Thursday, April 12, 2007

BN MENANG LAGI

BN kekal di kerusi DUN Machap...majoriti merosot 481 undi
April 12, 2007 : 09.31 PM--->

Calon Barisan Nasional Lai Meng Chong memperolehi 5,533 undi menewaskan calon DAP Liou Chen Kuang yang mendapat 1,452 undi dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Machap di Melaka Khamis.
Berbanding keputusan pilihanraya umum 2004 (waktu itu mendiang Datuk Wira Poh Ah Tiam - 5,847 undi ) undi Lai Meng Chong kurang 314 manakala Liou Chen Kuang meningkat 167 undi (2004 - 1,285 undi).
Majoriti BN kali ini ialah 4,081.
Pada 2004 majoriti ialah 4,562.
Ini bermakna majoriti BN merosot 481 undi.
Seramai 7,142 orang atau 74.22 peratus daripada 9,623 pemilih telah mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

No comments: