Melayu dalam dilema pertahan hak sendiri-
Tun M
12/02/2011 12:35pm
Oleh MOHD KHUZAIRI ISMAIL
KUALA LUMPUR 12 Feb. - Orang Melayu hari ini berada dalam dilema yang besar apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana akan dikatakan rasis.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang, orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan keamanan.
Malah kata beliau, sehingga pada satu tahap kita juga tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu dan seolah-olah Melayu ini adalah pendatang sama seperti pendatang lain.
''Kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka.
''Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,'' kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan
ONLINE DI
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/CIL/simposium_dilema_melayu.html
1 comment:
Sudah sampai masa, orang melayu kena, cam orang putih kata...draw a line in the sand...sampai sini aja, ambil balik hak...takbolih nego atau belembut dengan orang cam yahudi..
Post a Comment