17-11-2007 03:59:34 PM
KUANTAN: Dakwaan pihak tertentu kononnya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Negara memperkenankan perhimpunan haram di ibu negara pada 10 Nov lepas disifatkan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sebagai tidak manis.
Menurut baginda adalah sesuatu yang tidak elok mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong dengan perkara yang tidak bermoral itu.
"Tidak manis dalam perkara ini kita heret nama Baginda. Elok dihentikan dakwaan ini secepat mungkin kerana dalam Islam kita tidak boleh memfitnah antara satu sama lain," titah baginda kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Lembaga Kebajikan Islam Malaysia (LKPIM) Pahang di sini hari ini.
Dalam satu kenyataan semalam Yang di-Pertuan Agong melahirkan rasa kesal baginda terhadap pihak tertentu yang mendakwa baginda memberi perkenan dan menyokong perhimpunan itu yang dianjurkan oleh sebuah badan dikenali Bersih dan disokong parti-parti pembangkang.
Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda yakin Tuanku Mizan tidak terlibat sama sekali dengan perhimpunan berkenaan.
"Saya dengan penuh kepercayaan yakin Seri Paduka tidak ambil bahagian apa-apa dalam perhimpunan itu tetapi Baginda difitnah. Saya tetap di sisi menyokong Baginda," titah Sultan Pahang.
Baginda meminta rakyat Pahang tidak melibatkan diri dalam sebarang perhimpunan haram di negara ini kerana ia menyalahi undang-undang sebaliknya terus menyokong kerajaan bagi terus menikmati hidup selesa dan makmur.
"Saya rayu agar rakyat saya jauhi diri dari sebarang perhimpunan haram tetapi hendaklah melibatkan diri dengan pelbagai projek yang disediakan oleh kerajaan seperti Rancangan Malaysia dan projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur," titah baginda. BERNAMA

No comments:
Post a Comment