HINDRAF:TINDAKAN TEGAS SEPATUTNYA LEBIH AWAL LAGI!!!
Sejak terkeluar perkataan Hindraf, saya awal-awal lagi telah menyuarakan pandangan agar tindakan segera membendung kegiatan haram kumpulan ini disegerakan. Jika kerajaan boleh bertindak tegas terhadap kumpulan Arqam dan lebih 15 kumpulan ajaran sesat, kenapa kerajaan perlu berlembut terhadap kumpulan haram ini yang secara terang-terang berniat jahat serta mempunyai motif tertentu.
Kalau kita kaji memorandum yang dihantar oleh Hindraf kepada PBB antara lainnya mereka telah menyuarakan hasrat untuk bertindak ganas seperti yang dilakukan oleh pelampau hindu di salah sebuah negara jika aduan mereka tidak diendahkan. Secara jelas jika kita kaji terdapat pembohongan yang amat besar dalam memorandum yang mereka kemukakan kepada PBB.
Saya berasa amat pelik terhadap sikap sesetengah pihak dalam kes hindraf ini. Jika dalam kes Al-Arqam, KMM dan Al-Maunah mereka memuji langkah kerajaan bertindak tegas terhadap kumpulan berkenaan termasuk penggunaan ISA terhadap kumpulan ini, mengapa mereka menjadi pembela kepada kumpulan haram hindraf ini.
Fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan haram hindraf terhadap umat islam di negara ini amat besar dan tidak boleh dimaafkan. Mereka memfitnah kononnya umat islam di negara ini sebagai pengganas memusnahkan kuil-kuil yang mereka bina. Mereka memfitnah umat islam negara ini melakukan pencerobohan dan memusnah kuil-kuil serta melakukan penghapusan etnik kaum hindu. Ini merupakan satu fitnah yang maha besar dan tidak boleh dimaafkan oleh seluruh umat islam.
Jika kerajaan boleh bertindak tegas terhadap kumpulan Al-Arqam, Al-maunah, KMM dan lebih 15 kumpulan ajaran sesat maka adalah tidak wajar kerajaan berlembut dengan kumpulan haram ini.
Media juga harus bersikap positif, jika media langsung tidak pernah memberi publisiti kepada Al-arqam, al-maunah, kmm dan lebih 15 kumpulan ajaran sesat, maka amat wajar media juga bersikap sebegitu terhadap hindraf.
Sikap biadap kumpulan haram ini, sejak akhir-akhir ini perlu tindakan tegas daripada pihak kerajaan. Kerajaan tidak boleh bersikap berat sebelah dalam mengambil tindakan, jika tindakan Al-Arqam, KMM, Al-Maunah menyalahi undang-undang,
Ada agenda tertentu yang boleh merosak keselamatan negara telah pun diambil tindakan termasuk menahan mereka di bawah ISA,mendakwa dan memenjarakan mereka maka kumpulan haram hindraf tidak harus terkecuali.
Kerajaan harus sedar, tindakan hindraf sedikit sebanyak telah menyakiti hati dan perasaan umat Islam. Jadi, jika kerajaan lambat bertindak saya bimbang kesabaran umat Islam akan hilang akhirnya berlaku sesuatu yang merosak keselamatan negara.
Sikap biadap mereka di rumah terbuka aiidlfitri baru-baru ini telah membakar perasaan umat islam. Jadi sebelum bara itu bernyala dan membakar maka tindakan tegas perlu segera dibuat oleh pihak kerajaan.
Kerajaan tidak perlu takut kerana akan hilang populariti. Apa makna populariti jika bumi yang dipijak telah kacau bilau. Jadi sebelum keamanan yang kita bina lenyap akibat inginkan populariti, maka kerajaan wajar bertindak.
Ingatlah tiada siapa pun yang akan terlepas daripada hukuman sama ada melalui undang-undang atau akta yang ada. Kerajaan perlu bijak dan segera bertindak. jika Kita inginkan keamanan terus berkekalan, maka Hindraf perlu dipupuskan dari bumi ini sehingga keakar umbi. Mahadzir Md Said-Bernama.
No comments:
Post a Comment