Wednesday, April 13, 2011

MANA JAM OMEGA AKU NI...????


Atas dasar inilah, Dato’ Eskay pada awalnya bercadang menyerahkan satu salinan rakaman itu kepada Anwar dan Wan Azizah sendiri. Ini kerana mereka berdua boleh dengan mudah mengesahkan atau menafikannya. Selepas mereka berdua menolak tawaran Eskay dan seterusnya membuat laporan polis, maka timbulah kepentingan jam Omega yang menurut Eskay adalah milik Anwar. Menurut Eskay, selepas menghantar pulang Anwar, Anwar menghubunginya supaya mencari jamnya yang dikatakan tercicir. Eskay kembali ke bilik yang menurutnya digunakan oleh Anwar. Eskay didalam proses mencari jam itu, menemui kamera tersembunyi dan alat perakam iCatch. Eskay kemudian menyoal pelacur yang dilanggan untuk satu malam itu dan pelacur tersebut memulangkan jam tersebut. Eskay kemudiannya memaklumkan kepada Anwar dan Anwar esoknya memberitahu Eskay supaya menyimpan dahulu jam tersebut dan kata Anwar, dia maklumkan pada Wan Azizah bahawa jam itu tertinggal di dalam kereta Eskay. Eskay kemudiannya kembali ke Thailand tanpa sempat menyerahkan jam itu kepada Anwar. Semua maklumat ini berserta data dari telefon bimbit telah diserahkan kepada pihak polis. Kepentingan jam Omega itu sukar dinafikan. Kita kecewa bila Anwar tidak menayangkan jam Omega itu kepada pemberita. Anwar tidak perlu berbuat demikian tetapi betapa kesannya jika Anwar berbuat demikian.


thanx to kickdefella

No comments: