Wednesday, December 26, 2007

JANGAN CABAR ORANG UMNO!!!!!!!

Seperti yang dijangkakan, golongan ekstrimis kaum India akan tetap seperti anjing menyalak bukit selagi tuntutan mengarut dan gila mereka itu tidak dipenuhi. Selepas salakkan daripada pemimpin Hindraf yang rata-rata dari kalangan penyokong pembangkang dipertikaikan, kini sudah muncul pula golongan yang tidak tahu berterima kasih ini muncul di kalangan parti komponen Barisan Nasional pula.

Kata-kata mulut celupar dari Naib Ketua Pemuda Gerakan, S.Paranjothy sesungguhnya menyakitkan hati ramai orang UMNO. Atas kapasiti ahli komponen BN beliau berkata antara sebab kaum India mundur dan terpinggir adalah disebabkan parti UMNO. Kenyataan "berlapik" itu adalah luahan perasaan golongan akar umbi masyarakat India yang kononnya disampaikan kepada beliau.

Di sini pula saya ingin menyatakan pula luahan perasaan golongan akar umbi orang Melayu terutamanya ahli UMNO. "Jangan paksa kami untuk bersikap kurang ajar hasil daripada terlalu berkompromi dengan masyarakat India selama ini. Kami sudah muak dan meluat dengan perkembangan terbaru daripada masyarakat India. Jangan paksa kami hilang sabar."

Saya sifatkan golongan kaum India yang mempertikaikan UMNO adalah golongan paling pengecut dan hipokrit. Mereka sebenarnya takut untuk mengungkapkan "Orang Melayu punca orang India rosak". Lalu ditukarkan kepada ayat yang lebih berlapik(kononnya) dengan menjadi "UMNO punca orang India rosak".

Golongan seperti ini sebenarnya tidak tahu berterima kasih kepada UMNO yang banyak berkorban atas prinsip perkongsian kuasa, muafakat komponen BN, kontrak sosial dan toleransi untuk memastikan kaum India dapat hidup di negara bertuah ini.

Saya mengibaratkan golongan yang tidak berpuas hati ini seperti kacang lupakan kulit, beri betis hendak peha dan sudah mahu menidakkan keistimewaan dan hak orang Melayu di Malaysia. Inilah akibat apabila orang Melayu atau UMNO terlalu berlebih kurang dengan golongan India.

Rasionalnya memang ada dan betul sejak zaman sebelum merdeka lagi perlunya ada toleransi sesama kaum demi keharmonian dan kesejahteraan seluruh rakyat agar tidak berlaku perbalahan yang boleh menyemarakkan rusuhan kaum.

Namun setakat mana boleh di kawal api kebencian antara kaum Melayu dan India masa kini hasil daripada tindakan dan tuntutan melampau Hindraf? Orang Melayu kini melihat berkembangan terkini tuntutan mengarut dari kaum India dengan penuh khusyuk dan serius. Ini soal maruah dan martabat bangsa Melayu.

Meredakan sesuatu keadaan kritikal hubungan antara kaum beberapa minggu yang lalu sebenarnya diharapkan akan menamatkan adu domba antara orang Melayu dan India di negara ini. Namun sikap keperihatinan dan bertolak ansur oleh Perdana Menteri dan kerajaan rupa-rupanya masih tidak cukup lagi bagi golongan pelampau kaum India.

Malah mereka semakin berani melalui beberapa saluran politik dalam komponen BN sendiri untuk cuba memperlekeh dan memperbodohkan kepimpinan negara dan cuba bermain api dan mencabar parti UMNO.

Golongan ini sebenarnya cuba membawa diri mereka ke suatu permainan politik yang akan memakan dan memusnahkan seluruh kaum India sendiri. Cuba mereka bayangkan selepas pilihan raya umum yang akan datang tiada satu pun wakil kaum India sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang yang bergelar "YB" untuk menduduki kerusi di parlimen atau dewan undangan negeri?. Malah tiada lagi ahli majlis pihak berkuasa tempatan di lantik dari golongan kaum India. Golongan radikal India perlu ingat dalam politik tiada perkara yang mustahil dan juga tiada perkara yang dirancang boleh menjadi "perfect".

Para pemimpin kaum India harus mengakui hakikat bahawa mereka gagal mengawal kaum India kerana wujudnya lambakan kumpulan samseng gangster dan gejala sosial dari kalangan kaum India. Apakah mereka sudah putus usaha membendung masalah sosial, maka dipersalahkan UMNO?. Apakah dipersalahkan orang UMNO kononnya kaum mereka dipinggirkan. Yang nyata di kalangan akar umbi orang Melayu mereka memberikan persoalan berikut, "kaum mereka dipinggirkan atau mereka meminggirkan kaum mereka sendiri"?.

Golongan yang masih tidak puas hati di kalangan kaum India ini perlu di berikan input dan anjakan minda mereka agar mengakui hakikat sejarah yang tidak pernah menipu. Hanya mereka yang mengaburi dan mentafsirkan sendiri fakta sejarah mengikut hawa nafsu dan gelodak perkauman. Ini yang menimbulkan masalah yang mereka sendiri reka dan wujudkan permasalahan kaum mereka sendiri dan menuding jari ke kaum lain terutamanya orang Melayu yang menjadi penyebab mereka miskin, tercicir dalam pendidikan, tiada peluang kerja dan keruntuhan akhlak yang begitu parah.

Apakah masalah-masalah tersebut perlu UMNO masuk "ke rumah" orang India untuk memberikan ceramah, motivasi, qiamullail, ataupun "brain storming" kaum yang bukan kaum ibunda mereka?. Jika UMNO melakukannya juga, dimana pula peranan MIC, PPP, IPF, Gerakan, NGO kaum India dan lain-lain pertubuhan?

Jika Paranjothy cepat menuding jari menyalahkan UMNO lah yang menyebabkan kaumnya terpinggir, tersisir, runtuh akhlak, perlu pembelaan dan banyak masalah, ini pula jawapan golongan akar umbi orang Melayu. "Hanya orang India sahaja yang boleh selesaikan masalah orang India sendiri".

Orang Melayu khususnya UMNO banyak lagi kerja lain yang perlu dibuat. Mohon simpati dan publisiti murahan untuk mendapat perhatian dari kerajaan untuk menyelesaikan isu kaum mereka agar menjadi isu nasional telah menyebabkan orang Melayu mula muak dan loya.

Orang Melayu sudah lama mengkaji dan mengetahui sifat dan muslihat kaum India kerana orang Melayu memang gemar hiburan. Maka tidak hairan mereka menganggap fenomena masa kini hasil cetusan golongan pelampau India seperti tontonan mereka terhadap filem Tamil dan Hindustan boleh ditonton di tv saluran percuma ataupun berbayar.

Malah orang Melayu sendiri sudah mengetahui di awal "filem atau drama" tersebut apa kesudahan cerita yang mereka tonton itu. Malah mereka juga sudah mengetahui siapa di belakang tabir pembikinan "filem atau drama" tersebut walaupun rancangan "the making of....." belum disiarkan di tv sebagai promosi filem atau drama sebelum ditayang kepada umum.

Orang Melayu terutamanya UMNO sebenarnya sudah meluat dengan golongan seperti ini dan mereka cuma mengingatkan golongan pelampau kaum India ini agar jangan lupa bahawa orang Melayu masih hidup bernyawa dan wujud di bumi bertuah ini. Jangan lupa pula bahawa teraju utama dalam segala segi bidang baik ekonomi, sosial, budaya, politik dan pentadbiran masih diterajui oleh orang Melayu.

Apakah golongan pelampau kaum India inginkan kaum mereka betul-betul dipinggirkan dan diabaikan? Jika mahu, mohonlah segera agar orang Melayu segera melaksanakannya.

1 comment:

Anonymous said...

Kenyataan akhbar Naib Ketua Pemuda Gerakan S. Paranjothy yang mengecam UMNO kerana mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Melayu baru-baru ini telah mengakibatkan dia mungkin dikenakan tindakan disiplin ekoran daripada desakan UMNO Pemuda.

Ketua Pemuda UMNO Hishamuddin Hussein telah mengugut untuk memutuskan hubungan dengan Gerakan atau dalam erti kata lain mengusir keluar Gerakan dari Barisan Nasional semata-mata kerana kenyataan individu S.Paranjothy.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang Dato' Zahrain Mohemed Hashim berkata itu merupakan keangkuhan tipikal UMNO terutamanya Pemuda UMNO yang tidak boleh menerima kritikan atau teguran orang lain yang mendedahkan kelemahan mereka biarpun perkara yang dibangkitkan itu benar dan berasas.

"UMNO sanggup memutuskan hubungan dengan Gerakan hanya kerana dikritik oleh seorang pemimpin pemuda yang berani mengetengahkan kebenaran, tetapi tidak mempunyai sedikit hasrat pun untuk memahami rintihan dan kepayahan rakyat."

Zahrain turut menyatakan kehampaannya terhadap pimpinan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang lemah dan sering tunduk kepada sogokan dan ugutan UMNO khususnya kepada Pemuda UMNO. Kenyataan Koh yang menyatakan bahawa S. Paranjothy akan dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat atau digantung keahlian membuktikan Gerakan sebuah parti yang lemah dan cuma mengutamakan kedudukan serta kepentingan politik pemimpin tertentu sahaja dan bukan memperjuangkan hak rakyat.

"Koh Tsu Koon dan Gerakan tidak dapat mempertahankan pemimpinnya sendiri daripada ugutan ahli pakatan yang angkuh itu, apatah lagi membela nasib rakyat jelata."

Pemuda UMNO sudah menjadi sebuah badan yang tidak langsung menghiraukan hak rakyat Malaysia dan asyik mempergunakan isu perkauman bagi meningkatkan popularitinya serta memancing undi, kata Zahrain.

"Kami menghormati pendirian saudara S.Paranjothy yang berani menyuarakan kebenaran dan sekurang-kurangnya menjadi seorang pemimpin yang berpinsip dalam Barisan Nasional."

Zahrain juga menegaskan pendirian Parti Keadialan Rakyat Pulau Pinang bahawa isu perkauman tidak harus dipermainkan untuk mendapat undi dan sokongan rakyat sebab ini akan menjejaskan kepentingan negara.

"Walaupun isu S.Paranjothy merupakan permasalahan dalaman Barisan Nasional tetapi kerana telah membabitkan sentimen perkauman maka Parti Keadilan Rakyat yang mewakili kepentingan semua kaum berkewajipan menyatakan pendirian parti dengan jelas

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang Jason Ong mencabar Koh Tsu Koon supaya membawa Gerakan keluar daripada Barisan Nasional bagi membuktikan parti itu masih berprinsip dan berorientasikan rakyat.

Jason Ong berkata dia sanggup memberi laluan dan sokongan sepenuhnya kepada Koh Tsu Koon dengan mengerahkan semua jentera di bawah pimpinannya membantu Gerakan menumpaskan UMNO sekiranya Koh berani berbuat demikian.

"Gerakan pada asalnya adalah sebuah parti pembangkang dan kini tiba masanya ia menunjukkan taring sebenarnya jika ia masih ada."

Katanya, ini merupakan kali kedua UMNO mengugut ahli-ahli pakatannya keluar dari Barisan Nasional secara terbuka dalam setahun. Naib Presiden Umno, Datuk Mohd Ali Rustam ketika berucap merasmikan perhimpunan tahunan PPP Melaka pernah berulangkali menegaskan bahawa PPP boleh keluar dari BN jika parti itu tidak puas hati.

Menurut Jason Ong, UMNO pada hakikatnya tidak memerlukan Gerakan ataupun MCA apalagi PPP kerana perbezaan kekuatan politik yang ketara di antara mereka terutamanya UMNO menakluki 110 kerusi Parlimen atau melebihi 50% daripada jumlah keseluruhannya.

"Itulah sebab UMNO bersikap angkuh dan sombong sehingga sanggup memalukan parti-parti berkenaan secara terbuka. Mereka akan terus dihina selagi bersepakat dengan UMNO dan kepentingan rakyat terus digadai."

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang Abdul Malik Kassim pula berpendapat bahawa kelemahan Parti Gerakan dan parti-parti komponen lain dalan Barisan Nasional membuktikan Kerajaan Pulau Pinang akan terus diperdayakan dan di bawah telunjuk UMNO yang merupakan sebuah parti perkauman tidak menghiraukan bangsa-bangsa lain di Pulau Pinang.

"Kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Gerakan pula dengan kelemahan Koh Tsu Koon sebagai Ketua Menteri akan terus diperkudakan dan dihambakan oleh UMNO untuk mengaut keuntungan dengan memberikan kontrak-kontrak kepada pemimpin-pemimpin UMNO serta kroni-kroni mereka seperti Projek Pelebaran Jambatan Pulau Pinang, Projek Jambatan Pulau Pinang Kedua, Projek PGCC (Penang Global City Centre), BORR dan PORR serta lain-lain projek yang sudah dan bakal dilaksanakan."