Monday, July 07, 2008

LAGI HADIAH PKR KEPADA ORANG SELANGOR

'Hadiah' PKR kepada pengundi Selangor
(luahan dari saudara zul sektor7 shah alam)

SELEPAS pilihan raya umum ke-12, kita telah dapat melihat cara parti pembangkang mentadbir negeri khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kesan paling ketara dapat dilihat adalah daripada kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor.
Ini terbukti apabila saya selaku anak jati Selangor cuba mendapatkan janji yang ditawarkan seperti mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian tetapi amat menyedihkan ditolak bulat-bulat. Tidak lagi seperti janji mereka untuk membantu rakyat. Saya berasa amat berdukacita dan marah.
Sebelum ini semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) mereka paling tidak pun akan cuba berusaha membantu mendapatkan pekerjaan itu. Inilah 'hadiah' pertama kepada pengundi yang memilih Pakatan Rakyat.
'Hadiah' kedua pula ialah semasa berkempen, pembangkang mendakwa mereka lebih mesra rakyat dan akan membantu semua golongan rakyat tanpa mengira fahaman politik.
Tetapi apa yang terjadi sekarang ialah kebanyakan penyokong PKR sendiri tidak dapat berjumpa mereka setelah menjadi wakil rakyat apatah lagi rakyat biasa.
Ini amatlah bertentangan dengan wakil rakyat BN sebelum ini. Walau sesibuk mana sekalipun akan ada satu hari khusus untuk bertemu rakyat.
'Hadiah' ketiga dapat dilihat apabila Pakatan Rakyat dengan bangganya mengumumkan akan membina ladang babi terbesar negara yang berharga RM100 juta sedangkan mereka sebelum ini yang amat lantang membantah projek-projek membazir seperti itu.
Saya bukanlah ingin menempelak PKR tetapi inilah kenyataan yang harus dihadapi oleh semua pengundi khususnya orang Melayu. PKR nampaknya lebih mengutamakan kaum lain daripada kaum sendiri.
'Hadiah' keempat pula adalah dari segi kronisme. Salah satu contoh, pegawai kanan di pejabat Menteri Besar sendiri menghadapi tuduhan mengamalkan kronisme dan rasuah.
Inilah antara 'hadiah' yang terang lagi bersuluh untuk difahami oleh para pengundi PKR. Benarlah kata ramai orang bahawa PKR adalah parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali.
Saya amatlah berharap rakyat tidak menggadai negara dengan menyokong pemimpin PKR kerana masa depan anda mungkin indah khabar dari rupa. Kita sebagai bangsa Melayu perlu membetulkan keadaan dan kembalikan semula hak kita pada pilihan raya umum ke-13 nanti supaya anak cucu kita tidak menanggung derita daripada kesilapan kita sekarang.

1 comment:

Anonymous said...

ko kalu mntak keje mesti bwk dokumen lengkap betul tak?kalu ko sbg penemuduga,adakah ko akan terima org yg nak temuduga tp takde dokumen yg lengkap?ko ni tak tahu ke ladang babi tu sape yg luluskan dan bila ia ditandatangani?pasal kronisme dan rasuah sape pulak yang arahkan orangnya ditangkap kalu bukan YB Khalid sendiri..ko ni kalu nak tulis biar ada fakta.