Thursday, October 16, 2008

KHIR TOYO : SELANGOR PUN TAK BERI PENCALONAN


KHIR TOYO : SELANGOR PUN TAK BERI PENCALONAN

Apa sudah jadi dengan Wak Khir ni. Sebagai bekas MB Selangor dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, adalah suatu tamparan yang hebat seperti tamparan wanita apabila bahagian dalam Selangor sendiri tidak mencalonkan beliau untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Walaupun sudah membuat roadshow sejak bulan April lagi, beliau masih gagal menambat hati Pemuda. Pelbagai kaedah dan saluran digunakan oleh Khir. Namun agak kecewa. Lebih-lebih lagi duit dah dilaburkan ke bahagian tertentu dengan harapan mendapat pencalonan. Tiba hari mesyuarat perwakilan, namanya langsung tidak dicalonkan. Nak salahkan sesiapa?

Lebih sedih bahagian dalam Selangor juga tidak mencalonkan beliau. Apa lagi hendak diharapkan pencalonan dari bahagian negeri lain.

Masih belum terlambat untuk menukar “channel tv” ke pertandingan MT kerana saya fikir itu lebih selamat kepada warga jati kelahiran Tanjung Karang ini. Atas kapasiti mendapat tempat pertama dalam pemilihan 2004, wajarlah Khir beralih arah ke MT sahaja.

Jangan buang duit. Kalau ada duit lebih tu, eloklah bantu kawan-kawan yang tenat dalam perniagaan di Tanjung Karang tu. Kawan-kawan tu macam nak mampus naikkan awak sejak bertanding ketua pemuda bahagian tahun 1998 dulu. Awak tu dah tak ada jawatan penting lagi. Lagi afdal dan buat pahala bantu kawan-kawan. Ataupun masuklah share dalam busines kawan-kawan.

Tambatkan kembali hubungan seperti di era tahun1996-2000 (sebem jadi MB). Buangkan lah yang keruh ambil yang jernih. Anda tentu gembira jika orang Tanjung Karang tersenyum lebar dengan berkata di dalam hati mereka, “Alhamdulillah.. berubah juga dia akhirnya.”

P/S : Tak sabar menunggu keputusan pencalonan dari Tanjung Karang!!!!!
PEMUDA UMNO BAHAGIAN di negeri SELANGOR yang tidak mencalonkan KHIR TOYO (setakat 12 Okt 08):
SUBANG
GOMBAK
KUALA SELANGOR
SEPANG

No comments: