Sunday, November 09, 2008

UMNO SEREMBAN BERTUMBUK - MEMALUKAN

Perwakilan bertumbuk, mesyuarat UMNO Bahagian Seremban ditangguh
09/11/2008 12:05pm

SEREMBAN 9 Nov. – Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Seremban hari ini ditangguhkan selepas tercetusnya pergaduhan di antara perwakilan dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar di sini.
Keputusan tersebut dibuat oleh Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Othman Senara selepas perwakilan mula bertumbuk antara satu sama lain, membaling kerusi ke arah barisan jawatankuasa bahagian serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian yang turut disaksikan pengerusi jawatankuasa pemantau UMNO Bahagian Seremban, Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Berikutan kejadian itu, mesyuarat tertangguh selama lebih 30 minit dan difahamkan dua perwakilan mengalami kecederaan.
-Utusan.

2 comments:

bungaraya said...

inilah yang dikatakan oleh Datuk Rahim Baba kepada saya suatu ketika dulu. Dia kata ( nasihat ) kepada saya,
...raman, jangan terlalu serius dalam politik....

Tapi saya menjawab ketika itu. Begini jawapan saya
...politik saya kurang serius. Yang saya serius ialah perjuangan menegakkan bangsaku dan agamaku di kawasan ku.....
Mungkin kata Datuk Rahim Baba itu tepat melihat kepada senario yang berlaku dalam pemilihan agung UMNO di Seremban itu.

azamwild said...

Orang UMNO masakini perjuanganya hanya kepada kepentingan diri sendiri, mana lagi ada kepentingan kepada bangsa dan negara. Semua berebut jawatan kerana kepentingan diri.