Friday, July 04, 2008

APABILA FITNAH BERMAHARAJALELA

Terlalu banyak fitnah ditaburkan ketika ini sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat malah ia merupakan yang terburuk sepanjang 51 tahun kemerdekaan negara.
Jangan panik dan kelam-kabut ekoran pelbagai perkembangan politik kebelakangan ini kerana negara masih berada dalam keadaan yang terkawal.
Hari-hari ada cerita mahu orang berasa susah, cerita nak bagi orang takut, bimbang dan kurang yakin.

Fitnah kini seolah-olah bermaharajalela dan pelbagai cerita disebarkan sehingga ada rakyat yang mempercayai fitnah tersebut.

Orang pandai buat cerita macam-macam hingga orang jadi kelam-kabut, tabur fitnah itu, tabur fitnah ini. Cerita-cerita tersebut tersebar dalam masyarakat dan akhirnya bertukar menjadi cerita lain selepas ditokok tambah.

Perkembangan politik Anwar dan akuan bersumpah penyiasat persendirian terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan keresahan orang ramai.

Kalau kita nak ambil kira daripada segi keselamatan negara, kita masih selamat dan kalau nak kata kestabilan politik kita tak mahu dianggap sebagai dikatakan bersikap seolah menafikan tidak ada apa yang berlaku.

Memang ada pergolakan dalam politik seperti pemilihan UMNO tetapi dulu pun perkara itu berlaku juga dan ia tidak menjadi masalah besar.

Sekarang ini isu-isu di Parlimen juga begitu aktif dan riuh tetapi itu tidak boleh dianggap sebagai satu yang boleh membawa kepada ketidakstabilan politik.

Akuan bersumpah penyiasat persendirian itu akan menambahkan lagi kekalutan dalam suasana politik hari ini, bagaimanapun ia bukan sesuatu yang sepatutnya dikhuatiri terutama daripada aspek keselamatan.

No comments: