Tuesday, September 16, 2008

ANWAR BOHONG TAK BERDOSA KE???

Sampai bila Anwar mahu terus menipu, sampai bila semua pemimpin Anwar mahu menipu dan sampai bila PAS dan DAP mahu bersubahat menipu dan yang paling buruk sampai bila penyokong mereka mahu ditipu. Hari ini Saifuddin diserahkan bertanggungjawab dan mengakui bahawa sudah ada cukup ahli parlimen yang mahu melompat, kalau cukup kenapa tak lompat lagi. Dasyat penipuan mereka ini dan apa faedah yang mereka dapat dari penipuan ini.
Hari ini di stadium MMPJ Kelana Jaya penyokong mereka ditipu lagi. Perhimpunan menyambut hari Merdeka berubah menjadi ceramah dan kelentong Anwar untuk menutup malu setelah diberikan pengharapan untuk menubuhkan kerajaan esok. Masih lagi mahu tipu. Bodohnya penyokong Anwar, kenapa mereka jadi bodoh sehingga ketahap gaban.

Kata barisan pembangkang sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri yang ditandatangan beliau, Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. “Siang tadi (Isnin) wakil PAS, PKR dan DAP sudah ke Putrajaya ke pejabat PM dan serah surat minta pertemuan segera. Kita minta perundingan ini, kerana kita mahu perubahan ini dibuat dengan aman dan teratur.
Anwar turut menjadikan pemergian para Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke Taiwan dan penahanan Ahli Parlimen DAP Seputeh yang juga Exco kerajaan Selangor, Teresa Kok di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alasan pelan 16 September tidak jadi kenyataan. “Kenapa 16 (Sept) tak jadi, macam mana nak jadi, sebab mereka bawa pelari ke Taiwan, seorang masuk tahanan ISA, kita ada 82 (ahli parlimen) dah kurang satu.
Teresa Kok hilang. Tapi saya nak jelaskan, kita ada cukup jumlah nak kalahkan BN,” katanya. Menurut Anwar, kenapa pembangkang tidak ubah kerajaan esok (16 Sept) adalah kerana tidak mahu memaksa mengheret mereka yakni kerajaan BN di Putrajaya turun. “Sebab itu kita memilih untuk berunding dengan Datuk Dollah (Abdullah). Ini jumlahnya, ini kekuatan kita…bagaimana? ..nak seminggu (serah kerajaan)…nak dua minggu,” katanya. Dengan selamba sahaja Anwar menipu dan sekali lagi penyokong mereka balik melopong kerana masih belum ada MP BN yang melompat parti. Kalau sudah cukup tentu petang tadi mereka sudah kepung semua pejabat kerajaan di Putrajaya dan juga pejabat PM dan pejabat TPM.

No comments: