Thursday, March 29, 2007

DEWAN KECOH KARPAL PERTIKAI AGONG - NAK KENA LEMPANG LAGI KARPAL NI...

Dewan kecoh Karpal pertikai titah Agong
KUALA LUMPUR: Anggota parlimen DAP Bukit Gelugor Karpal Singh menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat hari ini apabila beliau mempertikaikan titah perasmian persidangan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 19 Mac lalu.
Beliau berkata Seri Paduka langsung tidak menyentuh usaha kerajaan memerangi rasuah di dalam titahnya.Datuk Mohamed Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) yang tidak berpuas hati bangun dan meminta pengerusi DAP itu meneliti terlebih dahulu ucapan Seri Paduka sebelum membuat sebarang tuduhan."Yang Berhormat (Karpal) jangan membuat tuduhan yang tidak berasas, Bukit Gelugor (Karpal) tidak membaca sepenuhnya titah ucapan baginda. Cuba Bukit Gelugor lihat muka surat 12, para ke-40 yang mana Seri Paduka bertitah dan ia berbunyi usaha mamanda Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu disokong oleh semua anggota perkhidmatan awam dan semua lapisan masyarakat."Mohamed Alwi berkata menghapuskan rasuah dan penyelewengan bukanlah mudah, ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk menolak daripada memberi atau menerima rasuah.Beliau meminta Karpal Sing menarik balik kenyataan yang dianggap tidak menghormati Seri Paduka sebagai ketua negara.Karpal Singh bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dengan berkata apa yang dititahkan oleh Seri Paduka itu bukan merupakan pandangan peribadi, sebaliknya ia dibuat oleh kerajaan."Tuanku Mizan tidak memberi pandangan peribadi mengenai soal banteras rasuah, semua orang kena faham bahawa Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat eksekutif," katanya.Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) berkata Karpal Singh tidak memahami perlembagaan negara di mana Seri Paduka sebagai ketua negara, perlu dihormati dan tidak seharusnya dilemparkan dengan tuduhan tidak berasas."Seri Paduka adalah payung negara, Yang Berhormat tidak menghormati Tuanku Mizan, saya berharap anda tarik balik kenyataan yang dikeluarkan itu," katanya.Keadaan bertambah panas apabila Karpal Singh berkeras dan ia diredakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Yusof Yaacob yang meminta Karpal Singh membahaskan topik lain.Persidangan dewan disambung esok. BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Teruk betol die ni.. Die igt demokrasi saja.. tapi, kurang ajar die melampau2 sangat.. Kita ada sejarah karpal.. Sejarah yang telah membina sebuah bangsa dan negara.. Kita mempunyai asal usul Karpal.tanpa Sultan dulu kala, Takkan Wujud Melayu di dunia.. Takkan wujud MALAYSIA di dunia. Sedarlah anda bukan sahaja membuatkan org meluat melihat anda. Malah membenci anda seluat2 mungkin. Kita negara adalah negara berdemokrasi, berparlimen tetapi berpaksikan juga kepada pemerintahan beraja. Walaupun kuasa sultan itu adalah batas2nya, jangan lah mempertikaikan haknya sebagai sultan untuk melakukan tindakan. Sultan adalah sebagai payung kepada rakyat. melindungi rakyat supaya kita selamat daripada sebarang bentuk bahaya. Kalaulah kesultanan ini tidak dijaga, malah dipijak2 dan tidak dihormati, kemanakah kita akan mencari payung yang akan melindungi kita.. Sebagai sultan, ia bukan lah lambang kepada org melayu sahaja, malah ia mencakupi SELURUH RAKYAT. Jgn anggap org cina, india, len2 tak da manfaat daripada sultan, tanpa mereka, mereka mungkin tidak wujud disini..Kita tak mahu negara kita jadi macam singapura. Org melayu dipinggir kerana CINA mahu berkuarsa dan memonopoli ekonomi. Kita tak mahu negara kita jadi macam pulau pinang, Melayunya dipinggir dari semasa ke semasa.Bangkitlah wahai Melayu. Sudah tiba masanya kita bertindak. Pelihara lah KETUANAN kita. PKR sanggup menggadai maruah ketuanan melayu dengan menyokong org ini.. Pas pula sanggup menggadaikan maruahnya meninggalkan apa yang mereka perjuangkan semata2 untuk berkuarsa.. tetapi… apa yang mereka dapat?Saya yakin.. Malaysia tidak akan menjadi negeri melayu lagi selepas ini.. Malaysia akan tiada sultan selepas ini kalau org seperti KARPAL dan anak buahnya yang tak mahu atau keras kepala menerima hakikat bahawa kita ada sultan dan hak melayu mesti dijaga!

Tok Batin Kursus Kahwin said...

karpal singh dah malaumpai dan biadap - kebiadapan akan menguji tahap kesabaran orang melayu...kapal jang mengapikan2 kan orang melayu dan hak kesultanan melayu..kami org melayu berlainan parti dan ideologi tapi sekiranya maruah kami dicabar kami akan bangun bersatu dengan maruah bangsa, negara dan kedaulatan raja...jangan main api karpal...anak kecil main api...

Daulat Tuanku