Bukan saja Malaysia, malah Jakarta jua tolak pendatang 'haram'
Bukan saja Malaysia yang tidak mahukan pendatang tanpa izin, malah ibu negara Indonesia, Jakarta, juga menolak kedatangan rakyatnya sendiri yang diistilahkan `haram', dari wilayah dan daerah lain negara itu.Kerana tidak mahu menanggung beban kemasukan puluhan ribu pendatang tanpa izin itu terutama setiap kali selepas Hari Raya, pemerintah Jakarta menjalankan operasi besar-besaran bagi mengelak penyusupan masuk mereka.Pemerintah Jakarta, yang bertanggungjawab ke atas bandaraya seluas 650km persegi ini dan sudah menampung lebih 8.7 juta penduduk, dengan tegas menyatakan tidak mahu menerima pendatang apatah lagi yang tidak mempunyai pendidikan, kemahiran dan jaminan pekerjaan serta tempat tinggal.Gerakan pengawasan dan pemeriksaan ke atas mereka termasuk yang menumpang saudara mara yang pulang ke sini selepas mudik lebaran di kampung masing-masing, dijalankan di semua 28 pintu masuk terutama di stesenstesen pengangkutan awam, baik darat mahupun laut.Operasi yang dipanggil `Operasi Yustisi' di pintu-pintu masuk itu diteruskan pula dengan pemeriksaan di rumah-rumah penduduk terutama di kawasan setinggan atau serbuan untuk menangkap pendatang baru yang tidak mempunyai kad pengenalan beralamat di Jakarta.
Tindakan demi kebaikanTindakan pemerintah Jakarta dan juga beberapa bandar besar lain terutama di Pulau Jawa itu bertujuan memastikan kemampuan pihak berkuasa tempatan menyediakan pelbagai kemudahan seperti perumahan, sekolah dan peluang pekerjaan, tidak terjejas akibat ribuan pendatang baru yang tidak tertampung.Sebagai pemerintah wilayah, terutama pemerintah ibu negara, tentunya tidak mahu menanggung beban pelbagai masalah sosial, ekonomi dan jenayah yang tidak berkesudahan seperti banyaknya gelandangan yang tidur di bawah jambatan dan di tepi jalan dan jenayah oleh pendatang yang tidak berpekerjaan.Namun `Operasi Yustisi' itu mendapat tentangan keras golongan tertentu yang melihatnya sebagai menyalahi hak asasi manusia iaitu menghalang rakyat daripada bergerak bebas dan mencari rezeki di tanah air mereka sendiri, yang juga dikatakan bertentangan dengan Undang-undang Dasar atau perlembagaan Indonesia sendiri.Media massa tempatan melaporkan hampir 1,000 pendatang baru itu ditahan dan didenda atau ditahan dan kemudiannya dihantar pulang ke daerah asal masing-masing.Namun bagi ribuan pendatang pasca lebaran itu, seperti juga dengan puluhan ribu yang dikatakan menyusup masuk ke Malaysia dengan menggadai nyawa menaiki bot-bot pancung meredah lautan ganas, ketentuan undang-undang itu tidak penting berbanding hasrat mereka untuk mengadu nasib.
Rakyat datang kerana terdesak"Tiada kerja di kampung, pak. Lagipun saya sudah kematian suami dan sudah lebih tiga tahun menganggur, kini mahu mencari kerja di Jakarta untuk membantu ibu bapa yang sudah tua dan adik-adik yang masih bersekolah," kata Nunung, wanita berusia 22 tahun yang mengetuk pintu rumah seorang rakyat Malaysia di sini, baru-baru ini.Ketika ditanya, janda tanpa anak itu mengaku baru tiga hari tiba di Jakarta dan sudah menawarkan diri sebagai pembantu rumah di lima buah rumah di Kemang tetapi semua rumah itu sudah mempunyai pembantu."Bapak dan Ibu tolonglah saya, bayarlah seberapa saja asal saya ada kerja dan tempat tinggal," katanya terisak-isak yang kemudiannya bertukar menjadi tangis sendu ketika ditanya sama ada dia mempunyai izin untuk tinggal di Jakarta.Selain Nunung, kebanjiran pendatang baru juga terlihat dengan ramainya penjual akhbar, rokok dan minuman serta pengemis yang menggendong bayi mahupun suami yang buta dipimpin isteri, di simpang-simpang jalan berlampu isyarat selepas Hari Raya, termasuk di jalan-jalan yang dulunya tidak terdapat penjaja seperti itu.Walaupun bertekad tidak akan pulang ke kampung sebelum mendapat kerja, namun mereka tidak tahu ke mana harus dituju kerana tidak mempunyai saudara mara yang boleh membantu dan jika nasib tidak menyebelahi mereka, pastinya mereka akan menjadi sebahagian daripada statistik setinggan atau gelandangan di ibu kota ini.
Kebanjiran pasti mengundang masalah
Data pemerintah Jakarta menunjukkan pada tahun 2006 mereka yang balik kampung mencapai 2.4 juta orang manakala yang masuk semula ke Jakarta sebanyak 2.48 juta orang, iaitu bertambah 80,000 orang, yang akan memadatkan lagi jumlah penduduknya yang sudah mencapai 13,000 orang bagi kilometer persegi.Seorang penduduk asal Jakarta yang enggan disebut namanya berkata wajar jika pemerintah Jakarta bertindak menghantar pendatang itu pulang ke daerah asal masing-masing kerana tanpa jaminan pekerjaan dan tempat tinggal mereka menjadi punca banyak masalah sosial.Rumah ibu saya sendiri di Kuningan turut menjadi mangsa pendatang itu apabila dua keluarga yang entah dari mana tibatiba mendirikan bangsal dan setelah beberapa hari mahu berjualan minuman pula di situ sedangkan jalan di tepi rumah itu sudah sangat sempit, katanya.Jakarta sendiri sudah jelas tidak mahu dibanjiri pendatang tanpa izin itu, apatah lagi Malaysia?

No comments:
Post a Comment