Memiliki perempuan simpanan, keluarga olok-olok di Amerika Syarikat dan bebas minum wain di bar bernama 'The Madhouse' - antara kehidupan rahsia yang dinimati Radovan Karadzic sepanjang tempoh pelarianya selama 13 tahun.
Sejak ditahan petang Isnin lalu, semakin banyak rahsia kehidupan penjenayah perang itu terbongkar yang selama ini tiada siapa mengetahuinya. Malah, kehidupan Karadzic hampir lengkap sehingga jirannya tidak percaya bahawa lelaki yang baik menggunakan nama Dr Dragan David Dabic itu sebenarnya penjenayah yang paling dikehendaki dunia.
“Kehidupannya amat unik. Dia menyorok di tempat terbuka," kata ahli kriminologi, Leposava Kron. Karadzic, yang melarikan diri lebih sedekad mempunyai teman wanita yang juga pembantunya dalam menjalankan perniagaan perubatan alternatif, kata jurutera perisian, Zoran Pavlovic.
Pavlovic berkata, Karadzic pernah meminta khidmatnya pada Februari lalu untuk mewujudkan laman web bagi mempromosikan kepakarannya.
Pavlovic berkata, beliau ke pangsapuri Karadzic di pinggir bandar New Belgrade sebanyak dua kali sebulan untuk berbincang perkara itu. "Dia pernah menunjukkan gambar empat budak lelaki yang memakai kemeja-T kuning L.A. Lakers yang dakwa Karadzic cucunya yang tinggal di Amerika Syarikat.
Karadzic juga mendakwa dia tinggal di Bandaraya New York dan berjaya memiliki diploma di AS. “Dia memberitahu saya dia sering ke Amerika dan saya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayainya," kata Pavlovic.
Beliau berkata, Karadzic juga pernah memperkenalkan teman wanitanya yang dikenali sebagai Mila, yang amat menawan berusia awal 40-an. Karadzic masih mempunyai isteri sah, Ljiljana Zelen-Karadzic, yang kini tinggal bersama keluarganya di Pale, di timur Sarajevo yang pernah menjadi kubu kuat puak Serb.
“Sekiranya sesiapa ingin tahu siapa sebenarnya Karadzic, saya kira teman wanitanya adalah orang yang paling banyak mengetahui rahsianya," Pavlovic. Sejak selama, usaha mencari Mila untuk mengulas mengenai perkara ini tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment