Tuesday, October 07, 2008

PATUNG ANWAR IBRAHIM





KENYATAAN RASMI KONTRAKTOR PATUNG
Berhala besar Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi 12 meter dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves tidak akan diturunkan sekarang walaupun dianggap “berunsur keberhalaan” dan “perlu dihapuskan dengan segera.”

Berhala penasihat PKR yang diperbuat daripada papan lapis itu dinaikkan pada 28 September oleh sekumpulan penyokong PKR bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang.

Wakil rakyat PKR kawasan itu Amiruddin Shari berkata ia akan diturunkan apabila permit kelulusannya tamat tempoh tidak lama lagi.

Bagaimanapun beliau, yang turut merasmikan penegakan berhalaAnwar berbaju biru muda sedang tersenyum sambil mengangkat tangan kanan itu, tidak pasti bila tarikh tamat permit tersebut.

“Apabila tamat tempoh yang dibenarkan, kita akan turunkan.”Saya tidak pasti berapa lama, tetapi seingat saya, permitnya tidak sampai sebulan,” , mengulas kenyataan mufti Perlis di muka depan sebuah akhbar hari ini.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam melarang penganutnya menjadikan objek manusia seperti replika yang besar untuk diagungkan oleh pengikut masing-masing kerana menjurus kepada unsur mengagungkan sesama manusia lebih daripada had yang sepatutnya.
skuaddunbatucave.blogspot.com

No comments: