Thursday, May 31, 2007

AKSI TAK LUCAH ZANA AF5






RAMAI YANG MARAH-MARAH BILA SAYA HANTAR GAMBAR ZANA AF 5 TU... HERAN JUGAK YE.. MULA-MULA MINTAK.. LEPAS DAH HANTAR.. MARAH-MARAH PULAK.. APA?.. TAK CAYA KE.. UNTUK MEMUASKAN HATI ORANG YANG MARAH-MARAH TU.. NI GAMBAR ZANA AF5 YANG TAK LUCAH.. OK YE..

GAWAI DAY...NYIRUPPP FROM CAMELIA





GAYU GURU GERAI NYAMAI..

CATRIONA ROSS BERANSUR PULIH



PERBICARAAN FAZURA - GERALDINE TERUS HANGAT





PERBICARAAN FAZURA - GERALDINE TERUS HANGAT
Perbicaraan kes saman pelakon harapan wanita, Nur Fazura Sharifuddin, 23, yang bermula hari ini diberitahu pergaduhan antaranya dengan seorang suri rumah ada kaitan dengan anak lelaki seorang bekas menteri besar. Suri rumah itu, Geraldine Mariana Wong, 31, yang juga bekas menantu seorang menteri Kabinet memberitahu Mahkamah Majistret di sini, pada malam kejadian dia hanya berbual biasa dengan bekas teman lelakinya, Ahmad Razman Ahmad Razali, 30, dan bukannya menggoda lelaki itu. Beliau berkata, pada masa kejadian, Ahmad Razman merupakan teman lelaki kepada Fazura.


Fazura yang menang gelaran pelakon harapan itu di Festival Filem Malaysia ke-17 melalui filem Bicara Hati, didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 1.20 pagi di Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Terdahulu, sewaktu menjawab dalam pemeriksaan utama pegawai pendakwa, Cif Inspektor R. Rukumar, Geraldine memberitahu, Fazura telah menghampirinya yang ketika itu sedang berbual dengan rakannya di bar kelab tersebut dan menolaknya sebanyak tiga kali dan beliau turut membalas dengan melakukan perbuatan yang sama kepada pelakon itu. Tambahnya, selepas berlakunya tolak menolak, mereka berdua saling bertarik rambut sebelum dileraikan oleh pengunjung-pengunjung kelab dan rakan-rakan.Fazura hadir ke mahkamah hari ini dengan ditemani beberapa orang rakan termasuk pengacara, Cheryl Samad dan pengurusnya, Shah Shamsiri.

Saturday, May 26, 2007

MEI 13 - BUKU PENUH KONTROVERSI

MAY 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969
Author:
Kua Kia Soong
Publisher:
SUARAM
Year:
2007
Number of page:
136

This is the first credible account of the May 13, 1969 racial riots in Malaysia, using documents recently declassified at the Public Records Office, London, after the lapse of the 30-year secrecy rule.
These documents provide the only available confidential observations and memoranda by British and other foreign embassy operatives based on their intelligence and contacts with local officials and politicians. They include dispatches by correspondents which were then banned in Malaysia.
A social scientist, Kua Kia Soong provides a fresh political analysis of this "May 13 incident". In his view, the riots were by no means a spontaneous outburst of violence between Malays and Chinese but rather a planned coup d'etat by the ascendant state capitalist class against the Tunku-led aristocracy. He discusses the contradictions of the post-Independencec Alliance racial formula and traces the rise of this new Malay capitalist class which has ruled Malaysia since 1969.
These documents clearly show who were responsible for the violence and pose the question why the security forces allowed the violence to go on. With this publication, it is hoped that the frequently raised "spectre of May 13" by the Barisan Nasional government will be forever put to rest.
ABOUT THE AUTHOR: Dr. Kua Kia Soong is a director and founding member of human rights organisation, Suaram. He was a Member of Parliament for Petaling Jaya (1990-95), a former political detainee during Operasi Lalang (1987-89) and former lecturer at the National University of Singapore (1978-79).



KOMEN
Kenyataan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) bahawa kementerian itu tidak berniat untuk mengharamkan buku “May 13 Declassified Documents on the Racial Riots of 1969” tulisan Dr Kua Kia Soong tentulah dialu alukan. Sebelum ini, tindakan pegawai KDN merampas buku tersebut dari kedai buku dan melarang buku itu dijual, telah membangkitkan bantahan meluas pelbagai pihak khuatir buku itu akan terus diharamkan. Memang tidak masuk akal jika buku Dr Kua itu diharamkan hanya kerana ia berbeza dengan versi rasmi kerajaan. Versi rasmi itu menganggap provokasi penyokong pembangkang yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum 1969 merupakan punca utama rusuhan 13 Mei. Maklumlah Perikatan telah mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya umum terbabit. Perikatan telah hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Di samping itu, Pulau Pinang sudah jatuh ke tangan Parti Gerakan dan Kelantan pula jatuh ke tangan PAS, sedangkan di Perak dan Selangor Perikatan juga gagal memenangi kerusi majoriti.

Saturday, May 19, 2007

RAJA PUAN BESAR PERAK - TUANKU ZARA

Tuanku Zara bergelar Raja Puan Besar Perak
18-05-2007 01:36:57 PM
KUALA KANGSAR: Tuanku Zara Salim, yang diijab kabul semalam sebagai isteri Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, hari ini diisytihar sebagai Raja Puan Besar Perak pada satu istiadat di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Orang Kaya Temenggong Paduka Raja, Datuk Seri Wan Fathir Wan Hussain, sebaik selesai membaca perisytiharan kurnia gelaran itu, telah melaungkan "Daulat, Daulat, Daulat" dan diikuti oleh para hadirin dan diikuti dengan paluan nobat.
Tuanku Zara turut dianugerahkan pingat Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Dihormati (DKSA), darjah tertinggi yang khas kepada ahli-ahli keluarga diraja. Lantikan Tuanku Zara, cicit kepada Sultan Kedah ke-24 Sultan Abdul Hamid Halim Shah, sebagai Raja Puan Besar Perak, mengisi kekosongan gelaran itu sejak dua dekad lepas.
Istiadat itu, yang dihadiri 150 kerabat diraja terdekat serta dif kenamaan, bermula pada pukul 10.05 pagi dengan Wan Fathir, yang juga Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, membaca perisytiharaan kurnia gelaran yang diperkenan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah berkuatkuasa mulai hari ini.
Pengurniaan gelaran itu dibuat mengikut Bahagian Kedua Fasal 35(1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang memperuntukkan Sultan Perak mengurniakan gelaran itu kepada isteri Raja Muda Perak.
Perisytiharan Sultan Perak, yang dibacakan oleh Wan Fathir itu menyebut: "Beta (Sultan Perak) berkenan mengurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan kepada Zara Salim, isteri Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak Darul Ridzuan berkuatkuasa 18 Mei 2007. Ketahuilah dengan Gelaran ini Zara Salim akan dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.
"Dan lagi, inilah kita memerintahkan sekalian Raja-raja Bergelar, Waris-waris Negeri, kaum kerabat, Hamba-hamba Tua Orang Besar Perak, pegawai dan rakyat kita yang dikasihi yang ada di dalam negeri Perak Darul Ridzuan ini dan sekalian mereka yang lain bersangkutan dengan perkara ini, supaya mengambil tahu hal ini dan mengikut dengan taatnya."
Diiringi Tunku Soraya Sultan Abdul Halim dan Datuk Seri Noraini Jane, Tuanku Zara, yang berpakaian kebaya labuh berenda Perancis berwarna emas dengan taburan manik berwarna ungu, firuz dan merah jambu, menghadap Sultan Perak untuk menerima watikah perisytiharan gelaran.
Tunku Soraya ialah anakanda Sultan Kedah serta isteri Raja Kechil Sulung Perak, Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris, manakala Noraini Jane, adalah isteri Raja Kechil Tengah Raja, Datuk Seri Ashman Shah.
Pada istiadat itu, Sultan Perak turut menganugerahkan Tuanku Zara dengan Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Dihormati (DKSA), darjah tertinggi yang dikurniakan khas kepada ahli-ahli keluarga diraja.
Istiadat turut disaksikan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, Raja Nazrin Shah, Raja Di Hilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa, ibu bapa, Tuanku Zara, Salim Davidson dan Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabudin serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan isteri.
Gelaran Raja Puan Besar Perak yang dikhaskan untuk isteri Raja Muda Perak kosong sejak dua dekad lalu berikutan kemangkatan Raja Muda Perak pada masa itu Raja Ahmad Siffuddin Sultan Iskandar Shah pada April 1987.
Gelaran itu terakhir disandang oleh isteri Almarhum Raja Ahmad Siffuddin, Raja Nor Izan Raja Abdul Rashid selama tiga tahun dan selepas kemangkatan baginda, Raja Nor Izan menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia.

Thursday, May 17, 2007

RAJA DR. NAZRIN SELAMAT DIIJAB KABUL



Pasangan Diraja selamat diijab kabul

17-05-2007 03:12:56 PM
KUALA KANGSAR: Pasangan Diraja, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson hari ini diijab kabul pada satu istiadat pernikahan diraja di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Istiadat akad nikah disempurnakan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, kerabat diraja Perak dan keluarga Zara.
Walaupun istiadat itu diadakan secara sederhana dan ringkas di Balai Istiadat, ia dijalankan dengan penuh adat istiadat diraja.
Istiadat pernikahan itu bermula pada pukul 10.30 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Azlan Shah dan Tuanku Bainun ke Balai Istiadat.
Raja Nazrin, 50, yang kelihatan segak dan tampan dengan berbaju Melayu putih serta bersampin sedondon dengan tenang melafazkan akad nikah, dengan sekali lafaz pada pukul 11 pagi ini disaksikan kira-kira 300 tetamu.
Adinda baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah iaitu Raja Kecil Tengah Perak serta Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, suami kepada adinda baginda Raja Datuk Seri Azureen, menjadi saksi pernikahan baginda.
Bapa Zara, Salim Davidson semalam telah mewakilkan wali kepada Harussani untuk mengijabkabulkan anaknya Zara dengan Raja Nazrin, dan upacara menandatangani surat mewakilkan wali itu telah diadakan di Bilik Merah, Istana Iskandariah.
Majlis itu turut disaksikan ibu Zara, Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabudin dan abangnya Jeffri.
Zara, 34, adalah cicit kepada Sultan Kedah ke-24 Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan datuknya Syed Omar ialah Menteri Besar Kedah yang ketiga.
Sejurus selesai akad nikah, Mufti Kerajaan Negeri Perak membacakan doa kesyukuran dan diikuti dengan bacaan selawat Nabi oleh kumpulan Haqqani Maulud Ensemble.
Sultan Perak dan Raja Permaisuri kemudian berangkat meninggalkan majlis sementara Raja Nazrin pula berangkat ke bilik bersebelahan Balai Istiadat di mana Zara, sedia menanti untuk upacara menyarung cincin.
Zara, berkebaya labuh kontemporari yang diperbuat daripada French lace dihiasi dengan taburan kristal dan manik serta dipandankan dengan kain sarung chiffon sedondon berwarna putih gading, hasil rekaan pereka fesyen terkemuka Radzuan Radziwill, yang merupakan anak kelahiran Bandar Diraja ini.
Keayuan dan kelembutan Zara terpancar dengan hiasan selendang French netting sepanjang tiga meter yang ditaburi dengan kristal.
Selepas menyarung cincin, Zara pula menyarungkan cincin perak ke jari Raja Nazrin dan Zara kemudian mencium tangan suaminya dan Raja Nazrin pula mengucup dahinya.
Istiadat pernikahan pengantin Diraja dimulakan dengan Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Datuk Seri Wan Fathir Wan Hussain menghadap Sultan Perak untuk memulakan istiadat tersebut.
Ia diikuti dengan jejawat membawa masuk bingkisan Raja Muda untuk Zara sebanyak sembilan pahar berserta mas kahwin 250 gram emas tulen dalam bentuk lima kepingan emas berserta sebentuk cincin bertatahkan berlian.
Sementara rombongan pihak perempuan yang diketuai Datuk Tunku Hamdy Tunku Ahmad Tajuddin membawa 11 pahar berserta sebentuk cincin perak untuk Raja Muda sebagai kurniaan balas yang dipersembahkan kepada ketua rombongan pengantin lelaki Raja Ashman.
Kurniaan balas itu didahului dengan tepak sireh perak berkemasan emas, sireh junjung lima tingkat dengan dihiasi bunga ros berwarna krim dan bunga raja deli putih.

Tuesday, May 15, 2007

MAZIDUL DIDAKWA AMBIL DADAH

Mazidul didakwa ambil dadah
14-05-2007 05:11:06 PM
JOHOR BARU: Pengacara TV3, Mazidulakmal Sidik dan tiga yang lain hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan penyalahgunaan dadah.
Mazidulakmal, 40, Fadzli Ramli, 40, Tumijah Adras, 34, dan Umaisyah Abdul Rahim, 25, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah methamphetamine ke dalam tubuh mereka di Bilik 88, Groove City Sdn Bhd, Nombor 19, Jalan Abdullah Tahir, di sini, pada pukul 2.45 pagi, Sabtu lepas.
Mengikut Akta Dadah Berbahaya, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 seorang jika sabit kesalahan.
Majistret Rasidah Roslee membenarkan kesemua mereka diikat jamin sebanyak RM3,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept sebagai tarikh perbicaraan.
Mazidulakmal dan Fadzli diwakili peguam, A. Vimala manakala Tumijah dan Umaisyah tidak diwakili peguam.
Pendakwaan dilakukan Cif Insp David Chong Seng Yong. BERNAMA

Sunday, May 13, 2007

PENGACARA TV POSITIF DADAH??? SAPA YE???

Pengacara terkenal positif dadah ditahan
13-05-2007 08:47:10 PM
JOHOR BARU: Seorang pengacara terkenal rancangan TV ditahan di sini semalam setelah ujian air kencingnya didapati positif dadah.Pengacara itu bersama beberapa orang rakannya ditangkap dalam satu serbuan polis di sebuah kelab malam di Jalan Abdullah Tahir.Seorang rakannya yang ditemui di luar ibu pejabat polis Johor Baharu Selatan berkata pengacara itu berada di sini untuk membuat penggambaran rancangan tv 360 Darjah terbitan NTV7.Pengacara itu dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari ini.Ketua Polis Johor Datuk Hussin Ismail mengesahkan tangkapan itu. BERNAMA
CLUE:
- NTV7
-RANCANGAN 360 DARJAH
-LELAKI
-DIA PERNAH PERASAN MACAM PEGAWAI POLIS
SIAPA SAYA????

Thursday, May 10, 2007

TAHNIAH RAJA DR. NAZRIN


TERLALU BANYAK DOSA ANWAR PADA UMNO

Terlalu banyak 'dosa' Anwar pada Umno
10-05-2007 07:04:33 PM Oleh SA'ODAH ELIAS

KUALA LUMPUR: "Dosa" Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Umno terlalu besar untuk dimaafkan dan kerana itu beliau tidak akan diterima semula menyertai parti itu untuk selama-lamanya, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Katanya, walaupun ada pemimpin lain yang diterima kembali bersama parti itu setelah dipecat atau selepas keluar parti, kes Anwar berbeza.
"Dia telah buat terlalu banyak dosa dan telah menentang Umno. Latar belakangnya kita tidak boleh terima lagi," katanya kepada mStar Online hari ini.
Beliau mengulas kekeliruan yang dibangkitkan ramai ahli parti terhadap penjelasan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad ketika mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) mengulangi keputusannya untuk tidak sekali-kali menerima Anwar.
Radzi, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat MT pada 30 April, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan perlembagaan parti yang dipinda pada 2002 yang menetapkan sesiapa yang menentang Umno tidak akan diterima masuk selama-lamanya.
Penjelasan itu menimbulkan kekeliruan banyak pihak kerana pada akhir Mac, Timbalan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan keputusan MT menerima kembali Datuk Askalani Abdul Rahim, seorang ahli yang dipecat atas kesalahan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya negeri Sabah pada 1999.
Ali berkata, kedudukan Anwar tidak boleh disamakan dengan Askalani kerana bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno itu telah melakukan banyak kesalahan yang berterusan terhadap Umno untuk tempoh masa yang sangat panjang.
"Kita tahu dia (Anwar) memang minat hendak masuk semula, kerana itulah dia tidak pernah mendaftar menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat dan hanya kekal menjadi penasihatnya.
"Selain itu, ketika kempen pilihan raya kecil Ijok berlangsung akhir bulan lalu, ada pihak yang mendakwa bahawa Anwar dan Khalid (calon PKR Tan Sri Khalid Ibrahim) akan diterima masuk ke dalam Umno sekiranya menang dalam pilihan raya.
"Malah pihak ini juga memalsukan tandatangan seorang ketua bahagian Umno untuk menyebarkan surat yang membuat dakwaan yang sama. Kerana itulah maka MT pada mesyuaratnya yang lepas terpaksa sekali lagi mengulangi bahawa Anwar tidak akan diterima," katanya.
Ditanya jika ada mana-mana pihak dalam Umno yang pernah menyuarakan sokongan terhadap idea membawa Anwar masuk semula ke dalam parti, Ali berkata, sepanjang pengetahuannya tidak ada kumpulan seumpama itu walaupun beliau percaya ada ahli-ahli yang masih berharap-harap ia akan berlaku.
"Dengan keputusan tegas yang diambil MT itu, saya harap golongan ini tidak lagi akan memandang ke belakang, sebaliknya berusaha untuk mengukuhkan parti dan perjuangan orang Melayu," katanya.

Monday, May 07, 2007

SIAPA ISTERI RAJA NAZRIN?????????

Raja Nazrin berkahwin 17 Mei

KUALA KANGSAR: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah akan melangsungkan perkahwinan pada 17 Mei ini di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, di sini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Iskandariah Raja Datuk Seri Mansur Raja Razman berkata Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan untuk menyempurnakan istiadat perisytiharan lantikan Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan dan penganugerahan Darjah Kerabat kepada isteri Raja Nazrin di Istana Iskandariah pada 18 Mei.

Istiadat persandingan diraja akan dilangsungkan pada 19 Mei ini di Balairong Seri, istana itu pada sebelah malam, diikuti dengan majlis santapan diraja, kataya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pejabat Sultan Perak akan mengeluarkan kenyataan dari masa ke masa untuk keperluan media bagi mengelak liputan berbentuk sensasi.

Beliau memohon kerjasama dan persefahaman pihak media bagi melakukan liputan secara fakta berdasarkan kenyataan rasmi daripada istana dan bukannya membuat liputan berbentuk sensasi.
P/S
HA..HA JOM KITA MAIN TEKA TEKI... SIAPA ISTERI RAJA NAZRIN????

Thursday, April 26, 2007

OJO LALI UNDI BN..MB WONG NGEA KITO..

OJO LALI UNDI BN…MB WONG NGEA KITO … apa cerita ni?
Sepanduk dalam bahasa Jawa yang turut memuatkan gambar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ini kelihatan direntang di merata tempat sekitar Ijok.Di kawasan dewan undangan negeri itu memang terdapat ramai orang keturunan Jawa.Maksudnya dalam Bahasa Malaysia ialah ‘JANGAN LUPA UNDI BN..MB ORANG KITA’.Sepanduk ini dikatakan menjadi usaha Barisan Nasional untuk menangkis kempen pembangkang bahawa K. Parthiban dari keturunan India tidak dapat mewakili kepentingan mereka berbanding Tan Sri Khalid Ibrahim.Sementara itu Dr Khir telah membuka pejabat kerja Menteri Besar bagi DUN Ijok sebagai memenuhi janjinya untuk meletakan seorang wakil Melayu di kawasan itu.Pejabat berkenaan yang terletak di tepi jalan besar Simpang Tiga pekan Ijok dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu malam.

TUANKU MIZAN DITABAL AGONG KE-13

Tuanku Mizan ditabal dalam istiadat gilang-gemilang

KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, 45, ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 dalam upacara penuh adat istiadat Raja Melayu di Balairong Seri, Istana Negara di sini hari ini.Sebaik sahaja Seri Paduka Baginda melafazkan ikrar sebagai ketua negara, semua yang hadir berdiri dan melaungkan "Daulat Tuanku" tiga kali diketuai oleh Datuk Maharaja Lela Tengku Farouk Tengku Jalil.Dalam ikrar yang ditulis Jawi di atas kulit kambing, baginda berjanji akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, serta memelihara agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara.Selepas Seri Paduka selesai melafazkan warkah ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong, nafiri ditiup, dan lagu nobat "Raja Bertabal" dimainkan oleh Kumpulan Nobat Diraja Terengganu.Ini diikuti dengan tembakan meriam 21 das oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja, dan disusuli dengan lagu "Negaraku" yang dimainkan oleh pancaragam Kor Armor Diraja.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum itu membaca surat perisytiharan pertabalan, yang juga ditulis Jawi di atas kulit kambing.Ini diikuti dengan Datuk Paduka Maharaja Lela menyembah Keris Kerajaan atau Keris Panjang Diraja, iaitu alat kebesaran negara yang utama, tanda kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka.Seri Paduka kemudian menghunus, mengucup dan menyarungkan kembali keris itu sebelum meletakkannya di meja sebelah kiri baginda, sebelum melafazkan ikrar.Istiadat itu yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3 dan Astro kira-kira sejam, yang turut dirakamkan oleh National Geographic dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi penerbitan dokumentari mengenai Kesultanan Melayu, yang menunjukkan keunikan institutsi Diraja Malaysia, yang akan disiarkan ke seluruh dunia.Raja-raja Melayu yang terdiri daripada Sultan Kedah yang merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Pahang, Sultan Kelantan, Sultan Perak, Sultan Terengganu dan Sultan Selangor turut berangkat ke majlis yang gilang-gemilang itu.Johor diwakili oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Perlis oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzudin manakala Brunei Darussalam diwakili oleh Putera Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.Turut hadir Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, menteri-menteri kabinet, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri, kerabat diraja Terengganu termasuk nenda Seri Paduka Baginda, Tengku Ampuan Intan Zaharah yang merupakan Raja Permaisuri Agung yang keempat dan bonda baginda Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Al-Sogoff serta Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail, putera sulung Tuanku Mizan.Wakil-wakil negara asing serta tetamu kehormat dari dalam dan luar negara juga hadir pada istiadat pertabalan itu.Istiadat pertabalan bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira 11.10 pagi dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke Balairong Seri dengan iringan tiupan nafiri dan paluan nobat lagu "Raja Berangkat".Keberangkatan baginda berdua didahului oleh Datuk Maharaja Lela dan panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama, iaitu tongkat-tongkat perak yang merupakan sebahagian alat kebesaran Diraja yang menjadi lambang kebesaran Kerajaan Malaysia.Mereka diiringi oleh juruiring Seri Paduka dan panglima-panglima yang membawa alat-alat kebesaran Diraja.Tuanku Mizan berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong iaitu muskat (seperti kot hitam labuh) yang bersulam emas serta berseluar panjang bersulam di kaki dengan bertengkolok "Dendam Tak Sudah" serta memakai Pending Diraja, diperbuat daripada emas bertatahkan permata delima dengan lambang Kerajaan Persekutuan tertera di tengah-tengahnya bersama-sama tali bengkung yang diperbuat daripada kain sakhlat bertekat benang emas berbunga-bunga.Di pinggang Seri Paduka tersemat Keris Pendek Diraja yang hulunya diperbuat daripada mata keris lama dengan bersarung gading bertatahkan emas.Tuanku Nur Zahirah pula memakai perhiasan Raja Permaisuri Agong iaitu Gendik Diraja, pakaian ulu (kepala) dan Kalung Diraja, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih bertatah berlian.Istiadat pertabalan dimulakan dengan naskhah al-Quran dibawa masuk oleh Datuk Penghulu Istiadat Datuk Wan Safiain Wan Hasan yang juga Datuk Pengelola Bijaya Diraja bersama-sama Keris Kerajaan, surat perisytiharan dan watikah ikrar.Alat-alat kebesaran istiadat pertabalan itu dibawa masuk oleh pegawai-pegawai Istana Negara, diketuai oleh Datuk Maharaja Lela Yang Mulia Tengku Farouk Tengku Jalil berserta Pegawai Istana Negara Datuk Abdul Rahman Mohd dengan iringan paluan nobat lagu "Palu-Palu Melayu." Naskhah al-Quran yang melambangkan kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, dan dikucup oleh Seri Paduka sebelum meletakkannya di atas rehal di meja sebelah kiri baginda.Ini diikuti dengan perisytiharan oleh Abdullah dan lafaz ikrar Yang di-Pertuan Agong, serta diikuti dengan Perdana Menteri menyampaikan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kerajaan dan rakyat Malaysia, dan diikuti dengan titah Tuanku Mizan.Istiadat itu diikuti dengan bacaan doa selamat oleh Pegawai Agama Istana Negara, dan sebelum istiadat pertabalan selesai, Datuk Maharaja Lela menerima balik naskhah al-Quran daripada Seri Paduka, dan mengisytiharkan istiadat itu telah disempurnakan serta diikuti dengan keberangkatan Seri Paduka berdua meninggalkan Balairong Seri.Tiupan nafiri dan paluan nobat lagu "Raja Berangkat" mengiringi keberangkatan Seri Paduka berdua yang didahului oleh Datuk Maharaja Lela dan diikuti oleh Datuk Penghulu Istiadat membawa naskhah al-Quran, panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama dan alat-alat kebesaran Diraja.Tuanku Mizan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 oleh Raja-raja Melayu pada mesyuarat khas Majlis Raja-raja ke-208 di Istana Negara pada 3 Nov 2006 bagi menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail yang tamat tempoh lima tahun baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-12 pada 12 Dis 2006.Istiadat lafaz sumpah jawatan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 diadakan penuh istiadat di Istana Negara pada 13 Dis 2006 dan jawatan itu berkuatkuasa untuk tempoh lima tahun.Kebiasaannya istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong tidak diadakan serentak dengan istiadat Lafaz Sumpah Jawatan. Ia diadakan beberapa bulan atau satu tempoh masa selepas itu.

Saturday, April 21, 2007

PKR MAHU JADIKAN IJOK ZON PERANG


PKR MAHU JADIKAN IJOK “ZON PERANG”

Bukan perkara luar biasa apabila tiba masa hari penamaan calon pilihan raya kecil, seluruh “bala tentera” parti politik akan keluar untuk berarak maraikan calon. Lakaran sebegini bukannya perkara baru dalam politik di negara ini.

Hari penamaan calon Pilihan raya Kecil Ijok adalah contoh terbaik insiden Lunas berulang kembali. Malah jika tidak dikawal segera oleh polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pasti akan wujud kembali insiden bas penyokong parti kerajaan “ditawan” dan “direjam” dengan batu gara-gara cerita fitnah pembangkang bas tersebut membawa “pengundi hantu”.

Peristiwa “serangan mortar” botol air mineral dan tiang bendera pasti tidak berlaku di Ijok jika para penyokong parti politik bersikap terbuka dan matang dalam berpolitik. Yang menjadi masalahnya ialah sebahagian besar “penyokong berbayar” dan tangkap muat yang yang di bawah masih mentah dan buta tentang proses demokrasi dan aturan peraturan pilihan raya.

Pada golongan ini, di bawa menaiki bas, diupah dengan duit, dapat baju T percuma, dan berarak bagaikan menempuh medan perang, adalah suatu kebanggaan dan perlu dilaksanakan. Kebanyakan penyokong parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bukan ahli parti tersebut. Muka yang sama jugalah yang memakai baju T parti DAP di Machap. Muka yang sama jugalah yang memakai kupiah putih yang baru di beli di Pasar Buluh Kubu semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir.

Pada mereka “janji masyuk”, janji dapat makan angin, dapat makan minum percuma dan dapat “bekal” untuk beli rokok. Mereka tidak kisah dikutuk dan dihina kerana mereka sudah diajar oleh “pemimpin reformis” mereka bahawa hari penamaan calon inilah “kebebasan mutlak” tanpa gangguan dari mana-mana pihak termasuk polis kerana “kita sedang melaksanakan amalan demokrasi”.

Tersepit, terdesak dan perasan mereka masih ada pengaruh, maka penonjolan PKR semasa penamaan calon di Ijok adalah gimik kepada seluruh negara kononnya parti mereka masih kuat dan masih mempunyai penyokong.

Senario Ijok adalah saling tak tumpah seperti di Lunas. Parti yang bertanding pun sama. PKR diwakili calon Melayu melawan Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh MIC. Pada siri ceramah mereka yang sudah berjalan sejak seminggu yang lalu, isu perkauman menjadi topik utama. Mereka menyemai marak api sentimen orang Melayu wajib mengundi calon Melayu.

Apakah pemimpin PKR sudah lupa bahawa parti mereka adalah parti berbilang kaum?. Mungkin mereka asyik mengenangkan kemenangan di Lunas dahulu pasti berulang di Ijok. Ghairah sebegitulah yang membuatkan mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan calon “tokoh korporat” mereka menang.
Mereka akan menggunakan taktik yang sama seperti di Lunas untuk memancing undi penduduk Ijok. Jika di Lunas perayu undi PKR memainkan slogan “ undilah orang yang sama-sama berpuasa seperti anda hari ini” (kerana pilihan raya kecil Lunas dalam bulan puasa), kali ini pula mereka membawa slogan “undilah calon yang makan makanan halal”. Lawak murahan sudah mula menjalar ke Ijok.

Menariknya pilihan raya kecil Ijok ini ialah penyokong-penyokong parti politik adalah daripada Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Pucong dan Klang. Sebabnya untuk sampai ke Ijok hanya memakan masa 45 minit berkereta.

Yang pasti mereka yang rajin berdemonstrasi di KLCC kini sudah beralih tempat untuk meluahkan perasaan benci kepada kerajaan di Ijok pula. Ijok kini menjadi platfom “halal” mereka untuk “berperang” dengan kerajaan. Daripada isu tol sehinggalah ke isu peribadi. Pada mereka menghabiskan masa seketika di Ijok untuk mendengar ceramah yang berunsur fitnah, penghinaan, maki hamun dan cerita palsu adalah hiburan mingguan mereka setelah penat mengharungi kehidupan di Lembah Klang yang menuntut kepada kesibukan harian yang padat dengan pelbagai aktiviti.

Kempen agresif PKR lebih dirasakan selamat dan sentiasa dilindungi apabila pemimpin mereka dengan lantang bersuara “inilah masanya kita menunjukkan tentangan kepada kerajaan dan anda akan dibela jika seuatu terjadi kepada anda”.

Jaminan seperti “jihat untuk berperang” sudah mula disebarkan kepada penyokong PKR yang masih mentah dan belum layak mengundi itu melalui sebaran SMS dan mulut ke mulut.

Lebih terdesak lagi pemimpin mereka dengan celupar berkata “ kalau ada jamuan, nasi bungkus dan minuman mineral dari BN, ambil sahaja kerana itu semua duit rakyat..duit kita juga”.

Maka itu tidak hairanlah dengan muka tidak tahu malu sambil memakai baju T PKR, mereka dengan selamba mengambil minuman air mineral penyokong BN dan nasi bungkus. Tempat buangan sisa tersebut adalah dengan “memulangkan” kembali ke BN dengan dijadikan alat seperti “ bom mortar” ke kumpulan penyokong BN semasa hari penamaan calon.

Jenis orang yang terdesak yang mengamalkan publisiti murahan sebegini tidak lain hanya ingin mencetuskan pergaduhan dengan tekanan provokasi terhapdap penyokong BN. PKR jelas mengamalkan taktik yang sama seperti di Lunas tanpa memikirkan batas-batas kesopanan, keharmonian kaum dan menghormati undang-undang kerana pada mereka Ijok sudah menjadi “zon perang”. Maka itu tiada mana-mana undang-undang pun boleh didaulatkan di sini.

Pada mereka jika ada penyokong mereka ditangkap oleh polis lagi bagus. Kerana itu lah masanya mereka akan mendapat publisiti percuma dengan kenyataan pembelaan dan menuduh polis pula tidak mengamalkan demokrasi. Lebih ramai penyokong mereka ditangkap polis adalah lebih seronok mereka berkempen dan mendapat liputan meluas dari seluruh media cetak dan elektronik. Itulah juga yang mereka mahu apabila akan ada gambar penyokong mereka berdarah dan cedera di kepala akibat pergelutan dengan polis, kerana mereka akan mengambil kesempatan ini untuk disebarkan ke seluruh dunia melalui internet.

Kepada pemimpin PKR, mereka sanggup “menggadaikan nyawa” penyokong mereka semata-mata kerana cita-cita mereka yang hanya mimpi diharapkan terlaksana. Mereka terlupa bahawa penyokong mereka itu adalah golongan yang tersepit dan terdesak seperti mereka sendiri. Sanggup melakukan apa sahaja. Kebanyakan penyokong PKR yang di bawa dari Lembah Klang adalah golongan lepasan sekolah, mat rempit, belia yang tiada pekerjaan dan bermasalah. Golongan belia malang ini lebih memandangkan wang ringgit yang menjadi habuan mereka semasa kempen di Ijok. Pada mereka menjadi “tentera upahan” PKR pun tidak apa asalkan poket mereka berisi dan ditanggung makan dan minum.

Harapan kepada pihak yang berkuasa adalah tinggi agar tidak wujud lagi beberapa insiden hitam seperti yang pernah berlaku di Lunas. Memang sukar untuk memintas gelodak penyokong parti politik yang sedang panas membara di Ijok. Masing-masing ada strategi dan cukup mekanisme untuk menangkis pelbagai serangan dari pelbagai sudut.

Diharapkan para jenderal parti-parti politik dapat mengawal agresif dan emosi semasa berkempen. Biarkan sahaja PKR “terjun dengan labunya”. Biarkan sahaja PKR berlawan dengan bayang-bayang mereka sendiri.

Saturday, April 14, 2007

CATRIONA ROSS CEDERA PARAH






Catriona Ross cedera parah dalam kemalangan


REMBAU 14 April — Seorang pelakon wanita, Catriona Bahrin Ross, cedera parah setelah kereta yang dinaikinya bersama seorang rakan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 230.8, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Mat Dom berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 6.45 pagi ketika Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 27, bersama rakannya Jeniffer Govia, 32, yang memandu kereta jenis Chevrolet, sedang dalam perjalanan dari Senawang menghala ke Ayer Keroh, Melaka.

“Siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabas lalu melanggar kon, sebelum menyeberangi lebuh raya itu dan memasuki laluan bertentangan.

"Dalam masa yang sama sebuah treler yang sedang menuju ke Utara gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kereta mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Catriona patah di kedua-dua kaki dan tangan selain cedera di badan serta kepala, manakala rakannya turut cedera di badan.

Kedua-dua mangsa yang beralamat di Pantai Hill Park, Kuala Lumpur kemudian dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Catriona yang cedera parah dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Scottish itu pernah membintangi filem dan drama termasuk Qabil Khushry Qabil Igam, Cermin, Rafflesia dan Sephia.

Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

SIZE DOES NOT MATTER


Size does not matter
by Kacukan Siam

SITTING down to join the gang for dinner at The Curve a couple of weeks ago, Zee blurted out: “Have you guys bought a bra recently?”

Her question got our attention, especially us two guys in the group, who have no such fetish as wearing female clothing.

But Zee was serious. She told the two of us to listen, as her question had serious implications for everyone.

“I bought a few pairs recently and I noticed that I had to buy a cup size larger than usual,” said the well-endowed thirty-something marketing officer who, I presume, is pretty well stacked up there.

“This is on top of the fact that the only reason I bought new ones is because I have lost weight. So my boobs couldn’t have gotten bigger. I have a conspiracy theory that the manufacturers are out to dupe us.”

However, the four other girls in our group were all ears. One even admitted that the last time she bought a brassiere she, too, had to buy a cup size larger.

Zee theorised that the manufacturers of ladies undergarments were “conning” buyers, flattering them through changing the size of the cups.

“Imagine, you have been wearing an A cup all your life and suddenly you graduate to a B size for no apparent reason. It is such a confidence booster, and I am sure you will only buy a bra of that particular brand after that. It is all an advertising gimmick,” accused this excitable friend of mine.

A more knowledgeable Sam said this was quite a common practice in the US,
“Even the panties in the US start with a size ‘0’. Their bottoms are so big, how can it start with a zero,” she exclaimed.

Curious, I have been canvassing female colleagues over the past two weeks, asking if they had bought undergarments recently, and was there indeed an increase in size.
Most believed that I was not being funny, but there were a couple of you-die stares – until I explained in detail the reason for my line of questioning.
One fashion writer sat me down and explained that this was an old ploy; no one wants to be told that they are too big or too small.
“Would you like to be told you are a size 10 all the time? You will not even go shopping after a while. So, clothing companies ‘shrink the size’ so that people will buy,” she explained.
“It is the same for bra cups. No one likes to be told that their sizes have not changed since they were 15. No one likes to be told that they are flat as an airport runway. The bigger cup size gives a perception of improvement.”
Thinking back, I realised that I, too, had fallen for this ploy. In January, while shopping for Chinese New Year, I walked into a well-known local boutique in MidValley Mega Mall minutes before closing time.
I saw a short-sleeved shirt I liked and asked for an XL size to fit my portly figure. The sales assistant said she only had an L size and encouraged me to give it a try.
I shop regularly at this boutique and was surprised that the shirt fitted. In my mind I thought “Hmm ... I must have lost weight.” Being so pleased with myself, I bought two shirts – sized L.
After what Zee said, I compared the new shirts with the ones I bought last year. True enough, they were actually the same size although the size label says otherwise.
For three months, I had been walking around thinking I was looking fitter even though the weighing scales disagreed.
Two days ago, three of us were sitting at one of the cafes opposite our office and started talking about weight loss for health’s sake.
In November, Jack had a heart attack scare, but on diagnosis, it was found to be no more than a strained chest muscle. However, the cardiologist who checked him said he was a prime candidate for a real heart attack because he was grossly overweight.
Frightened by the experience, he went on a crash diet coupled with an exercise regime.
He signed up at a gym and walked daily on a treadmill.
“The first few days I could hardly walk for seven minutes, and I decided to do it slowly,” he said.
Today, Jack is 15kg lighter and is able to run continuously for 30 minutes. This is followed by another 15 minutes of pumping iron. He now eats only at home and eats a chapatti meal.
Feeling inspired by Jack’s success, I promised myself that I would also try to fight the bulge.
“My present waistline is 36 and I want to reduce it to 34,” I declared to Jack, adding that I was waking up the next morning to hop on my bicycle to start my weight loss programme.
I even made sure I finished work by 8pm that night and headed home to have a good night’s rest but I was so excited by my new-found enthusiasm to bring my 83kg weight down that I could not sleep.
When I opened my eyes, it was already 8.45am and it was time to get to work. I missed my bike ride and was so upset I treated myself to a hearty breakfast, which only got me more depressed.
I will be looking for Jack tomorrow to get him to inspire me to give it another try. Otherwise, I will just shop for another extra large size shirt.

SISTEM CCC PENYELESAI KARENAH BIROKRASI PBT

SISTEM CCC PENYELESAI KARENAH BIROKRASI PBT

Mungkin komen, kritikan dan aduan yang di buat oleh rakyat terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum ini umpama mencurah air ke daun keladi. Kebanyakkannya hanya medengar melalui telinga kanan dan “dimuntahkan” kembali melalui telinga kiri.

Acuh tak acuh rungutan rakyat yang juga pembayar cukai taksiran terhadap PBT selama ini akhirnya terbela apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari Jumaat lepas mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan dalam sistem pentadbiran PBT bagi mengurangkan karenah birokrasi.

Antara penambahbaikan ialah menerusi memperkasakan konsep "one stop centre" (pusat sehenti) yang sekarang dipraktikkan oleh sesetengah PBT, menggantikan sistem kelulusan bangunan daripada CFO (Sijil Layak Menduduki) kepada CCC (Sijil Komplians dan Siap) serta pengwujudan "commissioner of building" bagi menangani masalah antara pembeli bangunan dan pemaju.

Harapan besar Perdana Menteri adalah juga mewakili harapan seluruh rakyat yang mahukan perubahan drastik dilakukan di sektor awam terutamanya PBT. Umum mengetahui PBT adalah sistem kerajaan yang paling hampir dengan rakyat. Rakyat sudah letih dengan kerenah birokrasi yang sudah tidak lagi relevan dan juga sudah ketinggalan zaman. Semua pihak mahukan PBT lebih perkasa dari segi sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Jelas sekali ucapan Datuk Seri Abdullah di persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam - Penambahbaikan Urusan Pemajuan Serta Penyenggaraan Dan Pengurusan Hartanah yang dikira tegas telah melegakan pihak pembeli bangunan dan pemaju sendiri.

Walaupun konsep “one stop centre” telah mula dipraktikkan oleh sebahagian PBT, namun arahan Perdana Menteri di persidangan tersebut diharap dapat diambil tindakan segera oleh PBT yang masih belum mewujudkan pusat sehenti bagi menggantikan sistem CFO kepada CCC agar sesuatu permohonan dapat diproses dengan lebih sistematik dan terselaras.

Sebenarnya arahan Datuk Seri Abdullah ini adalah bertujuan serampang dua mata terhadap pentadbiran PBT. Selain mempermudahkan sistem yang sedia ada, ianya juga menyuntik budaya kerja yang lebih profesional dan realistik yang perlu ditonjolkan oleh setiap PBT.

Budaya kerja yang sudah ketinggalan zaman sebenarnya memberikan imej yang negatif terhadap sesebuah PBT. Bayangkan proses kelulusan bangunan yang memakan masa tiga hingga lima tahun, kini boleh diringkaskan dan dikurangkan kepada enam bulan untuk projek-projek terpilih iaitu projek bina dan jual, projek berimpak tinggi, projek pelaburan asing dan projek kerajaan, manakala projek-projek lain akan diproses dalam masa yang juga singkat iaitu empat bulan.

Dengan memendekkan masa ini, ia akan meninggalkan kesan positif kepada industri pembinaan, pelabur dan peniaga yang sudah lama menantikan pengurangan birokrasi dan penurunankos. Penambahbaikan ini akan dirasai oleh pembeli rumah dan rakyat umum malah saya percaya ini akan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hasil penyiapan projek perumahan, kilang, bangunan dan pejabat dengan lebih cepat.

Tempoh percubaan selama dua bulan yang diberikan kepada PBT, pejabat daerah dan kerajaan negeri, diharap dapat dipraktikkan agar impian dan harapan kerajaan pusat dapat terlaksana kerana ianya juga berhubung kait denganpembinaan infrastruktur, penjanaan pekerjaan dan pendapatan rakyat hasil daripada usaha perubahan sistem ini.

Rakyat masih berharap semakan oleh ahli-ahli profesional seperti yang diamalkan di negara-negara maju bagi menggantikan proses semakan dan pengesahan oleh PBT yang mengakibatkan kelewatan seperti yang diamalkan dahulu, tidak dibebankan kosnya oleh rakyat.

Penglibatan pakar profesional yang bukan kakitangan awam dan anggota lain yang terdiri daripada jabatan teknikal dalam konsep "one-stop-centre" yang diperkasakan itu, bukannya bermakna rakyat dan kerajaan pusat sudah hilang kepercayaan terhadap PBT.

Cuma pusat sehenti yang diketuai oleh Yang Dipertua PBT haruslah berfikiran terbuka dan profesional dalam menjalankan tugas.

Pada pendapat saya sistem baru ini bukanlah bermaksud menidakkan kuasa PBT, tetapi ianya lebih menjurus kepada menyelesaikan masalah besar yang dihadapi oleh pemaju hartanah dan pembeli bangunan itu sendiri.

Dalam pada itu kerajaan perlulah memantau selalu ahli profesional seperti arkitek dan jurutera bertauliah yang terlibat dengan sistem CCC ini agar mereka bertugas dengan jujur dan amanah. Pastikan integriti dan ketelusan dipraktikkan seratus peratus agar tidak nanti rakyat akan mengeluh di masa hadapan bahawa sistem CCC sama juga bermasalah dengan sistem CFO.

Itulah cabaran sebenarnya yang menanti “commissioner of building” yang diketuai oleh YDP PBT. Resepi kejayaan sistem CCC adalah terletak di bahu semua pihak yang terlibat yang seharusnya bertekad untuk melakukan perubahan dan menetapkan pembaharuan.

Jika berjaya sistem baru ini, sekurang-kurangnya keluhan dan rungutan pihak pelabur, peniaga, pengguna dan rakyat mengenai sektor awam selama ini akan terjawab. Tanggapan negatif dan sinis tentang urustadbir PBT akan terhakis jika sistem CCC dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Inilah contoh budaya kerja yang perlu diterapkan oleh PBT di abad ke 21 agar melibatkan secara langsung semua pihak dalam melengkapkan sistem kerja yang bersangkut paut dengan pembangunan dan orang awam. Hak dan tanggungjawab rakyat dapat disalurkan melalui wakil mereka yang menganggotai CCC. Akan ada “check and balance” dalam membuat keputusan.

Yang pasti kakitangan sektor awam dapat menimba pengalaman dan mengadaptasikan budaya kerja sektor swasta dalam penyelesaian masalah teknikal dengan memegang matlamat yang sama, iaitu semua pihak berpuas hati dan bangga dengan adunan swasta dan kerajaan dalam penyelesaian masalah.

Mungkin sistem CCC ini akan menjadi model dan teladan yang baik dalam beberapa sistem yang lain yang libatkan kepentingan rakyat, pelabur dan pencapaian ekonomi negara.

Tidak salah jika susun atur perancangan bandar dan pelan pembangunan bersepadu PBT juga dilibatkan sama tenaga profesional swasta secara langsung dalam jawatan kuasa pembuat dasar dan penguatkuasaan.

Thursday, April 12, 2007

BN MENANG LAGI

BN kekal di kerusi DUN Machap...majoriti merosot 481 undi
April 12, 2007 : 09.31 PM--->

Calon Barisan Nasional Lai Meng Chong memperolehi 5,533 undi menewaskan calon DAP Liou Chen Kuang yang mendapat 1,452 undi dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Machap di Melaka Khamis.
Berbanding keputusan pilihanraya umum 2004 (waktu itu mendiang Datuk Wira Poh Ah Tiam - 5,847 undi ) undi Lai Meng Chong kurang 314 manakala Liou Chen Kuang meningkat 167 undi (2004 - 1,285 undi).
Majoriti BN kali ini ialah 4,081.
Pada 2004 majoriti ialah 4,562.
Ini bermakna majoriti BN merosot 481 undi.
Seramai 7,142 orang atau 74.22 peratus daripada 9,623 pemilih telah mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

SEKSKRET TARI WEEKS - PART 1



TAK MALU RASANYA JIKA KITA NAK BANDINGKAN ARTIS KITA DGN ARTIS LUAR.. TERUSKAN...