Friday, April 22, 2011

JOM LONDEHKAN DAP

Di dalam prosiding kes kematian Teoh Beng Hock kelmarin, satu lagi perkara penting telah didedahkan kepada rakyat!

Jika sebelum ini Lim Kit Siang, jentera DAP dan the RCI Watch Panel yang terdiri daripada Bersih 2.0 telah mewar-warkan kepada rakyat bahawa mendiang Teoh Beng Hock sepatutnya akan berkahwin di hari esok (selepas dijumpai mati), rupa-rupanya kenyataan mereka itu tidak tepat !

Kenapa mereka di atas sanggup memberi info yang tidak benar?

Tidak ada sebarang rekod yang menunjukkan bahawa Teoh Beng Hock akan mendaftarkan perkahwinan dengan tunangnya Soh Cher Wei pada keesokan hari selepas dia ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Dan seperti yang kita ketahui, Soh Cher Wei sedang mengandungkan anak Beng Hock walau pun mereka belum berkahwin secara sah! Rujuk di bawah :-

Pengerusinya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata, tiada sebarang pendaftaran berkaitan ditemui apabila dakwaan bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu akan berkahwin disiasat oleh penyiasat bebas yang diupah oleh Suruhanjaya, Michael Leslie Squires.

"Saya tidak tahu siapa yang bagi impression (tanggapan) bahawa Beng Hock akan berkahwin pada keesokan hari. Tidak ada pendaftaran sedemikian, penyiasat persendirian kami telah buat pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Hafiz Azhar Idris memberitahu, Beng Hock mengatakan dia masih belum berkahwin tanpa menyebut bahawa dia akan berkahwin keesokan hari semasa mereka berbual di dalam pejabat SPRM Selangor pada pukul 6.30 petang, 15 Julai 2009.

1. Kenapakah mereka yang selama ini kononnya memperjuangkan kematian Teoh Beng Hock, telah memutarbelit isu tersebut kepada rakyat tentang isu perkahwinan mendiang?

2. Apakah mereka mahu menutup malu mendiang kerana tunangnya sudah mengandung 2 bulan tetapi mereka belum berkahwin lagi tetapi dalam masa yang sama memburuk-burukkan pihak lain?

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini, prosiding tersebut telah mendedahkan salah laku parti DAP apabila seorang ahli perniagaan Lee Wye Wing telah memperincikan beberapa perkara seperti konsep 'Ah Long' dan kronisme di dalam pembahagian projek oleh parti DAP !

Prosiding Suruhanjaya Siasatan DiRaja Kes Kematian Teoh Beng Hock semakin panas. Banyak isu-isu yang didedahkan tapi sebelum ini cuba ditenggelamkan oleh pemimpin-pemimpin DAP agar rakyat tidak mempersoalkan salah laku dan kredibiliti parti tersebut.

Kes ini adalah kes manipulasi parti DAP yang sangat hebat. Mana mungkin pihak berkuasa mahu melakukan apa-apa kerana saksi teramat penting untuk mendedahkan salahguna kuasa parti pembangkang!



ITULAH SEBABNYA DAP BERSUNGGUH-SUNGGUH TIDAK MAHU SURUHANJAYA SIASATAN DI RAJA. Kerana apa.. kerana ianya sudah tahu kes ini bakal melondehkan aktiviti dan tembelang sebenar DAP. So, jika ada sesuatu kes yang ada kepentingan dengan DAP, maka mereka akan menentang penubuhan suruhanjaya. Akan tetapi, jika kes yang berkaitan dan ada ciri-ciri boleh memporak porandakan kerajaan dan orang Melayu, jawapan mereka, YES.. suruhanjaya perlu ditubuhkan....


terima kasih dr novandri

No comments: