Sunday, November 25, 2007

IKUT SUKA MEREKA LAH..SAMY

BACA KENYATAAN SAMY VELLU PADA 22/11/2007
SEKARANG SAMY, LU MAU CAKAP APA LAGI????

Perhimpunan haram 25 Nov ... ikut suka merekalah - Samy

“Kalau ada orang nak terjun dari bangunan tiada siapa boleh halang…MIC tidak campur, itu urusan mereka…ikut suka merekalah,” itulah komen Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu apabila ditanya cadangan sekumpulan masyarakat India untuk mengadakan perhimpunan di depan kedutaan British Ahad ini. Beliau berkata, orang yang mendakwa hendak memperjuangkan nasib masyarakat India sering muncul tetapi hakikatnya mereka pembohong. “Banyak orang macam ini, cakap mahu perjuangkan nasib orang India tetapi sebenarnya menipu…jangan kita biarkan diri kita ditipu sekali lagi,” ujarnya. Beliau berkata demikian hari Khamis kepada Agendadaily di bangunan Parlimen ketika ditanya nasihat beliau kepada masyarakat India yang hendak menyertai perhimpunan berkenaan. Perhimpunan tersebut hendak diadakan kerana mahu memperjuangkan nasib masyarakat orang India yang kononnya ditindas semasa penjahan British dan nasib mereka tidak berubah selepas merdeka. Menurut Samy, mengikut kenyataan pihak yang hendak menganjurkan perhimpunan tersebut bahawa mereka telah membuat tuntutan kepada kerajaan British kerana masyarakat India ditindas dan tidak dilayan dengan adil semasa penjajahan. Namun katanya, setelah disemak dengan kerajaan British tidak ada sebarang tuntutan atau surat menyurat yang dibuat oleh pihak yang membuat dakwaan tersebut. Ditanya mengenai dakwaan nasib masyarakat India masih tidak berubah walaupun selepas merdeka, Samy menjawab “ ini satu lagi pembohongan… mereka bercakap tidak guna otak.” Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, penganjur perhimpunan tersebut mendakwa akan mendapat pampasan sebanyak €4 trilion dalam tuntutan mereka dan wang tersebut akan diagihkan kepada seluruh masyarakat India. “Sekarang ada yang terperdaya, tandatangan petisyen dan sudah mula kira berapa banyak wang mereka akan terima … itu satu pembohongan,” jelasnya. Katanya, sebagi pemimpin parti yang mewakili masyarakat India beliau sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memperjuangkan serta membela nasib masyarakat India. “Kita berjuang melalui Barisan Nasional…walaupun hakikatnya saya bukan berpuashati sepenuhnya dengan BN tetapi jika kerajaan tidak melaksanakan usaha membantu masyarakat India, saya akan perjuangkan,” ujar beliau. Bagaimanapun jelasnya, jika ada pihak yang tidak mengiktiraf usaha beliau, ia tidak menjadi masalah kepadanya kerana sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat, beliau akan terus melaksanakan amanah yang diberikan. “Kita telah buat macam-macam… kita tidak mahulah pasang papan iklan nak beritahu senarai apa kita dah buat… tapi kalau mahu juga kita boleh pasang iklan,” tambahnya. Ditanya apakah MIC akan berusaha menghentikan perhimpunan berkenaan, beliau berkata, beliau tidak akan melayan karenah penganjur tersebut. “Terserah kepda mereka, sebagai rakyat yang patuh kepada undang-undang mereka mesti mematuhi peraturan yang ada. Terserah kepada mereka dengan polis dan terserah kepada polis hendak mengambil tindakan,” tegasnya. – 22/11/2007

No comments: