Tuesday, June 10, 2008

KHIR TOYO KATA JANGAN BAYAR CUKAI PINTU & AIR

Penduduk di negeri ini diminta tidak menjelaskan cukai pintu bagi tempoh penggal kedua tahun ini sekiranya kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak menurunkan kadar cukai itu sebanyak 20 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya mereka.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ketika ini pihak berkuasa tempatan di Selangor dalam proses mengeluarkan bil cukai pintu untuk tempoh enam bulan kedua tahun ini.
''Kita beritahu rakyat, jangan bayar bil cukai pintu sebab janji mereka dahulu selepas 100 hari, penduduk akan menikmati pengurangan cukai, oleh itu mereka perlu menunaikan janji.
''Kalau kerajaan negeri hendak sita rumah penduduk yang tidak menjelaskan cukai pintu, sitalah beratus ribu rumah, kita mahu lihat sejauhmana mereka mampu bertindak ,'' katanya di pertemuan eksklusif di Shah Alam hari ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 5 Mei lepas mengumumkan keputusan kerajaan tidak menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus untuk kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial atas alasan keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih belum mencapai tahap memuaskan bagi membolehkan janji tersebut dilaksanakan.
Selain itu, Abdul Khalid bimbang langkah menurunkan cukai taksiran akan menambah beban kerajaan negeri dan mengurangkan hasil menyebabkan peruntukan untuk pembangunan lain di negeri ini tidak mencukupi, meskipun janji itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PKR dan Pas.
Pada masa sama, Mohamad Khir yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) mengulangi pendirian meminta penduduk tidak menjelaskan bil air sebanyak 20 meter padu pertama yang bersamaan RM11.40.
''Tan Sri Khalid dan Datuk Dr. Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri) bercakap dalam Dewan Undangan Negeri, rebat air percuma akan dimasukkan dalam bil Jun, kita tunggulah,'' jelasnya.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) semalam menolak terma dan syarat pembayaran yang dikemukakan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berhubung pemberian air meter percuma itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya tidak berpuas hati dengan cadangan KDEB yang mahu supaya pembayaran air secara percuma kepada pengguna dibuat selepas rancangan penstrukturan semula sistem bekalan air di Selangor siap sepenuhnya September ini.
Ini memandangkan cadangan KDEB itu dilihat secara langsung akan menjejaskan aliran tunai serta operasi Syabas.

2 comments:

Anonymous said...

Itu dia kata2 dari pembangkang,Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.Andai dulu orang lain membangkang kata2nya,kini dia pula menjadi pembangkang.Ingatlah Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, bahawa dulu pernah ada seorang tua yang ingin memberi surat padanya tapi dia hanya menepis tangan si tua.Adakah waktu itu dia adalah pemimpin berjiwa rakyat?Ramai yang menyaksikan peristiwa tersebut dan ketika itu dia memegang jawatan sebagai MB.
*Baca komen dia buat saya hanya tersenyum sinis.Kesian pada lelaki yang gila wang ini.Nobody's perfect.Mengakui PKR masih banyak kelemahan,cuma mereka baru memerintah tidak sampai setahun kalau ingin dibandingkan dengan UMNO yang memerintah berpuluh tahun maka tiada bezanya.Sebelum menilai orang lain,cermin diri sendiri dahulu.Diri sendiri belum tentu sempurna.

Unknown said...

bab abang khir nie pun aku setuju gak dari segi 'paku dulang paku serpih'.
masa dia pegang mb dulu, main belasah jer pasal akta. akta apa, itu aku rahsiakan la..
kawasan yg byk nyamuk baru la bersihkan bila pak lah nak turun. kalau pak lah tak turun jenguk kawasan, aku rasa kawasan tu boleh buat zoo kot.