Tuesday, September 04, 2012

AL-FATIHAH TAN SRI HAJI HAMZAH BIN HAJI ABU SAMAH

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM TAN SRI HAJI HAMZAH BIN HAJI ABU SAMAH, BEKAS MENTERI DAN VETERAN UMNO YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA HARI INI, 4 SEPTEMBER 2012 DI MANTIN, NEGERI SEMBILAN PADA USIA 88 TAHUN. AL FATIHAH..

gambar ini adalah gambar kenangan yang dirakamkan pada tahun 1971. Allahyarham Tan Sri Hamzah bersama ninda saya Allahyarham Haji Rajuddin Bin Haji Arshad di Sekolah Kebangsaan Sungai Leman, Sekinchan, Selangor.

PERLAMBANGAN NEGARA TIADA DOKUMENTASI PERUNDANGAN







Jika benar, adalah sesuatu terlepas pandang paling besar berlaku setelah 55 tahun Malaysia merdeka kerana negara masih tidak mempunyai perundangan khusus tentang bendera negara, jata negara, lagu kebangsaan, bunga kebangsaan dan juga Rukun Negara. Kesemua perlambangan negara ini masih tiada perundangan khusus untuk memeliharanya daripada dipersenda, diganggu gugat dan dicabul sehingga mencetus kemarahan rakyat.

Lebih menyedihkan lagi tiadanya suatu garis panduan, peraturan, kaedah penggunaan dan larangan terhadap kelima-lima perlambangan negara yang membolehkan rakyat Malaysia mematuhi, mengikuti dan memeliharanya sebagai suatu kewajipan kepada seluruh warganegara.

Hakikat yang terbentang pada hari ini apabila Jalur Gemilang yang dicanang untuk digantikan dengan ‘bendera baru’ diambang malam kemerdekaan yang ke 55 amat menyakitkan hati. Dipromosi dan dikibarkan bendera pengganti yang mirip bendera negara jiran, telah menimbulkan kemarahan yang amat sangat.

Ditambah dengan ‘terlupanya’ seorang pemimpin parti politik pembangkang mengangkat tangat semasa Rukun Negara dibacakan. Semuanya ini mencetuskan pelbagai reaksi yang lebih menjurus fokus kepada berpolitik daripada patriotik.

Penghinaan Jalur Gemilang akan disiasat oleh polis di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948. Ianya disiasat di bawah akta tersebut kerana tiada akta khusus yang melindungi perlambangan negara apabila ianya dihina.

Seawal tahun 1949 lagi Majlis Raja-Raja telah memerintahkan supaya ditubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Hasilnya tiga reka bentuk dipilih untuk dipamerkan kepada orang ramai untuk diadili dan ianya telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Pada 28 November 1949 keputusan memutuskan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ciptaan seorang Arkitek kerajaan dari Johor iaitu Mohamad bin Hamzah.

Jelas menunjukkan pemilihan Jalur Gemilang ketika itu melibatkan rakyat yang di beri pilihan memilih. Bukan sewenang-wenang untuk membuat penetapan bendera rasmi negara. Ianya perlu melalui proses-proses tertentu seperti, pada 23 Februari 1050 reka bentuk mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."


Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.

Begitu tinggi darjat Jalur Gemilang untuk diluluskan sebelum di kibarkan di angkasa negara. Begitu banyak proses yang perlu dilalui. Apakah generasi muda hari ini tahu sejarahnya?. Bukan mudah untuk menukar Jalur Gemilang sesuka hati mereka. Buta sejarah negaralah yang mengakibatkan penghinaan berlaku di malam sambutan kemerdekaan.

Begitu juga sejarah bagaimana lagu Negaraku boleh menjadi Lagu Kebangsaan. Irama Negaraku dipetik daripada irama lagu rasmi negeri Perak pada ketika itu. Lagu negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu Terang Bulan yang merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah, Sultan Perak, ketika baginda dalam buangan di Pulau Seychelles.

Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Lantaran itu, pada bulan Februari 1957, skor lagu Negaraku telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja), Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya). Seni kata Lagu Kebangsaan Negaraku telah disediakan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan persetujuan Majlis Raja-Raja ketika itu.

Begitulah proses bagaimana Negaraku dicipta. Pelbagai pihak terlibat. Walaupun ilham asal daripada lagu Terang Bulan, tetapi ianya tidak mencedok bulat-bulat lagu tersebut.

Lagu Kebangsaan juga pernah di hina oleh Namewee. Namun tiada tindakan tegas malah tiada tindakan undang-undang dikenakan. Sebabnya tiada perundangan khas memelihara perlambangan negara sehingga boleh di hina dengan perkataan yang menjijikkan dan boleh di tonton oleh seluruh dunia.

Rakyat menunggu tindakan dari pihak berwajib. Tetapi sebaliknya berlaku. Namewee dijemput pula oleh seorang menteri untuk berjumpa dengannya di bangunan Parlimen. Penghina Negaraku mendapat layanan istimewa pula. Pelik.

Sekadar perbandingan. Indonesia memelihara bendera rasminya di dalam Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945 melalui Bab XV Fasal 35. Malah Lambang Negara dan Lagu Kebangsaan juga termaktub di dalam BabXV Fasal 36.

Berikutan adanya pemuliharaan perlambangan negara di dalam perlembagaan mereka, rakyat Indonesia di lihat begitu setia dan taksub terhadap bendera dan lambang mereka. Suatu jenayah jika perlambangan mereka dihina dan dicerca.

Begitu juga di Amerika Syarikat, United States Flag Code 1942 jelas menunjukkan mereka menilai bendera negara sebagai suatu khazanah negara dan kedaulatan yang perlu dipatuhi dan dipertahankan. Ia terbukti melalui seksyen 175 Position and manner of display dan seksyen 176 Respect for the Flag.

Rasanya negara kita masih belum terlambat untuk menggubal undang-undang khas perlambangan negara khususnya bendera Jalur Gemilang. Ini kerana Amerika Syarikat sendiri yang merdeka pada tahun 1776, mengambil masa sehingga 166 tahun untuk mewujudkan undang-undang khas berkaitan bendera negara. United States Flag Code 1942 diwujudkan semasa pentadbiran Presiden Franklin D. Roosevelt pada 22 Disember 1942.

Rukun Negara sewajarnya diperkasakan sejajar dengan matlamat asal kewujudannya. Hari ini Rukun Negara sekadar memenuhi kulit belakang buku tulis pelajar-pelajar sekolah. Laungan ikrar sambil mengangkat tangan kanan hanyalah setahun sekali iaitu semasa sambutan hari kemerdekaan. Begitulah nasib Rukun Negara yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13.

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Kelalaian kita menghayati doktrin negara ini adalah salah satu penyebab keharmonian dan ketaatan kepada negara mula pudar. Rukun Negara sepatutnya menjadi suatu ideologi warganegara Malaysia yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum.

Jika setiap warganegara menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat, nescaya nilai-nilai murni dan tatasusila antara kaum dapat diharmonikan.

Rakyat Malaysia sepatutnya cemburu dengan rakyat Indonesia dan Thailand yang sangat terkenal dengan jatidiri dan semangat kenegaraan yang tinggi.

PATRIOTIK DIKOMPROMI KERANA POLITIK?

PATRIOTIK DIKOMPROMI KERANA POLITIK?

Apa tindakan pihak berkuasa dan kerajaan sekarang?. Ini perkara patriotik bukan politik. Menteri berkaitan keselamatan dalam negeri buat apa?. Itulah persoalan rakyat yang cintakan kedamaian dan keamanan. Itulah yang berlegar di fikiran rakyat yang cintakan negara yang berdaulat dan merdeka.

Hujung minggu yang dipenuhi dengan jamuan rumah terbuka hari raya dan majlis kenduri kahwin telah mencetuskan perbualan hangat perkara-perkara seperti di atas di kalangan tetamu yang hadir. Itu keluhan suara majoriti rakyat yang mahu sesuatu tindakan dikenakan ke atas mereka yang terlibat mempromosikan ‘bendera baru’ Malaysia dan juga insiden memijak gambar Perdana Menteri.

Rata-rata orang ramai bersuara sesama sendiri. Mereka amat marah terhadap insiden ‘bendera baru’. Seperti sudah sepakat, walaupun berlainan ideologi politik, mereka mengutuk keras insiden tersebut. Malah mereka juga melontarkan persoalan utama, jika pihak yang berkuasa tidak mengambil tindakan, hendak mengharapkan siapa pula?

Apakah semboyan pilihan raya umum yang telah lama dibunyikan, maka perkara mencabar kedaulatan dan maruah negara boleh dikompromi dan di ‘lembutkan’ tindakannya?. Ini insiden melibatkan kenegaraan dan kedaulatan negara. Lebih-lebih lagi ianya berlaku diambang sambutan kemerdekaan negara yang ke 55. Dimanakah jatidiri warganegara yang sewenang-wenangnya boleh mempermainkan panji negara?

Pemimpin negara harus ingat bahawa dalam mengejar populariti dan sokongan rakyat untuk meraih undi dalam pilihan raya, suara majoriti rakyat yang tidak menganggotai mana-mana parti politik tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Berjuta rakyat yang mempunyai hak mengundi dan tidak mendokong mana-mana parti politik sedang memerhatikan tindakan selanjutnya daripada pemimpin negara berkaitan insiden tersebut.

Jangan sampai insiden ‘bendera baru’ ini akan mengakibatkan kerajaan sekarang hilang populariti dan hilang undi. ‘Silent voter’ boleh beralih arah pada bila-bila masa sahaja. Tagihan slogan Janji Ditepati mampu dilupakan oleh golongan ini akibat tiadanya tindakan segera dan keras dari pihak berkuasa.

Jangan takut mengambil tindakan disebabkan takut sokongan politik akan berkurangan. Ini soal patriotik bukannya politik.

Sudah lebih 50 jam insiden paling memalukan dalam sejarah negara berlaku, tetapi tiada apa-apa tindakan dari pihak yang berkuasa. Apakah kita inginkan suatu tindakan daripada ‘pihak yang tidak berkuasa’ untuk mengambil tindakan?.

Inilah akibatnya apabila ghairah berpolitik mendahului segala-galanya. Mereka lupa segala amalan demokrasi dan keluhuran perlembagaan. Gaya politik menghalalkan cara semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Mereka sudah lupa pembentukan Rukun Negara. Kerajaan dan pembangkang sudah lupa inti pati doktrin Rukun Negara yang secara rasminya dikenali sebagai ideologi negara.

Rukun Negara adalah usaha kerajaan pada masa itu untuk menyatupadukan semua rakyat dan mengekalkan demokrasi. Rukun Negara dicipta dan diisytiharkan sebagai Rukun Negara oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena kemerdekaan negara yang ke 13.
Jika setiap rakyat mendukung Rukun Negara, nescaya tiada unsur-unsur ancaman keselamatan kepada negara. Nilai jati diri dan kesedaran sivik pasti tinggi di sanubari seluruh warganegara.

Kerajaan seharuskan mengurangkan aktiviti yang menjurus kepada menagih sokongan politik untuk menghadapi pilihan raya. Ubahlah mentaliti setiap program yang dilaksanakan mesti diselitkan dengan provokasi memancing undi. Rakyat sudah letih sebenarnya.

Pemimpin negara seharusnya mengetahui bahawa jutaan pengundi berada di atas pagar. Hak mereka untuk mengundi parti mana yang bertanding. Jika asyik dimomokkan dengan slogan politik dan majlis rasmi negara pun masih hendak berpolitik, saya rasa sampai satu peringkat rakyat akan meluat.

Rakyat sekarang memerhati setakat mana tindakan kerajaan dalam menangani isu ‘bendera baru’ dan memijak gambar Perdana Menteri. Jika tiada tindakan drastik, maka terjadilah seperti apa yang telah terjadi di laman sosial hari ini.

Sama ada di Facebook atau Twitter, sudah tidak terkawal lagi posting mengina kerajaan dan pemimpinnya. Malah sokongan terhadap ‘bendera baru’ semakin ketara. Mereka sudah tidak segan silu mengutuk negara sendiri. Mereka sudah tiada adab mencaci pemimpin tertentu. Mereka seperti di rasuk syaitan memaki hamun sesama sendiri.

Ada yang berkata, selagi propaganda dan perhimpunan didalangi pembangkang, selagi itulah kerajaan dan pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan. Rakan Facebook saya terang-terang mengutuk negara dan pemimpin, dan menyanjung tinggi ‘bendera baru’. Dia berkata,”habis kuat report polis sahaja. Kena tangkup pun bukan masuk penjara. Kerajaan mana berani”.

Inilah kenyataan. Lagi lambat kerajaan mengambil tindakan, lagi ramailah pengikut mereka. Kerajaan mesti melakukan sesuatu. Mengapa harus takut kepada minoriti sedangkan majoriti rakyat inginkan negara terpelihara dan kedaulatannya tidak diganggu gugat?.

Saya secara peribadi merayu kepada pihak kepimpinan negara, lakukan sesuatu dengan segera. Ramai masih sayangkan kerajaan yang didokong oleh BN pada hari ini. Ramai juga telah mula bersuara di laman sosial mengapa kerajaan lambat bertindak. Tidak semestinya mereka yang memberi komen yang keras menentang kerajaan.

Jika saya yang tiada “back up” daripada parti pembangkang, menganjur, mengedar dan mengibarkan ‘bendera baru’, nescaya sekarang ini saya berada di dalam lokap. ‘Beruntung’ anak-anak muda tersebut. Walaupun gambar mereka terpampang di akhbar-akhbar dan laman sosial, mereka masih bebas dan terus bebas mengibarkan ‘bendera baru’ dan memijak-mijak gambar pemimpin negara. ‘Bertuah’ sungguh penderhaka.

Thursday, August 30, 2012

PUNCA HUDUD PAS GAGAL

PUNCA HUDUD PAS GAGAL
Kegagalan kerajaan Pas Kelantan melaksana hukum hudud sehingga kini adalah disebabkan tiada tanda-tanda kerajaan negeri itu bersungguh-sungguh mahu melaksanakan syariat tersebut khususnya dalam bidang perundangan.



Ini berdasarkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong dalam nota diskusi Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan bertarikh 3 Oktober 1996.


Wan Abd. Muttalib dalam nota itu serta nota perakuan Lujnah Panel Undang-Undang dan Guaman Pas Pusat ke atas Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 turut memperakukan enakmen yang merangkumi hukum hudud, qisas dan takzir adalah terpelihara mengikut syarak dan tidak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.


Oleh itu, apa perlunya pemimpin-pemimpin UMNO dipersalahkan. Apa perlunya Perlembagaan dipersalahkan ekoran kegagalan Kelantan melaksanakan hukum hudud?


Lujnah Undang-Undang dan Guaman Pas sendiri telah memutuskan sejak 1 Oktober 1994 bahawa hukum hudud adalah undang-undang sah dan boleh dikuatkuasakan kerana tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.


Memandangkan setiap kali timbul persoalan kegagalan Pas melaksanakan hukum hudud alasan diberikan pemimpin-pemimpin parti tersebut termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kerana halangan daripada kerajaan terutamanya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Dalam nota diskusi itu juga Wan Abd. Muttalib ada menyebut kerajaan Kelantan sendiri tidak pernah membuat permintaan kepada Pas Pusat (Lujnah Panel Penasihat Undang-Undang dan Guaman) untuk mendapatkan pandangan berhubung perkara tersebut.



Salinan nota peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas bertarikh 18 April 1998 yang antara lain mengandungi persoalan dikemukakan Wan Abd. Muttalib mengenai persediaan Kelantan melaksanakan undang-undang Islam.


Dalam peringatan mesyuarat itu, Wan Abd. Muttalib bertanya mengapa ia belum dilaksanakan sedangkan mereka berkuasa?


Bersandarkan bukti-bukti yang diperoleh itu jelas menunjukkan Pas tidak mempunyai masalah melaksanakan hukum hudud di Kelantan.


Mereka yang sebenarnya tidak mahu melaksanakan hukum ini kerana mereka sendiri tidak mampu menjalankannya.


Hentikanlah perangai menyalahkan orang lain. Jangan salahkan kerajaan Pusat, jangan salahkan UMNO, jangan salahkan Tun Mahathir sebaliknya salahkan diri sendiri.


Hakikatnya, Pas sendiri tidak berniat dan tidak mampu melaksanakan hukum Allah ini.

Friday, May 11, 2012

HARI UMNO KE-66

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

2. Membantah pertubuhan Malayan Union

3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.







SELAMAT HARI PERJUANGAN ORANG MELAYU

SELAMAT HARI PERJUANGAN ORANG MELAYU..



mohon maaf jika posting ini mengganggu ketenteraman awam.... saya terpanggil untuk menceritakan pengkisahan ceritera lama yang sudah pun menjadi sejarah. ada yang tahu, ada yang sudah terlupa dan ada yang tidak tahu. sekadar catatan untuk pedoman hari yang mendatang terutamanya cucu cicit Almarhum Haji Rajuddin.


Sempena hari penubuhan UMNO yg ke 66 (ini bukan cerita politik, tetapi mengkisahkan semula sejarah - kalau tak nak baca pun tidak mengapa) jangan lupa bahawa Ninda Rajuddin adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara yang bermula dari 1 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru. semasa kecil saya pernah melihat gambar-gambar Ninda bersama rakan-rakann seperjuangannya. hasil daripada Kongres Melayu itu maka lahirlah UMNO di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946. saya pernah diceritakan oleh Ninda dan Bonda Azizah bahawa Ninda Rajuddin adalah antara pejuang kemerdekaan yang hadir di kedua-dua hari keramat orang Melayu itu.

Mungkin ada yang menyimpan gambar-gambar lama semasa Ninda Rajuddin hadir ke majlis tersebut. saya juga pernah ditunjukkan kad keahlian UMNO bertarikh 1946 kepunyaan Ninda, lencana UMNO, cincin suasa UMNO. Jika ada warga TERAJU yang menyimpannya, barangan tersebut sebenarnya telah berusia 66 tahun.. sudah jadi barang antik. Kalau boleh kita bongkarkan kembali untuk tatapan cucu cicit.


Di dalam naskhah "Tribute to Haji Rajuddin" (ada yang sudah tiada lagi dalam simpanan mereka - jika boleh Tuan Presiden boleh buat salinan semula dan diedarkan semula - satu cadangan) dicatat petikan dari buku Jejak Perjuangan UMNO Selangor (buku ini milik Ayahanda Saidin) bahawa Ninda Rajuddin dicatatkan namanya sebagai antara pejuang kemerdekaan negara yang aktif di daerah Hulu Langat bersama-sama dengan Dato' Abu Bakar Baginda (Menteri Besar Selangor ke 7 - 1959 - 1964), Dato' Kampo Radjo dan Dato' Ujang Bagong. Ninda Rajuddin sebagai wakil kaum guru pada waktu itu.

Kita sepatutnya berbangga kerana Ninda Rajuddin adalah antara orang yang terlibat secara langsung di dalam penubuhan UMNO. Ini bukan persoalan politik semata-mata, ini soal perjuangan Melayu dalam menuntut kemerdekaan yang menghasilkan kesejahteraan dan kehidupan yang selesa kepada kita semua pada hari ini. Mungkin peranan Ninda Rajuddin tidaklah sebesar Dato' Onn Jaafar mahupun Tunku Abdul Rahman, tetapi kita seharusnya berbangga peranan yang dimainkan oleh Ninda Rajuddin kerana dialah peneraju warisan kita hari ini.

Warisan perjuangan Ninda Rajuddin telah disambung oleh anak dan menantu. Bonda Azizah, Ayahanda Saidin, Ayahanda Saad, Ayahanda Bostan, Ayahanda Abdul Rahman, pernah bergiat aktif dalam perjuangan orang Melayu menerusi UMNO. Penerus generasi masih tidak padam. masih ada warga Teraju yang meneruskan tradisi perjuangan seperti yang pernah dilakukan oleh Ninda Rajudddin di dalam pelbagai medium pengantara. Syabas.

Maaf sekali lagi jika posting saya ini mengganggu ketenteraman awam. Tiada niat lain di dalam posting ini melainkan harapan saya untuk kita merenung sejenak pejuang bangsa kita di tahun 1946 yang diantaranya telah terbukti di dalam lipatan sejarah, bahawa peneraju warisan kita - ALMARHUM HAJI RAJUDDIN HAJI ARSHAD adalah pejuang tulen orang MELAYU.

aku menulis kerana al-ilmu yuntafa'u bihi. wassalam.










SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU...


gambar ini adalah induk-induk TERAJU. Tanpa induk yang dikasihi, tiadalah kita di dunia ini. Tanpa induk ini, tiadalah kita bertemu pasangan hidup kita hari ini. Tanpa induk ini, tiadalah kita mengecapi nikmat hidup yang sangat bermakna. Inilah induk kita yang sebenarnya yang melahirkan satu keluarga besar bernama TERAJU..


Walaupun bonda telah tiada, tetapi saya masih ada empat lagi bonda sebagai tempat menumpang kasih sayang.... Sayangilah induk kita...

Ibu ibu


... Engkaulah ratu hatiku


Bila ku berduka


Engkau hiburkan selalu




Ibu ibu


Engkaulah ratu hatiku


Tempat menyatakan kasih


Wahai ibu




Betapa tidak hanya engkaulah


Yang menyinari hidupku


Sepanjang masa engkau berkorban


Tidak putusnya bagai air lalu




Ibu ibu


Engkaulah ratu hatiku


Tempatku menyerahkan kasih


Wahai ibu


Thursday, May 03, 2012

KENANG-KENANGAN HIDUP - HAMKA

KENANG-KENANGAN HIDUP karya agung Allahyarham Buya Prof. Dr. HAMKA (17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) terbitan tahun 1952. Buku ini pertama kali aku baca semasa zaman sekolah rendah lagi. Abah ada membeli buku ini, dan saya berkesempatan membacanya sekitar tahun 1974. Kini buku tersebut entah ke mana hilangnya. Kini buku tersebut saya dapatkan kembali di MPH @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Antara yang menarik di muka surat 187 hingga 194.
"cuma sekali, ketika mendatangi bekas kebesaran Melayu di Melaka di atas benteng St. Paul dia termenung melihat laut. Sekali itulah dia dapat menggubah sebuah syair, menurut susunan lama, tetapi berjiwa baru 'Di atas runtuhan Melaka Lama'. Ketika itu hanya corat-coret dengan tulisan Arab, itulah 'stenografie'nya.

DI ATAS RUNTUHAN MELAKA LAMA
Di atas runtuhan Melaka Lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari


Di atas munggu yang ketinggian
Penyair duduk termenung seorang
Jauh pandangku ke pantai sana
Ombak memecah di atas karang


Awan berarak mentilau bernyanyi
Murai berkicau bayu merayu
Kenang melayang ke alam sunyi
Teringat zaman yang lama lalu


Sunyi dan sepi, hening dan lingau
Melambai sukma melenyai tulang
Arwah Hang Tuah rasa menghimbau
Menyeru umat tunduk ke Tuhan


Di sini dahulu alat kebesaran
Adab resam teguh berdiri
Duduk semayam Yang Dipertuan
Melimpahkan hukum segenap negeri


Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah
Satria moyang Melayu jati
Jaya perkasa, gagah dan mewah
‘Tidak Melayu hilang di bumi’


Di sini dahulu payung terkembang
Megah Bendahara Seri Maharaja
Bendahara yang cerdik tumpuan dagang
Lubuk budi laut bicara


Penyair menghadap ke laut lepas
Selat Melaka tenang terbentang
Awan berarak riak menghempas
Mentari turun rembanglah petang


Wahai tuan Selat Melaka
Mengapa tuan berdiam diri?
Tidakkah tahu untung hamba
Hamba musafir datang ke mari


Di mana Daulat Yang Dipertuan
Mana Hang Tuah, mana Hang Jebat
Mana Bendahara johan pahlawan
Bukankah jelas di dalam babad


Namanya tetap jadi sebutan
Bekasnya hilang payah mencari
Sedikit penyair bertemu kesan
Musnah dalam gulungan hari


Mengapa ini bekas yang tinggal
Umat yang lemah terkatung-katung
Hidup menumpang tanah terjual
Larat wahai larat dipukul untung


Adakah ini bekas peninggalan
Belahan diriku umat Melayu
Lemah dan lungai tiada karuan
Laksana bunga terkulai layu


Jauh di darat penyair melihat
Gunung Ledang duduk termangu
Tinggi menjulang hijau dan dahsyat
Hiasan hikayat nenekku dahulu


Di dalam kuasyik merenung gunung
Di dalam kemilau panas kan petang
Tengah khayal dirundung menung
Rasanya ada orang yang datang


Penyair hanya duduk sendiri
Tapi keliling rasanya ramai
Bulu romaku rasa berdiri
Berubah warna alam yang permai


Ada rasanya bisikan sayu
Hembusan angina di Gunung Ledang
Entah puteri datang merayu
Padahal beta bukan meminang


Bukanlah hamba Sultan Melaka
Jambatan emas tak ada padaku
Kekayaanku hanya syair seloka
Hanya nyanyian untuk bangsaku


Justeru terdengar puteri berkata
Suaranya halus masuk ke sukma
Maksudmu tuan sudahlah nyata
Hendak mengenang riwayat yang lama


Bukan kuminta jambatan emas
Tapi nasihat hendak kuberi
Kenang-kenangan zaman yang lepas
Iktibar cucu kemudian hari


Sebelum engkau mengambil simpulan
Sebelum Portugis engkau kutuki
Inggeris Belanda engkau cemarkan
Ketahui dahulu salah sendiri


Sultan Mahmud Shah mula pertama
Meminang diriku ke Gunung Ledang
Segala pintaku baginda terima
Darah semangkuk takut menuang


Adakan cita akan tercapai
Adakan hasil yang diingini
Jika berbalik sebelum sampai
Mengorbankan darah tiada berani


Apalah daya Datuk Bendahara
Jikalau Sultan hanya tualang
Memikir diri seorang sahaja
Tidak mengingat rakyat yang malang


Sultan Ahmad Shah apalah akalnya
Walaupun baginda inginkan syahid
Mualim Makhdum lemah imannya
‘Di sini bukan tempat Tauhid’


Bendahara Tua Paduka Raja
Walaupun ingin mati berjuang
Bersama hilang dengan Melaka
Anak cucunya hendak lari pulang


Berapa pula penjual negeri
Mengharap emas perak bertimba
Untuk keuntungan diri sendiri
Biarlah bangsa menjadi hamba


Ini sebabnya umat akan jatuh
Baik dahulu atau sekarang
Inilah sebab kakinya lumpuh
Menjadi budak belian orang


Sakitnya bangsa bukan di luar
Tetapi terhunjam di dalam nyawa
Walau diubat walau ditawar
Semangat hancur apalah daya


Janjian Tuhan sudah tajalli
Mulialah umat yang teguh iman
Allah tak pernah mungkirkan janji
Tarikh riwayat jadi pedoman


Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkatung
Berpeluk lutut berputus asa


Malang dan mujur nasibnya bangsa
Turun dan naik silih berganti
Terhenyak lemah naik perkasa
Bergantung atas usaha sendiri


Riwayat yang lama tutuplah sudah
Apalah guna lama terharu
Baik berhenti bermenung gundah
Sekarang dibuka lembaran baru


Habis sudah madahnya puteri
Ia pun ghaib capal pun hilang
Tinggal penyair seorang diri
Di hadapan cahaya jelas membentang


Pantai Melaka kulihat riang
Nampaklah ombak kejar-mengejar
Bangunlah Tuan belahanku sayang
Seluruh Timur sudahlah besar


Bercermin pada sejarah moyang
Kita sekarang mengubah nasib
Di zaman susah atau pun riang
Tolong tetap dari Yang Ghaib


Bangunlah kasih, umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan nasib jadi kenangan


Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, iman pun teguh
Zaman hadapan, penuh harapan


Bukanlah kecil golongan tuan
Tujuh puluh juta Indonesia
Bukan sedikit kita berteman
Sudahlah bangun bumi Asia


Kutarik nafas, kukumpul ingatan
Aku pun tegak dari renungku
Jalan yang jauh aku teruskan
Melukis riwayat safhat hidupku


Kota Melaka tinggallah sayang
Beta nak balik ke Pulau Percha
Walau terpisah engkau sekarang
Lambat launnya kembali pula
Walaupun luas watan terbentang
Danau Maninjau terkenang jua

~ Hamka

Monday, April 30, 2012

KRITIKAN KERAS TERHADAP ORANG MELAYU

Selamat menbaca dan terima kasih kerana membaca. Di bawah ini di paparkan kritikan keras yang dipetik daripada A Kadir Jasin. Nilai dan fikirkan dengan dada dan fikiran terbuka.

"with apologies, the involvement of A Samad Said in the bersih movement is insignificant. Those of us who knew him, don't think highly of him anyway. He was spineless and clueless as editor of Berita Harian. He was afraid of making political decisions. He was and still is a literary person, only that in his old age he is carried away by the nostalgia of his childhood and youth, when, unlike Samad Ismail and Abang Usman, he was not politically involved.



There's no way that he can battle and match the agility and agenda of the likes of Ambiga who are seeking to change the status quo and put an end to the Malay power and Umno's hegemony. The blame is on the corrupt and inept Malay leaders among us, be they in Umno, Pas or PKR. Power and money, coupled with the lack of intellect among the current crop of Malay leaders, are the real cause of the current Malay malady.

Like viruses in our body, the Ambigas are merely reacting to the changing heath of the Malay Bangsa. They are growing, mutating and becoming virulent because the malay body and soul are week, thanks to Mahathir's pampering of the Malays and the opening of the floodgates by Abdullah and the removal of the entire barrier by Najib.

The corrupt Malays in Umno, Pas and PKR who are today in power are the real cause of the downfall of the Malays. Period.

Bersih's free, fair and clean election crusade is only a ruse. The unspoken agenda is the weakening of the Malay power by breaking up the Malays so that their majority position is reduced to statistics. By playing one Malay party/group against another, the puppet masters like Ambiga and the anti-Malays among the Malay Libertarians will gain influence and eventaully power.


lawgiver .... A Kadir Jasin blog's..

Friday, April 20, 2012

AN ACCIDENTAL MP martin bell

kepada sesiapa yang teringin nak berpolitik, terutama yang bercita-cita nak jadi wakil rakyat - tak kisahlah nak jadi ADUN or MP, bolehlah cari buku ni di kedai.. mungkin ada benarnya apa yang ditulis oleh Martin Bell.. Buku AN ACCIDENTAL MP ini sebenarnya buku lama.. diterbitkan pada tahun 2000.. selamat membaca..

BECOMING AN MP IS ONE THING.

BEING AN MP IS QUITE ANOTHER.

what YOU did know was that expectations were set uncomfortably high. YOU would find no refuge in obscurity; and if YOU failed - by wharever standards failure was judged - it would be a public and well-advertised fall from grace - painful to some and deeply satisfying to others. And to come out of it all merely as the YB with the highest dry cleaning bill would not be much of a distinction.

Friday, April 06, 2012

APA YANG KITA DAPAT? KITA JANGAN JADI BODOH..

(komen ini saya tujukan khas kepada diri saya sendiri dan sesiapa yang membaca. terima kasih kerana membaca)


TAK KIRA LAH KITA SOKONG PARTI MANA PUN, DIHARAP JANGANLAH KITA TERJEBAK MENJADI PENYOKONG YANG BANGANG, HIPOKRIT DAN MEMBUTA TULI SAHAJA. KITA SEMUA DIKURNIAKAN AKAN FIKIRAN YANG WARAS OLEH ALLAH. GUNAKANLAH SEBAIK MUNGKIN DAN JANGAN JADI BINGAI DAN SAMPAI TAK BOLEH NAK BERFIKIR LOGIK DAN MUNASABAH GARA-GARA ANGKARA TERLAMPAU FANATIK DAN TAKSUB TERHADAP PARTI DAN PEMIMPIN.

ANDA SEMUA ORANG YANG BIJAK PANDAI. ANDA SEMUA SUDAH DEWASA. ANDA SEMUA CERDIK BERHUJAH DALAM LAMAN SOSIAL. ANDA SEMUA BERPENDIDIKAN TINGGI DAN BERHEMAH. ANDA SEMUA BERKEDUDUKAN DAN BERPENDAPATAN BAIK UNTUK MENYARA DIRI DAN KELUARGA. ANDA SEMUA MEMANG HEBAT.

PERSOALANNYA MENGAPA HENDAK BERGADUH DAN HENTAM MENGHENTAM MENEGAKKAN PEMIMPIN DAN PARTI ANDA ITU BAIK-BAIK BELAKA?. BODOHNYA ANDA KERANA SANGGUP BACKING PARTI ANDA DAN PEMIMPIN KESAYANGAN ANDA SEMATA-MATA KERANA TAKSUB TERHADAP PARTI DAN BUSUK HATI DAN MENYAMPAH TERAMAT SANGAT KEPADA PARTI LAWAN ANDA. APA YANG ANDA DAPAT?. PEMIMPIN ITU KENALKAH ANDA?.

BERHUJAH DAN KOMEN MENGALAHKAN TOK GURU DAN AHLI POLITIK. SEDARILAH PEMIMPIN YANG ANDA PERKATAKAN, PARTI YANG ANDA SANJUNG DAN AGUNGKAN TIDAK PANDANG PUN APA SAHAJA HUJAH ANDA DALAM LAMAN SOSIAL. MALAH MEREKA SEBENARNYA TERAMAT SUKA DAN SANJUNG ANDA SEMUA BERGADUH SESAMA SENDIRI KERANA BAGI MEREKA ANDALAH PENGIKUT SETIA MEREKA YANG BANGANG DAN BODOH.

MEREKA HANYA MENGHARAPKAN ANDA MENGUNDI PARTI MEREKA DALAM PRU13 NANTI. ITU PUN JIKA ANDA SUDAH LAYAK DAN MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI. SELEPAS PRU, ANDA SEMUA DIABAIKAN.

ANDA INGAT PEMIMPIN YANG ANDA AGUNGKAN ITU MEMBACA KE KOMEN ANDA?. ANDA INGAT PARTI YANG ANDA FANATIKKAN SANGAT TU HARGAI ANDA DAN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA POSTING DAN KOMEN ANDA MENYOKONG DAN COVER PARTI DARIPADA SERANGAN PENYOKONG PARTI LAWAN?.

TAHUKAH ANDA PEMIMPIN ATASAN PARTI SOKONGAN ANDA ITU SEKARANG INI SEDANG SIBUK MENGATUR STRATEGI UNTUK MENANG DALAM PILIHAN RAYA?. PEMIMPIN ATASAN PARTI SOKONGAN ANDA SEDANG SIBUK MENCARI DANA UNTUK PERBELANJAAN PILIHAN RAYA. MEREKA JUGA SEDANG SIBUK MENGATUR STRATEGI DAN PROPAGANDA UNTUK MEMBODOHKAN PENGIKUT FANATIK MEREKA UNTUK DITUNJUKKAN KEPADA SELURUH NEGARA BAHAWA MEREKA MASIH LAGI BERPENGARUH DAN MEMPUNYAI RAMAI PENYOKONG.

PEMIMPIN ATASAN PARTI SOKONGAN ANDA JUGA SEDANG SIBUK MENYUSUN SIAPA CALON YANG BAKAL BERTANDING. PEMIMPIN ATASAN POLITIK SOKONGAN ANDA JUGA SEDANG SIBUK MENGUMPUL HARTA KEKAYAAN. MANALAH TAHU KALAU KALAH PRU NANTI, DAH TIDAK ADA PROJEK YANG NAK DIKOMISYENKAN. INILAH MASA NYA MENYUSUN STRATEGI UNTUK POKET MEREKA SENDIRI. APA YANG ANDA DAPAT?.

PEMIMPIN DI PERINGKAT KAWASAN PULA CUBA MENONJOLKAN DIRI BAHAWA MEREKA AMAT SETIA KEPADA PARTI DAN BOLEH BEKERJA. DISAMPING MEMBUAT PROGRAM-PROGRAM MEMBODEK PEMIMPIN TERTINGGI PARTI, MEREKA JUGA CUBA SHOW OFF KEPADA PEMIMPIN TERTINGGI BAHAWA KAWASAN MEREKA MENYOKONG KUAT PARTI DAN HARAPAN MENANG MEMANG ADA. MEREKA INI SANGGUP MENJADI YES MAN DAN APA YANG DIPERKATAKAN OLEH PEMIMPIN TERTINGGI SEMUANYA BETUL 100% WALAUPUN DARI SEGI LOGIK DAN AKAL FIKIRAN YANG WARAS MENGARUT BELAKA. TUJUANNYA SATU SAHAJA - MENGHARAPKAN JADI CALON PARTI DI PRU13 NANTI. APA YANG ANDA DAPAT?

MEREKA SIBUK UNTUK DIRI MEREKA SENDIRI AGAR DICALONKAN DI DALAM PRU13 NANTI. MEREKA SIBUK BERBAIK-BAIK DENGAN RAKYAT DI KAWASAN MASING-MASING AGAR MENGUNDI MEREKA SEMULA. SEMATA-MATA HENDAKKAN UNDI. LEPAS PILIHAN RAYA BATANG HIDUNG PUN YAK NAMPAK.

MEREKA JUGA SANGGUP MENGGUNAKAN PERKARA-PERKARA KARUT DAN TAHYUL. MASA INILAH BOMOH DALAM DAN LUAR NEGARA MEMBUAT DUIT. GUNA BOMOH NUTUK MENARIK PERHATIAN PEMIMPIN ATASAN AGAR DIRI MEREKA DICALONKAN.

PADA MEREKA KOMEN ANDA DALAM LAMAN SOSIAL ADALAH BONUS BAGI MEREKA. TAK PERLU KELUAR BELANJA BESAR UNTUK MENCARI PENYOKONG PARTI. PADA MEREKA PENYOKONG FANATIK DALAM ALAM SIBER CUKUP MENGEMBIRAKAN MEREKA. ADAKAH ANDA AHLI PARTI MEREKA?. ADAKAH PEMIMPIN PARTI SOKONGAN ANDA MENGHANTAR PRIVATE MESEJ KEPADA ANDA UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KRPADA ANDA KERANA POSTING ANDA YANG BERAPI-API ITU? APA YANG ANDA DAPAT?

JIKA ANDA SUDAH MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI, TUNAIKAN LAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PEMILIH. PILIHLAH SIAPA YANG ANDA SUKA SEBAGAI WAKIL ANDA DI DEWAN UNDANGAN NEGERI DAN WAKIL ANDA DI DEWAN RAKYAT. YANG PASTI AKAN ADA PARTI YANG ANDA SOKONG TIADA DI DALAM KERTAS UNDI. YANG PASTI TIADA NAMA PARTI PAKATAN RAKYAT DALAM KERTAS UNDI ANDA. JIKA ANDA PENGUNDI DI KAWASAN BUKIT BINTANG, YANG PASTI PARTI YANG ANDA PANGKAH ADALAH SAMA ADA DAP, BN ATAUPUN BEBAS KALAU ADA. YANG PASTI DI BUKIT BINTANG TIADA PARTI KESAYANGAN ANDA - PKR ATAU PAS DALAM KERTAS UNDI ANDA. SO, HAMPEHLAH ANDA MACAM NAK RAK SUPPORT GILA PKR ATAU PAS DAN KEMUDIAN PANGKAH DAP. SEBAB TAK MUNGKIN ANDA PANGKAH BN KAN..

SERUPA JUGAK JIKA ANDA DI SHAH ALAM. YANG PASTI BERTANDING IALAH BN DAN PAS. ANDA PENYOKONG PKR NAK UNDI SIAPA YE..

OK.. DAP, PAS DAN PKR DUDUK SAMA MEJA DALAM PAKATAN RAKYAT YANG TIDAK BERDAFTAR TU. TETAPI KENA INGAT. POLITIK ADALAH SENI SERBA KEMUNGKINAN. SIAPA TAHU ESOK LUSA PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT?. APAMACAM?. APA YANG ANDA DAPAT?.

JIKA HENDAK BERPOLITIK BIARLAH BERPADA-PADA. POLITIK SENI SERBA KEMUNGKINAN. ANDA DAN KAWAN ANDA BERTEGANG URAT MEMPERTAHANKAN IDEOLOGI POLITIK ANDA. ANDA AKAN KECEWA APABILA NAJIB DAN ANWAR BOLEH BORAK-BORAK MINUM TEH BERSAMA. ELIZABETH WONG BOLEH PERGI KARAOKE BERSAMA NOH OMAR. MAT SABU BOLEH MAIN GOLF DENGAN HISHAMUDDIN. RONNIE LIU BOLEH LEPAK TENGOK LIVE BAND DGN ZIN BADAK DI CROSSROAD CONCORDE. TIDAK MUSTAHIL SEMUANYA ITU KERANA POLITIK ADALAH SENI SEGALA KEMUNGKINAN.

JIKA ANDA TIDAK PANDAI BERBOHONG, TIDAK PANDAI MENABUR JANJI, TIDAK PANDAI DAPAT PROJEK, TIDAK PANDAI POLITIK WANG, TIDAK PANDAI BERLAKON, TIDAK PANDAI HIPOKRIT, LEBIH BAIK JANGAN BERPOLITIK. SEBABNYA JIKA ANDA HENDAK BERJAYA DALAM POLITIK DAN MENJADI PEMIMPIN POLITIK, TIDAK KIRA APA PARTI PUN, NILAI-NILAI 'MURNI' TERSEBUT KENA ADA. JIKA TIDAK, BAIK ANDA LUPAKAN SAHAJA POLITIK DAN TUNAIKAN SAHAJA TANGGUNGJAWAB ANDA DI HARI MENGUNDI NANTI. PANGKAHLAH SIAPA SAHAJA YANG ANDA SUKA SEBAB SIAPA SAHAJA YANG MENANG NANTI, KEHIDUPAN KITA TETAP SEBEGINI. SIAPA YANG MENANGPUN, APA YANG KITA DAPAT?..LETIH AJE...

Sunday, April 01, 2012

ISU DONG ZONG

ISU DONG ZONG

Jangan ambil mudah tuntutan mengarut Dong Zong yang di 'back up' oleh DAP. pkr dan mahfuz pas pun nak tumpang sekaki. Cari publisiti menjelang GE13. Berikut kenyataan pedas Mahaguru Sejarah Negara, Profesor Emeritus Khoo Kay Kim terhadap bangsanya sendiri.

"Bagi saya, semua warga negara Malaysia mesti kena tahu Bahasa Melayu. Saya ingin menarik perhatian di sini bahawa hanya Malaysia satu-satunya di dunia yang ada sekolah vernakular. Di negara lain tidak ada. Di Singapura tidak ada sekolah Cina pun. Bahasa Cina bukanlah bahasa kebangsaan. Tindakan Dong Zong ini saya fikir kerana mereka mahu masyarakat Malaysia terus menjadi masyarakat majmuk. Tiap-tiap kaum duduk berasingan. Sedangkan kita sudah menjadi negara bangsa, mana boleh mereka mahu keadaan ini diulangi. Apa maksud warga negara pun mereka tidak tahu. Sekarang kita adalah orang Cina di Malaysia, bukannya kita berada di China. Kita sudah jadi orang Malaysiakan." ~ Profesor Emeritus Khoo Kay Kim.

Thursday, March 29, 2012

ANWAR IBRAHIM YANG PERNAH AKU KENALI...

SEKITAR TAHUN 1983, AKU BELAJAR KELAS MALAM DI YAYASAN ANDA LEMBAH PANTAI SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK AMBIL HSC. ANWAR PADA MASA ITU ADALAH PRESIDEN ABIM DAN PENGASAS YAYASAN ANDA. KETERAMPILAN DENGAN MEMAKAI BAJU PUTIH CEKAK MUSANG, BERSELUAR HITAM DAN BRIEF CASE HITAM.. ITULAH PERSONALITI ANWAR.


ANWAR SUKA BERSELOROH BILA MINUM BERSAMA DI RESTORAN DI TINGKAT BAWAH Y.A (LUPA DAH NAMA RESTORAN TU). ANTARA ORANG KUAT ANWAR PADA MASA ITU IALAH DATO' FUAD HASSAN(BEKAS ADUN SELANGOR DAN SEKARANG KETUA PENGARAH JASA), DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH (SEKARANG TIMBALAN MENTERI PENGGAJIAN TINGGI), HJ KAMARUDDIN JAAFAR (SEKARANG AHLI PARLIMENT PAS), ISHAK SIDIN(DENGAR CERITA PENSYARAH DI UNIVERSITI MALAYA) DAN USTAZ MALIK (TAK TAHU DI MANA BELIAU SEKARANG). MEREKA INI ADALAH TENAGA PENGAJAR KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG MENGAMBIL HSC.


SELAIN SERIUS BERKATA-KATA TENTANG ISLAM DAN BELIA, BELIAU JUGA SERING BERGURAU DENGAN PELAJAR SAMBIL BERKATA-KATA MENIRU LENGGOK SUARA P.RAMLEE.


SEMEMANGNYA KETRAMPILAN ANWAR PADA MASA ITULAH YG MENYEBABKAN Y.A MELIMPAH-LIMPAH PELAJARNYA DAN ANTARA SEKOLAH SWASTA YANG PALING POPULAR DI KUALA LUMPUR.


10 TAHUN SELEPAS ITU (1993), SEKALI LAGI AKU BERTEMU DENGAN ANWAR. ABAH KETIKA ITU ADALAH AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG. KERAP JUGALAH SAYA KE PARLIMEN MENGGUNAKAN PAS PEMERHATI UNTUK MENYAKSIKAN SENDIRI PERSIDANGAN PARLIMEN.


TERSEREMPAK DENGAN ANWAR DI LOBI PARLIMEN, SAYA MENEGUR BELIAU. INGATANNYA MASIH KUAT DENGAN MENEPUK-NEPUK BAHU SAYA, DAN BERKATA KEPADA BODYGUARDNYA...NI STUDENT SAYA DI YAYASAN ANDA..


ANWAR KETIKA ITU MENJAWAT JAWATAN MENTERI KEWANGAN DAN SEDANG HEBAT DIPERKATAKAN BAHAWA BELIAU AKAN MELAWAN GHAFAR BABA (AL-MARHUM) PADA PEMILIHAN UMNO TAHUN 1993.


SAYA JUGA PERNAH MENGIKUT ABAH MENGHADIRI PERJUMPAAN AHLI-AHLI PARLIMEN UMNO DENGAN ANWAR SEBAGAI PERSEDIAAN KEMPENNYA UNTUK MENENTANG GHAFAR.


WALAUPUN RAMAI AHLI PARLIMEN UMNO MENENTANG HASRAT ANWAR LAWAN GHAFAR, TETAPI DISEBABKAN LICIK, PUBLISITI, PROPAGANDA, DAN KEMPEN MANAGERNYA YANG HEBAT, DISAMPING JAWATANNYA SEBAGAI MENTERI 'LUBUK DUIT', ANWAR TELAH MENGGUNAKAN SEGALA VEHICLE DAN KEKUATAN YANG ADA UNTUK MELAWAN GHAFAR DENGAN PELBAGAI HELAH, TIPU MUSLIHAT DAN RASUAH.


SUATU HARI DALAM TAHUN 1993, ANWAR TELAH MENGHANTAR SURAT RASMI BER LETTER HEAD MENTERI KEWANGAN MALAYSIA MENJEMPUT SEMUA AHLI PARLIMENT UMNO UNTUK HADIR KE SATU PERJUMPAAN KHAS DI PWTC. KANDUNGAN SURAT MENYATAKAN BAHAWA ANWAR AKAN MEMBERI PERUNTUKAN KHAS PEMBANGUNAN KEPADA AHLI PARLIMENT.


YANG MENGHAIRANKAN, SURAT JEMPUTAN KE MAJLIS TERSEBUT YG AGAK TERGESA-GESA DI SERAHKAN DENGAN TANGAN KEPADA HAMPIR SEMUA AHLI PARLIMENT UMNO PADA WAKTU MALAM DI HOTEL PENGINAPAN AHLI PARLIMENT.


SAYA MASIH INGAT LAGI, KEBETULAN SAYA MENEMANKAN ABAH DAN ARWAH MAK TIDUR DI HOLIDAY INN JALAN RAJA LAUT (SEKARANG QUALITY HOTEL). LEBIH KURANG JAM 2PAGI, AZMIN ALI MENGETUK PINTU BILIK HOTEL UNTUK MENYERAHKAN SURAT ANWAR KEPADA ABAH UNTUK HADIR KE PERJUMPAAN KHAS ITU DI PWTC JAM 11PAGI.


MUSLIHAT DAN TEMBERANG ANWAR SEBENARNYA SUDAH LAMA, SUDAH MENJADI ASAM GARAM POLITIK ANWAR UNTUK SENTIASA TEMBERANG.


DIKUMPULKAN HAMPIR 90 ORANG AHLI PARLIMENT DARI UMNO PADA JAM 11 PAGI ITU, SEBENARNYA UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA MEDIA DAN RAKYAT MALAYSIA BAHAWA AHLI PARLIMENT UMNO MENYOKONGNYA UNTUK MELAWAN GHAFAR. ITULAH MUSLIHAT DAN TEMBERANG ANWAR YANG MEMBUATKAN AHLI PARLIMENT YANG HADIR TERCENGANG-CENGANG DAN MEMANDANG SESAMA SENDIRI.


SEBENARNYA TIADA ACARA PERUNTUKAN KHAS PEMBANGUNAN SEPERTI YANG TERKANDUNG DI DALAM SURAT. DIKUMPULKAN SEMUA AHLI PARLIMENT DI DEPAN WARTAWAN, DAN ANWAR PUN MEMULAKAN PRESS CONFERENCE NYA. SAYA MASIH INGAT AYAT-AYAT AWAL SEBAGAI PEMBUKA KATA PCNYA UNTUK MENYATAKAN BELIAU AKAN BERTANDING UNTUK MELAWAN GHAFAR.. "... dengan penuh iltizam dan tawaduk dalam perjuang politik..." LEBIH SEDIH LAGI ANWAR BERKATA... "....saya hormat pak ghafar sebagai TPM dan timbalan presiden UMNO.... akan tetapi saya tidak boleh mengelak untuk berkata tidak terhadap desakan kuat daripada ahli parliment UMNO yang hadir pada pagi ini untuk mendesak saya bertanding jawatan timbalan presiden UMNO..." BEGITU LICIK TEMBERANG ANWAR.


BEZA 10 TAHUN, KAREKTOR DAN GELAGAT ANWAR JAUH BERBEZA DENGAN APA YANG SAYA KENALI INSAN BERNAMA ANWAR IBRAHIM DI TAHUN 1983.

Tuesday, March 27, 2012

KISAH BENAR - REMAJA LARI DARI RUMAH 27/03/2012
















SELAMA INI SAYA HANYA MENDENGAR CERITA DARIPADA TV MAHUPUN AKHBAR MENGENAI REMAJA LARI DARI RUMAH. HARI INI, 27/03/2012 KIRA-KIRA JAM 6 PETANG, SAYA SENDIRI MENGALAMI SENDIRI INSIDEN REMAJA LARI RUMAH.



DUA REMAJA SEPERTI GAMBAR DI ATAS DATANG KE HOTEL UNTUK CHECK IN. GELAGAT AMAT MENCURIGAKAN. DENGAN MENANYAKAN UNTUK AMBIL SATU BILIK SINGLE, TETAPI AKAN BAYAR BILA CHECK OUT.



SAYA KATA TIDAK BOLEH. KENA BAYAR PENUH HARGA BILIK. TIBA-TIBA REMAJA PEREMPUAN DATANG KE KAUNTER DAN BERKATA KEPADA SAYA, MEREKA HENDAK BAYAR RM14 UNTUK DEPOSIT BILIK.



GELAGAT MEREKA BERDUA MENCURIGAKAN SAYA, LEBIH-LEBIH LAGI BUDAK PEREMPUAN ITU PUCAT MUKANYA DAN SEPERTI TIDAK BERMAYA.



SAYA MEMBAWA MEREKA DUDUK DI LOBI UNTUK BERBUAL SETELAH BANYAK KEMUSYKILAN TELAH DAPAT DILIHAT DARIPADA RIAK GELAGAT MEREKA.



TEMUBUAL TELAH MEMBAWA BANYAK KESEDIHAN DI HATI SAYA. BUDAK LELAKI BERUMUR 17 TAHUN DAN REMAJA PEREMPUAN ITU BERUMUR 15 TAHUN. MEREKA BERASAL DARI KAMPUNG SUNGAI ABONG, MUAR.



SAYA TANYA SUDAH BERAPA HARI LARI DARI RUMAH. JAWAB MEREKA SUDAH 3 HARI. KONONNYA CINTA MENYEBABKAN MEREKA LARI DARI RUMAH. KONONNYA IBU BAPA DAN KELUARGA PEREMPUAN MELARANG HUBUNGAN MEREKA.



APAPUN, MEREKA MASIH CETEK TENTANG ERTI KEHIDUPAN. WANG RM14 YANG AWALNYA HENDAK BAYAR DEPOSIT BILIK ITULAH YANG TINGGAL DI POKET MEREKA. BAYANGKAN TIADA WANG, BOLEH ADA HAJAT HENDAK DUDUK HOTEL.



LEBIH MENYEDIHKAN DARIPADA SEMALAM MEREKA BERDUA TIDAK MENJAMAH APA-APA MAKANAN PUN!!!. ITU SEBAB SAYA MELIHAT REMAJA WANITA ITU DALAM KEADAAN LEMAH.


SAYA TANYA KENAPA TIDAK GUNAKAN DUIT RM14 ITU UNTUK MEMBELI MAKANAN? JAWAB MEREKA WANG TERSEBUT BARU DIPEROLEHI DARIPADA MENJUAL KASUT REMAJA LELAKI ITU YANG DIJUAL KEPADA SEORANG BANGLA, DAN HASIL JUALAN KASUT ITULAH MEREKA HENDAK MEMBELI MAKANAN. DAN KATA MEREKA, MEREKA MENCUBA NASIB JIKA DAPAT TIDUR DI HOTEL DENGAN MEMBAYAR BILA CHECK OUT, TETAPI SEBENARNYA MEREKA SUDAH MERANCANG UNTUK TIDAK MEMBAYAR APABILA CHECK OUT.



SAYA MENYURUH STAF SAYA UNTUK MEMBELI NASI CAMPUR UNTUK DIBERI KEPADA MEREKA BERDUA. KESIHAN MELIHAT MEREKA MAKAN DENGAN LAHAPNYA.



SAYA MEMUJUK MEREKA UNTUK BALIK KE RUMAH SEMULA. TANPA MEREKA SEDARI, SAYA ARAHKAN STAF SAYA MENGUBUNGI POLIS.


APABILA POLIS TIBA, MEREKA AGRESIF UNTUK MELARIKAN DIRI. SYUKUR BERKAT SEDIKIT PENGALAMAN YANG ADA, SAYA DAPAT MEREDAKAN KEADAAN.



SETELAH PERBINCANGAN DENGAN PIHAK POLIS, DUA REMAJA ITU AKHIRNYA DI BAWA KE BALAI POLIS BANDA HILIR UNTUK DIAMBIL KETERANGAN.



IBU BAPA KEDUA-DUA REMAJA TERSEBUT SUDAH DIHUBUNGI OLEH PIHAK POLIS. MENURUT POLIS, IBU BAPA REMAJA PEREMBUAT TERSEBUT TELAHPUN MEMBUAT LAPORAN POLIS TENTANG KEHILANGAN ANAKNYA DI BALAI POLIS MUAR.



BANYAK IKTIBAR BOLEH DIAMBIL DARIPADA INSIDEN INI YANG BERLAKU DI HADAPAN SAYA. KITA SEBAGAI IBUBAPA HARUSLAH MENDEKATI DAN MENJAGA ANAK-ANAK KITA AGAR PERKARA SEBEGINI TIDAK TERJADI TERHADAP KELUARGA KITA.



BUKAN SENANG TANGGUNGJAWAB IBU BAPA DALAM PROSES PEMBESARAN DAN KEHIDUPAN ANAK-ANAK.












Thursday, March 15, 2012

BN Selangor timbulkan dana asing kpd anwar.. melalui konrad adenauer foundation (kaf) atau nama sebenarnya konrad adenauer stiftung. Cerita sebegini telahpun saya posting di dalam blog saya dah lebih 5 tahun lalu @ 24 disember 2006. SELAMAT MEMBACA. IKLHLAS DARI SHAIFUL BAHRI SAIDIN..

APA ADA PADA NAMA: AWASI FAHAMAN LIBERALISASI DAN PLURALISME DARI YAYASAN ASING shaifulbahri.blogspot.com

Friday, March 09, 2012



PASUKAN PETUGAS


1. Adalah dimaklumkan sebuah Pasukan Petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.


2. Pasukan Petugas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam hal-hal yang berkaitan Perkhidmatan Awam setelah memegang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam.


3. Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan.


4. Pasukan Petugas tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.


5. Isu-isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamatkan atau diemelkan dalam tempoh 1 bulan dari kenyataan media ini, iaitu sehingga 15 Februari 2012 kepada:

YBhg. Datuk Farida Mohd Ali,

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

Jabatan Perkhidmatan Awam,

Aras 13, Blok C1, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62510 PUTRAJAYA.