Thursday, July 24, 2008

RADOVAN KARADZIC

Karadzic miliki wanita simpanan di Balgrade, keluarga olok-olok di AS

Memiliki perempuan simpanan, keluarga olok-olok di Amerika Syarikat dan bebas minum wain di bar bernama 'The Madhouse' - antara kehidupan rahsia yang dinimati Radovan Karadzic sepanjang tempoh pelarianya selama 13 tahun.

Sejak ditahan petang Isnin lalu, semakin banyak rahsia kehidupan penjenayah perang itu terbongkar yang selama ini tiada siapa mengetahuinya. Malah, kehidupan Karadzic hampir lengkap sehingga jirannya tidak percaya bahawa lelaki yang baik menggunakan nama Dr Dragan David Dabic itu sebenarnya penjenayah yang paling dikehendaki dunia.

“Kehidupannya amat unik. Dia menyorok di tempat terbuka," kata ahli kriminologi, Leposava Kron. Karadzic, yang melarikan diri lebih sedekad mempunyai teman wanita yang juga pembantunya dalam menjalankan perniagaan perubatan alternatif, kata jurutera perisian, Zoran Pavlovic.

Pavlovic berkata, Karadzic pernah meminta khidmatnya pada Februari lalu untuk mewujudkan laman web bagi mempromosikan kepakarannya.

Pavlovic berkata, beliau ke pangsapuri Karadzic di pinggir bandar New Belgrade sebanyak dua kali sebulan untuk berbincang perkara itu. "Dia pernah menunjukkan gambar empat budak lelaki yang memakai kemeja-T kuning L.A. Lakers yang dakwa Karadzic cucunya yang tinggal di Amerika Syarikat.

Karadzic juga mendakwa dia tinggal di Bandaraya New York dan berjaya memiliki diploma di AS. “Dia memberitahu saya dia sering ke Amerika dan saya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayainya," kata Pavlovic.

Beliau berkata, Karadzic juga pernah memperkenalkan teman wanitanya yang dikenali sebagai Mila, yang amat menawan berusia awal 40-an. Karadzic masih mempunyai isteri sah, Ljiljana Zelen-Karadzic, yang kini tinggal bersama keluarganya di Pale, di timur Sarajevo yang pernah menjadi kubu kuat puak Serb.

“Sekiranya sesiapa ingin tahu siapa sebenarnya Karadzic, saya kira teman wanitanya adalah orang yang paling banyak mengetahui rahsianya," Pavlovic. Sejak selama, usaha mencari Mila untuk mengulas mengenai perkara ini tidak berjaya.

Wednesday, July 23, 2008

UNDERSTANDING THE SPIRIT OF ACCOMMODATION



MINISTER in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz deserves praise for his courageous and principled stand on the 55:45 ratio for Public Services Division (PSD) scholarships for bumiputras and non-bumiputras.
His critics in Parliament – MPs Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas) and Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) – raised constitutional issues that require clarification.

Some of what was said by these honourable MPs was deeply defamatory of the Constitution’s sacred provisions and was also detrimental to preserving racial harmony in our dazzlingly diverse society.

To begin with, one must point out that the Constitution of the Federation of Malaya was founded on the courage, conviction and compromises of the leaders of the Alliance who had to grapple not only with inter-ethnic rivalries but also with the demands of the radicals within their own communities.

In the final blueprint, Malay-Muslim features were balanced by provisions suitable for a multi-racial and multi-religious society. Malay privileges were offset by safeguards for the interest of other communities. The spirit that animated the Constitution was of moderation, compassion and compromise.

This spirit was totally lacking in the diatribe by the honourable MPs from Pasir Mas and Pasir Salak.

Ibrahim’s interpretation that the Constitution provides for scholarships only for bumiputras is an extremist interpretation of the affirmative action provisions of Article 153 of the Constitution.

Article 153 (on the special position of Malays and natives of Sabah and Sarawak) is replete with clauses that seek to balance the interests of the various communities.

First, the Article provides for quotas and reservations and not outright or total or exclusive allocation. It is noteworthy that in Article 153 the word “reservation” occurs at seven places; the term “quota” is found once; the terms “such proportion as the Yang di-Pertuan Agong may deem reasonable” recur four times.
In Article 153(2) the Yang di-Pertuan Agong is enjoined to “ensure the reservation for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of ? scholarships, exhibitions and other educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government ...”

The proportion is not specified and, as Nazri correctly pointed out, the proportion is determined by considerations of fairness and justice.

Second, Article 153(1) also explicitly mentions that along with protecting Malays and the natives of Sabah and Sarawak, it shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard “the legitimate interests of other communities”.

Third, the reservations and quotas are enjoined only in areas permitted by the Constitution. There are four such areas: positions in the public services; scholarships, educational or training privileges; permits or licenses for the operation of any trade or business; and places in institutions of higher learning providing education after MCE.

Fourth, Article 153 clauses (4), (7) and (8) expressly state that in safeguarding the special position of Malays and natives, no person can be deprived of any office, scholarship, educational or training privilege, right, permit or licence (including the renewal of licence) that was already held by him.

Fifth, nothing in Article 153 permits Parliament to restrict business or trade solely to Malays or natives.

Sixth, elsewhere in the Constitution protection is accorded to the orang asli: Article 8(5)(c).

The MPs for Pasir Mas and Pasir Salak must be reminded that the letter and spirit of Article 8 of our Constitution is equality before the law and equal protection of the law. The ideal that animates the Constitution is the ideal of justice for all irrespective of race, religion, region or gender.

However, the Constitution recognises that due to the weaker economic and educational position of the Malays and natives of Sabah and Sarawak, a scheme of reservations and quotas is necessary for their social amelioration and for bridging the gap between legal equality and socio-economic disparities.

Ibrahim’s suggestion that scholarships for non-bumiputras should come only from a special fund contributed by the private sector is puzzling. On what legal, moral or rational basis he advocates such a policy is difficult to understand.

Perhaps he is unmindful that the private sector contributes to taxes that fill the coffers from which government largesse is derived.

It is submitted that the spirit of Article 153 is of affirmative action for Malays and natives, not of hostile discrimination against “non-bumiputras”.

Outright or exclusive allocation of public scholarships for any one community was not envisaged by the Constitution. Instead, reservations and quotas to the extent deemed reasonable by the Yang di-Pertuan Agong were mandated.

This clearly means that the Public Services Division, Mara, the ministries, all universities, statutory authorities and government-owned companies that grant scholarships are entitled to give assistance to all deserving citizens irrespective of race, religion or gender but subject to the quotas set by the Yang di-Pertuan Agong on the advice of the political executive.

It is clear, therefore, that during the debate in Parliament on PSD scholarships, Nazri walked steadfast on the high road of constitutionalism. His detractors were taking pot shots from the undergrowth of race and prejudice.

Wednesday, July 16, 2008

FORMULA TURUN MINYAK ANWAR KURANG SENGAT

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan formula menurunkan harga bahan api yang meyakinkan dan mapan pada debat khas mengenai "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak." Walaupun beliau berhujah dengan petah dan menarik hati penonton terutama penyokongnya menerusi retoriknya, formula yang dibentangkan berjaya dipatahkan oleh lawannya Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan.

Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta mempertahankan tindakan kerajaan menstruktur semula subsidi minyak berbanding Anwar yang memilih pendekatan populis yang mengambil hati penonton.

Anwar berkata, harga bahan api boleh diturunkan 50 sen seliter sehari selepas sekiranya Pakatan Rakyat memerintah menerusi formula RM5 bilion digunakan bagi menampung penurunan harga minyak.

Wang itu dapat diperoleh dengan penjimatan perbelanjaan kerajaan termasuk mengatasi masalah kebocoran dan ketirisan, dan mengurangkan 'standby' kapasiti pengeluaran tenaga daripada 40 peratus kepada 20 peratus oleh pengeluar tenaga bebas (IPP).

"Dengan mengurangkan kapasiti itu saja kita telah mendapat RM2 bilion, jadi RM3 bilion lagi diperoleh melalui penjimatan dan mengatasi kebocoran," katanya.

Mematahkan hujah-hujah Anwar pada debat anjuran Agendadaily.com di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam tadi, Ahmad Shabery berkata cadangan Anwar itu sudah tidak lagi relevan berikutan harga minyak di pasaran dunia sekarang lebih mahal berbanding harga semasa formula itu di warkan-warkan sejak sebelum pilihan raya umum Mac lepas.

Beliau menjelaskan pada masa itu harga bahan api adalah RM1.92 seliter bagi petrol dan RM1.58 seliter diesel. Berikutan harga setong minyak di pasaran dunia mencecah lebih US$130 setong, kerajaan terpaksa menstruktur semula subsidi bahan api, menjadikan harga di pam petrol RM2.70 seliter dan diesel RM2.58 seliter.

"Kalau kerajaan mengekalkan harga minyak pada kadar yang lama, ini bermakna subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan ialah sebanyak RM50 bilion. "Ini bermakna banyak program pembangunan, termasuk sekolah, jalan, Felda, soal orang di kampung tidak dapat dijalankan hanya untuk menampung cara hidup yang berterusan yang ada pada hari ini," kata Ahmad Shabery.

Ahmad Shabery berkata kenaikan harga minyak adalah fenomena global yang berlaku di seluruh dunia akibat banyak faktor termasuk perang Iraq, kemungkinan Amerika Syarikat menyerang Iran dan peningkatan permintaan bahan api oleh China serta India. Beliau berkata penyelesaian kepada masalah ini bukan dengan menambah subsidi secara konvensional tetapi memerlukan satu pendekatan baru menerusi penstrukturan subsidi bagi menjamin ia benar-benar disalur dan dinikmati oleh rakyat berpendapatan rendah.

"Kalau kita terus bagi subsidi, ada syarikat asing seperti Exxon-Mobil, Shell dan sebagainya yang turut mendapat faedah daripada wang rakyat," katanya.

Beliau berkata kebanyakan negara lain turut mengambil pendekatan yang sama seperti Malaysia. Ahmad Shabery yang turut membidas Anwar kerana mendakwa kenaikan harga minyak kerana pengurusan kerajaan yang tidak cekap, berkata malah Finland, Norway dan juga negara yang dilaporkan kurang mempunyai kes rasuah tidak memberikan subsidi minyak kepada rakyatnya.

"Mereka telah menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik dan Malaysia juga harus menuju ke arah itu," katanya. "Kalau kita mengajar rakyat kita dengan harga yang murah walaupun pada hakikatnya harga minyak antarabangsa adalah tinggi, tahun 2015 (apakah) kita akan menjadi net importer? "Mungkin beberapa tahun lagi kita tidak ada minyak lagi. Apakah subsidi begini akan diteruskan atau pada waktu itu baru hendak naik mendadak serta-merta daripada apa yang ada sekarang?" tanya Ahmad Shabery kepada Anwar.

Anwar bagaimanapun mempertikaikan sumber minyak negara akan habis pada 2015 dan mendakwa kemungkinan telaga minyak baru ditemui kerana negara pernah menjangka kehabisan simpanan minyak pada 2005. Kata Anwar lagi Petronas juga giat menjalankan aktiviti mencarigali di luar negara.

Ahmad Shabery berkata Malaysia memang negara pengeksport minyak tetapi bukannya pengeluar besar, oleh itu khazanah negara perlu diuruskan dengan cermat bagi kepentingan generasi akan datang. "Daripada keuntungan Petronas itu, sebenarnya yang telah diberi pada kerajaan ialah sebanyak 91 peratus, apa lagi yang kita nak ambil dari Petronas," katanya disambut dengan tepukan penonton.

Ahmad Shabery, yang tidak luntur semangat menghadapi kepetahan Anwar berhujah menambah kata "Ingat Petronas kuat dan maju sekarang ini kerana siapa. Tidakkah kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional. "Kehebatan yang dibuat oleh Petronas selama ini adalah dorongan yang diberikan kerajaan. Kita tidak bebankan Petronas, kita benarkan Petronas untuk menabur kembali (keuntungan)," katanya.

Penonton yang terdiri daripada 50 orang daripada Pakatan Rakyat dan 50 daripada pihak kerajaan mengikuti debat itu dengan tertib tanpa membuat sebarang kekecohan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.

Begitu juga dengan ratusan penyokong kedua-dua belah pihak yang memberi sokongan moral di luar dewan. Rata-rata penonton yang ditemui berpuas hati dengan perjalanan debat itu yang mereka sifatkan sebagai menyuburkan amalan demokrasi di negara ini.

"Anwar mengambil pendekatan mencuri hati penonton menerusi retorik yang menyentuh emosi penonton tetapi kurang meyakinkan dari segi mengemukakan kaedah sedangkan Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta kukuh dan munasabah," komen seorang penonton yang enggan namanya disebut.

Debat kira-kira sejam itu dikendalikan oleh pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jafaar.

Tuesday, July 15, 2008

TIADA LAGI DEMOKRASI DALAM UMNO?????


SAYA berasa bertanggungjawab untuk memberi pendapat dan komen apabila melihat senario politik semasa. Saya percaya ramai yang ingin berkongsi pendapat dan komen apabila melihat keadaan politik yang agak mencemaskan dan merisaukan.

Apa yang rakyat harapkan apa sahaja yang berlaku keamanan dan kesejahteraan rakyat dikekalkan. Generasi selepas merdeka diberi peluang hidup dengan aman setelah melihat bagaimana perit dan menderitanya generasi sebelum merdeka ketika era penjajahan.

Tetapi peranan yang lebih besar sebenarnya adalah pemimpin kerana pemimpin umpama pemandu sebuah keretapi, rakyat umpama gerabak. Jika tersilap memilih pemimpin, rakyat akan menderita.

Hari ini di seluruh dunia berlaku krisis kepimpinan, dimana sukar mencari pemimpin yang benar-benar ikhlas dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.

Pemimpin banyak dikelilingi tukang ampu dan pombodek sehingga mata pemimpin dikaburi dan hanya melihat yang seronok-seronok sahaja tentang kepimpinannya. Budaya ini amat merbahaya kerana boleh mengkhayalkan pemimpin tersebut daripada situasi sebenar.

Selepas pilihanraya ke-12 pada 8 Mac yang lalu, bermacam-macam perkara yang mengejutkan berlaku dalam senario politik negara. Sedikit sebanyak telah menyebabkan wujud kebimbangan mengenai keharmonian dalam negara.

Diharapkan pihak kerajaan akan mengambil beberapa langkah dan pendekatan yang positif supaya pelabur terus melihat wujud kestabilan politik. Pihak pembangkang juga perlu memainkan peranan, diharapkan pakatan rakyat hentikan provokasi mahu menubuhkan kerajaan baru seterusnya menggulingkan kerajaan yang ada sekarang.

Tunggulah sehingga pilihanraya umum ke-13 dan menang secara demokratik dan bermaruah. Serahkan kepada rakyat menetukannya dan hormatilah keputusan pilihanraya. Ini bagi memastikan keadaan negara terus stabil dan ekonomi terus berkembang.

Pada tahun ini akan berlaku pertandingan jawatan dalam parti UMNO. UMNO sebagai tulang belakang pemerintahan kerajaan BN sudah pasti akan menarik minat semua rakyat untuk melihat pemilihan pada tahun ini berjalan penuh dengan demokrasi.

Saya berpendapat, jika berlaku pertandingan pada pemilihan UMNO tahun ini tidak melemahkan parti jika semua pihak bertanding secara sihat. Sebab itu, pengumuman pengerusi UMNO negeri tertentu seperti Pulau Pinang, Selangor dan terbaru Melaka yang mengumumkan sebulat suara mencalonkan individu tertentu adalah tindakan tidak wajar.

Ini boleh dianggap membelangkangkan suara demokrasi dan wajar diserahkan kepada peringkat akar umbi untuk menetukan soal pencalonan. Ini kerana pemilihan peringkat cawangan bermula pertengahan Julai, bahagian pada Oktober dan nasional pada Disember ini.

Jadi ketua-ketua bahagian negeri Pulau Pinang, Selangor dan Melaka tidak wajar membuat ketatapan rasmi bersama pengerusi UMNO negeri kerana mereka juga perlu bertanding pada pemilihan peringkat bahagian.

Tunggulah selepas mesyuarat agung bahagian, barulah dikeluarkan kenyataan mencalonkan individu-individu tertentu pada pemilihan peringkat nasional. Ini barulah amalan demokrasi dan bebas daripada unsur-unsur tekanan.

Biar ahli di peringkat akar umbi menetukan calon pilihan mereka sendiri bermula daripada ketua cawangan, ketua bahagian sehingga ke timbalan presiden dan presiden UMNO.

Mereka hendaklah disedarkan bahawa pemilihan ini adalah demi negara dan boleh berkhidmat untuk negara dengan ikhlas, cekap dan berkesan. Jika ahli UMNO tersilap memilih pemimpin, meraka telah mengkhianati rakyat keseluruhannya kerana pemimpin UMNO adalah pemimpin kepada kerajaan.

Para pemimpin yang telah dipilih hendaklah mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai tanggungjawabnya dan tidak menggunakan saluran yang salah untuk menang. Saya mencadangkan pihak BPR diberi kuasa untuk menanggani gejala politik wang dan melabelkannya sebagai jenayah dan tertakluk kepada akta pencegahan rasuah.

Rakyat pada hari ini merindui seorang pemimpin yang betul-betul ikhlas berjuang dan menjalankan tugas dengan penuh amanah bagi mengangkat negara kembali bangkit dan terus maju dengan rakyat hidup sejahtera dan tidak dihimpit dengan bebanan ekonomi.

Thursday, July 10, 2008

CERITA dari ABANG MB PERAK

Abang anggap MB Perak ibarat kacang lupakan kulit
Abang Menteri Besar Perak, Fadhil Jamaluddin menganggap adiknya, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar tidak layak menjadi menteri besar bagi kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang.
Menurut beliau, sebagai seorang abang sulung, beliau amat berharap adiknya itu sedar tentang apa yang berlaku sekarang dan mengajaknya supaya merenung semula sejarah kehidupan silam mereka sekeluarga.
Kata beliau, sebagai seorang Islam, adiknya itu sepatutnya mengenang budi dan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membantu menyediakan pendidikan kepada adik beradiknya hingga ke pusat pengajian tinggi di luar negara.
Katanya, tanpa bantuan biasiswa kerajaan BN yang memperjuangkan dasar pelajaran bagi membantu kaum Melayu, sudah tentu adiknya itu tidak mampu menjejakkan kaki ke menara gading.
''Kami daripada sebuah keluarga miskin dan bapa kami hanyalah seorang penoreh getah, jika tidak ada biasiswa yang disediakan kerajaan BN macam mana kami 14 beradik hendak bersekolah apatah lagi hendak masuk universiti di luar negara.
''Jika hendak kira pendapatan bapa sebagai penoreh getah yang mempunyai 14 orang anak memang sukar bagi kami untuk bersekolah tetapi alhamdulillah... 11 orang daripada adik beradik kami berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
''Parti UMNO yang menjadi tunjang kepada BN sebenarnya yang telah membantu kami, perjuangan parti itu membela orang Melayu telah membolehkan ramai adik beradik saya masuk ke universiti," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Program Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gerakan Belia 4B Perak di sekolah Menengah Teknik Padang Rengas di sini hari ini.
Mohammad Nizar merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science and Technology di Birmingham, England.
Mengulas lanjut, Fadhil yang juga pensyarah Institut Perguruan Darul Aman Jitra, Kedah berkata, orang Melayu sepatutnya sedar tentang perjuangan UMNO dan BN yang sehingga kini telah berjaya melahirkan ramai daripada kalangan bangsanya menjadi orang berjaya.
Justeru, jelas beliau, adalah tidak manis sekiranya seseorang yang telah berjaya hasil daripada perjuangan UMNO dan BN akhirnya bertindak menentang kerajaan pula.
''Saya berasa bangga di atas usaha kerajaan BN yang memerintah negara selama 50 tahun kerana berjaya melahirkan anak-anak Melayu yang berjaya dalam pelbagai bidang.
''Mereka yang berjaya itu termasuklah adik saya yang kini menjadi Menteri Besar Perak. Jadi saya rasa semua yang berjaya termasuk adik saya tidak boleh menafikan perjuangan UMNO dan BN selama ini," ujar beliau.
Justeru, Fadhil menyeru semua pihak terutama sekali adiknya itu supaya memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pemerintahan kerajaan BN yang kini diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, perjuangan UMNO tetap berpegang pada Islam dan memperjuangkan hak orang Melayu dan tidak pernah sama sekali mengenepikan hak bangsa-bangsa lain.
''Saya kesal apabila pada masa ini ramai yang telah berjaya seakan-akan melupakan jasa pemimpin pelbagai bangsa terdahulu yang sanggup bersatu dan bersetuju dengan kontrak sosial untuk mencapai kemerdekaan negara.
''Mereka ini macam orang tak tahu sejarah kerana saya dapat lihat pihak pembangkang dengan lantang sengaja mengapiapikan soal ketuanan Melayu dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang telah tercatat di dalam Perlembagaan," katanya.
Kata Fadhil, beliau difahamkan bahawa kerajaan negeri Perak yang dipimpin oleh adiknya dari parti Pas telah menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' dengan DAP yang antara isi kandungannya melarang menteri besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam.
Difahamkan, dalam perjanjian itu Mohammad Nizar sebagai menteri besar juga tidak boleh menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.
Katanya, ini akan mengubah persepsi orang Melayu terhadap kontrak sosial yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan masyarakat lslam dan juga orang Melayu.
Beliau tidak menafikan perjanjian tersebut jika ditunaikan oleh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak bakal menimbulkan implikasi besar dan akan mewujudkan penentangan besar-besaran oleh orang Melayu.
''Jadi saya harap UMNO Perak bangkit bagi mengembalikan maruah bangsa dan agama lslam yang kini cuba diperalatkan di bawah 'Perjanjian Pangkor II' kerana ia jelas bertentangan dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan selama ini," katanya.
Difahamkan, DAP telah meminta Nizar menandatangani surat 'Perjanjian Pangkor II' sebelum bersetuju melantik wakil Pas itu menjadi Menteri Besar Perak.

Monday, July 07, 2008

PENDATANG VIETNAM & NEPAL MAKAN ANJING dan KUCING

SAYA ingin meluahkan rasa marah, sedih dan kecewa dengan gelagat yang ditimbulkan sesetengah pekerja asing di negara ini, terutama dari Vietnam dan Nepal yang menjadikan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing sebagai makanan mereka. Pekerja ini menjadikan haiwan peliharaan sebagai sumber makanan, yang sudah tentu bertentangan dengan budaya penduduk negara ini, yang tidak memakan haiwan berkenaan. Mungkin atas faktor bahasa, pekerja asing dari Vietnam dan Nepal ini jarang menimbulkan kontroversi dengan rakyat tempatan, namun perilaku dan tabiat buruk mereka yang tidak menghormati budaya dan sensitiviti penduduk negara ini amatlah mengecewakan.

Tindakan pekerja dari Vietnam dan Nepal yang membunuh dan melapah haiwan ini untuk dijadikan sumber makanan adalah perbuatan kejam. Saya adalah antara rakyat tempatan yang tinggal di taman perumahan berhampiran dengan kawasan industri di mana pekerja Vietnam dan Nepal ini ditempatkan. Kebanyakan mereka bekerja di sekitar kawasan industri sekitar.

Pada mulanya kebanyakan penduduk sekitar menganggap bunyi teriakan anjing dan kucing yang kuat hampir setiap hari di rumah sewa pekerja asing adalah disebabkan pergaduhan haiwan berkenaan. Namun, alangkah terkejutnya kami apabila seorang jiran yang tidak tahan mendengar bunyi anjing melolong kesakitan dan pergi menyiasat mendapati rupanya kelihatan seekor anjing yang masih hidup tetapi berlumuran darah di kepala dan menggelupur kesakitan sedang dilapah hidup-hidup oleh beberapa pekerja asing di rumah sewa itu.
Apabila disergah jiran saya, mereka menunjukkan pisau seolah-olah mengugut kami. Kami kemudian yang menyiasat lebih lanjut mendapati banyak kepala, kulit anjing dan kucing dibuang di kawasan sekitar rumah sewa mereka.

Saya pasti ini bukan kejadian terpencil tetapi berlaku di mana-mana pekerja asing ini tinggal. Sebelum ini pun Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad pernah menegur perilaku tidak berperikemanusiaan pekerja asing di sekitar Johor Bahru pekerja yang memakan anjing dan kucing milik penduduk.
Saya menggesa majikan dan juga pihak konsul atau kedutaan pekerja asing ini supaya lebih bertanggungjawab dengan memberikan maklumat mencukupi mengenai sensitiviti rakyat negara ini sebelum membawa mereka masuk ke negara ini untuk bekerja. Ini penting untuk mengelakkan sebarang konflik yang tidak diingini. Saya juga memohon pihak berkuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan pertubuhan kebajikan haiwan lebih proaktif menjalankan kempen kesedaran di kawasan industri yang menempatkan ramai pekerja asing dari Vietnam dan Nepal. Ini perlu supaya mesej mengenai perbuatan membunuh anjing dan kucing untuk dijadikan makanan dilarang penduduk negara ini.

ANWAR AHLI POLITIK TIDAK JUJUR - kata EZAM

'Anwar ahli politik tidak jujur'
Ezam dedah muslihat Penasihat PKR mengadu-domba ketenteraman dalam negara

SEKARANG ini, ramai yang keliru selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dituduh dengan kes meliwat. Saudara pernah bekerja bersama Anwar. Bagaimana saudara melihat keperibadiannya secara keseluruhan.
Saya tidak mahu ulas mengenai hal peribadinya. Yang tahu mengenai kes ini hanya Anwar, pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mungkin polis (hasil siasatan). Kita serahkan kepada mereka. Dari segi politik, saya melihat Anwar seorang ahli politik yang tidak jujur dan telus kepada sahabat tetapi suka bermain politik. Segala-galanya adalah permainan politik untuk kepentingan dirinya. Kita melihat sejarah dunia, ramai pemimpin yang hebat berpidato, tetapi menjahanamkan negaranya. Ada juga pemimpin terdahulu yang tidak hebat berpidato tetapi berjaya membawa negara ke kemuncak kejayaan, makmur dan lebih baik dari negara lain kerana bersifat jujur. Sifat itu yang tidak ada pada Anwar. Saya tidak sangka dia akan dikenakan tuduhan liwat sekali lagi. Bagaimanapun, bagi saya, tidak logik untuk Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa tuduhan liwat itu adalah konspirasi.

Penyokong Anwar kata, dia bakal Perdana Menteri (PM) selepas beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat menyertai Pakatan Rakyat.
Saya tahu Anwar tidak ada pun nombor 30 (Ahli Parlimen BN yang mahu berpaling tadah). Malah 10 pun tidak ada. Saya tidak menganggap Anwar sebagai satu ancaman dalam politik dan itu juga diakui oleh Perdana Menteri. Anwar saja yang menghebohkan dirinya. Apabila didakwa dalam isu meliwat, dia kata konspirasi. Tidak ada dalam sejarah politik, konspirasi membabitkan orang, watak dan perlakuan. Itu bukan konspirasi namanya. Kita tidak tahu sama ada beliau terbabit dalam kes liwat dan jika sekiranya dakwaan itu benar, mungkin Anwar rasa tidak akan ditangkap. Dalam blog, Saiful diserang teruk, sedangkan kita tidak tahu dan pasti. Oleh itu jangan kita aibkan seseorang. Tuduhan konspirasi dan sebagainya itu juga tidak adil. Anwar tidak mahu orang menuduh dia. Anwar juga tidak boleh menuduh pemimpin kerajaan bersekongkol. Setakat gambar seorang menteri dengan lelaki yang membuat dakwaan terhadap Anwar, dalam telefon bimbit dan disebarkan, itu mengaibkan menteri terbabit. Adakah gambar itu bukti konspirasi? Saya tidak campur hal liwat. Bagi saya itu hal peribadinya.

Adakah saudara berpendapat, Anwar tidak layak menjadi PM.
Saya tidak nampak Anwar boleh menjadi Perdana Menteri kerana dia tidak mempunyai kekuatan di dalam Parlimen, malah Pakatan Rakyat yang ada, agak rapuh. Kini, Datuk Seri Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri dan dalam Umno, proses peralihan kuasa sudah dimulakan. Secara praktikalnya, Najib adalah Perdana Menteri selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Najib berbakat dan mempunyai ketrampilan untuk menjadi Perdana Menteri. Malah saya pernah bertanya kepada Anwar ketika dia masih dalam kerajaan iaitu di kalangan ramai Exco Pemuda Umno, siapa yang paling pandai? Anwar kata, Najib dan jauh mengatasi yang lain. Itu adalah pengakuan Anwar sendiri. Dari segi kecerdikan dan daya saing sebagai pemimpin, Najib memenuhi kriteria itu.

Apa pandangan saudara mengenai kepemimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri.
Abdullah memperlihatkan satu kepemimpinan yang berusaha untuk melakukan perubahan dan tidak pernah dilihat dalam pentadbiran sebelum ini. Malah, Anwar yang hari ini menjadi hero reformasi, tetapi ketika berada dalam kerajaan dulu, dia tidak pernah melakukan apa yang dilakukan oleh Abdullah sekarang dari segi memberi kebebasan kepada media, walaupun ada hadnya. Abdullah juga mahu memberi kebebasan penuh kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan sudah melakukan perubahan untuk mewujudkan kebebasan badan kehakiman, dan semua ini mewujudkan suasana terbuka. Abdullah membuktikan bahawa beliau mempunyai komitmen untuk melakukan perubahan itu. Bagi saya itu penting, dan kehadiran saya di dalam Umno itu juga adalah untuk membantunya ke arah itu. Ini penting walaupun sukar melakukan perubahan, apatah lagi perubahan itu sudah tidak berlaku begitu lama ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini harus dilaksanakan. Tugas kita dalam parti adalah untuk meneruskan agendanya. Abdullah juga seorang yang jujur. Dia mengamalkan politik yang jujur. Apabila saya masuk Umno, Abdullah menyatakan kepada saya, buat apa saja asalkan baik untuk negara, Saya nampak kejujuran itu. Saya tidak dipecat pada zaman Abdullah.

Ada dakwaan bahawa saudara menyertai Umno dengan niat tidak baik iaitu ingin memecahbelahkan Umno dan menjadi pengintip kepada Anwar.
Dakwaan itu masih kedengaran lagi walaupun media sudah menjelaskan mengenainya sebelum ini. Apa yang berlaku akhir-akhir ini, sudah menjawab sendiri mengenai dakwaan itu. Bagaimana saya boleh bekerja atau menjadi spy (pengintip) untuk kepentingan Anwar dan pada masa sama, ketika ini, saya orang yang paling lantang dan tegas dalam menyanggah pelbagai kenyataan berkaitan beliau. Kritikan saya terhadap Anwar lebih keras jika dibandingkan dengan pemimpin Umno. Apa yang saya lakukan dalam tempoh beberapa minggu ini secara langsung menolak dakwaan itu. Prinsip saya masuk Umno adalah melakukan perubahan, saya pegang dan dokong dasar ini. Saya masuk Umno bukan atas dasar Perdana Menteri atau individu dan sebagainya. Asas saya berpolitik adalah untuk melakukan perubahan. Itu yang diajar oleh Rasulullah dan pejuang bangsa demi berjuang ke arah kebaikan.

Mengapa saudara memilih untuk menyertai Umno selepas Pilihan Raya Umum Mac lalu, sedangkan sudah jelas saudara melihat Anwar mempunyai ideologi politik demi kepentingan peribadi.
Saya menyertai Umno, bukan daripada PKR. Saya sertai Umno menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu Gerakan Rakyat Antik orupsi (Gerak). Saya sudah keluar PKR sejak tiga tahun lalu. Saya memang sudah nampak PKR sebagai parti yang menolak asas Melayu. Pada awalnya, asas penubuhan Keadilan adalah parti berbilang kaum dan asasnya Melayu. Tetapi selepas Anwar bebas dari penjara, asas Melayu itu dipadamkan, malah serangan dibuat ke atas Dasar Ekonomi Baru (DEB). Jadi atas dasar itu saya keluar. Selepas keluar, saya tidak terus menyertai Umno, sebaliknya saya tubuhkan Gerak.

LAGI HADIAH PKR KEPADA ORANG SELANGOR

'Hadiah' PKR kepada pengundi Selangor
(luahan dari saudara zul sektor7 shah alam)

SELEPAS pilihan raya umum ke-12, kita telah dapat melihat cara parti pembangkang mentadbir negeri khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kesan paling ketara dapat dilihat adalah daripada kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor.
Ini terbukti apabila saya selaku anak jati Selangor cuba mendapatkan janji yang ditawarkan seperti mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian tetapi amat menyedihkan ditolak bulat-bulat. Tidak lagi seperti janji mereka untuk membantu rakyat. Saya berasa amat berdukacita dan marah.
Sebelum ini semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) mereka paling tidak pun akan cuba berusaha membantu mendapatkan pekerjaan itu. Inilah 'hadiah' pertama kepada pengundi yang memilih Pakatan Rakyat.
'Hadiah' kedua pula ialah semasa berkempen, pembangkang mendakwa mereka lebih mesra rakyat dan akan membantu semua golongan rakyat tanpa mengira fahaman politik.
Tetapi apa yang terjadi sekarang ialah kebanyakan penyokong PKR sendiri tidak dapat berjumpa mereka setelah menjadi wakil rakyat apatah lagi rakyat biasa.
Ini amatlah bertentangan dengan wakil rakyat BN sebelum ini. Walau sesibuk mana sekalipun akan ada satu hari khusus untuk bertemu rakyat.
'Hadiah' ketiga dapat dilihat apabila Pakatan Rakyat dengan bangganya mengumumkan akan membina ladang babi terbesar negara yang berharga RM100 juta sedangkan mereka sebelum ini yang amat lantang membantah projek-projek membazir seperti itu.
Saya bukanlah ingin menempelak PKR tetapi inilah kenyataan yang harus dihadapi oleh semua pengundi khususnya orang Melayu. PKR nampaknya lebih mengutamakan kaum lain daripada kaum sendiri.
'Hadiah' keempat pula adalah dari segi kronisme. Salah satu contoh, pegawai kanan di pejabat Menteri Besar sendiri menghadapi tuduhan mengamalkan kronisme dan rasuah.
Inilah antara 'hadiah' yang terang lagi bersuluh untuk difahami oleh para pengundi PKR. Benarlah kata ramai orang bahawa PKR adalah parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali.
Saya amatlah berharap rakyat tidak menggadai negara dengan menyokong pemimpin PKR kerana masa depan anda mungkin indah khabar dari rupa. Kita sebagai bangsa Melayu perlu membetulkan keadaan dan kembalikan semula hak kita pada pilihan raya umum ke-13 nanti supaya anak cucu kita tidak menanggung derita daripada kesilapan kita sekarang.

Friday, July 04, 2008

APABILA FITNAH BERMAHARAJALELA

Terlalu banyak fitnah ditaburkan ketika ini sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat malah ia merupakan yang terburuk sepanjang 51 tahun kemerdekaan negara.
Jangan panik dan kelam-kabut ekoran pelbagai perkembangan politik kebelakangan ini kerana negara masih berada dalam keadaan yang terkawal.
Hari-hari ada cerita mahu orang berasa susah, cerita nak bagi orang takut, bimbang dan kurang yakin.

Fitnah kini seolah-olah bermaharajalela dan pelbagai cerita disebarkan sehingga ada rakyat yang mempercayai fitnah tersebut.

Orang pandai buat cerita macam-macam hingga orang jadi kelam-kabut, tabur fitnah itu, tabur fitnah ini. Cerita-cerita tersebut tersebar dalam masyarakat dan akhirnya bertukar menjadi cerita lain selepas ditokok tambah.

Perkembangan politik Anwar dan akuan bersumpah penyiasat persendirian terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan keresahan orang ramai.

Kalau kita nak ambil kira daripada segi keselamatan negara, kita masih selamat dan kalau nak kata kestabilan politik kita tak mahu dianggap sebagai dikatakan bersikap seolah menafikan tidak ada apa yang berlaku.

Memang ada pergolakan dalam politik seperti pemilihan UMNO tetapi dulu pun perkara itu berlaku juga dan ia tidak menjadi masalah besar.

Sekarang ini isu-isu di Parlimen juga begitu aktif dan riuh tetapi itu tidak boleh dianggap sebagai satu yang boleh membawa kepada ketidakstabilan politik.

Akuan bersumpah penyiasat persendirian itu akan menambahkan lagi kekalutan dalam suasana politik hari ini, bagaimanapun ia bukan sesuatu yang sepatutnya dikhuatiri terutama daripada aspek keselamatan.

Tuesday, July 01, 2008

SIAPA KONSPIRASI SIAPA???

SIAPA KONSPIRASI SIAPA?

Ada unsur teori konspirasi? Ada cubaan bunuh? Mendapat suaka politik di kedutaan asing? Mengapa mengaku kalah sebelum bertarung? Atau takut kepada bayang-bayang sendiri? Inilah persoalan yang berlegar di fikiran rakyat biasa apabila mula memperkatakan semula suatu proses “drama bersiri” lakonan bekas Timbalan Perdana Malaysia yang juga penasihat (yang bukan ahli) kepada Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Sesiapa yang rapat dengan Anwar Ibrahim dari zaman remajanya sehinggalah kini pasti tidak terkejut dengan tindak tanduknya sejak bergelar pemimpin pelajar sehingga menjadi seorang yang ternama dalam dunia politik tanah air. Banyak sangat tindak tanduknya yang melawan arus norma kehidupan dan logika berpolitik.

Dahulu semasa zaman sebagai pemimpin pelajar, apabila terdesak dan takut dengan bayang-bayangnya sendiri, beliau berlindung di Masjid Negara. Apabila pertubuhan belia Islam yang beliau terajui mula sangsi dan mempertikaikan kewibawaan gaya kepimpinannya, beliau mula beralih arah ke arena politik.

Akibat gemar menonton filem Tamil dan Hindustan, beliau mampu menguasai beberapa bahasa dari benua kecil India . Tidak hairanlah beliau mendapat sokongan dari kaum India yang bumi Malaysia sebagai satu cara penerus pengekalan kuasa politiknya.

Semasa zaman puncaknya bersama kerajaan, beliau jugalah peneraju beberapa terma dan klosa bahasa yang indah-indah sebagai menunjukkan kehebatanya berbicara dan berpidato. Banyak sangat pembaharuan politik Melayu yang beliau terajui dan menjadi pengasasnya.

Siapa yang memulakan langkah amalan “politik wang” di dalam UMNO?. Siapa yang memulakan pembaharuan”kaya segera” melalui pemberian “pink form” syarikat-syarikat tertentu di bursa saham?. Siapa yang membawa masuk ramai ahli perniagaan untuk berpolitik sehingga menjadikan UMNO seperti sebuah syarikat yang boleh dijual beli keahlian, pangkat dan kuasa?

Impian untuk menjadi Perdana Menteri tidak pernah padam dalam riwayat hidupnya. Apa cara sekalipun beliau tetap mahu menjadi Perdana Menteri walaupun sesaat. Maka beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai realisasinya agar impian menjadi kenyataan.

Fenomena dan aspirasi yang boleh menukar wajah dalam sekelip mata bukan asing kepada Anwar Ibrahim. Pencetus dan mewujudkan propaganda politik ibarat sebuah drama bersiri sememangnya mainan beliau dalam arena politik tanah air.

Beliau tahu kelemahan rakyat Malaysia yang “cair” dengan momokkan skrip cerita yang sadis dan meronta mendapatkan simpati agar hero mendapat sokongan dan pembelaan di akhir sebuah penceritaan drama atau filem. Hero pasti menang pada penghujung cerita biarpun mendapat halangan yang melampau dan di luar norma fikiran biasa.

Kini, setelah hampir hampir 10 tahun, hero tersebut kembali ke persada “hiburan politik” tanah air. Akibat skrip di tahun 1997 dan 1998 tidak dapat difilemkan ekoran tiada producer asing yang ingin membiayainya, kini beliau kembali lagi untuk menjaja skrip drama bersiri. Kali ini beliau mengharapkan producer asing dan rakyat tempatan sama-sama berpadu tenaga secara perkongsian pintar agar drama bersiri ini dapat diterbitkan untuk tontonan seluruh dunia.

Banyak persoalan muncul apabila PKR sudah meraih banyak kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Dengan mengandaikan beliau sendiri sebagai ketua Pakatan Rakyat (walaupun tiada dokumentasi sah dan persetujuan dari parti-parti komponen yang lain), beliau mula mengorak langkah untuk berkuasa dengan gelaran Perdana Menteri dalam pembikinan.

Dengan penuh yakin, beliau mendakwa kerajaan sekarang bakal tumbang menjelang pertengahan September iaitu hari ulangtahun penubuhan Malaysia . Maka ditumpukan sepenuh tenaga untuk “menawan” ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak supaya berpaling tadah untuk melenyapkan penguasaan BN di parlimen dengan target beliau sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen dapat dibeli oleh beliau.

Latah dan acah beliau dengan “mengarahkan” Yong Teck Lee dan partinya membuat gempar nyata tidak berjaya. Sifir politiknya jika langkah parti dari Sabah itu berjaya dan pemangkin kepada gerakan keluarnya beramai-ramai ahli parlimen BN, langkah seterusnya ialah mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah “front” untuk menyaingi BN.

Langkah pertama telah kecundang. Pelan kecemasan diutarakan dengan mengaitkan pemimpin tertentu terlibat dengan kes pembunuhan Altantunya. Teorinya untuk melaga-lagakan orang nombor satu dan nombor dua negara melalui “statutory declaration” juaknya yang juga seorang pengendali laman blog yang anti kerajaan, ternyata gagal.

Pelan kecemasan juga tidak mengena. Percaturan yang dijangka akan melatahkan kedua-dua pemimpin negara, rupa-rupanya berlaku sebaliknya.

Ditambah dengan kemelut dan porak peranda pentadbiran negeri Selangor yang satu-satunya negeri yang dikuasai oleh PKR, Anwar semakin terdesak untuk mencapai niatnya. Beliau arif sangat tentang kegelisahan dan rasa tidak puas hati ahli PKR terutamanya ahli “hardcore” yang sama-sama ber “refomasi” dengan beliau ekoran beberapa tindakan Khalid Ibrahim yang sama sekali membuatkan ahli setia orang Melayu PKR terutamanya yang sama-sama mengasaskan Parti Keadilan mula memberontak dan mempertikaikan gaya kepimpinan Khalid Ibrahim.

Orang Melayu yang menganggotai PKR sebenarnya lebih selesa jika parti mereka masih mengekalkan status seperti dahulu, iaitu sebelum bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang berbilang kaum.

Ini kerana mereka orang Melayu yang berada di dalam PKR kini sebilangan besarnya adalah bekas ahli UMNO yang masih tebal dan kuat dengan semangat Kemelayuannya.

Kegelisahan mereka makin membara apabila kemenangan yang “tidak disangka” calon-calon bukan Melayu PKR dalam pilihan raya umum yang lalu, telah mengakibatkan suara mereka semakin mengecil dalam parti. Penonjolan wakil rakyat bukan Melayu dari PKR melalui publisiti di media arus perdana dan lawan web, menjadikan mereka “dengki” terhadap apa yang berlaku.

Senario ini semakin kuat bermain di benak Anwar. Beliau perlu menjadikan PKR sebagai contoh parti yang padu dan sifar kontraversi. Tetapi hakikatnya sudah menjadi terbalik. Baru 100 hari lebih memerintah sudah banyak perkara sumbang berlaku. Lebih memalukan Anwar ialah perkara-perkara yang menjadi anti kepada beliau (kononnya) seperti nepotisme dan kronisme, sebenarnya berlaku berleluasa di dalam pemerintahan PKR masa kini.

Bagaimana hendak memerintah negara sedangkan baru tiga bulan lebih mendapat kuasa sudah bercelaru dan bermasalah?. Demi untuk menjaga nama dan reputasi beliau dan partinya yang kononnya tunjang Pakatan Rakyat, beliau perlu melakukan sesuatu untuk mengalih tumpuan peminat politik, ahlinya dan rakyat jelata supaya dapat melupakan kemelut yang beliau hadapi dengan memesongkan tumpuan negara kepada sesuatu yang menagih simpati dan perhatian semua pihak.

Gaya seperti anak-anak kecil yang meminta perhatian dari ibu bapanya, Anwar mula mengorak langkah yang sebenarnya bukan luar biasa kepada beliau. Beliau gemar jika dirinya “dibelai” dan sentiasa diperkatakan. Beliau juga gemar jika lebih ramai yang menangis dan meratap simpati kepadanya. Tak ubah seperti adegan filem Tamil atau Hindustan .

Logik atau tidak jika diperkatakan seperti di atas, Anwar sendiri yang mereka dan merangka konspirasi terhadap dirinya sendiri?. Kemungkinan dengan andaian berikut, tidak mustahil ianya berlaku jika dinilai dan dianalisis siapa Anwar yang sebenarnya.
v Mungkinkah pembantu beliau yang mendakwa diliwat, bersekongkol dengan Anwar mengheret pihak polis dalam keadaan yang tertekan dan serba salah. Ini kerana ahli PKR sememangnya anti polis, dan apa sahaja kenyataan dari pihak polis sememangnya tidak benar belaka.
v Anwar tidak akan melaporkan kepada polis berkaitan tuduhan liwat ke atas dirinya. Sebaliknya beliau akan terus menfailkan melalui tuntutan mahkamah terhadap budak muda tersebut. Sebabnya PKR sememangnya tidak percaya kepada pihak polis dan liputan publisiti lebih meluas jika membuat tuntutan di mahkamah.
v Mengapa perlu gundah dengan sibuk berbincang dan mengadakan sidang akhbar sehingga subuh, sedangkan polis baru sahaja menerima aduan dan siasatan belumpun lagi dilakukan. Strategi “lengkapkan kubu pertahanan” seperti tindakan Jose Rizal melawan Amerika di Filipina. (Anwar mengagumi perjuangan Jose Rizal).
v Mengapa tidak disoal siasat pengadu yang mendakwa diliwat dalam konteks pekerja parti dan partinya, kerana pengadu adalah pekerja Anwar.
v Mustahil ditangkap muat sahaja sesiapa yang hendak bekerja dengan seorang tokoh politik yang handal seperti Anwar tanpa di selidik latar belakangnya. Dakwaan tidak mengetahui asal usul pekerjanya amat tidak masuk akal sedangkan untuk menjadi pemandu Anwar pun perlu empat kali tapisan dan enam kali temuduga.
v Akibat kewibawaan PKR sebagai parti yang kononnya telus, amanah dan adil mula goyah, apa cara untuk memulihkannya? Iaitu dengan memburukkan kerajaan agar tumpuan beralaih kembali kepada keburukan kerajaan.
v Jika benar lagak sebagai pejuang, mengapa pula sanggup berlindung di kedutaan Turki?. Dakwaan kononnya ada cubaan bunuh sebagai alasan “mengurungkan” Anwar di kedutaan Turki berkemungkinan sudah dirancang awal. Bukan mudah dari segi diplomatik dan peraturan antarabangsa untuk secara tiba-tiba dengan hanya panggilan telefon, seorang duta negara asing “mudah tunduk” kepada seseorang yang bukan warganegaranya.
v Mengapa kes liwat? Kerana ianya sudah sinonim dengan nama Anwar. Nama “liwat” lah yang membuatkannya terus popular dan mudah meraih simpati. Dalam filem Tamil, seburuk mana perlakuan heronya tetap tidak salah kerana itulah identiti dan imej sebagai seorang hero. Maka itu ditonjolkan kembali “buruk laku” tersebut kerana ianya terbukti berjaya sepuluh tahun lalu dalam konteks meraih populariti politik.
v Mengapa tidak berani mengadakan sidang akhbar? Berani kerana benar dan tampillah berdepan dengan wartawan. Apakah takut diajukan soalan “cepu emas” yang akan membelit beliau?. Dalam konteks ini beliau memainkan peranan untuk bersembunyi supaya lebih lama lagi kes ini diperkatakan, lebih kuat lagi sokongan yang beliau perolehi. Juga seperti strategi Jose Rizal.
v Target untuk menjatuhkan kerajaan menjelang pertengahan September jelas sudah menampakkan kegagalan. Maka itu sesuatu perlu dilakukan untuk menaikkan lagi imej beliau. Harapannya jika wujud sesuatu kes yang besar, rakyat akan lupa seketika cita-citanya yang tidak kesampaian itu.
v Untuk menaikkan kembali kebencian rakyat kepada pihak polis dan perundangan negara dengan mensasarkan IGP dan AG yang kononnya berkospiransi dalam perbicaraan dahulu. Persoalannya mengapa sekarang?. Mengapa sekarang baru hendak membuat laporan polis bahawa ada konspiransi?. Kerana pada beliau inilah caranya untuk mendapatkan paduan sokongan apabila rakyat hilang percaya kepada dua pihak ini.
v Wujudkan rusuhan secara besar-besaran dan mengulingkan kerajaan melalui “coup de tat”. Istilah yang sering dipakai semasa Anwar di Yayasan Anda, yang merujuk kepada pemberontakan rakyat untuk menggulingkan kerajaan yang tidak bagus.
v Apakah tidak boleh dikatakan wujud konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak oleh PKR?. Mengapa pula diperbesarkan isu gambar budak muda tersebut yang berlatar belakangkan pejabat Timbalan Perdana Menteri? Apakah tidak mustahil perancangan telah dibuat awal-awal lagi?. Mesti ada sesuatu yang mendorong dakwaan kononnya terdapat pita rakaman perbualan budak tersebut dengan beberapa pemimpin besar UMNO? Sungguh besarkah pengaruh budak berusia 23 tahun itu untuk berbual dengan pemimpin UMNO seperti dakwaan PKR?

Jadi, siapa yang konspirasi siapa?

Yang jelas target utama Anwar sekarang ini ialah Najib. Ikutilah drama bersiri politik Anwar selepas ini. Pastinya yang menjadi sasaran adalah Najib.

Kita harus menilai dan menghalusi apakah intipati dan muslihat yang ada ekoran tuduhan kali kedua Anwar melakukan liwat. Pemikiran rasional dan terbuka akan menampilkan kewarasan kita untuk menilai gelagat ahli politik masa kini yang lebih kepada menyalahgunakan simpati rakyat untuk meraih tujuan peribadi dan memaparkan aksi lakonan politik yang semakin muak untuk ditonton.