Saturday, March 01, 2008

warkahuntukpm.com.my

Laman web khas - www.warkahuntukpm.com.my - dilancarkan hari ini 1Mac 2008 untuk Perdana Menteri meneliti secara peribadi segala pandangan atau isu yang mungkin menjadi kebimbangan rakyat.
Ia merupakan satu saluran komunikasi dua hala yang diwujudkan untuk menerima pandangan dan saranan rakyat bagi mengukuhkan lagi program pembaikan kerajaan.
Laman web itu merupakan satu wahana baru yang membolehkan rakyat berinteraksi dengan kerajaan selaras dasar untuk mendekatkan lagi hubungan antara rakyat dan kerajaan.
Pelancaran laman web ini adalah dengan mengambil kira zaman ICT ini, maka saluran internet merupakan satu saluran yang penting dan berkesan untuk mendapatkan maklumbalas daripada orang ramai.
Dengan pelancaran laman web ini bererti kita mewujudkan wahana baru interaksi, yang dilihat akan memberi kesan kepada rakyat dalam jangka pendek dan panjang.
Satu pasukan petugas di bawah pimpinan pengerusi bersama - Timbalan Pengerusi Yayasan Kajian dan Strategi Melayu (YKSM) Tan Sri Hashim Meon dan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Shahabudin akan mengurus mesej-mesej yang diterima dan memastikan tindakan susulan.
Pasukan itu akan menganalisis dan memastikan semua emel yang diterima Perdana Menteri dan akan diberi respons yang sewajarnya.
100 pengirim idea bernas juga akan berpeluang bertemu Perdana Menteri.
Laman web itu akan dikendalikan dalam empat bahasa - Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil, dan ia dibangunkan oleh tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan bertanggungjwab menyediakan respons kepada pertanyaan dan cadangan membabitkan bidang masing-masing.
Tujuh NGO berkenaan ialah YKSM, NCWO, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Tabung Amanah Muhibah (Tamu) dan Yayasan Pekerja Malaysia.

No comments: