pada 30 April 1969 yang dipetik dalam buku Khalid Awang Osman yang berbunyi, "Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat- syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Pilihan raya

Sebelum itu, Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: "Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

"Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara". Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, berapa ramai orang bukan Melayu seperti Siew Sin dan Sambanthan yang berjaya kita lahirkan? Rata-rata yang ada, adalah mereka yang terdiri daripada kumpulan ultra kiasu, mahukan keadilan melalui konsep sama rata dan sama rasa.

Keadilan tidak lagi dilihat menurut definisi yang betul yakni meletak sesuatu pada tempatnya. Tetapi apabila keadilan dilihat semata-mata dari sudut konsep sama rasa, sama rata yakni jika orang Melayu dapat sebiji, maka bukan Melayu juga perlu diberi sebiji.

Jika dua biji diberikan kepada orang Melayu, satu biji kepada bukan Melayu, maka itu tidak adil, tanpa mahu menyelidiki atau sengaja buat-buat tidak faham kenapa keadaan sebegini wujud. Ini politik kurang matang yang menyelubungi politik Malaysia sekian lama. Justeru, tidak hairan jika wujud ketegangan dan tuntut-menuntut yang tidak pernah habis.

Isu-isu sensitif sebegini seolah-olah sengaja dibangkitkan oleh parti-parti Cina, apatah lagi ketika UMNO berada dalam kedudukan yang agak lemah selepas pilihan raya umum 2008.

Pengkaji bersependapat dengan Jayum (2007: 27-28) mengenai perlunya pengagihan ekonomi melalui DEB sepatutnya dilihat dari segi pemilikan ekuiti bumiputera berasaskan nisbah kependudukan.

Isu sebenar katanya bukanlah soal peningkatan sehingga 20 peratus sahaja atau kenapa 30 peratus tidak tercapai pada tahun 1990 atau 45 peratus telah dicapai menjelang pertengahan abad ke-19 sebagaimana yang didakwa oleh penyelidik- penyelidik bukan Melayu. Paras sebenar dan terakhir yang perlu dikejar selaras dengan agihan mengikut nisbah pendudukan ialah lebih kurang 65 peratus.

Persoalannya, apakah pendapat Jayum (2007) berkaitan agihan ekuiti mengikut nisbah kependudukan orang Melayu (bumiputera) sebanyak 65 peratus ini diterima bukan Melayu yang selama ini mahukan DEB itu dimansuhkan setelah tamat tempohnya? Jawapannya, sudah tentu tidak, kerana bukan Melayu mahukan keadilan berasaskan kesamaan dan kesamarataan. Orang bukan Melayu tidak mahu mengaku bahawa mereka lebih bernasib baik, jika dilihat daripada struktur strata hidup, berbanding dengan orang Melayu yang masih ketinggalan walaupun berada di tanah air sendiri.

Menurut Imran Imtiaz dalam tulisan bertajuk The Future of the Malaysian Chinese, walaupun ada 'diskriminasi' di Malaysia, orang Cina masih bernasib baik kerana mereka berjaya terus mendominasi ekonomi negara dengan pendapatan per kapita yang tinggi berbanding orang Melayu.

Dalam kata lain, orang Cina bukanlah warga negara kelas dua memandangkan mereka menikmati taraf kualiti hidup lebih baik.

Perlu diakui juga, tidak semua orang Cina yang berjaya sepenuhnya, ada di kalangan yang masih miskin dan memerlukan bantuan. Begitu juga dengan orang Melayu, tidak semua mendapat habuan DEB.

Justeru sudah sampai masanya semua perkara ini diteliti semula. Jangan sampai yang kaya bertambah kaya, manakala yang miskin terus menjadi miskin. Perkara yang sama pernah dinyatakan oleh Tun Dr. Ismail, satu-satunya pemimpin yang berani berdiri menentang arus pelampau dan prasangka yang melanda. Meskipun Dr. Ismail menyetujui konsep hak istimewa Melayu, tetapi dia tidak segan menghebahkan bahawa hak istimewa hanya buat sementara, bukan hak yang hakiki untuk menindas hak orang lain.

Mengambil kira pandangan Dr. Ismail, bukan Melayu perlu melihat DEB dalam konteks yang positif. Seperti yang pernah dikatakan oleh Shamsul Amri, apabila MCA membangkitkan soal tender, reaksi orang Melayu adalah mereka akan kehilangan peluang (hak).

Inilah bentuk persepsi yang akan wujud jika kita melihat dari sudut zero sum game. Namun, jika dilihat dari sudut situasi 'menang- menang' sudah tentu persepsinya agak berlainan. Katakanlah satu kontrak untuk membina bangunan bernilai RM10 juta. Kita tahu kemungkinan orang Melayu untuk membinanya bukan mudah. Mungkin hak tender yang bernilai RM2 juta dapat kepada orang Melayu tetapi RM8 juta lagi jatuh kepada orang Cina. Persoalannya, kenapa yang difokuskan ialah RM2 juta sahaja, yang RM8 juta projek kepada kaum lain kita tidak bincang? Kenapa mereka asyik menuntut?.

Pendek kata, sifat zero sum game atau ultra kiasu sudah tertanam lama dalam pemikiran kita selama ini. Persoalannya, sampai bilakah mereka mahu sedar atau sengaja tidak mahu sedar? Orang Cina memang sedar bahawa UMNO akan meneliti apa yang dituntut, disebabkan UMNO amat bergantung kepada undi Cina untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya, daripada jatuh kepada parti lain. Akibatnya, UMNO terpaksa akur dengan beberapa tuntutan yang dikemukakan.

Strategi politik Cina adalah mereka tahu bahawa jika UMNO tidak memberikan kesemua apa yang dituntut, sekurang-kurang UMNO akan memenuhi beberapa tuntutan mereka atau sebahagian daripadanya. Justeru, tuntutan paling ekstrem perlu dikemukakan.

Beberapa tuntutan atau sebahagian yang diberikan UMNO, sebenarnya itulah kemenangan terbesar kepada orang Cina. Misalnya, tuntutan orang Cina terhadap jawatan-jawatan tinggi dalam sektor perkhidmatan awam seperti jawatan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor IPTA.

Hari ini, kita sudah dapat lihat ada IPTA yang telah melantik bukan Melayu menjadi Timbalan Naib Canselor, begitu juga sektor perkhidmatan awam. UMNO yang menerajui BN telah menampakkan perubahan dan mula memberikan tuntutan-tuntutan Cina ini.

Didominasi

Persoalannya, sejauh manakah IPTS- IPTS atau syarikat swasta yang didominasi oleh orang Cina seperti UTAR, Universiti Terbuka Wawasan, Kolej New Era dan lain-lain bersedia untuk menerima dan melantik Naib Canselor mereka daripada kalangan orang Melayu jika tuntutan ini dikemukakan suatu hari nanti?

Pengalaman menunjukkan bahawa orang Cina menentang sebarang percubaan untuk orang Melayu memasuki institusi mereka. Contohnya, kemasukan guru besar Melayu ke sekolah Cina.

Contoh lain adalah rancangan kerajaan untuk mengajar bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan. Ia mendapat tentangan daripada masyarakat Cina yang diwakili oleh Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Pertubuhan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) atau singkatannya Dong Jiao Zong (Utusan Malaysia, 27 April 2005). Dong Jiao Zong bersangka buruk dengan beranggapan bahawa ia bertujuan menghapuskan SJKC selepas ini. Rancangan ini menurut mereka tidak akan berjaya menarik orang Cina ke sekolah kebangsaan.

Sedangkan semua sedia maklum bahawa hanya di Malaysia, SJKC masih kekal dengan identitinya berbanding negara lain yang mana orang Cina menjadi minoriti. Negara seperti Singapura yang majoriti kaum Cina sekalipun, tidak lagi mempraktikkan bentuk sekolah Cina seperti yang ada di Malaysia (Lee Kam Heng dan Tan Chee Beng, 2000: 228).

Contoh lain yang tidak keterlaluan untuk ditonjolkan ialah Thailand. Pada tahun 1940-an, kerajaan Thailand bertindak menutup atau mengharamkan operasi semua sekolah Cina kerana bimbang akan menyukarkan proses integrasi dan asimilasi kaum. Mereka beranggapan, sekolah Cina hanya akan melahirkan nasionalisme Cina yang membahayakan sesebuah negara.

Justeru kerajaan Thailand telah bertindak mengasimilasikan semua orang Cina dan menghapuskan agen utama sosialisasi politik ini kepada satu sistem pendidikan Thai (Siam). Hasilnya, proses sosialisasi politik bertunjang kepada pendidikan Thai (Siam), telah berjaya melahirkan orang Cina yang mempunyai semangat nasionalisme Thai (Siam) begitu tinggi.

Ini diakui sendiri oleh ahli perniagaan atau penulis chauvanis Cina bernama Ye Lin- Sheng (2003: 129) dalam bukunya The Chinese Dilemma. Beliau terpaksa akur betapa beruntungnya menjadi orang Cina di Malaysia yang masih dapat mempertahankan semangat dan identiti kecinaannya.

Justeru, apa yang pernah disarankan oleh Tun Abdul Razak perlu dijadikan kenyataan. Beliau mengatakan integrasi merupakan suatu cara penyelesaian yang sesuai dalam menyelesaikan kemelut politik di Malaysia. Dasar kerajaan mengenai perpaduan kebangsaan bukanlah merupakan proses asimilasi tetapi dengan cara integrasi iaitu dengan membuat penyesuaian terhadap pelbagai budaya dan sosial yang dapat diterima oleh semua kaum di negara ini dengan berpaksikan kepada kaum asal (Comber, 2007).

Perlu diingatkan, asimilasi seperti Cina di Thailand dan Indonesia, tidak mungkin lagi berlaku kerana politik perkauman telah tertanam sekian lama. Ada yang memberikan alasan Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Thailand dan Indonesia disebabkan minoriti Cina di kedua-dua negara ini amat kecil berbanding Malaysia sebanyak 25 peratus.

Namun sejauh manakah langkah - langkah telah diambil untuk menyelesaikan masalah sedia ada? Semua dasar, kontrak sosial dan ramuan integrasi telah termaktub dalam perlembagaan, seperti isu bahasa Melayu, agama, hak-hak istimewa dan sebagainya. Cuma, yang ditunggu hari ini adalah pelaksanaannya secara telus dan jujur tanpa dipolitikkan.

Apakah kita harus terus melayan tuntutan-tuntutan seperti yang dinukilkan oleh Kim Quek (2004), yang menurutnya, penentangan orang Cina tidak dapat lari daripada perkara-perkara seperti, pertama; diskriminasi kaum dalam pelantikan dan kenaikan pangkat pekerja-pekerja di badan-badan kerajaan, menjadikan badan-badan ini hampir dikuasai satu bangsa sahaja (lebih-lebih lagi di lapisan tertinggi). Badan-badan ini termasuklah: perkhidmatan awam, polis, tentera dan pelbagai agensi semi dan separa-kerajaan.

Kedua; menghalang kaum bukan Melayu daripada tender dan kontrak yang dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan. Ketiga; mengenakan diskaun harga wajib dan kuota memihak kepada orang Melayu di dalam projek-projek perumahan.

Keempat; mengenakan kuota saham wajib bagi orang Melayu di syarikat bukan Melayu. Kelima; larangan menyeluruh terhadap pelajar bukan Melayu bagi memasuki institusi akademik awam (contoh UiTM) dan keenam; peruntukan biasiswa dan tempat belajar yang jelas berat sebelah dengan kadar yang sememangnya tidak munasabah yang menampakkan diskriminasi kaum (Mohd Ridhuan Tee, 2006).

Kesimpulannya, adakah semua tuntutan yang dikemukakan selaras dengan konsep keadilan yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya dan semangat perlembagaan? Sedangkan semua kita tahu bahawa kesemua tuntutan tersebut telah pun dibuka sedikit demi sedikit. Apa yang jelas, adalah sikap ultra kiasu yang sebenar. Sentiasa mahu menang tanpa memikirkan yang kalah itu sebenarnya akan menimbulkan masalah kepada yang menang. Apakah kita harus terus meletakkan kepentingan etnik di hadapan berbanding kepentingan nasional? Jika inilah bentuk budaya politik yang wujud, sebenarnya kita sedang bermain dengan api. Walaupun api itu masih lagi tidak kelihatan atau membara, tetapi bara itu tetap menyala. Bara inilah yang amat bahaya dalam politik Malaysia hari ini.

mohd. ridhuan tee abdullah

Saturday, November 01, 2008

POLITIK BARU YB J

(disiarkan semula cerpen yang telah memanaskan buntut lim kit siang, guan eng, karpal singh, gobind singh deo, dan lain-lain pembesar dan hulu balang DAP bila sekuntum bunga penghias bilik karaoke di lanyak oleh Chamil (DAP perasan YB J tu teresa cock). Maklumlah tu lah sahaja bunga dara tua yang boleh diarak kehulu kehilir sambil yam seng kat karaoke. Mana depa tak marah. Kalau mati dia, tak delah lagi yang nak nyanyikan mereka lagu-lagu patriotik kat karaoke nanti. Kalau tak cay pergi tanya sama gobind. Lu ingat diaorang lupa ka cerita kat d boss karaoke jalan loke yew tu?...)


"PAGI itu resah YB Josephine, yang lebih mesra dengan panggilan YB J sukar dikawal. Sepanjang perjalanan menuju ke Dewan Perhimpunan Warga Cha di ibu kota, fikirannya terganggu. Tuduhan bahawa dia anti-Islam dan anti-Melayu sungguh-sungguh menghantui perasaannya sejak malam tadi lagi. Entah mengapa baru sekarang dia begitu, dia sendiri tidak tahu. Dia juga tidak pasti sama ada pemandunya, Ahmad, menyedari gelora jiwanya ketika itu. Kalau dia tahu pun, peduli apa, YB Josephine berbisik sendirian.


Pemandu itu memang sedia maklum pendirian politiknya tentang kepentingan kaumnya vis a vis orang Melayu. Dan dia tahu Ahmad menghormati pendiriannya, walaupun dilihat anti- Melayu, anti-Islam sebagai hak asasi tinggal dalam sebuah negara demokrasi. Bukankah kebebasan asasi itu dijamin oleh Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi YB J akui demokrasi ada yang tidak sempurna dan kerap disalahgunakan oleh pihak yang berkuasa. Tetapi hakikat itu tidak menghalang rakyat menempatkan pembangkang di Dewan Rakyat. YB Josephine adalah salah seorang daripadanya.


Ah, tudahan dia anti-Islam, anti-Melayu tuduhan yang melulu bentak YB J seolah-olah mahu menyedapkan dirinya.. Ia juga tuduhan yang tidak berasas, hati kecilnya bersuara lagi. Dia meyakinkan dirinya bahawa kenyataankenyataan yang dibuatnya atas nama pelbagai kaum untuk memperjuangkan kepentingan kaumnya, bukan sesuatu yang rasis. Amensty International, organisasi hak asasi antarabangsa akan menyetujuinya. Begitu juga dengan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ketua Pembangkang, di Parlimen pun tidak pernah menganggapnya rasis. Yang menganggapnya rasis hanya orang Melayu di dalam Parti Orang Melayu (POM).


“Aku juga bukan anti-Islam. Aku bukan anti Melayu,” pujuk hati YB J yang sudah dua penggal bergelar YB itu, mewakili Parti Bertindak Rakyat. Parti itu dianggotainya sejak berada di kampus lagi, walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti melarang para siswa membabitkan diri secara langsung dalam mana-mana organisasi siasah. Lagi pun penguatkuasaan undang-undang itu sekadar melepas batuk di tangga. Lebih dari itu, ia adalah satu lagi undang-undang lapuk, kata YB J.


Kata hatinya lagi: “Aku sekadar memperjuangkan kepentingan kaum aku, sama seperti pemimpin Melayu dalam POM memperjuangkan kepentingan bangsanya, sama seperti pemimpin Parti Orang Islam (POI) berjuang untuk bangsa menggunakan wajah Islamnya.”


Malah YB J berasakan kelantangannya memperjuangkan kepentingan kaumnya itulah yang telah membantunya menang kali kedua kerusi Parlimennya. Kali ini dengan majoriti yang lebih besar lagi. Apa yang membanggakan dia adalah perjuangan yang dianggap anti-Melayu dan anti-Islam itu kini turut disokong pengundi-pengundi Melayu di kawasan pilihan rayanya itu. Pada mulanya dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan sebahagian besar pengundi Melayu yang merupakan 20 peratus keseluruhan pemilihan berdaftar dalam kawasan Parlimen Alam Maya telah memangkahnya.


Ini satu perkembangan luar biasa. Tidak mungkin mereka menyokong aku, bisik hatinya. Tetapi apabila dimaklumkan oleh para pekerja parti bahawa pengundi Melayu di semua peti undi telah beralih arah mendokongnya, dia menerimanya dengan fikiran terbuka. Baguslah kalau orang Melayu menerima perjuangan Malaysia Barunya.


Tidak puas hati bermonolog dengan perasaannya, YB J secara spontan berpaling kepada Ahmad, pemandunya yang sejak tadi tekun dengan tugasnya.
“Kamu fakir saya anti-Islam, anti-Melayu?”


Pertanyaan


Ahmad yang sudah menghampiri usia bersara itu tidak menjawab, seolah-olah dia tidak mendengar pertanyaan itu. Matanya tertumpu ke jalan raya. Tugasnya adalah untuk mempastikan YB J selamat ke majlis yang ingin dihadirinya. Dan tiba tepat pada waktunya. Majlis itu penting kerana YB J akan mengadakan dialog dengan generasi muda seketurunan dengannya yang belajar di luar negara tetapi kebetulan berada di tanah air kerana bercuti. Ahmad sendiri tidak pasti sama ada pelajar yang pernah mempersendakan lagu Negara Ku sewaktu menuntut di sebuah universiti di Seberang Laut turut berada dalam kelompok itu. Kalau pun ada, pemandu YB J tidak ambil pusing. Budak itu memang kurang ajar. Ada ke patut Malaysia dianggap sebagai Negara Kuku (ejaan Inggerisnya cuckoo) yang bermaksud gila. Dan kreativiti digunakan untuk menghalalkan perbuatan biadapnya itu. Cuma Ahmad berfikir kalau semua orang dibiarkan menghina lagu Kebangsaan dengan lirik yang memperlekehkan kehidupan orang Islam, dan atas nama kreativiti, maka kesannya terhadap perhubungan kaum adalah negatif.


Ahmad tidak tahu apakah yang sebenarnya mengganggu bosnya itu sejak dari tadi lagi. Dia jarang begitu. Ahmad dapat mengesan YB J lain macam sahaja pagi itu. Dia dapat membaca keresahan dan kegelisahan YB J. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena walaupun apa yang sebenarnya berkocak di dalam diri YB J dia tidak pasti. Sepanjang ingatan Ahmad, YB J juga tidak pernah berbual dengannya tentang politik, apa lagi tentang isu-isu semasa - kecuali memberi arahan yang ada kaitan dengan perjalanan atau jadual kerja. YB J juga tidak bertanya sama ada dia mengundi pom atau parti apa pada pilihan raya yang lalu.


Lazimnya, sepanjang perjalanan, baik ke pejabat atau majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi yang lain, YB J akan menghabiskan masa membaca akhbar atau membelek-belek fail. Tetapi pagi itu YB J lain macam sahaja. Dia kelihatan resah. Gelisah. Fikirannya juga seolah-olah tidak menentu. Apa yang dibuat serba tak kena. Sekejap dia membelek ucapan utama yang akan disampaikan sebentar lagi menghuraikan gagasan Politik Baru Malaysia Baru yang dipeloporinya. Sekejap dia membelek akhbar-akhbar yang memang menemani YB J ke mana juga dia pergi.


Ahmad cuba mencongak mungkin keresahan YB J ada kaitan dengan suhu politik negara sedang panas ketika itu. Bahangnya terasa di mana-mana. POM sendiri sedang menghadapi pergolakan yang hebat berkait dengan kepimpinannya. Pertarungan kepentingan puak-puak di dalam parti sedang mengambil tempatnya. Kalaulah tidak kerana kedudukan politik kerajaan agak lemah selepas kehilangan majoriti dua pertiga, sudah lama Operasi Lalang, seperti yang pernah dibuat pada 1987, dilaksanakan, agaknya. Mungkin juga tidak kerana di bawah kepimpinan sekarang, kerajaan mengambil sikap yang lebih liberal terhadap para pengkritiknya.


Ahmad juga terfikir mungkin perasaan YB J terganggu dengan tindakan kalangan yang tidak diketahui siapa mereka melempar bom petrol ke rumah keluarga ahli Parlimen Sepohon Beringin, Su Lan. Barangkali, fikir Ahmad, YB J, bimbang kejadian yang sama boleh menimpa diri atau keluarganya.


Mana tahu selepas keluarga Su Lan, bosnya YB J pula yang menjadi mangsa. Dan yang dilempar itu bom betul-betul. Meletup pula. Tidakkah nahas YB J. Sekonyong-konyong Ahmad terbayang kejadian letupan bom berani mati yang berlaku di Damsyik, Syria yang ditonton menerusi Buletin Utama di TV3 beberapa hari lalu. Kalau kejadian yang sudah menghiasi kehidupan harian di Iraq, Israel, Tebing Barat, Gaza atau Afghanistan itu menular di negara ini, alangkah malangnya bumi bertuah ini. Minta disimpang malaikat 44, Ahmad berkata sendirian di dalam hatinya.


Tetapi fikir Ahmad, amaran kalau tidak diendahkan berbahaya. Dia teringat apa yang diceritakan berlaku pada 13 Mei 1969. Bapanya menceritakan dalam tragedi selepas pilihan raya umum pada 10 Mei itu, orang Cina dan Melayu berbunuh-bunuhan. Perjuangan yang mahu menafikan hak-hak istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, tidak dapat diterima oleh mereka. Kata-kata kesat dan menghina orang Melayu oleh para penyokong parti-parti pembangkang sewaktu berarak meraikan kemenangan besar di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain pada pilihan raya 1969 itu tidak dapat ditelan oleh orang Melayu. Parang yang terbiar tumpul selama ini diasah tajam. Dalam keadaan itu tercetuslah pergaduhan yang dahsyat menyebabkan Parlimen digantung dan pemerintahan darurat diisytiharkan. Negara diletakkan di bawah perintah berkurung. Ahmad sendiri belum lahir ketika itu. Tidak lama selepas itu, peralihan kuasa berlaku daripada Tunku Abdul Rahman kepada timbalannya, Tun Abdul Razak.


“Mat, saya ni anti-Melayu dan anti-Islam ke?,” YB J secara mendadak mengulang semula pertanyaannya apabila tiada jawapan daripada pemandunya.


Ahmad, yang sejak tadi membisu seribu bahasa selamba menjawab: “Mungkin tidak YB.” Dia memberi jawapan berlapik. Maksudnya: Mungkin tidak, mungkin ya bergantung pada mata yang menilai.


“Apa maksud kamu mungkin tidak.”


” Ini soal persepsi YB. Persepsinya begitulah. Hakikatnya YB tidak membenci Melayu tidak juga membenci Islam. YB sekadar memperjuangkan kepentingan kaum YB. Tidak salah YB berbuat demikian. Kalau YB tidak memperjuangkan kepentingan kaum YB sendiri, siapa lagi. Tetapi cara YB itu barangkali disalahertikannya.”


“Maksud kamu?” Tanya YB J yang masih belum jelas lagi.


Bergantung


“Yalah, ia bergantung pada mata yang memandang. Bukan sahaja di kalangan orang Melayu, tetapi di kalangan bukan Melayu. YB kena ingat di kalangan bukan Melayu pun bukan semuanya menerima politik baru Malaysia baru YB. Kalau tidak masakan parti satu kaum seperti Parti Orang Cina (POC) masih boleh bertahan.”


“Apa maksud kamu. Saya tidak begitu jelas?”


“Yalah bagi YB perjuangan YB adalah pelbagai kaum. Tetapi dalam tindak tanduk, perjuangan pelbagai kaum YB itu tidak tertonjol. YB mahu menghapuskan tulisan jawi dan ganti dengan tulisan Cina . Bagi mereka itu bukan perjuangan pelbagai kaum. Ia perjuangan satu kaum. Kalau benar pelbagai kaum, YB patut mempertahankan tulisan jawi.” Ahmad memberanikan diri untuk memberikan pandangannya.


Mengesan bosnya ingin mendengar pandangannya lagi, Ahmad berkata: “Patutnya kalau YB benar-benar ingin menjadi pejuang pelbagai kaum, kepentingan orang Melayu jangan diketepikan sewaktu mengetengahkan kepentingan kaum Cina. YB perjuangkan kepentingan kedua-duanya sekali. Penerimaannya saya pasti berbeza. YB akan dilihat sebagai mahu menjaga kepentingan kaum YB, tetapi pada waktu yang sama tidak menafikan hak orang Melayu.”


Itu perjuangan POM dan POC, dengus YB J di dalam hatinya. Bosan aku dengan Si Ahmad ini, dia berkata sendirian. Aku penganjur politik baru dan tidak mahu terikat dengan kerangka politik lama, katanya lagi kepada dirinya.


Perbualan YB J dengan pemandunya habis di situ sahaja. Dia tidak mahu lagi mendengar pandangan karut pemandunya. Dia mahu terus melayan perasaan: Aku percaya pada Politik Baru Malaysia Baru, tegas YB J pada dirinya. Setiap warganegara, tanpa mengira apa keturunan mereka patut diberi hak yang sama mengikut undang-undang. Tidak ada bangsa yang patut diberi layanan istimewa. Tidak ada warga yang patut diberi darjat atau kelas kedua. Kita semua orang Malaysia.


YB J enggan melayan Ahmad lagi. Sebaliknya, dia membelek akhbar Utusan Malaysia yang secara rasmi diboikot oleh partinya. Perhatiannya tertumpu pada artikel berjudul Jangan Padam Rekod Negara yang ditulis oleh seorang generasi muda Cina yang menolak tesis politik baru Malaysia baru.


Ah, satu lagi propaganda yang memperlekehkan kaum aku, dengus hati YB J. Jangan-jangan yang menulis artikel ini orang Melayu. Mereka masih menganggap kaum aku sebagai berketurunan pendatang. Tidak guna punya generasi baru. Dengus YB J. Bisik hatinya lagi: Betullah dulu nenek moyang aku berhijrah ke bumi bertuah ini untuk mencari kekayaan, membebaskan diri mereka daripada kemiskinan dan keperitan hidup di China. Itu dulu. Generasi Cina sekarang sudah menjadi warganegara Malaysia dan mereka hendaklah dilayan seperti warganegara Malaysia..


Dikejutkan


Sedang YB J asyik dengan lamunannya, dia dikejutkan dengan suara pemandunya yang memaklumkan, “Kita sudah sampai YB.”


Menunggu dia di luar ialah para penganjur dialog yang bakal berlangsung. Salah seorang daripada mereka membuka pintu kereta YB J, bersalaman dengannya dan memperkenalkannya dengan ahli jawatankuasa penganjur yang lain. Diiringi oleh mereka, YB J dibawa ke pentas. Menurut kiraannya ada 500 orang di dalam dewan pagi itu. Dia bangga dengan kehadiran begitu ramai anak bangsanya yang ingin bertemu dengannya. Apa yang lebih membanggakan YB J ialah mereka belajar luar negara dengan biayai sendiri, bukannya bantuan kerajaan.


Selepas ucapan-ucapan aluan oleh pengerusi penganjur selesai, YB J dijemput untuk memberi ucapannya. Inilah detik-detik yang ditunggu-tunggu oleh YB J. Gagasan politik baru Malaysia barunya akan dihebahkan kepada dunia bebas. Dia teringat buku Kee Thuan Chye yang berjudul 8 Mac The Day Malaysian Woke Up. Momentum rakyat Malaysia atau lebih tepat lagi warga bukan Melayu Malaysia yang sudah jaga dari lena itu mesti ditingkatkan. Pagi itu dia berazam untuk berbuat demikian.


Tetapi tanpa diketahui oleh YB J, di kalangan 500 orang generasi muda yang hadir pada pagi itu ada yang tidak setuju dengan pandangan politiknya itu. Salah seorang daripada mereka berazam untuk membetulkan penyimpangan politik YB J dengan caranya yang tersendiri.


Apabila YB J bangun untuk menuju ke rostrum ucapan, seorang anak muda dari belakang pentas berjalan tenang menuju ke arahnya. YB J tersenyum kepadanya. Dia menyangka anak muda seketurunan dengannya ingin mengiringinya ke rostrum atau bersalaman dengannya.


YB J menghulurkan tangan. Tiba-tiba YB J tergaman dan berdiri kaku. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tergenggam erat pada tangan anak muda yang seolah-olah mahu membalas salam tangan yang dihulur itu ialah sepucuk pistol jenis Revolver yang betul-betul diajukan ke arah dada YB J.


Tanpa berkata apa-apa, anak muda itu melepaskan beberapa das tembakan. Salah satu daripadanya tepat mengenai jantung YB J. Dia rebah ke lantai.


Para hadirin menjadi panik. Mereka yang berada di atas pentas turut tergamam melihat apa yang berlaku. Kejadian menjadi hiruk-pikuk dan tidak terkawal. Pihak penganjur yang tidak menduga kejadian malang itu berlaku, tidak tahu berbuat apa-apa. Beberapa orang anggota polis berpakaian preman yang menjadi tetamu yang tidak diundang dalam majlis itu, meluru ke arah pentas. Rakan-rakan mereka yang berpakaian seragam yang berkawal di luar juga bergegas masuk ke dewan.


Tetapi belum sempat mereka berbuat apa-apa, kedengaran beberapa das tembakan lagi. Kali ini yang rebah adalah anak muda itu sendiri.


Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua mereka - YB J dan anak muda yang berpakaian kemas itu, sudah tidak lagi bernyawa.


Sewaktu pemeriksaan dibuat ke atas mayat anak muda yang tidak dikenali itu, terselit sehelai nota yang ditaip rapi, ditulis dalam bahasa Kebangsaan.


Ia berbunyi: YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan.




Sastera


CERPEN


Oleh Chamil Wariya

JAWAB KHAIRY, JANGAN TAK JAWAB!!!!

Ana ajak Khairy beri pendiriannya dan media perdana siarkan sepenuhnya. Kalau ana dituduh munafiq, ana tidak mahu Khairy dituduh munafiq kerana dia akan jadi Perdana Menteri satu hari.Jika dia buat, mengaku saja. Baik sekali, kalau Khairy bertaubat nasuha. Ana sanjungi." - Blogger Husin Lempoyang.
Tulisan Husin Lempoyang:
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/

Nota:
Apa tunggu lagi Khary. Ajak lah Husin Lempoyang berdebat.............