JANGAN LUPA KUASA POLITIK ORANG MELAYU
Persoalan utama peminat politik tanah air telahpun terjawab. Teka-teki bila parlimen dibubarkan telahpun diumumkan oleh Perdana Menteri. Soal siapa calon yang bertanding kini menghangatkan suasana, baik di warung kopi sehinggalah ke lobi hotel mewah.
Analisa pra pilihan raya pada tahun ini amat menarik sekali. Apakahkah akan ada "vote swing" di saat-saat akhir?. Apakah akan ada undi protes akibat tidak puas hati dengan calon parti? Apakah akan ada sentimen perkauman melampau yang boleh menyebabkan sebuah parti komponen BN yang sering bergantung kepada undi kaum lain akan hilang langsung wakil di parlimen atau dewan undangan negeri?
Hakikatnya sudah ada sindrom yang terlupa bahawa kuasa politik negara masih dan tetap kekal di tangan orang Melayu. Cuma bezanya kali ini ialah suadah ada "suara-suara" halus yang cuba memperlekeh dan melupakan kuasa undi orang Melayu.
Akibat terlampau menitik beratkan kaum minoriti dengan pelbagai tuntutan yang tidak masuk akal dan merapu, orang Melayu seolah terpinggir di persada politik negara.
Baik pembangkang mahupun parti kerajaan, mereka tahu dan sedia maklum undi orang Melayu amat penting di dalam penerusan karier dan matlamat politik mereka. Undi orang Melayu tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja. Lim Kit Siang tetap mahukan undi orang Melayu bagi menjamin kemenangan kuat sejajar dengan jawatan Pengerusi DAPnya.
Datuk Seri Samy Vellu pasti "melutut" dalam tempoh berkempen ini untuk menagih undi orang Melayu di Sungai Siput untuk menang. Begitu juga Datuk Seri Ong Ka Ting, pasti mahukan sokongan kuat dari orang Melayu sebagai bukti beliau pemimpin kanan BN.
Apakah corak pengundian pada tahun ini di dalam merencanakan keputusan pilihan raya umum kali ke 12 ini?. Mungkinkah keputusan tahun ini lebih mirip kepada pilihan raya umum 1999? Pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno menyebabkan ramai pengundi Melayu berpindah kepada Pas dan Keadilan. BN diselamatkan oleh pengundi Cina dan India yang mengakibatkan sokongan kepada DAP amat merosot.
Atau keputusan kali ini lebih cenderung kepada pilihan raya 2004 yang menyaksikan BN menang besar dengan memenangi 199 kerusi berbanding 20 kerusi oleh pembangkang. Peribadi Perdana Menteri dengan lebih terarah kepada kerajaan bersih dan kerajaan terbuka telah dapat menakluk pengundi Melayu yang menyebabkan Pas dan PKR kalah teruk. Tetapi perlu diingat bahawa undi Cina dan India telah balik semula kepada DAP.
Akhirnya tibalah tahun 2008 yang sekali lagi menyaksikan arus dan corak pengundian yang bakal di laksanakan oleh pengundi. Realitinya semua kaum ada masalah menjelang pilihan raya umum kali ini. Orang Melayu dengan masalah ekonomi cukup makan mereka, kaum Cina dengan arus perniagaan yang tidak menentu dan India pula dengan dakwaan mereka dipinggirkan.Tidak seperti pada tahun1999, yang ketika itu hanya orang Melayu yang tersentuh emosinya, pada kali ini boleh dikatakan semua kaum mempunyai isu dan ketidakpuasan yang tersendiri.Bagi pembangkang, jika mereka gagal memperbaiki prestasi mereka, puncanya bukan lagi kekuatan BN atau tipu helah BN seperti yang mereka sering dakwa, tetapi puncanya adalah kelemahan mereka sendiri.Bagi BN pula, jika ia hilang sokongan, kehilangan itu bukan berpunca daripada kekuatan pembangkang tetapi akibat kelemahannya sendiri seperti kelemahan jentera parti, silap memilih calon dan kelemahan akhlak pemimpinnya.Majoriti pengundi, sama ada ahli parti komponen BN atau rakyat yang taat setia kepada negara tetap akan terus mengundi BN.
Tetapi pengundi atas pagar dan pengundi muda mungkin lebih bersimpati dengan pembangkang jika mesej, gaya dan peribadi calon parti pembangkang lebih sederhana, merendah diri dan tidak cakap besar.
Walaupun pimpinan atasan BN tetap meramalkan dengan begitu pastinya pilihan raya kali ini akan menghasilkan kemenangan lebih besar dari 2004, namun hakikat yang pasti pengundi Melayu seperti terpinggir dan mudah dilupakan.
Walaupun ada pendapat pemimpin BN yang menyatakan kebimbangan akan ada kemerosotan undi dari bukan Melayu ekoran beberapa isu tertentu termasuk Hindraf, hakikat di barisan akar umbi adalah sebaliknya.
Seharusnya BN perlu bimbang terhadap pengundi Melayu yang seakan-akan merajuk ekoran daripada suasana politik terkini yang terlalu lebih melayan kehendak golongan minoriti. Apakah mereka lupa bahawa kuasa politik masih terletak di tangan orang Melayu?
Mereka kecewa kerana para pemimpin BN kelihatan memberi lebih perhatian bagi menangani isu berkenaan. Tetapi bagaimana pula pengundi Melayu, yang merupakan penduduk terbesar negara ini? Walaupun nampak senang, hati pengundi Melayu tidak boleh di ambil mudah.
Para pemimpin BN terutamanya dari UMNO harus turun menambat hati golongan akar umbi yang semakin resah terhadap beberapa tuntutan yang dianggap sangat melampau dari parti komponen bukan Melayu khususnya dari MIC. Sejak peristiwa rusuhan Hindraf, ada sahaja tuntutan demi tuntutan untuk kaum minoriti, yang kesannya merobek hati orang Melayu.
Inilah yang patutnya disasarkan oleh BN dalam tempoh berkempen pilihan raya umum. Kita mahukan semua komponen BN akan turun padang mengubat luka dan kecewa orang Melayu.
Jika ada pemimpin BN yang mendabik dada bahawa itu semua kerja leceh dan tidak perlu undi orang Melayu, mereka sebenarnya sedang menggali kubur bernisankan politik mereka sendiri.
Mereka wajib mengakui hakikat undi orang Melayu tersangat penting sebagai penerus karier politik mereka. Tanpa undi Melayu, akan hancur berderai karier politik seseorang individu dan malah sebuah parti mungkin.
Dalam berusaha untuk mendapatkan undi bukan Melayu, jangan sesekali lupa bahawa undi Melayu amat besar kuasa dan pengaruhnya. Jangan pula menyukarkan pilihan raya kali ini yang akhirnya boleh menyebabkan kepastian dan keyakinan yang diinginkan berubah dalam sekelip mata. Realitinya orang Melayu masih memegang tampuk kuasa politik tanpa perlu diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Sudah ada kini suara-suara kecil dan kerdil dalam UMNO yang berpendapat kepemimpinan Umno telah tunduk dan menyerah kalah kepada tuntutan minoriti.Mereka melihat perkembangan seperti arahan tidak merobohkan kuil-kuil haram dan perisytiharan secara tiba-tiba Thaipusam sebagai cuti umum sebagai tanda menyerah kalah UMNO kepada kaum minoriti.
Semakin ramai di kalangan pemikir dan pembentuk pendapat umum Melayu yang berasa gelisah dengan apa yang mereka lihat sebagai percubaan yang berterusan memalukan orang Melayu dengan pelbagai tuduhan, sindiran dan gurauan. Kes rakaman video V.K Lingam adalah contoh sahih golongan minoriti telah mula menjurus ke arah mempertikai dan mempersendakan institusi-institusi yang diterajui oleh orang Melayu. Sungguh aib orang Melayu yang begitu mudah dijual beli.
Juga sudah ada suara-suara kecil akar umbi Melayu yang bakal mengambil tindakan untuk mengaibkan parti dari golongan minoriti ini dengan tidak memberikan undi walaupun calon parti tersebut bertanding atas nama BN. Apakah ini bakal berlaku sebagai petunjuk protes secara senyap?
Gelombang ini sudah mula ada seperti di kawasan parlimen Hulu Selangor, DUN Sungai Tua(Selangor) dan DUN Asahan(Melaka). Kawasan-kawasan ini pada pilihan raya yang lalu diperuntukkan kepada calon MIC.
Dengan kata lain kumpulan suara-suara kecil akar umbi ini boleh merealisasikan gelombang mereka sehingga boleh menyebabkan tiada satupun wakil MIC di parlimen mahupun di DUN. Apakah ini yang diidamkan oleh kepimpinan MIC?.
Janganlah pula sudah tahu sokongan dari akar umbi kaum India terhadap MIC amat merosot, sehingga sanggup mencalarkan hati pengundi Melayu sehingga sanggup meminta yang bukan-bukan dari kerajaan. Apakah mereka tidak memikirkan sensiviti kaum lain semata-mata hendak memperkasakan parti mereka?
Apakah tunjuk perasaan Hindraf, penangkapan mereka yang terbabit dan penahan beberapa pemimpinnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan membantu MIC? Atau akan membuat orang India menolak MIC.Adakah majoriti pengundi India boleh ditenteramkan jiwa mereka untuk kembali menyokong MIC apabila kerajaan mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum di negeri-negeri tertentu dan ikrar tidak merobohkan kuil haram?
Jawapannya ada pada pilihan raya kali ini. Sama-samalah kita tunggu arus dan corak pengundi kali ini. Mungkin akan berlaku "vote swing" dan beberapa kejutan yang bakal dilakukan oleh 10.9 juta pengundi berdaftar.
Jangan mudah lupa dan alpa tentang hakikat kuasa politik negara masih terletak di tangan orang Melayu. Selamat mengundi.

No comments:
Post a Comment