Friday, October 17, 2008

KOMEN ORANG CINA TERHADAP MELAYU


Berikut adalah pandangan wartawan muda orang Cina terhadap orang Melayu.. Bacalah dengan perasaan minda yang terbuka.

Oleh Tay Tian Yan
Sin Chew Daily 23 Nov 2006

Jangan kita berbalah mengenainya lagi. Tiada siapa di Malaysia yang mencabar hak-hak orang Melayu atau status Islam.

Tetapi sebaliknya, semua warga Malaysia (termasuk orang bukan Melayu) berharap orang Melayu akan memperbaiki kaum mereka sendiri dengan lebih pantas. Begitu juga orang bukan Islam berharap kejayaan Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah.

Orang bukan Melayu sedar bahawa penduduk negara ini ialah 60% orang Melayu dan 65% penduduk beragama Islam. Jika orang Melayu dan Islam tercicir di belakang dalam pembangunan, seluruh negara tidak akan bergerak ke hadapan.

Dengan itu, bukan saja orang bukan Melayu akan mengelak daripada menggunakan taktik kotor atau mengambil kesempatan situasi yang ada, malah mereka akan senyap-senyap lakukan yang termampu membantu orang Melayu menghadapi keadaan tersebut.

Saya ada seorang kawan Cina yang mempunyai sebuah perniagaan yang agak berjaya. Ramai orang mahu melabur dalam perniagaannya dan bersama dalam program francaisnya, yang bernilai agak besar.

Bagaimanapun, bagi membantu membangunkan Melayu, dia telah menyediakan hak francais kepada orang Melayu dengan percuma, malah membantu mereka mendapatkan dana dan membuka kedai-kedai mereka.

Alasannya semata-mata altruistik; dia tidak mengharapkan apa-apa pembayaran atau pampasan bagi usaha-usahanya itu. Dia hanya berharap dia dapat bantu rakan Melayunya berjaya.

Dia mahu buktikan bahawa orang Melayu boleh berjaya dan orang bukan Melayu boleh bekerja sama.

Sedihnya, projek tersebut gagal. Perniagaan yang dijalankan oleh orang Melayu yang telah dibantu, semua mengalami kerugian dan terpaksa ditutup. Terdapat banyak sebab mengapa perkara tersebut berlaku, melibatkan pengurusan kewangan dan perbelanjaan, begitu juga jumlah masa dan usaha yang diluangkan.

Dengan tidak disangka-sangka, perniagaan orang Melayu yang tidak menerima bantuan telah berkembang maju. Pemilik Melayu tersebut telah mendapatkan dananya sendiri dan bekerja bersungguh-sungguh dalam perniagaan francaisnya. Dia merupakan satu-satunya penerima francais Melayu yang berjaya dalam seluruh kumpulan tersebut.

Mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada semua itu: kejayaan boleh dicapai bagi orang Melayu yang kerja keras. Masalahnya ialah apabila semua disuapkan ke mulut, mereka tidak tahu menghargainya.

Menggunakan dana perniagaan untuk membeli kereta-kereta mewah. Menghabiskan masa yang bernilai di padang-padang golf atau temujanji- temujanji yang tidak menambah nilai. Lemah pengurusan dan pengetahuan pemasaran. Buku kira-kira yang cacamarba. Pekerja yang tidak bersemangat. Penyelewengan.

Dengan amalan dan masalah yang seperti ini, memang tidak lama bagi sebuah perniagaan akan menjadi lingkup. Walaupun dengan peluang yang turun dari langit sekalipun, akan jadi abu jika ia disalahuruskan.

Begitu juga, orang Cina yang mempunyai mentaliti generasi kedua dan hanya tahu bagaimana membuat tuntutan tanpa berbuat apa-apa, itu tidak akan menghasilkan apa-apa. Tidak kira tinggi mana kedudukannya atau banyak mana keistimewaan yang diberikan, dia tidak akan mencapai kejayaan.

Kejayaan atau kegagalan tidak bergantung kepada kaum atau agama; ia tidak kira sama ada anda seorang Melayu atau bukan Melayu. Apa yang penting ialah sikap, latihan dan semangat.

Dengan itu, banyak yang telah disebut dalam Pemuda Umno dan di Perhimpunan Agung Umno mengenai melindungi keistimewaan- keistimewaan dan ekuiti bumiputera yang sebenarnya tidak bermakna.

Jika kita masih terbelenggu dalam perbahasan tanpa menangani permasalahan yang menyelubungi orang Melayu, pembangunan negara akan terbantut dan tidak akan maju ke depan.

Walaupun akan dirasa baik untuk melepaskan geram dengan menuding jari kepada orang lain dan mengherdiknya, tetapi adakah itu menyelesaikan permasalahan sebenar?

Akhirnya, orang yang dijadikan kambing hitam dilanyak habis-habisan dan akan terfikir sama ada masih ada masa depan bagi kerjasama, sementara orang yang menghentam akan merasa hebat.

Sudah tentu selepas hanya beberapa hari perasaan hebat itu akan pudar, dan masalah sebenar masih belum selesai.

12 teras Pak Lah dan ucapan Najib adalah sebahagian mentaliti yang rasional dan berpandangan ke hadapan dan tidak akan berlegar selama- lamanya sekitar isu etnik. Pemuda Umno dan Umno patut ikut haluan tersebut dan tidak hanya gah menggunakan platfom politik.


1 comment:

Unknown said...

setuju. Betul!