Thursday, April 26, 2007

OJO LALI UNDI BN..MB WONG NGEA KITO..

OJO LALI UNDI BN…MB WONG NGEA KITO … apa cerita ni?
Sepanduk dalam bahasa Jawa yang turut memuatkan gambar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ini kelihatan direntang di merata tempat sekitar Ijok.Di kawasan dewan undangan negeri itu memang terdapat ramai orang keturunan Jawa.Maksudnya dalam Bahasa Malaysia ialah ‘JANGAN LUPA UNDI BN..MB ORANG KITA’.Sepanduk ini dikatakan menjadi usaha Barisan Nasional untuk menangkis kempen pembangkang bahawa K. Parthiban dari keturunan India tidak dapat mewakili kepentingan mereka berbanding Tan Sri Khalid Ibrahim.Sementara itu Dr Khir telah membuka pejabat kerja Menteri Besar bagi DUN Ijok sebagai memenuhi janjinya untuk meletakan seorang wakil Melayu di kawasan itu.Pejabat berkenaan yang terletak di tepi jalan besar Simpang Tiga pekan Ijok dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu malam.

1 comment:

A Voice (of Another Brick in the Wall) said...

Sir or Mem

I have nominated you for the Thinking Blogger Award. To accept the Award, do refer to my blog and its link for the purpose and rule of the memetag.

Thank you.