Wednesday, September 10, 2008

NAJIB KAKI MELATAH...PII..RAH...!!!!!!!!!!!



Siasat apa yang sebenarnya diucapkan oleh Ahmad dan apa pula yang dilaporkan oleh Sin Chew. Kalau Ahmad bersalah, ambil tindakan ke atasnya. Arah dia minta maaf. Kalau dia enggan, singkir dia daripada Umno. Kalau Sin Chew yang salah, ambil tindakan ke atasnya kerana laporannya itu mengandungi unsur hasutan. Kalau pemerintah boleh ambil tindakan menyekat akses kepada portal berita Malaysia Today, ia pasti boleh ambil tindakan ke atas Sin Chew. Sengaja disebutkan bahawa Sin Chew adalah antara surat khabar yang digantung lesennya ketika Operasi Lalang tahun 1987.

Mohd Najib wajib menarik balik permohonan maaf Umno dan memohon maaf kepada ahli Umno. Jangan ulang cerita hantar Azmi Khalid ke negeri China untuk minta maaf terhadap kesilapan yang tidak dilakukan. Pembangkang dakwa wanita negeri China di bogelkan oleh polis dan kerajaan bergegas hantar menteri bunga emas ke negeri China. Bila disiasat, wanita itu rakyat Malaysia yang bangsanya Melayu. Sudah jatuh ditimpa tangga, wanita itu saman polis dan kerajaan.

Mohd Najib jangan telan bulat-bulat laporan media massa arus perdana tolak semua laporan media alternatif. Siasat dulu ketepatan laporan mereka sebelum aibkan ahli Umno dan orang Melayu dengan memohon maaf terhadap apa yang tidak perlu.

Berhati-hatilah jangan jadikan Umno parti apologis (pemohon maaf) dan bangsa Melayu bangsa yang dibebankan oleh apologia (rasa bersalah).

No comments: