Mungkin agak kasar tajuk di atas. Hakikat yang perlu diberi perhatian oleh semua warga negara yang mengaku ahli politik ialah mereka perlu disekolahkan dengan kadar segera. Rakyat yang berada di barisan bawah hairaki Perlembagaan Malaysia sebenarnya sudah muak dan loya dengan gelagat ahli politik samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Walhal sebahagian besar ahli politik di Malaysia adalah berpendidikan tinggi tetapi mentaliti seperti warga negara yang buta huruf sahaja. Mungkin hanya layak seperti pemikiran pendatang asing dengan izin ataupun tanpa izin sahaja.
Pendatang asing hanya memikirkan apa yang perlu di ‘survival’ pada hari itu sahaja. Apa yang berlaku esok, bilarkan masa dan keadaan yang menentukannya. Mereka tiada wawasan di tanah air kita ini. Yang penting bagi mereka ialah kerja untuk dapatkan wang, dan jika lebih hantar wang tersebut ke negara asal mereka.
Pemikiran pendek sebegini telah melanda sebahagian besar ahli politik Malaysia. Mereka memikirkan soal dan permasalahan dalam urutan pemikiran jangka masa pendek sahaja. Mereka menolak terus malah tidak langsung memikirkan dalam konteks jangkan panjang apa yang mereka tuturkan.
Mereka hanya memikirkan soal kepartian dan kesetiaan (jika ada) terhadap parti dan taksub kepada batang tubuh pemimpin mereka. Mereka juga taksub terhadap apa yang dinamakan ‘kontrak politik’ semasa ada kuasa sahaja. Kontrak politik ini akan pupus apabila pertelagahan berlaku.
Tak ubah sama dengan mentaliti pendatang asing. Mereka hanya berpadu apabila bekerja di satu tempat dan bila sudah tidak bersependapat, mereka akan bergaduh sesama sendiri semata-mata untuk menegakkan siapa ‘hero’ di koloni tempat mereka mencari rezeki. Percaturan akhir adalah sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sama atau tidak dengan mentaliti ahli politik Malaysia?
Mengapa warga Malaysia yang berkecimpung dalam arena politik begitu bodoh dan celaru pemikirannya? Mengapa mereka boleh mengeluarkan kata-kata berbentuk penipu, bohong, cakap tak serupa bikin, putar belit dan mudah sangat menabur janji dan pastinya juga 100 peratus memungkiri janji?
Akibat taksub dengan organisasi, pemimpin dan idealogi yang dibawa, mereka juga begitu mudah memesongkan diri mereka daripada apa yang tersurat pada diri mereka sendiri. Rakyat meluat dan loya melihat ahli politik yang bersikap pura-pura, cakap tidak serupa bikin dan penipu dalam berhujah dengan menolak langsung siapa sebenarnya mereka.
Sanggup melupakan asal usul siapa diri mereka yang sebenarnya semata-mata hendak menjaga hati kawan dalam pakatan dan arahan ketua yang amat ditakutinya. Mereka lebih rela di buang oleh keluarga dan masyarakat daripada di buang oleh parti politik yang mereka anggotai. Mereka rela dicemuh dan dikeji oleh pengundi mereka sendiri semata-mata kerana terlampau taksub dan ‘gila’ terhadap parti mereka.
Tan Lian Hoe adalah satu contoh seorang ahli politik yang terlalu taksub dengan idealogi partinya sehingga beliau lupa bahawa jawatan dan kedudukannya hari ini adalah hasil undi kaum yang beliau cerca. Mudah sangat memutarbelitkan fakta sejarah telah memonjolkan beliau seorang yang buta sejarah dan perlu disekolahkan.
Karpal Singh yang mudah sangat lupa daratan dan terlupa yang beliau pernah di tampar oleh arwah Kiai Arshad, terus menerus menonjolkan provokasi terhadap orang Melayu. Beliau adalah contoh terbaik penentang undang-undang negara untuk sentiasa melanggar apa juga undang-undang dan peraturan di negara ini. Lagak peguam yang disegani lebih ketara lagi apabila tiada satupun tindakan di ambil oleh kerajaan setakat ini hasil daripada penghinaan dan cacian beliau terhadap Raja-raja Melayu dan orang Melayu sendiri.
Tidak hairanlah Karpal menjadi idola gerakan haram Hindraf kerana mereka merasakan kerajaan takut untuk mengambil tindakan kepada mereka gara-gara ramai sangat pemimpin jagoan kaum tertentu ‘menghalalkan’ tindakan mereka.
Tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kerana berani dengan menongkah arus partinya demi menegakkan kebenaran apa sebenarnya yang berlaku. Zulkifli sebagai contoh ahli politik berjiwa rakyat yang berani berkata-kata kerana benar dan menyanggah segala kekeliruan dan penipuan agenda politik. Gaya kepimpinan sebeginilah yang diingini oleh rakyat yang ‘lapar’ dan impikan ahli politik yang telus dan berjiwa rakyat.
Apabila terdapat segelintir ahli politik yang cuba mempertahankan kaumnya yang dicemuh, diperkotak-katikkan dan dikeji oleh kaum lain, automatik sahaja ahli politik berkenaan dicap sebagai pencetus api memainkan sentimen perkauman. Sunggup pelik. Lebih menghairankan yang menuduh sebegitu adalah ahli politik yang tinggi pelajaran perundangannya. Kenapa?. Kerana idealogi dan fahaman sempit parti, sanggup menolak daya intelektual dan nilai ikhtisas yang dimiliki.
‘Double standard’ ahli politik daya berkata-kata sungguh memalukan terutamanya rakyat yang telah memberi undi kepada mereka. Rakyat tertipu dengan sifat ahli politik suka melatah dan merapu dalam tutur kata.
Gaya bongkak dan sombong ahli politik sudah ketinggalan zaman di mata rakyat. Jangan fikir rakyat tidak boleh mengubah sekelip mata pendirian yang telah mereka berikan pada bulan Mac yang lalu. Tidak kiralah mereka itu dari Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PK), kedua-duanya sama sahaja. Selagi bergelar Yang Berhormat (YB), tidak kira parti, lelalki atau perempuan, Islam atau tidak, Melayu atau tidak, mereka semua sama sahaja.
Penonjolan kononnya menjadi hero sesuatu kaum (tanpa mengira tempat) membuatkan rakyat menyampah gaya wakil rakyat sebegitu. Dengan tiada nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan merendah diri, ramai YB perasan bahawa merekalah warga Malaysia yang paling bagus.
Akibatnya tiada nilai-nilai sebegitu, Teresa Kok berskirt pendek berucap di suatu majlis di madrasah pada bulan Ramadan yang lalu. Tiada sensiviti antara kaum menyebabkan rakyat meluat dan mula berkata-kata. Yang menghairankan, penganjur yang berkiblat kepada parti keIslaman, men’halal’kan pula gaya pakaian Teresa. Kenapa?. Kerana partinya telah sekumpulan dalam PK, dan takut akan mencalar atas nama perpaduan politik.
Rakyat sudah boleh berfikir dan sudah celik politik. Janganlah cuba ‘gula-gula’kan rakyat. Hukum tetap hukum. Dosa dan pahala yang termaktub dalam agama Islam tidak boleh dikompromikan semata-mata atas kapasiti politik. Inilah yang sedang berlaku. Kemana peranan ahli politik yang berilmu dan berpengetahuan?.
Eloklah disekolahkan ahli politik sebegini. Harapan rakyat agar hati dan minda mereka terbuka dengan logik dan hakikat, bukannya dengan hipokrit, pura-pura, mengada-ngada dan putar belit.
Pihak tertentu wajib membekalkan kepada semua YB dua doktrin penting negara. Pertama Perlembagaan Malaysia dan kedua, doktrin Rukun Negara.
Jika boleh diadakan ujian khas kepada sesiapa yang ingin menjadi calon pilihan raya yang soalannya berkisar kepada dua doktrin utama negara itu. Jika gagal, tidak layak menjadi calon. Maknanya sesiapa yang menang dalam pilihan raya, jika masih mempertikaikan apa yang terkandung di dalam doktrin tersebut, maka beliau boleh diambil tindakan.
Sebut tentang sekolah, pasti ada buku yang perlu dibaca di ‘sekolah’ ahli politik. Mereka perlu diajar oleh rakyat yang memilih mereka bagaimana untuk memimpin masyarakat dan kenal semula erti negara bernama Malaysia.
Beberapa buku yang pada pandangan saya sangat bagus untuk di baca oleh ahli politik di Malaysia. Ianya berkisar tentang sejarah, kaum, masyarakat dan cara hidup masyarakat berbilang kaum. Dicadangkan jika ada pihak tertentu yang berminat, bolehlah membekalkan secara percuma kepada semua warga Malaysia yang bergelar YB.
Tujuannya agar semua YB terbuka mindanya apabila membaca buku-buku tersebut. Agaknya YB kita tiada masa membaca membuatkan mereka merapu berkata-kata dan tidak tetap pendiriannya.
Buku-buku tersebut adalah seperti berikut:-
v Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, A.Aziz Deraman (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Intipati buku : Pengenalan tentang latar belakang dan sejarah sosiobudaya Malaysia dengan pendekatan yang menyeluruh terhadap permasalahan kebudayaan rakyat dan hubungannya dalam pertumbuhan kebudayaan negara dalam konteksnya hari ini.
v The Chinese Dilemma, Ye Lin-Sheng (2003), East West Publishing Pty. Ltd., Sydney, Australia.
Intipati buku : Berkaitan dilema kaum Cina di Malaysia sejak dari awal kedatangan mereka sehinggalah dominasi ke atas ekonomi dan politik negara. Sensiviti kaum dan cara-cara untuk mengatasi sangat sesuai untuk mengenali yang tersirat di sebalik masyarakat Cina.
v The Malay Lost World, Shukor Omar (2003), Anzagain Sdn. Bhd., Shah Alam.
Intipati buku : Memperkatakan tentang cabaran yang sedang dan bakal dihadapi oleh orang Melayu di dalam sektor ekonomi. Cabaran juga kepada orang Melayu jika kek ekonomi negara semakin mengecil. Kerisauan penulis buku ini jika Melayu hilang cengkaman politik ditanahairnya sendiri.
v Once Upon A Time In Malaya (2005), Editions Didier Millet Pte. Ltd., Singapura.
Intipati buku : Nostalgia kehidupan masyarakat Cina semasa pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Novel ini memaparkan susah payah masyarakat Cina mengembeling tenaga dan kesepakatan hidup berbilang kaum untuk membina kehidupan semula dengan faktor ekonomi sebagai pendokong utama.
Saya tiada kaitan langsung dengan penulis-penulis buku berkenaan. Tiada unsur untuk mempromosikannya. Cuma sekadar memaklumkan buku-buku tersebut sangat bernilai untuk dibaca oleh ahli politik Malaysia agar minda mereka lebih terbuka dan mengenal erti kehidupan masyarakat majmuk.
Memberi marak api perkauman sesungguhnya akan membinasakan negara secara keseluruhannya. Perpaduan tanpa mengusik perasaan kaum lain amat di tuntut oleh masyarakat biasa masa kini.
Kepada orang Melayu, jika mereka gagal untuk bersatu dan mengabaikan nilai suci agama Islam, pasti suatu hari nanti dunia Melayu berakhir dan pupus di negaranya sendiri. Tiada lagi petanda untuk berpatah balik. Fikirkan lah.
Kepada bangsa selain dari Melayu, jangan cuba menangguk di air yang keruh gara-gara gerhana politik orang Melayu masa kini. Perlu difikirkan jika hendak bermain api perkauman, jika menidakkan keistimewaan orang Melayu, pasti cita-cita politik bukan Melayu akan menemui kegagalan malah kehancuran apabila diambil kira hanya 15 peratus kawasan parlimen di Malaysia yang mempunyai lebih 50 peratus majoriti pengundi Cina dan kosong peratus kawasan parlimen di Malaysia yang mempuyai lebih 50 peratus pengundi India.
Maka itulah ahli politik yang cerdik di Malaysia bersungguh-sungguh untuk memecah belahkan orang Melayu dengan memberi percikan api perkauman dengan tujuan orang Melayu semakin lemah dalam politik dan berpecah-belah.
Mereka juga tahu ada segelintir orang Melayu yang sanggup menjadi pak turut mereka dan sanggup juga mempertikaikan kaum dan agamanya sendiri kerana inginkan berkuasa dan terus berkuasa tanpa mempedulikan tanggungjawab sosial mereka sebagai orang Melayu dan Islam.
1 comment:
Assalamualaikum,
Tuan, saya begitu tertarik dengan pemulisan dan pandangan tuan selama ini, syabas dan teruskan dalam memperjuangan yang benar walaupun pahit.
Pandangan tuan mengenai `Sekolahkan Ahli politik' amat bernas dan menepati kemelut dan situasi meruncing masa kini. Saya sokong 100% dan kpd ahli-ahli politik sedar dan insaflah segera. Biarpun mendakwa telah berpolitik selama 50 tahun, tetapi tahukah mereka erti politik itu sebenar-benarnya. Terima kasih.
Post a Comment