Monday, October 06, 2008

SIAPA DIA NUR JAZLAN?

Nama
Nur Jazlan bin Mohamad, Y.B. Datuk
Jawatan dalam Kabinet
Tiada
Parti
BN - UMNO
Parlimen
P161
Kawasan
Pulai
No. Telefon
03-21421611
No. Fax
03-21414867
E-Mail
pulai@parlimen.gov.my
Alamat Surat-menyurat
Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat,
No. 1, Jalan Mata Kucing, Batu 5,
Jalan Skudai, 81200 Johor Bahru.


Saingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Umno lebih mengejutkan apabila Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamad menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu.

Menganggap dirinya sebagai calon alternatif, Jazlan, 42, (anak kepada Tan Sri Mohamed Rahmat @ Mat Bulat @ Mat Setia -bekas menteri kabinet) berkata Umno perlu melakukan perubahan terutamanya bagi pengundi muda demi perubahan serius dalam parti.

Kenyataan stereotype setiap calon "Saya membawa suara remaja. Tidak semestinya dari dalam Umno tetapi juga di luar kerana sebahagian besar pengundi adalah golongan muda."

Jazlan yang juga merupakan seorang akauntan bertauliah berkata, semua calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut kini berjawatan menteri ataupun anggota Majlis Tertinggi (MT).

Beliau berkata jika ingin terus kekal relevan, Umno perlu keluar dari kedudukan sekarang sebagai sebuah parti birokrasi di mana kenaikan jawatan adalah berdasarkan senarai pangkat yang lebih tinggi.

Pandangan pemerhati politik, orang muda ini sudah tentunya penuh kantung untuk cuba meraih pencalonan daripada bahagian yang bermula 0 Oktober ini. Banyak juga duit dia ye.


AWAL-AWAL LAGI SUDAH KENA SINIS OLEH SENYUM KAMBING





No comments: