Sunday, January 04, 2009

SELEBRITI,PESTA SEKS DAN DADAH


FARAHRIZAN ABDUL RAZAK
ASTRO AWANI

TAHUN 2009, dunia hiburan kita sambut dengan kontroversi selebriti, pesta seks dan dadah. Terkejut? Apa nak dihairankan kerana resam dunia popular, kontroversilah yang menghidupkannya.
Cuma yang agak menyedihkan kerana baru sahaja kita menyimpan azam untuk memperbaiki kekurangan 2008, belum pun sehari sambutannya, kita calar dengan perkara yang menjatuhkan maruah.
Memang nilai beritanya tinggi. Hampir semua akhbar harian menyiarkan berita penangkapan dua selebriti bersama 24 yang lain itu pada muka surat pertama.
Malah ramai juga kalangan wartawan yang terpaksa melayan panggilan-panggilan daripada sanak saudara dan teman-teman bertanyakan siapakah pembaca berita dan aktres yang ditangkap itu.
Beritanya mengalahkan cerita tragedi kematian di kota Bangkok akibat kebakaran kelab malam, juga ketika meraikan sambutan tahun baru. Janganlah marah kalau orang asyik memperkatakan soal moral artis tempatan yang kebanyakannya berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Tapi sayang, kerana seorang dua yang membuat onar, keseluruhan dunia hiburan menerima tempiasnya. Golongan selebriti - artis, pengacara, penyampai radio, penyampai berita dan segala bagai lagi - terpalit sekali.
Sedangkan ramai juga daripada mereka amat menjaga imej, tata susila dan keperibadian serta maruah diri masing-masing kerana mengetahui status mereka sebagai orang dikenali.
Justeru tentunya setiap tingkah laku dan perbuatan di depan khalayak akan dilihat dan diperkatakan hatta jika tidak melemparkan senyuman kepada orangnya, mereka akan dikata.
Kita faham, sebagai manusia biasa kita semua melakukan kesilapan. Besar atau kecil, kesalahan itu kita yang perlu menanggungnya.
Tetapi jika melakukan perkara yang bukan sahaja tidak senonoh dan tidak bermoral malah bukan sekali dilakukan, kita pasti tertanya-tanya, tidakkah mereka malu.
Kerana antara yang ditangkap itu juga sebelum ini pernah menggemparkan industri dan memberi panas dunia hiburan. Bak kata seorang teman di blognya, si pelakon - memang dikenali agak nakal.
Si penyampai berita - dia baca berita berat, bukan gosip picisan.
Jadi renungkanlah.




Mengejutkan, penyampai berita yang ditahan reman kerana terbabit dalam pesta seks kelmarin rupanya akan melangsungkan perkahwinannya pada 10 Januari ini. Menurut sumber, kes ini telah dipindahkan daripada seks kepada kes dadah, kerana didapati pembaca wanita itu positif dadah jenis ketamin & syabu.

1 comment:

almustaqeem said...

lain yang dicari, lain yang keluar... tidak apalah... kerana saya tahu apa itu TERAJU memandangkan saya berjiran dgn salah seorang anggota TERAJU, malah anak saya dijaga oleh anggota TERAJU... hehehe.

Salam perkenalan...