MANDAT RAKYAT TEPAT DAN PADAT
Inilah yang dikatakan oleh pujangga Inggeris, "politic is the art of possible". Tiada yang mustahil di dalam kamus politik dan apa yang tidak terfikir oleh kita, boleh berlaku di dalam gelanggang politik.
Tersungkurnya kerajaan Barisan Nasional (BN) di empat negeri sememangnya tidak dijangka oleh sesiapa pun. Inikan pula untuk menawan kembali Kelantan. Malah pembangkang menyifatkan kemenangan besar mereka menggagalkan majoriti dua pertiga di parlimen sungguh menakjubkan atas nama "kuasa di tangan rakyat".
Diteliti dari sudut demokrasi, pilihan raya tahun ini telah berjaya membuktikan bahawa masih wujud proses demokrasi yang sihat di Malaysia. Kali ini ianya benar-benar menunjukkan keputusan pembentukan kerajaan adalah di tangan rakyat. Syabas kepada rakyat Malaysia yang telah berjaya menunaikan tanggungjawab yang begitu bermakna dan menarik sekali.
Di pihak BN, keputusan kali ini sungguh memeranjatkan. Siapa sangka kerajaan negeri Selangor dan Perak boleh tumbang kepada PAS, DAP dan PKR. Walaupun Kedah tidak pernah jatuh kepada pembangkang, namun saingan sengit sejak beberapa kali pilihan raya tidak menimbulkan kejutan jika negeri jelapang padi itu jatuh kepada PAS dan PKR. Pulau Pinang pula pernah dikuasai oleh pembangkang ketika Gerakan masih belum menyertai BN.
Banyak persoalan yang muncul di kalangan akar umbi bagaimana BN boleh kalah teruk kali ini. Lebih menarik di perbualan warung kopi ialah tumpasnya Selangor kepada pakatan PAS,DAP dan PKR. Apakah faktor yang sebenarnya pengundi beralaih kepada pembangkang di Selangor?.
Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pasti akan melakukan pembedahan segera untuk menenalpasti apa "sakitnya" BN Selangor sehingga tumbangnya sebuah kerajaan negeri yang tidak pernah terfikir oleh sesiapapun.
Apakah faktor isu tempatan, calon, sabotaj, perpaduan dan strategi menyebabkan BN kalah di Selangor?. Jika ditanya kepada orang UMNO, jawabnya ialah ubah sikap pemimpin UMNO Selangor itu sendiri. Jangan ego, bongkak, berlagak dan bodoh sombong. Sifat sebeginilah yang menyebabkan pengundi Melayu khususnya muak dan meluat dengan gaya kepimpinan UMNO Selangor.
Hasilnya bara kemarahan dan simpanan dendam ini diterjemahkankan melalui undian semasa pilihan raya. Dan ianya berhasil apabila buat pertama kalinya BN menjadi pembangkang di bumi Selangor.
PKR pasti menerajui pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan di Selangor. Ini suatu tamparan hebat kepada kepimpinan Khir Toyo yang gagal melaksanakan tugas bagi memastikan BN menguasai Selangor. Dengan hanya memenangi 20 daripada 56 kerusi DUN, Khir sepatutnya mengukur diri beliau sendiri sebelum menuding kepada orang lain untuk mencari sebab kegagalan beliau membentuk kerajaan di Selangor.
Dengan gelaran negeri paling maju di Malaysia dan penguasaan hampir 40 peratus kegiatan ekonomi negara bertumpu di Selangor, kekalahan BN di Selangor turut dirasai oleh seluruh negara.
Apa akan jadi selepas ini apabila agensi pelaksana kerajaan negeri diberikan suntikan baru selaras dengan idealogi dan perancangan pakatan pembangkang?. Penguasaan PKR di lubuk emas negara ini pasti memberikan satu tampahan paling hebat dalam sejarah negara.
Paling menariknya, berkemungkinan jika diambil dari jumlah kemenangan parti yang bertanding di Perak, tidak mustahil Menteri Besar Perak adalah dari parti DAP. Ini disebabkan pakatan parti DAP,PAS dan PKR telah berjaya mencapai kemenangan sejumlah 31 kerusi DUN daripada 59 yang dipertandingkan.
Jika "art of posible" ini berlaku, DAP paling berjaya dan bergaya kali ini dengan wujudnya 2 orang menteri besar iaitu di negeri Pulalu Pinang dan Perak. Sesuatu yang siapapun tidak menjangkakannya.
Bukan setakat bedah siasat sahaja yang perlu dilakukan oleh BN, malah perlu diambil tindakan segera seperti pelan kecemasan untuk menambat kembali harapan dan hormat rakyat kepada BN. Imej BN amat tercalar.
Gagal membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga adalah petanda tidak rasmi BN sebenarnya sudah tewas untuk mentadbir negara. Dengan segala persiapan, logistik, bantuan, propaganda, sebaran media, penglibatan agensi kerajaan dan gerakan seluruh jentera parti yang berpuluh kali ganda besarnya jentera BN berbanding dengan pembangkang, ia masih gagal untuk mendapatkan majoriti dua pertiga.
Ini indeks politik yang amat jelas yang telah dilaksanakan oleh rakyat. Mandat rakyat telah diluahkan. Pilihan mereka adalah tepat. Mereka mahukan suatu gelombang perubahan segera dilakukan oleh kerajaan untuk menjamin jangka hayat BN masih boleh berdenyut untuk tempoh empat atau lima tahun lagi.
Bagi Khir Toyo, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, walaupun mereka menang selesa dengan pertambahan majoriti di kawasan masing-masing, ianya seperti tidak berguna lagi apabila keseluruhan negeri tidak dapat di kekalkan di bawah BN.
Yang pasti mereka bertiga bakal menjadi ketua pembangkang di DUN yang pernah suatu ketika mereka menerajuinya. Terimalah hakikat yang nyata ini. Mungkin ada pengajaran yang perlu di perhalusi ekoran kekalahan teruk BN di tiga negeri tersebut.
Inilah sebenarnya kuasa di tangan rakyat yang telah luahkan dengan pancutan bisa kepada BN yang perlu dicari penawar dengan segera. Jangan salahkan rakyat terhadap keputusan yang telahpun dibuat. Tanpa rakyat tiadalah pemimpin parti politik untuk berkuasa memerintah.
BN perlu memupuk dan berpadu segera. Pertelingkahan sesama parti komponen telah membuahkan hasil yang mendatangkan kerugian besar kepada BN. Perpaduan UMNO yang tidak seiring antara pemimpin dan akar umbi telahpun dibalas dengan undu sabotaj dan boikot pilihan raya. Apakah BN masih mahu menafikan hakikat ini?.
Penyokong parti kerajaan amat berduka cita dan murung sepanjang hari. Namun apa yang boleh mereka lakukan kerana pendapat dan pandangan mereka sering kali di cantas dan diperlekehkan oleh pemimpin mereka sendiri.
Ubah persepsi dan tingkah laku pemimpin terutamanya UMNO.
Lima negeri dikuasai oleh pembangkang tidak mustahil akan bertambah kepada enam atau tujuh negeri pada pilihan raya akan datang. Apakah ini petada buruk akan berkuburnya BN terutamanya UMNO?. Sebelum ini ramai penganalisis meramalkan PKR akan terkubur selepas pilihan raya.
Sekarang ini pula, akan ada kenyataan dari pelbagai pihak yang boleh menyuarakan, "keputusan kali ini satu petanda UMNO akan terkubur."
Dirasakan parti komponen BN yang paling awal untuk mengucapkan selamat tinggal adalah MIC. Apakah tidak lagi relaven MIC mewakili kaum India?. Bakal wujudkah nanti tiada wakil dari kaum India menjadi Menteri?. Atau sekadar belas kasihan di beri satu jawatan Timbalan Menteri sahaja?.
Inilah jawapan dan harga yang telah dibayar oleh rakyat. Mereka kini penentu segala kemungkinan yang ada. Mereka mahu pemimpin lebih mendengar pendapat dan keluhan mereka. Isyarat telah diberi dan ianya perlu dihalusi.

No comments:
Post a Comment