IPOH, 29 Nov (Bernama) -- Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Shah hari ini mengingatkan warga Malaysia agar sentiasa menghormati undang-undang dan institusi penguatkuasa undang-undang negara serta mengambil pendekatan secara bertamadun dan bersopan dalam apa juga tindakan mereka.Baginda bertitah perbuatan mencabar undang-undang dan institusi penguatkuasa undang-undang dengan mengimport dan memperkenalkan budaya kekerasan bukan merupakan budaya berpolitik yang sihat dan konstruktif."Keamanan dan kerukunan negara tidak harus dikorbankan kerana kepentingan atau matlamat perjuangan jangka pendek mana-mana kumpulan. Untuk itu warga Malaysia, wajib menghormati undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara."Jika hari ini proses yang menghormati undang-undang dibenarkan untuk dirampas oleh kumpulan tertentu hingga proses undang-undang tersebut boleh runtuh, dibimbangkan bahawa negara ini sedang berada pada titik permulaan untuk terheret menuju kepada satu anarki," titah baginda pada Persidangan Ke-160 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.Dr Raja Nazrin menyeru warga Malaysia supaya sentiasa mengamalkan pemikiran dan tindakan secara rasional dalam ruang lingkup undang-undang negara dan bertiangkan budaya bangsa.Menurut baginda, negara telah mencapai banyak kemenangan dan mencipta banyak kejayaan melalui budaya rundingan, budaya perbincangan dan budaya muafakat."Budaya bertindak yang asing dengan budaya kita hendaklah ditolak dan tidak dibenarkan bertapak di bumi ini. Seruan Beta, pilihlah jalan yang baik - pilihlah cara yang baik, pilihlah kaedah yang baik dalam hasrat mahu mencapai niat yang baik," titah baginda.-- BERNAMA
Friday, November 30, 2007
HORMATI UNDANG-UNDANG dan INSTITUSI PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG NEGARA
Hormati Undang-undang Dan Institusi Penguatkuasa Undang-undang Negara

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment