Sunday, October 15, 2006

TERIMA KASIH AUNTIE JEAN

Bagi pihak keluarga, kami ucapkan terima kasih kpd auntie jean kerana jadi host buka puasa semalam (14 Okt)..Happy sangat orang Soromban sebab dah lebih 5 bulan tak jumpa Teraju..Terima kasih juga kepada keluarga Teraju yang lain kerana beli biskut/kuih raya - homemade Ita..hehe.. Sapa2 nak order atau nak tambah order boleh contact Ita..
Loving with Teraju..

Saturday, October 14, 2006

MULIA SANGATKAH MAWI???



(E MAIL INI ADALAH KIRIMAN SEORANG RAKAN DARI KL..GAYA TULISANNYA MACAM ANTI BETUL DGN MAWI..DIPAPARKAN DLM BLOG INI UNTUK ANDA MENILAI SENDIRI..KITA BEBAS MEMBERI PENDAPAT..BETUL TAK?..TAPI RASANYA KAWAN NI OVER SANGAT KUTUK MAWI..)


Saya merasakan industri hiburan masa kini amat tidak adil sama sekali. Ditambah pula dengan sikap dan semangat fanatik peminat sesesorang penyanyi yang menjadikan dunia hiburan terutamanya nyanyian kini bertambah lesu.
Bagus sangatkah Mawi? Mulia sangatkah Mawi? Dan agung sangatkah Mawi? Persoalan sebegini hanya boleh dijawab oleh peminat Mawi sendiri dan mereka yang menaruh simpati kepada anak kelahiran baru dalam dunia seni hiburan. Saya merasakan di dalam keadaan sekarang ini Mawi amat rimas dengan popularitinya. Mungkin juga saya rasa sekali fikir, Mawi akan terkenangkan kehidupan normalnya di kampung dan bebas bergaul dengan sesiapa sahaja.

Hakikatnya Mawi sendiri yang mahukan dirinya terjerumus ke alam dunia glamor dan popular. Sekurang-kurangnya dunia baru Mawi ini telah merubah gaya dan cara hidupnya. Dengan pendapatan yang cukup lumayan, Mawi sebenarnya boleh bangga dengan kemewahan yang diperolehi dengan sekelip mata sahaja.
Perlu diingat, kedudukan Mawi yang sangat selesa kini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan fanatik dan teramat mengagung-agungkan Mawi sehingga seolah-olah Mawi sudah menjadi "tuhan" peminat "gila" ini.

Sehinggakan Mawi tidak mahu bersentuhan dengan pelakon atau penyanyi wanita menjadi isu besar dalam dunia hiburan. Ditambah pula wartawan hiburan tempatan seolah-olah sudah "menyampah" dengan sikap Mawi yang jauh berubah berbanding dengan penampilan beliau pada awal pembabitan dalam dunia glomor ini.

Ini bukan isu sebenarnya tetapi cerita yang diperbesar-besarkan oleh fanatik Mawi kerana telah menganggap Mawi sudah seperti tuhan mereka. Ramai lagi artis yang tidak bersentuh dengan wanita apabila berlakon dan mengapa pula cerita Mawi sebegini mendapat tempat? Fanatik Mawi seolah-olah ingin menunjukkan kepada rakyat negara kita ini bahawa Mawi seorang yang alim ulama, warak dan berciri-ciri Islam. Tahukah mereka karektor Mawi sebenarnya?.Ditambah pula dengan pengakuan Mawi sendiri yang tidak mahu bersentuh dengan wanita. Bagi saya ini semua adalah gimik dunia hiburan yang mempergunakan Islam sebagai pelaris dan pemujuk supaya peminat lebih setia. Boleh percayakah Mawi tidak pernah bersentuh dengan perempuan?.
Kepada peminat fanatik Mawi janganlah anda tertipu dengan gimik dan tipu helah dalam dunia hiburan. Yang sangat menghairankan isu tidak mahu bersentuh dengan pelakon wanita dalam filem terbaru beliau menjadi topik perbualan hangat sehinggakan SMS di telefon bimbit saya juga menjadi sasaran dengan kiriman SMS yang menagih simpati sama ada Mawi boleh bersentuh tangan dengan pelakon wanita atau tidak? SMS yang dikirimkan oleh seorang peminat "berani mati" Mawi ini ingin mendapatkan undian dari saya agar mereka boleh menghantar sesuatu berbentuk "petisyen" kepada pengarah dan penerbit filem tersebut.

Begitu hebat pengaruh Mawi sehinggakan inilah SMS pertama yang saya terima seumur hidup saya yang mahukan kita menyatakan sokongan Mawi tidak boleh bersentuh dengan pelakon wanita. Apa sudah jadi dengan peminat fanatik Mawi sekarang ini?.

Saya rasa peminat fanatik Mawi seperti sudah tiada apa lagi yang hendak di buat di bulan puasa ini. Selain makan, minum dan bekerja, saya rasa hidup mereka sudah di kuasai oleh "kuasa Mawi" yang begitu hebat dan seperti sudah syirik pula. Celik mata terus teringat Mawi. Nak tidur pun teringat Mawi. Alangkah elok diperbanyakkan ibadat di bulan yang paling mulia dalam agama Islam ini daripada sibuk menghantar SMS. Si penghantar SMS itu saya penuh keyakinan, Mawi langsung tidak mengenali beliau.

Mengapa mentaliti orang Melayu sudah jadi sebegini? Seolah-olah seperti sudah tiada lagi penyanyi lain di dunia ini. Kadang-kadang terfikir juga mengapa sampai begini jadinya orang Melayu yang menjadi terlampau setia dan taksub kepada seseorang yang hanya insan biasa?. Mawi bukan tuhan mahupun nabi.

Saya cadangkan supaya ambil satu hari dan tidak menyiarkan berita Mawi sama ada di media cetak, corong radio, tv mahupun media elektronik. Apakah penyokong "berani mati kerana Mawi" ini akan melakukan sesuatu yang diluar dugaan?.Kiat tunggu dan lihat.

Rata-rata peminat fanatik dan "gila" Mawi adalah mereka yang baru berjinak-jinak dengan industri hiburan. Kebanyakan mereka orang kampung yang tidak terdedah dengan hiburan secara total. Lebih-lebih lagi mereka yang berkupiah dan bertudung yang penampilan berbentuk Islam terpikat dengan Mawi kerana dia boleh azan, mengaji, bermarhaban dan muka seri Mawi yang berjanggut sikit.

Juga ramai peminat Mawi terdiri daripada gadis bertudung yang kononya mengharapkan suatu hari nanti Mawi akan terpikat dan bernikah dengan mereka. "Gila" sebegini sudah ada di kalangan fanatik Mawi. Yang lelakinya dulu sibuk dengan lagu nasyid yang memenuhi koleksi album sama di dalam kereta mahu pun di rumah. Kemunculan Mawi sudah seperti bertukar arus genre muzik mereka daripada nasyid berkumpulan kepada penyanyi solo. Sebabnya muka Mawi ada mirip-mirip golongan kumpulan nasyid yang menjadi idola mereka dulu. Jadi itu sebab mereka fanatik "gila" terhadap Mawi kerana artis lain yang baru seperti Zahid, Vince dan Adam genre muziknya "haram" pada mereka kerana lebih kepada R & B, pop dan rap. Pada mereka genre muzik sebegini adalah haram dan tidak "Islamic". Itulah makanya Mawi popular di samping ada juga golongan yang mengimpikan "hansome" Mawi akan mengiringi mimpi indah mereka di malam hari.

Jika tidak percaya lihatlah orang yang macam mana yang memenuhi konsert Mawi? Orang macam mana yang membeli album Mawi?. Kebanyakannya adalah "newcomers" peminat industri hiburan. Dulu jika mereka hendak pergi konsert Search atau Ella mesti kena marah dengan ibu bapa mereka kerana konsert tersebut tidak Islam. Sekarang emak bapak benarkan kerana Mawi "idola" dan "maskot" berciri Islam, walaupun anak mereka yang menonton konsert Mawi dengan pasangan mereka sambil berpelukan dan berpegangan tangan.

"Islam celup" sebeginilah yang suatu ketika dahulu mengharamkan muzik tetapi kini boleh kerana "maskot" mereka sudah muncul dalam dunia muzik negara. Manusia bertopeng sebegini amat merbahaya.

Raja SMS se Malaysia ini telah mengubah industri hiburan masa kini. Hakikat yang perlu di terima, ramai penyanyi sudah tidak boleh cari makan dan tidak banyak album penyanyi baru mahupun yang lama berada di pasaran sekarang. Ada pun album kompilasi yang lebih bersifat mengumpulkan lagu-lagu terbaik dalam satu album dan mengharapkan belas kasihan peminat untuk membelinya.
Sudahlah lambakan album penyanyi Indonesia menguasai pasaran sekarang ini, ditambah pula dengan fenomena Mawi. Memanglah sendiri punya "taste" untuk minat kepada sesiapa dan sendiri punya duit untuk membeli album sesiapa pun. Tetapi promosi dan penampilan hebat Mawi, telah membuat ia menakluk industri hiburan masa kini. Tidak cukup dengan itu, segala bentuk industri di negara kita sibuk mengambil Mawi sebagai duta jenama mereka dan model iklan. Daripada kereta sehinggalah mee segera. Daripada telefon bimbit sehinggalah ke air minuman dalam tin.

Yang jelas, peminat industri hiburan tempatan sekarang yang tidak sukakan Mawi terpaksa beralih kepada album-album penyanyi dari Indonesia untuk melayan halwa telinga mereka. Tiada album baru dari penyanyi tempatan membuatkan album dari seberang pula yang laku. Ini kerana penyanyi tempatan takut mengeluarkan album baru kerana takut tidak laku dan tidak popular. Dengan kata lain mereka tidak boleh mencari makan seperti dulu lagi.

PENGESAHAN HALAL JAKIM MENERUSI SMS


Pengguna boleh mengakses maklumat halal dengan cara menghantar SMS perkataan HALAL diikuti dengan nombor pengenalan atau kekunci sesuatu item itu atau kod bar yang terdapat pada bungkusan atau kotak barangan ke nombor 32728.
Contoh:
Susu F&N dalam tin kod barnya 9550380612345
taip HALAL 95503806112345
hantar ke 32728
E mail halal JAKIM halalsms@islam.gov.my
atau SMS ke HALAL JAKIM dan hantar ke 32728
atau laman web http://www.halaljakim.gov.my

terima kasih kerana melayari http://shaifulbahri.blogspot.com



Friday, October 13, 2006

SKUAD KOMANDO POLIS WANITA IRAN





Dahsyat jugak Iran ni..Apa komen anda?..Komando wanitanya memang terlatih dan bersedia menghadapi rintangan bila-bila masa dan di mana sahaja..





E MAIL KETUA SYARIAH TAKAFUL BOLEH JEJASKAN KEHARMONIAN KAUM

E mail daripada Mohd Fauzi Mustaffa, Pengurus Jabatan Syariah, Takaful Malaysia, kepada warga kerja Takaful Malaysia pada 3 Oktober yang lalu, telah disebarkan oleh kakitangan Takaful Malaysia kepada kenalan, sahabat handai dan saudara mara ke seluruh pelusuk dunia. Seolah-olah ianya seperti e mail berangkai pula. Dan kini e mail tersebut menjadi bualan hangat di negara kita yang dihuni oleh pelbagai kaum dan pegangan agama. E mail tersebut sudah mencetuskan perbalahan kaum pula sekarang ini. Apa keistimewaan e mail daripada seorang yang berpengetahuan tinggi dalam perundangan Islam itu?.
Apabila membaca e mail Fauzi (seperti lampiran di bawah), persoalan utamanya ialah seperti arahan kepada kakitangan Takaful Malaysia melarang mereka mengucapkan Selamat Deepavali kepada penganut agama Hindu. Dalam e mail tersebut Fauzi berkata ucapan "Happy Durga Pooja", "Happy Lakshmi Pooja" dan "Happy Deepavali" seolah-olah mengucaspkan selamat kepada tuhan Hindu yang bernama Durga, Lakshmi dan Krishna, dan menurutnya bertentangan dengan akidah Islam.
Mungkin kenyataan Fauzi adalah suatu pendapat peribadi, namun apabila beliau menggunakan kapasitinya di dalam Takaful Malaysia dan mengedarkan e mail dalaman kepada seluruh kakitangannya, ianya telah memberikan suatu gambaran yang buruk terhadap imej korporat syarikat insurans Islam itu sendiri. Seolah beliau memperlihatkan kepada umum betapa sempitnya kefahaman Islam yang beliau miliki.
Lebih sentimen lagi kenyataan beliau berbunyi, " Seluruh kakitangan (Takaful) Malaysia adalah dilarang untuk mengucapkan ucap selamat kepada ketiga-tiga perayaan di atas dan lain-lain yang sepertinya kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya syirik".
Lebih hebat lagi Fauzi yang seperti pemilik Takaful dan lagak ala mufti mengarahkan seperti berikut,"bagi mereka yang telah terlanjur mengucap selamat kepada penganut Hindu seperti seperti ketiga-tiga greetings di atas maka hendaklah segera bertaubat dan tidak mengulangi lagi pada masa-masa akan datang".
Sebagai seorang yang berkhidrmat di bawah sebuah syarikat yang berprofail tinggi yang melibatkan pelabur dan pelanggan bukan Islam, kenyataan sebegitu amat mendukacitakan dan tidak sesuai dengan negara kita yang berbilang bangsa dan agama. Beliau tidak menunjukkan sifat kepimpinan terpuji atas sifatnya sebagai Pengurus Jabatan Syariah, Takaful Malaysia.
Apakah e mail tersebut boleh dikategorikan sebagai ekstrem dan berbau menghasut? Pada pandangan masyarakat India sudah tentu berkata "ya". Kepada kita yang seagama dengan Fauzi, apakah komen kita?.
Sebagai seorang yang cukup terdidik dan mahir di dalam undang-undang Islam, pandangan beliau yang ekstrem sebegitu adalah amat menyedihkan dan memeranjatkan.
Apa pula pandangan kita jika ada arahan tertentu yang melarang kaum India yang beragama Hindu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang Islam?
Mungkin Fauzi terlupa bahawa beliau duduk di bawah sebuah syarikat korporat insurans Islam yang disegani di Malaysia. Jika jualan insurans berkurangan dan merudum jatuh pelanggannya, apakah Fauzi rela bertanggungjawab?. Mungkin tempat yang sesuai untuk Fauzi ialah penceramah bebas untuk program Ehwal Islam atau pun Al-Kulliyyah di tv tempatan.Mungkin jiwa beliau ke arah itu sebenarnya.
Akan ada selepas ini golongan yang akan mengambil kesempatan memutar belitkan e mail berkenaan atas tujuan politik dan menghasut kaum lain supaya membenci Islam. Inikah yang kita kehendaki di dalam mengagungkan dan memartabatkan syiar Islam di Malaysia?
Percayalah akan ada kenyataan dari orang yang bukan Islam menghina Islam secara terbuka selepas ini. Relakah kita berdepan dengan fenomena sebegini?.

LAMPIRAN : E MAIL
From: Mohd Fauzi Mustaffa - Pengurus Jabatan Syariah, Takaful Malaysia
Sent: Tuesday, October 03, 2006 3:13 PM
To: TM All Internet Mail ; TM All Intranet Mail
Subject: Durga Pooja Greetings / Lakshmi Pooja Greetings / Deepavali Greetings


ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Tuan/puan warga kerja Takaful Malaysia yang dihormati,

Marhaban Ramadhan, semoga kita semua mendapat manfaat dan keberkatan daripada bulan yang mulia ini.

Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum bahawa selain dari perayaan Aidil Fitri yang akan disambut oleh umat Islam pada bulan ini, penganut agama hindu juga merayakan 3 perayaan mereka seperti yang disebut dalam subjek di atas.

Sukacita saya ingin maklumkan bahawa kakitangan Takaful Malaysia perlu berhati-hati dengan ungkapan ucap selamat sempena perayaan tertentu yang selain daripada perayaan yang terdapat dalam Islam. Ucap selamat tersebut mestilah diteliti impilikasinya terutama yang melibatkan hukum dan akidah.

Antaranya ialah ucap selamat Happy Durga Pooja atau Durga Pooja Greetings. Ia bermakna selamat menyambut hari kebesaran Dewi Durga. Sambutan ini adalah festival yang paling penting bagi orang-orang Hindu. Ia menandakan ketaatan dan kepatuhan kepada Dewi Durga yang dianggap sebagai Mother of the Universe. Ia disambut oleh oleh penganut agama Hindu pada hari-hari berikut:

29 Sept 2006 - Durga Pooja - Saptami
30 Sept 2006 - Durga Pooja - Mahastami
01 Okt 2006 - Durga Pooja - Navami
02 Okt 2006 - Dussehra - Vijaya Dasami

Untuk makluman tuan/puan, Durga Pooja mengikut kepercayaan penganut agama hindu adalah tuhan dewi yang mempunyai tangan yang banyak dan bersilang yang biasanya kelihatan di kuil-kuil hindu.

Antaranya lagi ialah ucap selamat Happy Deepavali atau lebih dikenali di Benua Kecil India dengan nama Happy Diwali. Deepavali atau Diwali menandakan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan. Ia berkaitan dengan agama hindu juga di mana mitosnya bagi penganut agama hindu di Malaysia ialah tuhan agama hindu yang bernama Krishna telah membunuh Narakasura. Lalu penganut agama hindu merayakan kemenangan ini dengan menyalakan lampu serta berpesta. Manakala mitos di Benua Kecil India pula ialah kemenangan Ramayana membunuh Ravana.

Mengikut kepercayaan hindu, sempena perayaan deepavali mereka akan menerangi rumah mereka dengan cahaya kerana dewi Lakshmi iaitu dewi kekayaan akan berkunjung ke rumah yang diterangi cahaya dan akan memberkati keluarga terbabit. Oleh itu perayaan Lakshmi Pooja akan diadakan 2 hari sebelum deepavali untuk mendapatkan rezeki dan berkat yang berganda.

Setelah meneliti ketiga-tiga perayaan tadi maka jelaslah ianya ada kaitan secara langsung dengan kepercayaan agama hindu. Seluruh kakitangan Malaysia adalah dilarang untuk mengucapkan ucap selamat kepada ketiga perayaan di atas dan lain-lain lagi yang sepertinya kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya syirik. Budaya korporat Takaful Malaysia yang bersendikan Syariat tidak mengizinkan ianya berlaku sekalipun untuk pelanggan yang beragama hindu atau agama lain yang mana ucap selamat tadi membabitkan tuhan mereka. Ucapan Happy Durga Pooja, Happy Lakshmi Pooja dan Happy Deepavali seolah-olah mengucap selamat buat tuhan hindu yang bernama Durga, Laksmi dan Krishna. Dan ianya jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Allah berfirman dalam surah ali-'Imran ayat 18 yang bermaksud: "Allah telah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Dia". Dalam surah Muhammad ayat 1 Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ketahuilah bahawa tiada tuhan selain Allah".

Bagi mereka yang telah terlanjur mengucap selamat kepada penganut hindu seperti ketiga-tiga greetings di atas maka hendaklah segera bertaubat dan tidak mengulanginya lagi pada masa-masa akan datang.

Semoga usaha kita untuk mengamalkan Syariat sebagai budaya korporat Takaful Malaysia diberkati Allah dan mencapai kejayaan yang kita harapkan.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

i-CARE (integrity – Customer Focus, Accountability, Respect, Entrepreneurship)

Strengthening the Organization Culture towards a World Class Organization - The TAKAFUL MALAYSIA Way

MOHD FAUZI MUSTAFFA
Shariah Dept
CEO's Office
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (TAKAFUL MALAYSIA)
Level 10, Main Block
Dataran Kewangan Darul Takaful
No.4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur.



What will the world find in 2020?
Leave a part of your 2006 in the Yahoo! Time Capsule. Contribute now!

Thursday, October 12, 2006

DASAR SOSIAL NEGARA PERLU DIPERKASAKAN SEGERA

Dasar sudah ada tetapi perlaksanaannya lembab? Itulah persoalan yang timbul apabila mendapat tahu bahawa negara kita sudahpun mempunyai Dasar Sosial Negara (DSN) yang telah sedia ada untuk pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestalbilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
DSN wujud setelah kerajaan mendapati banyak sangat masalah sosial yang membimbangkan negara. Pada tahun 1996 kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Kabinet bagi Membanteras Masalah Sosial (JKMMS). Selepas itu perbagai tindakan diambil seperti mengadakan bengkel, perlantikan pakarunding, merangka deraf DSN sehunggalah DSN diluluskan oleh Jemaah Kabinet pada 19 Februari 2003 dan dilancarkan secara rasmi pada 19 Ogos 2003.
Itulah latar belakang secara ringkas kewujudan DSN. Jelas menunjukkan kerajaan pada masa itu menyedari isu-isu dan masalah sosial menggugat kestabilan negara kerana ianya akan mewujudkan masyarakat yang tidak bermoral dan ini akan membantut usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bermoral, penyayang, bertoleransi, progresif, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
Apa yang dibimbangkan ekoran masalah sosial terkini seperti mat rempit, hubungan sex sebelum nikah, penagihan dadah, pertentangan budaya pendatang asing dengan rakyat tempatan, penagihan arak, keruntuhan budaya sopan santun, telah menimbulkan persoalan apakah gejala sosial terutamanya dikalangan remaja dan belia semakin parah?
Kadang-kadang kita menganggapkan masalah sosial adalah perkara jenayah yang hanya patut diselesaikan oleh pihak polis sahaja. Pelaku gejala sosial tidak akan bersalah di segi undang-undang negara jika mereka tidak ditangkap, di dakwa dan di jatuh hukum oleh mahkamah. Apakah pelaku masalah sosial seperti mat rempit yang berkonvoi dan membuat bising dari motosikal mereka suatu kesalahan jenayah?. Ini adalah masalah sosial mat rempit terbabit yang sudah tentu mempunyai sebab mengapa mereka melakukannya. Siapa patut membenteras sikap dan sifat mat rempit ini?.
Memang ada pihak NGO yang cuba berbaik-baik dengan mat rempit ini tetapi adilkah kita membiarkan NGO itu sahaja yang bersusah payah membentuk nilai hidup dan sikap mat rempit ini dan sebahagian besar masyarakat hanya melihat dan malah mengkritik pula usaha murni itu?. Akan tetapi apabila sikap dan sifat mat rempit itu melibatkan kemalangan dan melakukan jenayah ragut, maka ini lah yang sepatutnya disabitkan kesalahan jenayah.
Inilah peranan DSN sebenarnya yang ingin menjamin setiap individu, keluarga dan masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.
DSN selaku payung kepada pembangunan sosial negara perlulah diperkasakan lagi agar ianya dapat menjadi rujukan dan penyatuan tindakan dan penyelesai masalah di antara berpuluh agensi yang terlibat dengan sosial. Ini kerana Jawatankuasa Pembangunan Sosial Negara yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dianggotai oleh 17 kementerian, Ketua Polis Negara, Biro Tatanegara, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Manakala Majlis Sosial Negara dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai oleh menteri-menteri kabinet, menteri-menteri besar dan ketua menteri, dan ketua setiausaha kementerian. Seluruh anggota yang menduduki jawatankuasa tersebut perlulah ada keazaman politik (political will) untuk menjayakan DSN. Jika ianya tidak diterjemahkan dalam peringkat nasional dan negeri maka DSN akan hanya tinggal sebagai dasar dan tidak mempunyai impak seperti diharapkan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang menjadi urusetia DSN perlulah merangka satu pelan tindakan khusus (blue print) di peringkat nasional mengenai kaedah penilaian impak sosial serta usaha bersepadu pelbagai peringkat untuk diselaraskan di bawah jentera-jentera utama kerajaan seperti Majlis Tindakan Negara, Majlis Tindakan Negeri dan Majlis Tindakan Daerah. Dengan penelarasan ini adalah diharapkan isu-isu pembangunan sosial dan indikator sosial akan menjadi tetap dari segi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan dalam apa jua aspek yang melibatkan masalah sosial negara.
Kerana kelemahan sebeginilah, apabila berlaku masalah sosial, tuding menuding pun berlaku di antara agensi mana yang akan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial tersebut. Jika telah ada mekanisme yang sangat cantik seperti yang disebutkan di atas, apakah pelaksanaan menjadi masalah utama? Atau apakah urusetia tidak melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan oleh kabinet?.
Ini kerana sejak DSN diwujudkan, Majlis Sosial Negara hanya telah bersidang sebanyak 3 kali dan yang terakhir pada 17 Mac lalu. Itu diperingkat nasional, cubalah kita renungkan pula di peringkat negeri dan daerah. Kesepaduan antara agensi kerajaan tidak sekata menyebabkan apabila berlaku sesuatu masalah sosial di sesuatu tempat, agensi terbabit seperti hilang pedoman. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan agensi kerajaan di peringkat daerah tidak tahupun kewujudan DSN dan Majlis Tindakan Sosial Daerah.
Disamping itu kewujudan Pusat Rujukan Sosial (PRS) juga tidak diketahui ramai. Antara peranan pusat tersebut ialah sebagai satu pusat perkhidmatan bagi masyarakat setempat mendapat maklumat dengan mudah dan segera, tempat pertemuan dan perbincangan di antara pihak kerajaan, NGO dan masyarakat. KPWKM telah mewujudkan 47 buah PRS di seluruh negara kecuali Sarawak dengan negeri Pahang paling banyak PRS iaitu 9 buah. Masalahnya beramaikah rakyat negara kita tahu kewujudan PRS ini?.
Apa yang diharapkan semua pihak haruslah memandang serius masalah sosial negara dan di pihak kerajaan pula, mekanisme yang ada perlulah dimanfaatkan sepenuhnya. Penglibatan pihak NGO dan masyarakat setempat jangan dipinggirkan kerana mereka inilah yang akan membantu mengurangkan masalah sosial negara.
DSN perlulah diperkasakan segera dan publisiti perlulah meluas terutamanya peranan PRS supaya semua lapisan masyarakat merasakan bertanggungjawab bersama menangani masalah sosial. Jika segala yang dirangka itu berjalan pula dengan kemasnya, saya percaya DSN akan menjadi suatu dasar negara yang mencapai matlamat penubuhannya.
KPWKM perlulah berfungsi dengan aktif sebagai urusetia DSN kerana tanpa berat sebelah peranan kementerian tersebut, nescaya masyarakat akan menghargai peranan kementerian tersebut lebih daripada gambaran sekarang ini yang lebih ke arah wanita dan orang kurang upaya sahaja.
Kita perlu tukar mentaliti kita sendiri iaitu apabila wujud sahaja masalah sosial, pihak polis lah yang pertama sekali bermain di fikiran kita. Selepas ini kita tukar, iaitu apabila berbicara tentang masalah sosial, DSN terbayang di fikiran kita. Samalah seperti apabila timbul masalah ekonomi Bumiputera, Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermain di fikiran kita.

INI HARI NAK RELAX..TAK NAK KACAU PAPA..



Wednesday, October 11, 2006

AL-FATIHAH SEHA

Seha telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini Rabu 11 Oktober 2006 di Hospital Kuala Lumpur jam 8.30 pagi akibat sakit cancer paru-paru. Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..

Pada pertengahan 80an hingga awal 90an, saya telah mengenali Arwah kerana masa tu jadi follower Freedom..Selalu nya malam minggu gi tengok live band show Fredom ni kat Traffic Light Damansara Utama..Chris Lund (bekas suami arwah) pulak sama-sama main rugby dalam liga KRS..So, kadang-kadang kalau ada game lawan team Chris, arwah pun ada sama..

Arwah sangat fasih berbahasa dan menulis dalam bahasa Inggeris..pernah KRS nak buat dinner mintak dia jadi MC dan buatkan writing untuk buku cenderamata sebab ramai mat salleh dari team luar yg datang..

CUBA TEKA SIAPA SAYA?

cuba teka sapa saya? saya lah AZIQ..tapi bukan haziq AF yang gigil tu ye..saya suka kacau papa tengah buat keja kat PC tu ..lagi kan saya suka panjat kerusi dengan meja..hari ni betul2 dalam sejarah..sebab hari ni saya tak jatuh kerusi..yeh..yeh..










HAPPY 47th YEARS OLD TO NASH




KEPADA keluarga Teraju ingat lagi tak Nash?..Nash sambut besday dia yang ke 47 pada 4 Oktober lepas..dia buat kat rumah dia kat Seksyen 7 Shah Alam..(dekat dengan rumah Ayahanda Along Saidin).
Saya..al-maklumlah tak dapat datang..Cam ne pun kita orang punya kawan kat Star ..Bro Azhar Arif jadi photografer ari tu..So Nash pun suruh e mailkan gambar kat saya..Thanks Nash and Azhar..
Ramai jugak tengoknya yg datang malam tu.. Dia buat lepas terawih..Kat Nash..kalau baca e mail ni..kata lepas raya nak nikah..jadi ke..Ni pulak tup tap..Pak Aziz Satar pulak yg nak nikah lepas raya dengan pompuan dari Kuala Selangor..
Ko jangan lupa jemput tau Nash..Teraju datang satu bas nanti..Nanti Helme ngan Zura boleh jadi artis undangan..hehe..Tu lah member Teraju yang duet ngan kau kat Damai Laut tu hari..




MADE IN TERENGGANU

HEBAK GANU KITE LE NI WEI.. ORANG GANU PONG ADE KELAS JUGOK..KITE SEMBAHYE TOK TINGGA..TOK GURU KATE LAGU NI.."DONT JUDGE THE BOOK FROM ITS COVER"..TRANSLATE MELAYU BUNYI GINI.."JANGAN HAKIM BUKU ITU DARI SARUNG NYA".. HOH..CERDIK SOKMO KITE..
(lantak kau orang lah..orang muda biasa lah..dulu kita pun muda..ikut tred aje budak2 tu..jangan makin rosak sudah lah..)


Sunday, October 08, 2006

MAKAM HABIB NOH SINGAPURA - THE MEMORY

ISTANA KAMPUNG GLAM



MAKAM HABIB NOH

Bila tengok gambar makam habib noh singapura ni..teringat masa dulu-dulu tak silap pertengahan tahun70an..masa sekolah rendah lagi.. saya ada pergi singapore naik bas rombongan dari sekinchan..masa tu semua org nak pergi singapore sebab barang2 murah seperti di Gaylang, Arab Street dan Sungai Road..Masih ingat lagi semuanya sebuk nak beli laici dalam tin, payung, tuala dan kain ela..dalam visit tu adalah pergi ke makam habib noh ni..tengok gambar atas tu sekarang dah cantik..eloklah tu..makam ni kena naik 49 anak tangga..sebelah nya masjid haji muhammad saleh kat bukit palmer..

Ingat2 kalau ekonomi ok sikitlah..bila2 lah.. kita keluarga TERAJU ramai-ramai gi Singapura jalan2 tengok orang Melayu dan Islam di Singapore dengan mata kepala kita sendiri.. Banyak tempat menarik pasal Melayu dan Islam kat Singapore tu.. Teringat jugak Istana Kampung Glam .. masa rombongan orang Sekinchan gi Singapore tu, kita orang tido kat istana ni lah..tapi bukan dalam istana..asrama dalam kawasan istana..hehe..Tu gambar lama istana kampung glam.. dengar cerita sekarang dah cantik..

boleh baca artikel makam habib noh kat berita harian singapura http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/o,3617,83035,00.html?




HIGH 5 - SUDAH TENAT






Gambar2 ni adalah kiriman Puan Intan kita..teima kasih..walaupun cerita roti high 5 ni dah lama, kesannya sehingga hari ini..Ada jiran yg kerja di kilang high 5 di Nilai akan kena berhenti lepas raya ni..dia ni kerjanya bawa van roti high 5 untuk diedarkan ke kedai-kedai..kata dia dah sebulan van isi penuh roti dan bila abis kerja balik ke kilang penuh juga..tak de satu pun yg boleh jual..maknanya kedai2 pun dah tak ambik roti high 5 ni sebab tak boleh jual..High 5 ni cina punya..sekarang ni barulah dia orang sedar kuasa beli orang Melayu cukup besar..bila kena boikot cam tu baru dia org sedar langit ni tinggi rendah..Kesian pulak kat org kita yang akan kena berhenti lepas raya ni..

Soumaya Ghannoushi is sending you this article from Al-Jazeera English web site.


SOUMAYA GHANNOUSHI IS SENDING YOU THIS ARTICLE FROM AL-JAZEERA ENGLISH WEB SITE.

Saturday, October 07, 2006

WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2006



LAMPIRAN RANKING UNIVERSITI DUNIA 2006..MALAYSIA ADA 2 U DLM 200 YG TERBAIK..UKM NOMBOR 185 DAN UM NOMBOR 192..JADILAH..WALAUPUN UM JATUH..DULU PERNAH TOP 100..

http://www.thes.co.uk/downloads/rankings/worldrankings2006.pdf


kalau sapa2 tak dapat masuk web site tu..email saya..saya boleh hantar dlm bentuk attachment pdf.

SANG KELEMBAI DENGAN DR MAHATHIR

Gambar ini kiriman A.Kadir Jasin(bekas ketua pengarang NST) yang hadir di jamuan buka puasa Dr Mahathir dengan hardcore nya kat surau al-ihklas, ukay perdana, jumaat lepas 6.10.2006.. Sang kelembai @ zarin yg pakai baju maroon tu..



KETEPIKAN RANKING, TINGKATKAN KUALITI UNIVERSITI


KETEPIKAN RANKING, TINGKATKAN KUALITI UNIVERSITI

Mengapa perlu Naib Censelor Universiti Malaya begitu bersedih sehinggakan beliau berkata ia merupakan satu daripada hari yang meyedihkan dalam kerjayanya? Semua ini berpunca daripada Ranking Universiti Dunia 2006 yang dikeluarkan oleh Times Higher Educational Supplement (THES) baru-baru ini.

Tahniah kepada Utusan dan penulis rencana Muhammad Muammar Gaddafi Omar dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN) kerana penyiaran tulisan bertajuk "kaedah penarafan THES bukan terbaik" pada hari Sabtu yang lalu.

Bagi saya yang bukan seorang ahli akademik, rencana tersebut amat baik yang memberikan penjelasan kaedah penarafan THES di buat dan bagaimana pula kaedah penarafan cara tempatan. Sekurang-kurangnya apabila Naib Censelor UM membaca rencana tersebut, akan dapat mengurangkan rasa sedih beliau.

Jelas terbukti kesedihan Naib Censelor UM itu adalah mewakili seluruh warga universiti di Malaysia yang menyaksikan kemerosotan dari segi kedudukan universiti terbaik dunia. Apakah kita dengan mudah menyalahkan tenaga pentadbir dan pengajar universiti tempatan sehingga menyebabkan kedudukan UM semakin merosot? Apakah tanda aras yang dikeluarkan oleh THES itu merujuk keadaan sebenar pencapaian akademik universiti kita?.

Pada pendapat saya seeloknya pihak universiti termasuk pelajarnya lebih menumpukan kepada kualiti daripada kuantiti. Usah dirisaukan kedudukan universiti tempatan di nombor berapa dunia kerana walaupun mencapai nombor satu sekalipun, tetapi kualiti pelajar hanya setakat baik di dalam pencapaian akademik sahaja, tidak berguna juga. Kualiti jatidiri dan menepati standard piawaian tenaga kerja perlu ditekankan disamping cemerlang dalam akademik.

Sememangnya amat sukar untuk menyaingi Universiti Harvard, Cambridge dan Oxford yang masing-masing menduduki tempat pertama. kedua dan ketiga dalam Ranking Universiti Dunia 2006.(lihat http://www.thes.co.uk/).

Untuk pencapaian peringkat Asia, sekurang-kurangnya UKM dan UM masih merasa lega kerana universiti tersebut termasuk di dalam 50 Universiti Terbaik Asia. Kedudukan UKM pada tangga ke 48 dan UM pula ditangga ke 49. Itupun kerana THES mengambil kira Australia dan New Zealand termasuk di dalam benua Asia yang mana sebanyak 14 universiti negara tersebut termasuk di dalam senarai 50 terbaik Asia. Jika ditolak 14 universiti tersebut, kedudukan UKM dan UM sudah semestinya lebih baik.

Pentadbir, ahli akademik, kakitangan dan pelajar universiti tidak perlu gundah gulana jika takut dicemuh oleh masyarakat terutamanya ahli politik yang gemar mengambil kesempatan. Hakikatnya jika dikategorikan di kalangan negara ASEAN, kita hanya tewas kepada Singapura dan Thailand. Kita masih bagus jika dibandingkan dengan Indonesia, Filipina, Brunei, Myanmar, Laos, Kemboja dan Vietnam. Walaupun National University of Singapore menduduki universiti terbaik Asean, ketiga Asia dan ke 19 dunia, namun universiti negara kita tidak perlu gusar kerana universiti tersebut telah berada di kedudukan dan kecemerlangannya yang tersendiri sudah sekian lama.

Agak mengecewakan apabila skop "citations/faculty score" yang membawa 20 peratus jumlah keseluruhan penarafan oleh THES terhadap UKM dan UM amat mengecewakan dan memalukan. Ini kerana UKM memperolehi 0(kosong) mata dan UM 1(satu) mata sahaja untuk skop "citations/faculty score". Bagaimana ianya boleh berlaku sehinggakan THES memberi penilaian dengan sebegitu buruk sekali?. Skop tersebut membawa maksud kekerapan kajian pihak universiti yang menjadi bahan rujukan dan mendapat penghargaan. Apakah benar kajian yang dibuat oleh THES ini? Para akademik universiti tempatan pasti tahu jawapannya.

Peratusan markah keseluruhan untuk UKM yang menduduki tangga ke 185 dunia ialah 29.2 peratus, manakala UM yang ditangga ke 192 memperolehi 28.6 peratus. Amat jauh jika hendak dibandingkan dengan National University of Singapore yang memperolehi 63.1 peratus.

Walaubagaimanapun masih ada ruang untuk mempertikaikan sistem petunjuk prestasi yang disediakan oleh THES. Dengan lain perkataan THES bukannya petunjuk ukuran sebenar untuk menilai pencapaian dan kecemerlangan universiti kita. Mungkin pihak Kementerian Pengajian Tinggi bersama LAN dapat menyedikan petujuk prestasi universiti tempatan sebagai kajian dan bandingan tahap cemerlang dan kualiti sesebuah universiti.

Namun begitu warga universiti di Malaysia masih lagi dihargai dan dikenang jasanya kerana telah melahirkan ramai graduan yang bermutu tinggi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Kepercayaan terhadap universiti tempatan masih tidak goyang di dalam melahirkan insan yang berkualiti untuk bersama-sama membangunkan negara dan bangsa. Universiti tempatan masih lagi mendapat tempat dan perhatian utama daripada pelajar dan ibu bapa sebagai tempat pilihan pertama untuk menimba ilmu.

Walaupun selepas ini akan ada pihak yang menyindir dan mengkritik pentadbir universiti tempatan, namun para pengkritik perlulah sedari bahawa UM dan UKM sahajalah universiti yang diterajui oleh majoriti orang Melayu yang masih mendapat tempat di antara 200 universiti terbaik dunia. Jiran kita, Indonesia yang mempunyai berpuluh universiti tiada tempat di dalam 200 terbaik dunia.

Lebih membanggakan juga UKM yang mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama mendapat tempat yang terbaik buat pertama kalinya.

Mungkin ada yang akan mengaitkan dengan pencapaian orang Melayu dalam akademik yang membuatkan ranking UM jatuh. Kepada golongan seperti ini, mereka haruslah berpijak di bumi nyata. Meletakkan kesalahan seratus peratus kepada tenaga pengajar universiti tempatan kerana ranking dunia yang tidak memberangsangkan adalah tidak adil sama sekali.

Seluruh warga universiti sememangnya berkhidmat dan berusaha untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti sepanjang masa walaupun tiada kajian THES. Kita jangan meragui tahap profesional pensyarah, pentadbir dan sesiapa sahaja yang berkhidmat di universiti tempatan. Mereka juga mahukan standard dan kualiti pendidikan tinggi negara mencapai tahap yang sewajarnya. Jangan pandang sinis dan mencaci mereka hanya disebabkan prestasi kedudukan universiti tempatan merosot di dalam senarai THES.

Warga universiti tempatan tahu tugas mereka adalah mendidik dan membentuk insan yang akan menjurus kepada peradaban dan kemajuan bangsa kita sendiri. Jangan persoalkan tanggung jawab mereka.

Pada pendapat saya usah dirisaukan kedudukan di ranking dunia kerana kita mempunyai agenda dan acuan kita sendiri untuk mengurus tadbir dan mendidik anak bangsa. Walaupun angka akan mununjukkan yang terbaik, tetapi kualiti dan taraf universiti merosot tidak ada gunanya juga.
Walaupun menduduki ranking yang terbaik, tetapi pelajarnya tidak bermutu dan mempunyai nilai akhlak dan jati diri yang rendah, juga tiada ada gunanya.

IPTA yang ada sekarang sudah cukup bagus dan menuju landasan yang betul sebenarnya. Cuma perlu ada penambahbaikan di ruang-ruang yang tertentu agar IPTA kita lebih dihormati dan diperakui oleh bangsa kita sendiri sebagai yang terbaik. Tiada ada gunanya orang luar memperakui universiti kita tetapi warga negara sendiri memperlekehkannya.

SWASTA SUKA "GODA" PENJAWAT AWAM

Swasta suka "goda" penjawat awam
Oleh SA'ODAH ELIAS

KUALA LUMPUR: Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Seri Isahak Yeop Mohamad Shar berkata persepsi masyarakat mengenai masalah rasuah di kalangan kakitangan awam berat sebelah kerana jarang mengaitkan masalah ini dengan sikap sektor swasta.
Sektor swasta, katanya, sama-sama bersalah dalam isu ini, malah dalam banyak kes, kesalahan lebih besar patut ditanggung mereka.
"Mereka sentiasa menduga kakitangan awam. Kadang-kadang nilai yang ditawarkan untuk menggoda kakitangan awam bukan sedikit. Oleh itu persepsi bahawa hanya kakitangan awam sahaja yang ?nakal? tidak tepat, sedangkan amalan ini di sektor swasta sama hebat.
"Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah memegang banyak jawatan tinggi sama ada di peringkat negeri dan pusat, saya tahu bagaimana kakitangan awam terpaksa berdepan dengan dugaan apabila disogok ratusan ribu ringgit," katanya kepada mStar Online.
Kali terakhir beliau cuba dirasuah ialah ketika memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan mempengerusikan lembaga tender kementerian itu.
"Seorang ahli perniagaan secara terang-terangan menawarkan ?hadiah? RM300,000 sekiranya saya dapat membantu bidaannya untuk satu projek. Yang lebih memeranjatkan saya ialah apabila dia dengan selamba memberitahu saya tidak perlu bimbang tentang pegawai bawahan lain kerana semuanya boleh dibereskan.
"Inilah yang saya maksudkan dengan dugaan yang dihadapi kakitangan awam. Sekiranya tawaran itu dibuat kepada seorang pegawai yang menghadapi kesempitan wang, cuba bayangkan apakah kesudahannya," tambah beliau.
Isahak berkata, ada kakitangan awam yang terjebak dalam rasuah tanpa sedar kerana sentiasa "digoda" oleh ahli-ahli perniagaan yang menawarkan rasuah dalam bentuk yang kurang jelas seperti satu "imbuhan" atau sebagai pinjaman.
Katanya, pemberian menjelang perayaan kepada kakitangan awam yang sudah menjadi seperti satu amalan di negara ini juga dikira sebagai rasuah, lebih-lebih lagi jika nilainya mencecah ribuan ringgit.
Oleh itu, katanya, masyarakat tidak patut menuding jari kepada penjawat awam semata-mata, tetapi perlu sama-sama memainkan peranan untuk membanteras masalah ini di semua peringkat dan di semua sektor.
Berdasarkan pengamatan ini, kata Isahak, IIM berpendapat langkah paling berkesan menangani masalah ini ialah dengan meningkatkan daya tahan masyarakat keseluruhannya terhadap rasuah di samping mengukuhkan integriti mereka.
IIM, katanya, sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengukuhkan integriti di kalangan masyarakat di samping memberi kesedaran bahawa rasuah itu satu jenayah, bahawa ia sesuatu yang menjijikkan dan ia adalah hasil haram yang tidak patut digunakan untuk membesarkan zuriat.
"Inilah nilai yang mahu kita tanamkan dalam masyarakat terutama di kalangan generasi muda. Kita perlu tekankan betapa pentingnya kita beramanah, lebih-lebih lagi jika kita memegang tanggungjawab atau kuasa," jelasnya.
Katanya, fokus terhadap generasi muda ini sangat penting kerana kajian yang dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Utara Malaysia mendapati 30.5% pelajar yang ditemubual, menyatakan mereka sanggup menerima rasuah sekiranya ada kuasa dan peluang yang terbuka.
"Jika beginilah persepsi generasi muda terhadap rasuah, maka kita akan menghadapi masalah rasuah yang serius pada masa akan datang dan sesuatu perlu dilakukan segera," tegasnya.
Sejak ditubuhkan dua tahun lalu, katanya, IIM telah menjalan lebih 800 program pendidikan dan latihan sama ada anjurannya sendiri atau dengan kerjasama pihak lain, termasuk sektor swasta bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat, terutama generasi muda tentang etika dan integriti
Di pihak kerajaan, katanya, usaha perlu dipertingkatkan untuk memperbaiki sistem penyampaian di semua jabatan dan agensi, terutama yang kerap berurusan dengan orang ramai seperti pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sebarang kelewatan dalam proses membabitkan permohonan daripada sektor swasta dan orang ramai bagi mendapatkan permit, lesen atau kelulusan projek, katanya, sentiasa membuka tanggapan bahawa ia memerlukan "pelincir" dan ini menyediakan ruang kepada penawaran sogokan.


ALA-ALA DA VINCI CODE..GITU..

Mamat mana buat super impose ni?..Ok jugak..Ada kualiti jugak gambar ni..

Friday, October 06, 2006

VISIT MALAYSIA YEAR 2007


Nantikan pembukaan rasmi Hotel Sri Impian Jasin Melaka pada bulan Disember 2006.. Hotel pertama di bandar Jasin..Sempena meyambut Tahun Melawat Malaysia 2007..