Friday, November 21, 2008

BOLEH MENANG KE SHAHRIZAT?

Tabik spring kepada Shahrizat Jalil kerana memenuhi kehendak akar umbi Wanita Umno untuk tetap lawan Rafidah Aziz. Banyak persoalan timbul.
  • Boleh menang ke Shahrizat?
  • Apa pula dolak dalik Rafidah?
  • Apa pula perasaan dan perasan Exco Wanita semasa membuat keputusan minggu lepas?
  • Ramai ke serikandi Rafidah sudah berpaling tadah?

Pun begitu, diharap bertandinglah dengan sihat. Jangan baling kerusi macam mesyuarat MIC pulak jadinya nanti. Dan jangan pula bertumbuk macam Mesyuarat Perwakilan Bahagian Seremban.

Yang pasti kehendak akar umbi mahukan Rafidah bersara dengan cara terhormat. Apa ada dalam tempoh tiga bulan tu? Ke Rafidah dah pasang angan-angan nak bodek bakal PM untuk jadi menteri lagi. Mungkin itulah alasannya. Rafidah boleh demand bahawa Ketua Wanita nak jawatan menteri.

Sudah-sudah lah tu. Awak tu dah tua. Bagi peluanglah kepada orang lain pula.

1 comment:

Azam Abd Rahman said...

Jika kalah Rafidah maka runtuhlah sokong yang akan membantu DS Najib dari goyangan kuda-kuda hitam serta tangan-tangan rahsia dibelakangnya. Jika TS Muhyiddin juga dikalahkan dan Dato' Mukhriz juga maka akan lengkaplah kemenangan DS Najib yang tidak akan bermakna apa-apa kerana beliau sudah tidak mempunyai kekuatan. Apakah erti peralihan kuasa itu kelak?