
Tuesday, September 22, 2009
PENGACARA rancangan 999 TV3

Friday, September 18, 2009
Thursday, September 10, 2009
Wednesday, September 09, 2009
SEJARAH PANAS MALAYSIA - INDONesia
GANYANG MALAYSIA!!! kata mat indon





Warga Malaysia Di-Sweeping di Jalan Diponegoro
Jakarta - 50 Aktivis dari Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melakukan sweeping terhadap warga Malaysia yang melintas di Jl Diponegoro, Jakarta Pusat. Sweeping dilakukan dengan meminta warga Malaysia menunjukkan kartu identitas mereka.
Pantauan detikcom di Jl Diponegoro, Selasa (8/9/2009), relawan Bendera ini mengenakan ikat kepala berwarna putih. Beberapa di antaranya memegang bambu runcing. Aksi sweeping ini terkait klaim Malaysia atas budaya Indonesia.
Dalam aksi sweeping ini, jika didapati ada warga Malaysia yang tidak mempunyai kartu identitas maka akan diamankan. Namun hingga saat ini, belum ada satu pun warga Malaysia yang melintas.
Sementara bagi para pengendara bermotor yang berkewarganegaraan Indonesia diberikan bendera merah putih dalam ukuran kecil.
Akibat adanya aksi sweeping tersebut, lalu lintas mulai dari Jl Proklamasi hingga Jl Imam Bonjol mengalami kemacetan. Kendaraan bermotor yang biasa melintas dengan 2-3 jalur, kini hanya bisa 1 jalur dan harus berjalan perlahan-lahan.
30 Menit Sweeping Warga Malaysia yang Menegangkan
Jakarta - Sweeping warga Malaysia berlangsung singkat. Hanya 30 menit dari 60 menit yang direncanakan. Tetapi suasana yang terbangun cukup menegangkan.
Pengendara yang melintas langsung berubah air muka. Yang biasanya santai tiba-tiba tegang karena melihat aksi demo menutup jalan dan memegang bambu runcing ditangan. Tiap pengendara langsung ditanyakan KTP atau identitas lain.
"Untung kita asli Indonesia. Ganyang Malaysia," ucap pengendara memberi semangat di Posko Ganyang Malaysia, Jl Diponegoro No.58, Jakarta, Selasa, (8/9/209).
Polisi yang bertugas segera menutup jalan Diponegoro. Arus kendaraan dari Proklamasi dialihkan ke Cikini dan Jl Surabaya. Antisipasi ini untuk mengurangi kemacetan akibat sweeping tersebut.
Namun para relawan ganyang Malaysia tersebut hanya bertahan di depan posko. Mereka tidak beranjak untuk maju ke pertigaan pengalihan arus (depan bioskop Metropole) yang dijaga puluhan polisi. Pendemo hanya berorasi dan menyanyikan lagu perjuangan. Pukul 12.45 WIB arus kendaraan kembali normal saat pendemo sweeping membubarkan diri.
Friday, August 14, 2009
CERITA DARI hARAKah

Cisss Tipah tertipu!!! ingatkan Hassan Ali ni boleh pakai, tapi rupanya hampeh kelapa sawit...Penipu besar, munafikun.. sanggup berpelukkan dengan golongan laknatullah!!
Sial giler..
Semua pembohong...
Berlakon sahaja...
Sedarlah wahai umat Islam di Malaysia.. Inilah wajah pembohong yang melacurkan agama kita pada DAP..
Sanggupkah kita tunggu lagi??
Yang paling aku tak tahan bila muka Aljuburi pun ada sama.. Hampeh!!!!
BRO, KAU BARU TAU MAINAN SANDIWARA POLITIK???!!! TAK KIRA LAH UMNO KE, PKR KE, PAS KE, DAP KE...SEMUANYA SAMA AJA.. SEMUANYA BERPOLITIK UNTUK NAK DAPATKAN PUBLISITI MURAHAN, PROPAGANDA DAN YANG PALING PENTING SEKALI MENIPU DAN BUAT DOSA OLEH ORANG POLITIK TAK HARAM. ITU SEBAB MEREKA SUKA MENIPU..JANJI POKET PENUH!!!!!!!!!!!.
Wednesday, August 05, 2009
SKANDAL DAP DI BONGKAR
www.t4tbh.blogspot.com
RASANYA APA YG DIBONGKAR INI DATANGNYA DARI ORANG DAP SENDIRI. BLOG INI MENJADIKAN RONNIE 'CIBAI' LIU SEBAGAI SASARAN UTAMA. MUNGKIN BENAR GANGSTER DAP YANG BUNUH TEOH.
RONNIE LIU PANAS BUNTUT!!!!!!!!!!
Jawatan Exco kanan itu kini disandang oleh Ronnie Liu dari DAP.
Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.
Pendirian itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebentar tadi.
"PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.
"PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan," katanya.
Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.
"Perkara ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri esok... Exco PAS akan bawa isu ini," katanya.
Dalam pada itu menurut Hasan, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Katanya, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.
Bagaimanapun menurut beliau, langkah sedemikian tidak membabitkan hak masyarakat bukan Islam di negeri ini.
"PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak diharamkan dijual atau diminum di kalangan masyarakat bukan Islam.
"Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya di sisi Islam dan bukan untuk mengganggu-gugat hak masyarakat bukan Islam.
Oleh itu jelasnya, PAS Selangor kesal apabila inisiatif untuk mengawal pengurusan penjualan dan aktiviti minum arak di kalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak tertentu.
Keputusan terhadap gesaan tersebut menurut Hasan dicapai dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Selangor kelmarin.
Minggu lalu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini.
Kata beliau, ia perlu dipulangkan semula kerana salah faham.
Perkara itu juga telah dikecam oleh Umno Selangor.
Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.
Bagi memastikan enakmen berhubung arak tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, PAS Selangor juga akan mengeluarkan satu deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Deraf berkenaan bukan satu undang-undang baru, sebaliknya hanya sebagai peraturan yang boleh digunakan oleh kesemua 12 PBT yang ada di Selangor.
"Sekarang ini hanya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang boleh ambil tindakan, jadi sekarang ini kita nak bagi kuasa itu kepada penguatkuasa PBT juga," katanya.
(mstar.com.my)
Saturday, July 18, 2009
GANGSTER DAP BUNUH TEOH????
Teoh Beng Hock, 30, yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak pukul 5 petang semalam, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam.
Siapa Teoh dan mengapa semua ini berlaku kepada dirinya?
Ramai yang tahu Teoh ini adalah setiausaha politik dan pegawai khas kepada Ean Yong Hian Wah salah seorang exco kerajaan negeri, tapi ramai yang tak tahu yang Teo ni dulu pernah menjadi pegawai khas kepada MP Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua.
Satu bala besar akan menimpa ADUN Cina selepas Teoh dipanggil oleh SPRM.
Kenapa pejabat SPRM pula dijadikan tempat pembunuhan?
Wallahhualam.
Wednesday, July 15, 2009
RELAKS JAP : JOM MAKAN DURIAN KAT JELEBU
Tuesday, July 14, 2009
POLITIK SELANGOR!!! OH!! SELANGOR!!!
BARISAN EXCO PR (PAKATAN RANJANG) SELANGOR






Ya, Exco Selangor patut ditukarkan.
Saya menyokong penuh seruan YB Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa, supaya menggantikan ahli Exco Selangor tertentu yang tidak layak untuk memegang jawatan mereka.
Saya sendiri telah menerima banyak aduan daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat dan golongan peniaga di Selangor bahawa pejabat salah seorang ahli Exco telah dan sedang digunakan sebagai tempat bermesyuarat untuk orang yang terlibat dalam peniagaan jenis yang boleh dipersoalkan ataupun “underground business activities.” Ini adalah rahsia terbuka dalam pejabat pentadbiran Selangor dan ini akan menjejaskan imej pentadbiran Pakatan.
YB Azmin Ali telah berucap dalam DUN sebagai wakil rakyat dan beliau telah menyampaikan kebimbangan umum dan pada masa yang sama melindungi keutuhan pentadbiran Pakatan di Selangor.
Amat malangnya jawapan yang serta merta daripada ahli exco kanan, YB Teresa Kok, adalah serangan terhadap YB Azmin Ali dan ini menunjukkan suatu “sikap buruk dan bongkak” beliau untuk mencadangkan pemecatan YB Azmin Ali sebagai Presiden Kelab “Backbenchers.”
Untuk makluman semua, dalam pengalaman politik saya yang terhad ini, saya belum pernah lihat gelaran atau jawapan rasmi “ahli exco kanan.” Selain daripada boleh dianggap sebagai sesuatu yang ditertawakan, seandainya seseorang ini tegas hendak mengadakan gelaran ini, perbuatan ini menonjolkan sesuatu fahaman batin. Walau bagaimanapun, sebagai seorang “ahli exco kanan”, saya ingat YB Teresa Kok harus meluangkan sedikit masa mendalami seruan YB Azmin Ali dan menyiasat sama ada terdapat kebenaran dalam ucapan beliau dan bukanlah berlagak seperti seorang yang baru menceburi dalam bidang ini.
Cetusan-cetusan beliau baru-baru ini nampaknya seperti percubaan berlagak sebagai “wira” dan “ahli exco kanan” YB Teresa Kok nampaknya tidak boleh menerima pandangan orang lain tak kira sama ada ia adalah untuk kebaikan Pakatan atau tidak. Saya rasa YB Teresa Kok tidak menolak kebebasan berucap Dewan.
Memandangkan maklumat yang saya terima daripada ramai ahli Pakatan di Selangor mengenai salah sebuah parti yang terlalu mesra dengan pihak-pihak yang menceburi dalam bidang peniagaan yang boleh dipersoalkan, dan juga apa yang telah dibangkitkan dalam Dewan oleh YB Azmin Ali, pada pendapat saya Mentri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, harus memikir dengan serius menukar ahli-ahli exco negeri untuk kebaikan dan imej Pakatan.
surat cinta untuk Teresa CockKenyataan saya dalam blog yang menyokong saranan YB Azmin Ali supaya diadakan pertukaran untuk exco Selangor adalah mudah dan jelas. Saya tidak pernah menyebut nama exco yang terlibat atau dari parti mana beliau berada. YB Ronnie Liew Liu melatah ke atas kenyaatan blog saya sama seperti YB Teresa Kok melatah di atas ucapan YB Azmin Ali semasa di Dewan Negeri Selangor yang mencadangkan supaya diadakan pertukaran untuk exco kerajaan negeri Selangor
Kenyataan saya adalah berdasarkan ucapan balas kepada saranan YB Teresa Kok supaya memecat YB Azmin sebagai presiden Kelab Penyokong Kerajaan. Saya sangat terkejut kerana ucapan saya menyinggung YB Ronnie Liew Liu. Saya dapat memahami perasaan YB Teresa yang tidak berpuas hati dengan saya kerana saya telah menuduh beliau menggelarkan beliau sendiri sebagai ‘senior’ exco walaupun tidak ada terma didalam Perlembagaan Negeri Selangor untuk jawatan sedemikian. Tentu sekali beliau tidak membalas balik tuduhan saya itu.
Dalam memberi maklum balas kepada kenyataan awal saya, YB Ronnie Liew Liu menyatakan bahawa apa yang saya telah utarakan adalah kerana ‘dendam saya terhadap kepimpinan parti’ dan kerana saya telah keluar parti DAP. Untuk makluman semua, saya telah dipecat dari DAP pada 1998 atas alasan saya tidak menunjukkan kesetiaan kepada pucuk pimpinan. Namun, peristiwa ini telah berlalu. YB Lim Kit Siang telah menyatakan di parlimen bahawa YB Lim Guan Eng, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya dalah mangsa kepada ketidakadilan Barisan Nasional. Saya juga ada membuat kenyataan yang serupa di parlimen. Saya juga menyokong usul dan kenyataan dari ahli-ahli parlimen DAP termasuk YB Lim Kit Siang di parlimen. Saya gembira untuk menyatakan bahawa saya mempunyai hubungan yang baik dengan YB Lim Kit Siang dan ahli-ahli parliament DAP yang lain baik di dalam mahupun di luar parlimen
Oleh itu, alasan yang dihujah oleh YB Ronnie Liew Liu itu adalah amat tidak berasas sama sekali. Seandainya alasan YB Ronnie Liew Liu boleh diterima pakai, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebagai Ketua Pembangkang tidak layak untuk mengemukakan sebarang isu berkaitan BN kerana beliau adalah bekas Perdana Menteri yang telah dipecat daripada UMNO, sama seperti saya yang dipecat daripada DAP
Sepatutnya YB Ronnie Liew Liu tidak perlu untuk melatah dan marah dengan kenyataan saya kerana saya tidak menyebut nama beliau atau nama parti beliau. Tambahan pula, bukan hanya YB Ronnie Liew Liu seorang sahaja yang memegang jawatan ahli exco, ada lagi ahli exco yang lain daripada PKR dan PAS, dan mereka pula tidak langsung ‘terasa’ dengan kenyataan yang saya utarakan dua hari lepas. Perumpamaan yang paling sesuai saya berikan adalah SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS!
Saya mungkin tidak melawat pejabat ahli exco tersebut tetapi itu tidak bermakna yang saya tidak mengetahui apa yang telah berlaku di sana. Sama seperti polis, mereka tidak pernah melawat rumah tumpangan, rumah urut, pusat perjudian dan sebagainya. Tetapi mereka masih dapat mengetahui aktiviti yang berlaku berdasarkan maklumat yang diterima. Saya akan mendedahkan nama ahli exco yang terlibat pada masa yang sesuai kelak
Perhatian saya pada isu ini sebagai ahli Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen yang mahukan pakatan rakyat ini meneruskan ketelusan untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya percaya YB Ronnie Liew Liu dan YB Teresa Kok juga berkongsi cita-cita yang sama.
Seperti YB Ronnie Liew Liu and YB Teresa Kok, saya juga mengalu-alukan siasatan daripada pihak polis atau mana-mana badan penguatkuasa ke atas isu ini dan saya berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya.
Thursday, July 09, 2009
SAMA AJE.. DULU DGN SEKARANG...
Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
BANGLO @ ISTANA KHIR TOYO DI SHAH ALAM





Tuesday, July 07, 2009
Friday, July 03, 2009
PENGGUNA DADAH LEBIH RAMAI DARI PENAGIH DADAH
Apabila membicarakan tentang dadah, kita janganlah berpura-pura dan tidak mengakui hakikat sebenarnya di negara kita ini pengguna dadah lebih ramai dari penagih dadah.Walaupun tiada petunjk angka yang tepat, namun keadaan ini sebenarnya telah lama bergelumang di sekeliling kita sejak zaman dahulu lagi.
Petunjuk angka yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hanya melibatkan jumlah yang dikategorikan sebagai penagih dadah sahaja. Penagih dadah diistilahkan sebagai pengguna dadah yang sudah sampai ke tahap gian dan jika tidak dapat dadah dalam sehari, akan meranalah badan mereka seperti menggigil dan tidak ketentuan arah. Mereka ini sudah seperti mayat hidup sehinggakan 28 pusat serenti di seluruh negara masih tidak cukup untuk menempatkan penagih ini.
Pengguna dadah pula adalah mereka yang mengambil dadah untuk tujuan berseronok, menghilangkan kebosanan, kerunsingan dan bersosial bersama rakan-rakan. Golongan ini tidak sampai ke tahap menagih dan gian tetapi sekadar untuk bersosial. Jika ada bekalan mereka mengambillah dadah, jika tiada, tidak menjadi masalah kepada mereka kerana belum sampai ke tahap menagih.
Golongan pengguna dadah ini samalah juga dengan mereka yang minum arak. Ramai yang meminum arak untuk tujuan sosial dan bersuka-suka sahaja. Hanya segelintir daripada mereka itu telah menjadi penagih arak.
Golongan pengguna dadah inilah yang ramai di dalam masyarakat kita hari ini. Penampilan gaya dan fizikal mereka tidaklah seperti yang selalu digambarkan oleh media dan pameran anti dadah tentang gelagat penagih dadah. Jika penagih mudah sahaja kita kenali dengan penampilan pakaian yang tidak terurus, gaya lalok dan tutur kata yang melalut. Golongan pengguna dadah pula gaya penampilan sama seperti orang biasa yang sukar untuk dikenalpasti mereka ini sebenarnya mengguna dadah.
Pengguna dadah meliputi semua golongan masyarakat. Daripada penuntut sekolah, pelajar IPTA/IPTS, pekerja swasta, kakitangan kerajaan, petani, guru, golongan profesional, ahli perniagaan, polis, tentera malah ahli politik pun ada. Sudah tentu golongan seperti ini tidak termasuk di dalam rekod AADK yang baru-baru ini mengeluarkan laporan terdapat 283,000 penagih di seluruh negara.
Golongan seperti ini sememangnya mengetahui dadah itu membahayakan diri. Kebanyakan mereka mengambil dadah hanyalah untuk bersuka-suka dan bersosial dengan rakan-rakan. Golongan seperti inilah yang sebenarnya perlu dibimbangkan kerana potensi untuk terjerumus ke kategori penagih begitu besar dan mudah sekali.
Memang sukar untuk mengesan pengguna dadah ini kerana mereka mengambilnya bukan setiap hari. Bagi orang muda mungkin semasa bersuka ria di hujung minggu. Bagi golongan pertengahan umur dan tua pula mungkin semasa berkumpul bersama-sama rakan-rakan yang sealiran dengan mereka. Sukar untuk mengenali golongan seperti ini. Mungkin rakan sekerja kita di meja sebelah, mungkin suami atau isteri kita, malah anak kita sendiri tergolong dalam kelompok pengguna dadah.
Sasaran pihak yang berkuasa dan bertanggung jawab membasmi dadah di negara ini haruslah juga menggempur golongan pengguna dadah selain daripada pebagih tegar. Pengguna dadah yang bukan kategori penagih dadah ini juga adalah penyumbang hasil dan keuntungan yang besar sebenarnya kepada pengedar dadah.
Jika di Kuala Lumpur, tempat pengedaran dadah kepada golongan pengguna dadah terhormat ini bukannya di lorong-lorong kawasan Chow Kit, tetapi di kawasan berhampiran bangunan-bangunan pejabat di sekitar segi tiga emas Kuala Lumpur seperti Wisma Central Jalan Ampang, Wisma Cosway, Plaza See Hoy Chan malah di coffee house Hotel Concorde. Adakah penagih dadah akan pergi ke tempat-tempat seperti ini untuk membeli bekalan mereka ?. Ini menunjkkan golongan yang mempunyai kerjaya juga mengambil dadah tetapi masih belum tergolong sebagai penagih lagi.
Kebanyakan golongan pengguna dadah terhormat ini mengambil dadah jenis ganja dan dadah sintetik. Langkah dan strategi baru perlulah diperhebatkan untuk membasmi gejala penyalahgunaan dadah di dalam masyarakat.
Seringkali serbuan dilakukan oleh pihak yang berkuasa terhadap pusat hiburan seperti pub, disko dan karaoke. Walaupun berjaya, namun hanya segelintir sahaja yang dapat ditangkap.
Namun begitu bukan mudah untuk memberkas golongan pengguna dadah ini jika hendak dibandingkan dengan golongan penagih dadah. Sebab utamanya mereka bukannya mengambil dadah setiap hari.
Saya berikan contoh golongan profesional dan berjaya di dalam karier mereka yang menggunakan dadah jenis ganja. Mereka ini ada yang berpengaruh, terkenal malah "public figure". Kebanyakannya mengambil ganja sejak mereka menuntut di universiti lagi. Golongan ini dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Mereka sanggup mengadakan "tabung khas" sesama mereka untuk menyewa kondominium mewah sebagai tempat "lepak" untuk berkumpul bersama-sama untuk menghisap ganja. Memang sukar untuk pihak berkuasa hendak menjejaki golongan seperti ini.
Hubungan dan rangkaian pembekal dadah mereka juga tidak kurang hebatnya. Ke mana sahaja mereka berada di Malaysia ini, ada sahaja pembekal yang akan membekalkan ganja "door to door service", sehinggakan ke pintu bilik hotel jika mereka bertugas di luar kawasan.
Pengguna dadah seperti ini memang licik dan sukar untuk dikenali. Tanpa mengetahui peribadi mereka, sukar untuk kita mengenalpasti mereka ini menyalahgunakan dadah. Walaupun mereka tidak di kategorikan sebagai penagih dadah kerana menambil dadah apabila perlu sahaja, golongan seperti inilah yang akan berterusan merosakkan masyarakat kita.
Justeru itu, bukan kerja mudah sebenarnya untuk membenteras dadah 100 peratus. Penyalahgunaan dadah ini adalah penyakit sosial yang sama tua dengan pelacuran di dunia ini. Seluruh dunia menghadapi masalah dadah. Agak mustahil jika kerajaan hendak mengisytiharkan Malaysia bebas dadah menjelang tahun 2015 seperti hasrat AADK. Sebabnya selagi ada ladang ganja, bunga poppi dan makmal dadah, selagi itulah ada pembekalnya. Selagi ada penggunanya, selagi itulah ada penjualnya.
Selagi adanya golongan pengguna dadah terhormat dan profesional yang melebihi daripada kumlah penagih dadah di negara kita, selagi itulah dadah tidak dapat dibenteras. Mungkin ada ahli mesyuarat di Majlis Tindakan Membenteras Dadah Peringkat Daerah atau Negeri pun pengguna dadah kerana dadah tidak mengenal usia, bangsa dan kerjaya seseorang itu.
Thursday, March 12, 2009
TERKINI - SKANDAL SEKS PEMIMPIN UMNO
PEMILIHAN UMNO - DANGDUT DAN KARAOKE JUGAK YANG UNTUNG
MACAM KATA RAHIM, DUIT HARAM MESTI BELANJA HARAM JUGAK.
Tuesday, March 10, 2009
PEKERJA ASING : salah kita semua
Ketidakseimbangan faktor penawaran dan permintaan sektor tenaga kerja adalah penyebab utama kebimbangan kerajaan kemungkinan jumlah pekerja asing akan meningkat kepada 5 juta orang menjelang tahun 2010. Pada pendapat saya kebimbangan itu sudah berlaku sekarang cuma tiada data yang tentang berapa ramai jumlah pekerja asing di Malaysia.
Masalah ini lebih hebat dan mengejutkan lagi apabila laporan dan kajian daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang memetik bahawa 20 peratus peluang pekerjaan baru yang wujud dibolot oleh pekerja asing.
Siapakah yang bersalah?. Apakah ghairah majikan yang mengejar keuntungan semaksima yang mungkin dan ingin menjimatkan kos upah menyebabkan pekerja tempatan dipinggirkan?.
Saya berpendapat pekerja asing di negara kita dikategorikan kepada dua, iaitu yang pertama pekerja asing dengan izin(PADI) dan pekerja atau pendatang asing tanpa izin (PATI).
Kategori PADI ini adalah pekerja asing yang mempunyai permit kerja untuk bekerja di sektor-sektor tertentu seperti perkilangan, perladangan, perkhidmatan dan pembantu rumah. Itupun sudah ada penyelewengan tentang permit kerja yang sememangnya sudah berleluasa sekarang ini.
Ada PADI yang mempunyai permit kerja di sektor pekilangan, tetapi sebenarnya bekerja di kelab malam dan rumah urut. Ada yang mempinyai permit bekerja di sektor pembinaan, tetapi sebenarnya bekerja di restoran dan wakil penjual permaidani yang bergerak ke kampung dan taman perumahan.
Ditambah malang lagi ada pekerja asing yang sudah tamat tempoh permit kerja tetapi masih tinggal di negara kita dan bekerja sendiri seperti negara ini mereka yang punya. Golongan ini mengaut keuntungan berlebihan tanpa perlu membayar Cukai Pendapatan, Caruman KWSP dan PERKESO. Mereka pada awalnya sebagai pekerja dengan permit semata-mata bertujuan sebagai batu loncatan untuk terus mencari rezeki di bumi bertuah ini dan matlamat akhir mereka ialah untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap yang pada pendapat mereka amat mudah diperolehi di Malaysia berbanding dengan di Timur Tengah atau di Eropah kerana sikap kita sendiri, rakyat Malaysia yang amat pemurah dan cepat kasihan kepada orang susah.
Mengapa kita kena mengambil pekerja asing sedangkan tenaga pekerja tempatan tidak kurang ramainya? Adakah golongan pekerja kita tetutamanya orang muda terlalu memilih pekerja?. Atau adakah kesatuan pekerja di Malaysia ini yang terlampau sibuk dengan piket untuk naik gaji sahaja sehingga lupa tanggungjawab sebenar mereka?.
Masalah PATI adalah lebih meruncing sekarang ini sehinggakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengklasifikasikan masalah PATI adalah masalah kedua negara selepas masalah dadah. Jadi tidak perlu risau jika kita hendak tunggu sehingga 2010 untuk melengkapkan data pekerja asing mencapai 5 juta orang sedangkan realiti sebenarnya sudah pun mencapai malah lebih daripada itu jika dicampurkan PADI dan PATI.
Jika faktor permintaan iaitu majikan atau lebih tepat sekali rakyat Malaysia sendiri yang sengaja mengadakan faktor permintaan buruh asing ini amat perlu untuk menjana ekonomi negara, maka mentaliti sebegini yang sudah di tanam di fikiran kita, maka setiap kali memerlukan tenaga pekerja, secara automatiknya otak memikirkan pekerja asing sebagai penyelesaian untuk mengatasi kekurangan tenaga buruh.
Kemana perginya puluhan ribu graduan setiap tahun daripada IPTA, IPTS, politeknik, institut kemahiran, pusat latihan perindustrian, institut pertanian, kolej komuniti, malah GIAT MARA ?. Adakah mereka ini bekerja di luar negara?. Apakah permintaan majikan tidak seiring dengan penawaran graduan ini yang telah mencakupi beratus jenis kursus teknikal, profesional dan separa profesional?. Apakah tiada perancangan teliti permintaan tenaga buruh negara dengan penawaran lepasan institusi yang sudah dibelanjakan berbilion ringgit oleh kerajaan?.
Antara alasan stereo-type yang diberikan ialah golongan muda memilih kerja, tidak mahu kerja berjemur di tengah panas dan meminta gaji yang tinggi. Itu alasan daripada majikan sebagai bukti kenapa mereka perlu mengimport pekerja. Alasan stereo-type pencari kerja tempatan pula ialah gaji yang rendah tidak setimpal dengan kelulusan, ditawarkan tempat kerja yang jauh daripada keluarga malah faktor kerja di swasta atau kerajaan juga penyebab terlampau memilih kerja.
Ruang yang ditinggalkan oleh pencari kerja rakyat Malaysia yang terlalu hendak dimanjakan ini telah diambil oleh pekerja asing. Mentaliti rakyat kita yang inginkan kesenangan sepanjang masa tanpa mahu menghadapi kesukaran yang sebenarnya akan mengajar mereka menilai erti kehidupan.
Jika rakyat kita tidak terlampau memilih sangat kerja dan malu untuk melakukan kerja buruh bangunan dan pekerja di ladang, maka tidak hairan nanti sebenarnya jangkaan Menteri Sumber Manusia itu akan menjadi dua kali ganda daripada jangkaan kementerian beliau jika semua pihak tidak memikirkan secara serius cara-cara untuk mengatasi mentaliti dan daya fikir kita sendiri untuk mengambil balik semua kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja asing.
Sejarah pengambilan pekerja asing di dunia ini telah membuktikan apabila laluan sudah di buka, maka mustahil untuk menutup kembali. Selain daripada itu, dengan bermulanya dasar mengizinkan orang asing bekerja, ia sebenarnya telah menggalakkan pendatang haram ke negara, polimik sosio-budaya, masalah sosial dan beban penguatkuasaan undang-undang. Inilah yang terjadi kepada negara-negara maju di dunia ini seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun, Canada dan Jerman.
Akibat sudah diberi laluan kepada rakyat asing bekerja, maka amat sukar pula untuk membendungnya semula. Statistik di negara-negara maju tersebut telah membuktikan bahawa peratusan pekerja asing yang ada permit dan pendatang haram semakin meningkat setiap tahun. Amerika Syarikat pada tahun 2005 telah membelanjakan sebanyak USD 1 bilion sebagai peruntukan Pengawal Sempadan Negara untuk mengekang kebanjiran pendatang haram dari Amerika Tengah dan Amerika Latin.
Kita semua, termasuk majikan perlulah menanamkan sikap mengutamakan keperluan tenaga kerja tempatan daripada berkiblatkan kepada tenaga kerja asing. Minda kita mestilah difokuskan bahawa masih ramai warganegara Malaysia yang dahagakan kerja untuk memperolehi pendapatan yang sedikit sebanyak akan mengubah taraf ekonomi mereka.
Mengapa kita tidak menggunakan sumber tenaga kerja dari Sabah dan Sarawak untuk berkerja di sektor pembinaan di Semenanjung yang rancak membangun?. Apakah hasil kerja buruh binaan Indonesia itu begitu bermutu sehinggakan kontraktor binaan menaruh kepercayaan kepada mereka untuk membina bangunan?. Akibatnya banyak bangunan yang runtuh dan rosak struktur binaannya gara-gara kontraktor Bumiputera lebih mengagungkan pekerja Indonesia.
Sikap kita sebagai rakyat Malaysia yang terlampau pemurah dan sering beranggapan segala dari luar negara adalah yang terbaik termasuklah sektor pekerja perlu dihakis mulai sekarang. Sikap kita yang sering mengagungkan apa sahaja dari luar negara itu lebih bermutu dari buatan tempatan, sebenarnya telah hampir kematu di dalam minda kita. Ini perlu dihakiskan sedikit demi sedikit.
Wednesday, February 25, 2009
Sunday, February 08, 2009
ANWAR KARAM DI TANGAN KARPAL
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.
Wow!!! panas..panan dan makin panas politik Malaysia.













ASYIK CERITA SERIOUS DAN POLITIK AJE. JOM RELAKS DI HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA DENGAN MAKAN DURIAN DI DUSUN KAT KUALA KLAWANG, JELEBU.








