Friday, February 04, 2011

ADUN SRI MUDA DI DAKWA ISNIN INI

SHAH ALAM 3 Feb. - Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini, ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan berikutan tulisannya di laman blog; http://www.srimuda.blogspot.com/ yang disiarkan pada 30 Disember lalu.

Wakil rakyat PKR itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Beliau dibebaskan 10 minit kemudian dengan jaminan polis beserta seorang penjamin.

Shuhaimi perlu hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi Isnin ini untuk didakwa.

Apa halnya?

Kenapa biadap sangat perangai seorang anak melayu yang bernama Shuhaimi Shafiei ini? Apakah kerana dia telah diangkat menjadi seorang wakil rakyat di kawasan Sri Muda, dia sudah besar kepala dan mahu mempertikaikan kuasa Sultan Selangor?

Apakah kerana Shuhaimi ini merupakan orang kuat Anwar Ibrahim didalam Parti Keadilan Rakyat, dia sudah layak untuk menghentam sesiapa sahaja termasuklah Sultan Sharafuddin yang menjadi Ketua di negeri Selangor?

Siapa Shuhaimi Shafiei untuk menyifatkan Sultan Selangor sebagai EGO didalam isu perlantikan SUK negeri tersebut? Shuhaimi lupa bahawa dirinya serta keluarga bernaung dibawah kekuasaan Sultan dinegeri Selangor. Shuhaimi juga lupa bahawa dia adalah merupakan rakyat kepada Sultan Sharafuddin.

Didalam rukun negara juga mensyaratkan supaya rakyat taat setia kepada Raja dan Negara. Jenis rakyat yang bagaimanakah Shuhaimi jika dia sanggup mencerca Sultan di negerinya sendiri semata-mata kerana politik. Bagi saya, Shuhaimi langsung tak layak dijadikan warganegara di Malaysia yang mengamalkan konsep Raja berperlembagaan.

Tindakan Shuhaimi yang melabelkan Sultan Selangor sebagai EGO didalam blognya adalah satu cubaan menderhaka kepada Sultan. Tindakan Shuhaimi ini bukan saja tak boleh diterima, malah ia sewajarnya ditentang habis-habisan demi mempertahankan maruah serta kedaulatan Sultan Selangor.www.mykmu.net

Siapa Mat Shuhaimi?

Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Haji Shafiei
Kawasan : ADUN N50 Sri Muda

Alamat Pejabat: No. 6/2, Jalan Anggerik Vanilla,
R31/R, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-51220050 Fax : 03-51221550

Alamat Rumah : No. 19, Lorong Dato` Yusof Shahbudin 44B,
Taman Mewah Jaya, 41200 Klang, Selangor
HP : 019-6185239, 014-3613067

Apa kata Mat Shuhaimi?

Seluruh Rakyat di alu - alukan untuk turun beramai - ramai ke Mahkahmah Seksyen Shah Alam pada hari Isnin 7hb Januari 2011 jam 9.00pagi untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YB Shuhaimi Hj Shafiei serta kepada Kerajaan Negeri Selangor Pimpinan Pakatan Rakyat ( PR ) dan menjelaskan kepada pihak pemerintah Pusat ( BN ) bahawa Rakyat kini sudah jelak dan muak dengan tektik kotor mereka yang menghalalkan apa juga cara untuk terus berkuasa biarpun berterusan menindas rakyat. srimuda.blogspot.com

KOMENTAR

APA SUSAH YB MAT. KAN ADA 15,952 YANG MENGUNDI YB SEMASA PRU 2008 DULU. AJAKLAH MEREKA YANG MEMANGKAH YB UNTUK TURUT SERTA KE MAHKAMAH PADA ISNIN INI. MEREKA SUDAH BERSUSAH PAYAH MEMANGKAH YB. YB PUN DAH BANYAK TOLONG ORANG SERI MUDA, DAN RAKYAT SELANGOR PUN YB DAH BANYAK TOLONG, WALAUPUN YB BUKAN ORANG SELANGOR.

TAPI, YB JANGAN SPIN LIGAT SANGAT LAH. TOPIK KENA DAKWA TU HAL BERKAITAN HINA SULTAN SELANGOR. JANGAN LAH PULAK KATA YB KENA ANIAYA OLEH BN.

JANGAN SPIN KUAT SANGAT YB.. NANTI TERPELANTING..

No comments: