Tuesday, September 23, 2008

TERESA 'AYAM' KOK KOK, TERESA 'ANJING' KONG KONG

Terkejut dengan tuduhan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kononnya Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataan beliau dengan melaporkan bahawa makanan yang disediakan kepadanya ketika dalam tahanan ISA sama seperti makanan anjing.
Semalam, pemimpin DAP itu mendakwa beliau menyatakan makanan tersebut ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing.’ Kenyataan itu berlainan daripada apa yang diucapkannya pada 19 September lalu.
Teresa menyalahkan akhbar ini memutarbelitkan kenyataan tersebut dan mahu menjejaskan imej beliau.
Kita ingin bertanya Teresa, siapa sebenarnya yang memutarbelitkan kenyataan?
Malah berdasarkan laporan media termasuk pita rakaman wartawan Utusan, cukup jelas ungkapan Teresa bahawa makanan yang disediakan adalah ‘teruk...mungkin sama seperti makanan anjing.’
Laporan berita TV3 malam tadi turut menyiarkan imbas kembali kenyataan beliau pada 19 September. Itulah yang dituturkannya – tiada putar belit.
Yang menghairankan mengapa semalam beliau mengubah nada dengan menyatakan ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.
Tuduhan Teresa terhadap Utusan Malaysia amat serius dan beliau wajar memohon maaf.
Elok tembak sahaja Teresa ni dan bagi anjing makan.


Ramai rakyat Malaysia tersinggung - Surat 1
SAYA seorang rakyat Malaysia yang lahir pada tahun 1956 dalam sebuah keluarga yang sederhana. Makanan yang Teresa Kok sebut di kaca televisyen (TV3) kononnya beliau diberi makanan yang worse... maybe similiar to dog food (teruk... mungkin sama dengan makanan anjing) amat menyentuh perasaan saya.
Saya seorang guru, kaunselor dan motivator yang tinggal di Selangor yang sering didatangi oleh pelbagai lapisan masyarakat dan kaum.
Saya banyak mengendalikan kes kaunseling di seluruh Malaysia. Kebanyakan klien saya terdiri daripada golongan miskin dan ada sesetengahnya setiap hari makan nasi berlaukkan telur dan dimakan dalam satu dulang oleh 10 adik-beradik dan disuap oleh ibu yang tersayang.
Insya-Allah makanan tersebut habis dimakan oleh anak seramai 10 orang tanpa soal jawab tetapi penuh dengan rasa berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa yang memberi makan minum kepada mereka walaupun setaraf makanan anjing.
Ada pula yang makan bubur air berlaukkan garam untuk penambah rasa setiap hari tetapi anak-anak itu tetap ke sekolah dan terukir senyuman di raut wajah mereka tanpa soal jawab.
Tanyalah guru dan kaunselor di sekolah. Mereka banyak mengendalikan kes seperti ini. Amat menyedihkan lagi ada anak di sekolah yang tidak makan langsung.
Teresa Kok patut bersyukur kerana diberi makan nasi, dua biji telur rebus dan timun dibanding dengan segelintir klien saya (rakyat) yang miskin yang mereka kini tidak pernah mengeluh dan redha dengan apa yang telah diberikan oleh ibu bapa untuk mengalas perut. Mereka akur dengan perjalanan hidup mereka yang daif.
Saya mohon agar Teresa Kok ada rasa empati apabila mengalami sendiri pengalaman ini dan inilah yang dirasai oleh ramai klien saya.
Saya percaya ramai rakyat Malaysia yang berasa tersinggung dengan keangkuhan yang ditunjukkan oleh beliau di kaca televisyen. Saya harap beliau memohon maaf kepada insan miskin, polis dan kerajaan Malaysia kerana masih ada golongan miskin yang makan lebih teruk daripada apa yang beliau makan.
Saya harap Teresa Kok sekali-sekala meluangkan masa pergi ke hujung kampung, ke kawasan setinggan dan rumah murah untuk memahami apa erti makanan yang enak setiap hari.
CR. HUSHIM SALLEH
Selangor
Ramai rakyat Malaysia tersinggung - Surat 2
SYABAS diucapkan kepada Teresa Kok kerana menyamakan telur rebus sebagai “teruk... mungkin sama dengan makanan anjing”.
Telur merupakan makanan popular rakyat golongan marhain bermula daripada pekerja bawahan yang terpaksa berjimat untuk menyekolahkan anak sehinggalah kepada penduduk kampung yang miskin.
Telur lauk yang paling murah untuk dimakan dengan nasi. Namun apa pula gelaran yang selayaknya diberikan kepada makanan penduduk kampung yang lebih miskin, yang tidak mampu membeli telur seperti makan nasi dengan air garam atau makan nasi yang digaul dengan minyak gorengan ikan.
Justeru saya ingin ucapkan terima kasih kepada pengundi Melayu Teresa Kok dan tahniah kepada seluruh umat Melayu yang menyokong pembebasan Teressa Kok kerana mereka telah membela seorang yang sungguh berjiwa murni.
NORHISYAM MOHAMAD


Makanan anjing: Teresa Kok patut minta maaf
Saudara Pengarang,Teresa Kok patut meminta maaf kepada polis, Kerajaan Malaysia dan juga rakyat Malaysia apabila menyatakan makanan yang diberikan kepada beliau semasa dalam tahanan iaitu nasi, dua biji telur rebus dan mentimun beserta kuah sebagai makanan hanya fit for the dog (layak untuk anjing).
Kenyataan beliau ini juga turut disokong oleh ibu bapanya yang hadir di persidangan akhbar selepas beliau dibebaskan.
(Mohon TV3 siarkan lagi klip video tersebut berulang kali supaya semua rakyat Malaysia dapat melihat sendiri keangkuhan beliau ini.)
Sedarkah beliau bahawa makanan yang dikatakan hanya fit for the dog itu adalah di antara makanan utama harian kebanyakan orang, bukan hanya di Malaysia malahan juga di dunia? Dengan makanan yang beliau katakan hanya fit for the dog itu juga saya dibesarkan dan menjadi rakyat Malaysia yang berguna, tidak menyusahkan sesiapa dan dapat turut menyumbang ke arah kemajuan negara.
Rakyat prihatin

2 comments:

Nasionalis said...

Perjuangan sama ... tak mahu reciprocate link ke?

Hasbullah Pit said...

Kenapa tuntut dia minta maaf setelah dia minta maaf?